Tuesday, 29 December 2015

Pengurusan Kelas - Tema Hello Kitty (Editable)





Saya suka Hello Kitty. Jadi saya buat carta-carta untuk kelas saya bertemakan Hello Kitty. Design simple sahaja. Antara carta yang ada:-

1) Label subjek
2) Selamat datang
3) Birthday chart
4) Jadual Bertugas
5) Jadual Waktu
6) Tips untuk berjaya
7) Peraturan kelas
8) Carta Organisasi

Kalau minat boleh download ya.. Ada 2 fail tau.. Download dua-dua ok!  :)

Download: Hello Kitty 1
                   Hello Kitty 2

Monday, 28 December 2015

Jadual Bertugas - Tema Frozen dan Boboi Boy





Dapatkan jadual bertugas boleh edit dengan tema Frozen dan Boboi Boy hari ini! Jangan lupa padankan dengan carta-carta bertemakan Frozen dan Boboi Boy untuk kelas anda. Selamat menghias kelas!

Sunday, 27 December 2015

Tutorial Pengaktifan ID Frog VLE

Saya bukanlah orang yang hebat dengan Frog VLE, saya hanyalah guru biasa sahaja. Cuma, untuk memudahkan murid-murid saya membuat 'login' kali pertama, saya ambil jalan mudah dengan mengadakan video yang tak seberapa ini untuk membantu mereka mengaktifkan ID mereka. Jadi saya cuma pasangkan video ini semasa dalam kelas dan murid-murid saya ikut tutorial satu per satu sehingga mereka berjaya aktifkan ID mereka. Seperkara lagi, dalam tutorial ini, saya cadangkan murid-murid untuk menukar kata laluan mereka kepada yang lebih mudah misalnya '12345678' atau 'abcdefgh'. Bukan apa, beri mereka password yang mudah-mudah supaya mereka senang ingat. Bila mereka ingat password, tiada masalah kalau mereka nak login dimana-mana dan bila-bila masa sahaja tanpa bantuan kita.


Kandungan Fail Ringkasan Mengajar 2016




Sejak kebelakangan ini, banyak sekolah telah pun beralih arah menggunakan sistem fail bagi menggantikan Buku Ringkasan Mengajar. Bagi saya perubahan ini adalah suatu perubahan yang positif kerana tanpa kita sedari, ia adalah salah satu cara kita mengaplikasikan teknologi di dalam pendidikan. Rata-rata guru zaman ini sudah pun memiliki sekurang-kurangnya sebuah laptop peribadi. Ini menunjukan respon positif dikalangan guru dalam melaksanakan tugas menggunakan teknologi. Menggunakan teknologi bukanlah memerlukan kemahiran yang tinggi sebaliknya jika dipraktiskan menjadi budaya sehari-hari akan sedikit sebanyak membantu para guru menggilap kemahiran sedia ada. Bak kata orang putih, 'Practice Makes Perfect'. :)

Sebagai motivasi kepada rakan-rakan guru yang telah pun mula menggunakan atau baru ingin memulakan sistem fail bagi menyediakan ringkasan mengajar, saya ingin berkongsi hasil kerja saya, Kandungan Buku Ringkasan Mengajar yang boleh kalian edit mengikut kesesuaian. Antara kandungan yang ada di dalam fail ialah:-
1) Muka depan
2) Takwim Persekolahan 2016
3) Cuti Am 2016
4) Jadual Waktu Persendirian
5) Jadual Waktu Kelas
6) Senarai tugas
7) Maklumat Guru
8) Visi KPM
9) Misi KPM
10) Visi Sekolah (edit ikut visi sekolah cikgu ya!)
11) Misi Sekolah (edit ikut misi sekolah cikgu ya!)
12) Rancangan Pengajaran Tahunan 2016 
13) Rancangan Pengajaran Harian 2016 
(Boleh download tapak RPH versi BM, BI, Arab dan Jawi di Tapak RPH Mudah Guna dan Penanda Cuti 2016)
14) Lembaran Markah Murid
15) Senarai Nama Murid
16) Senarai Buku Rujukan
17) Penyeliaan, Pertemuan dan Perbincangan Professional
18) Catatan

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan juga dengan rakan-rakan yang lain!  

Friday, 25 December 2015

Enjin Carian Terbaik Untuk Kanak-Kanak


www.kiddle.co

Salah guna internet mungkin dapat dikurangkan sekiranya para ibu bapa peka dengan jenis enjin carian (Search Engine) yang digunakan oleh anak-anak. Tidak dinafikan, enjin carian Google, Ask.com, Yahoo, Bing Search dan lain-lain adalah antara enjin carian yang popular digunakan oleh seluruh masyarakat hari ini. Namun, kandungan carian kadangkala tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak. Selain mengubah setting kepada 'Safe Search', terdapat beberapa lagi enjin carian yang selamat untuk digunakan oleh pengguna dibawah umur contohnya www.duckduckgo.comhttp://www.dibdabdoo.com/www.kiddle.co dll

Kredit kepada Cikgu Normie dan Cikgu Mahani kerana berkongsikan info tentang enjin carian selamat yang mampu menapis isi (content) carian dimana ianya lebih sesuai untuk kanak-kanak khususnya untuk carian yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Dengan 'interface' yang bercirikan keanak-anakan, tidak mustahil anak anda suka menggunakannya. www.kiddle.co

www.kiddle.co

Walau bagaimana pun, semua enjin carian yang saya senaraikan ini juga ada limit yang tersendiri, samada ia tidak dapat menyekat 100% carian perkataan lucah atau perkataan yang tidak sesuai untuk pengguna dibawah umur dalam Bahasa Malaysia atau pun ia tidak mampu langsung untuk mencari carian yang menggunakan Bahasa Malaysia (Hanya carian Bahasa Inggeris sahaja dibenarkan). Apa pun, pemantauan secara terus menerus oleh ibu bapa terhadap penggunaan internet dikalangan anak-anak amat perlu kerana anak-anak ini masih terdedah dengan bahan tonton/bacaan yang kurang sesuai di lain-lain aplikasi/laman sosial seperti Facebook, Whatsapp, Telegram dll. Inilah dia, dunia tanpa sempadan!




Belajar Coding Mudah

Merekacipta game mengikut kehendak sendiri amatlah menyeronokkan terutama untuk anak-anak yang dah mula pandai menggunakan tab/ipad/laptop sendiri. Bayangkan kita boleh mengubah karektor, bunyi, 'interface' dll serta arahan permainan mengikut citarasa sendiri! Ada satu laman khas untuk belajar coding bermula dengan yang paling mudah untuk yang zero knowledge seperti saya sehinggalah ke aras yang lebih tinggi. Sejujurnya, saya bukanlah peminat 'game' tegar, tetapi niat saya membina game bertujuan untuk menambah pengetahuan. Sekiranya anda berminat untuk turut serta, boleh mendaftar dan mengikuti program yang di sediakan di https://code.org Anda boleh bermula dengan yang membina game yang mudah seperti 'flappy birds' misalnya. Setelah tamat suatu kursus, anda akan diberikan sijil. Saya sudah pun memiliki 2 sijil setakat ini. Anak saya yang berumur lapan tahun juga mampu memiliki satu sijil untuk dirinya (dengan sedikit bantuan dari saya). Membina game adalah suatu proses yang agak panjang, mungkin mengambil masa berjam-jam kerana anda perlu mengikuti tutorial satu per satu. Perlu kesabaran yang tinggi juga kerana ada masa anda gagal mengikuti tutorial yang diberi dan terpaksa mencuba berkali-kali. Segalanya bergantung kepada kecekapan seseorang, namun atas usaha dan keinginan yang tinggi, adalah tidak mustahil untuk terus belajar coding. Tak perlu menjadi orang yang hebat untuk belajar semua ini, yang penting ada kemahuan, 'go on' sahaja. Proses tutorial juga boleh disambung andaikata anda tidak mempunyai masa yang lama untuk mengadap komputer. Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan saya, Normie Azura, Mahani dan Jessica kerana memperkenalkan laman tersebut kepada saya. Nak cuba main game Flappy Bird versi saya?? Versi yang langgar tiang pun tak mati, sebaliknya, point sahaja akan di reset kembali ke '0'. Jom main sampai lebammm! :D


Klik di sini untuk Flappy Bird Versi Raihan

Game yang dicipta juga boleh di simpan dalam ipad/tab dengan kaedah save to 'Home Screen'.

Dan inilah rupa sijil yang anda akan terima setelah anda tamat sesuatu kursus.


Anak-anak pasti berbangga dengan kebolehan mereka menghasilkan game versi mereka sendiri. Atau mungkin juga versi ibu dan ayah mereka. Cubalah!

P/S: Kejayaan menghasilkan sesuatu adalah kepuasan yang cukup bermakna.




Cara Untuk Mencari Mesej Penting di Aplikasi Whatsapp dan Telegram




Aplikasi Whatsapp dan Telegram bukanlah suatu perkara asing buat pengguna-pengguna telefon pintar di zaman moden ini. Perbualan dengan rakan-rakan mahupun keluarga akan tersimpan di bahagian 'chat'. Kadangkala jika kita berada di dalam group yang aktif, akan ada terlalu banyak mesej dan kita terpaksa scroll ke atas merentasi beribu-ribu mesej jika kita hendak mencari mesej-mesej penting. Ada juga masanya, kita terlupa, mesej penting yang hendak dicari diterima dari siapa. Sebenarnya, ada cara mudah untuk kita mendapatkan semula mesej-mesej penting tu selagi mesej-mesej tersebut tidak di padamkan.

Caranya ialah:-
1) keluar dari group/pm
2) anda akan sampai ke 'chat'
3) anda akan nampak 'Broadcast List' di atas sebelah kiri dan  'New Group' di atas sebelah kanan. (Whatsapp)
4) Tarik screen ke bawah.
5) Ok, sekarang anda akan nampak search bar.. Di situlah tempat untuk anda taipkan kata kunci (keyword) yang hendak anda cari.

* Rasanya telefon semua model telefon sama juga kaedahnya.. Selamat mencuba!

Resepi Pancake Paling Awesome!



Hari ni saya nak share resepi pancake yang sangat sedap walaupun dimakan tanpa sebarang topping. Saya dapat resepi asal dari Fluffy Pancake Recipe. Saya tak ikut 100% resepi dan kaedah yang diberi, rujuk resepi versi saya yang awesome di bawah ini ya!  Jom buat pancake!

Bahan-Bahannya:-
(6-7  keping pancake saiz sederhana)

A
3/4 cawan susu segar
2 sudu besar cuka

Campurkan kedua-dua bahan (A), kacau, biarkan selama 5 minit.

B
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar margerin (guna planta memang sedap), dicairkan
2 sudu besar gula (2 1/2 sudu besar gula sekiranya dimakan tanpa topping)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil 'baking powder'
1/2 sudu kecil 'baking soda'
1/2 sudu kecil vanila

Cara-caranya:-

1. Campurkan bahan A (susu segar+cuka yang telah dibiarkan selama 5 minit) dengan bahan B.
2. Kacau menggunakan 'whisk' sehingga hilang semua ketulan.
3. Biarkan selama 5 minit.
4. Panaskan sedikit margerin dalam non-stick pan dengan api sederhana.
5. Tuangkan bancuhan di tengah-tengah non-stick pan.
6. Balikkan pancake, tunggu sehingga bertukar warna, angkat.
7. Hidangkan dengan buah-buahan/aiskrim/coklat cair/jem/madu atau apa-apa sahaja topping kegemaran. Ngappppp!

Tips:

Gunakan non-stick frying pan bersaiz kecil untuk rupa pancake yang comel dan bulat. Jika guna pan bersaiz besar, bancuhan akan mengembang dan jadi nipis apabila dituangkan.

Selamat mencuba!





Cara Mudah Mencari Post Lama di Group Facebook


Screenshot FB Group Kami Guru Malaysia
Ada yang bertanya saya bagaimana untuk mendapatkan semula post-post yang lama dan mungkin susah untuk mencarinya sekiranya group tersebut aktif, terpaksa scroll ke atas dan ke bawah untuk mencari post yang diinginkan. Sebenarnya ramai yang tidak perasan akan kewujudan kotak "search this group' di group Facebook. Untuk pengetahuan semua, kotak itu hanya terlihat jika anda menggunakan komputer atau sekiranya anda menggunakan telefon bimbit, pastikan anda masuk ke Facebook melalui browser dengan mengaktifkan mod desktop. Anda tidak akan nampak paparan seperti di dalam gambar jika anda menggunakan aplikasi Facebook atau berada di dalam mod mobile.

Kotak "search this group' (seperti dalam bulatan merah), adalah tempat untuk anda membuat carian dengan menggunakan 'keyword' atau menggunakan nama si penulis post. Setelah anda menaip perkataan yang anda mahukan di dalam kotak yang disediakan, tekan butang Enter dan semua post yang mengandungi perkataan yang anda cari akan disenaraikan.

Semoga bermanfaat..


Thursday, 24 December 2015

Borang Permohonan Bayaran Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris IProBI






Sumber : https://www.britishcouncil.org.ng/exam/aptis




Guru-guru Bahasa Inggeris yang telah pun berjaya dalam ujian Post-Aptis adalah dibolehkan untuk membuat tuntutan Bayaran Instensif Profisiensi Bahasa Inggeris IProBI melalui ketua jabatan masing-masing. Tuntutan adalah berdasarkan pencapaian; guru-guru yang telah mencapai C2 layak membuat tuntutan sebanyak RM5000.00 manakala C1 layak menuntut sebanyak RM3000.00. Walau bagaimana pun, guru-guru yang mencapai C1 masih diberi peluang sekiranya dapat mencapai keputusan C2 dalam ujian kali yang berikutnya layak menuntut bayaran perbezaan sebanyak RM2000.00 bagi menggenapkan jumlah RM5000.00 tersebut. Tahniah kepada guru-guru Bahasa Inggeris yang berjaya mencapai keputusan C1 dan C2. Bagi yang belum mencapai tahap C1 dan C2, jangan berputus asa, teruskan mendidik anak-anak didik kita dengan penuh semangat dan dedikasi!

Sumber : Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia : IProBI

Untuk memudahkan cikgu-cikgu mengisi borang tuntutan, saya sediakan borang dalam format MS Word, dimana cikgu-cikgu bolehlah menaip terus didalam borang yang disediakan untuk membuat tuntutan. Sila klik di link ini : Borang_IProBI_Editable

Perlu diingatkan bahawa, borang tuntutan perlu disertakan dengan salinan sijil / keputusan Ujian Aptis dan jadual waktu persendirian.

Bagaimana Cara Menebus Mata Ganjaran Astro?







Post saya baru-baru ini telah menjadi viral di facebook dan beberapa laman web. Asalnya saya post status ini di sebuah group di Facebook dan di repost oleh cikgu Fazly Hafiz Yahaya. Saya tidak sangka post tersebut telah pun menjadi suatu perkongsian yangbegitu bermanfaat dimana menurut thevocket.com lebih 42 ribu orang telah berkongsikan status ini. Ramai pengguna Astro yang tidak tahu tentang hal ini dan betapa ruginya pengguna-pengguna yang tidak menebus mata ganjaran yang diberikan kerana mata tersebut mempunyai had tempoh bila mana pengguna tidak menebus, mata ganjaran akan dilupuskan secara automatik. Bagaimanakah cara untuk menebus mata ganjaran tersebut? Ikuti langkah dibawah:-

1) Pergi ke link ini...
https://www.astro.com.my/astrocircle
2) Kemudian wujudkan ID (jika tiada), kena daftar dulu..masukkan no akaun astro (sila rujuk bil) dan masukkan lain-lain maklumat yang diperlukan.
3) Point kita akan dipaparkan.. Boleh la cuci mata tengok katalog nak redeem apa..
4) Click pada brg yg nak diredeem..
5) Masukkan alamat untuk pos barang.. 
6) Tekan butang 'Send'
7) Tunggu barang sampai di depan pintu rumah anda.

Untuk tutorial bergambar, boleh rujuk blog rakan saya, Cikgu Norm Superb
Sebagai panduan tambahan, adalah lebih baik jika kita redeem channel percuma, astro first atau rebate kerana boleh dapat terus secara automatik beberapa minit selepas penebusan dibuat. Berbeza dengan redeem barang, menunggu barang-barang yang di tebus adalah suatu penantian yang menyiksakan... Saya dah tunggu hampir 2 minggu tak sampai-sampai lagi barangnya.

😆

Monday, 21 December 2015

Tapak RPH Raihan Hamiza Jalaludin



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan Tapak RPH yang saya bina menggunakan perisian MS Office Word. Sebenarnya, post saya ini sudah pun viral di facebook terutama di beberapa group warga pendidik. Amat mudah digunakan, cuma klik-klik sahaja. Saya berharap tapak RPH ini bermanfaat dan dapat cikgu-cikgu gunakan pada tahun 2016. Kebanyakkan sekolah telah pun beralih menggunakan sistem fail untuk RPH, jadi mungkin tapak ini boleh membantu memudahkan kerja cikgu. Siapa kata menaip RPH susah? Tak susah pun cikgu.. Ikuti langkah dibawah.


1) Download link RPH yang diberikan ke dalam komputer, menu tidak aktif jika di mobile mode (handphone)
Versi Arab : http://tinyurl.com/rphraihan3 (di alih bahasa oleh Cikgu Najmatun Haruddin)
Versi Jawi : http://tinyurl.com/rphraihan6 ( di tukarkan kepada jawi oleh Ustaz Anas Ridzwan)
(Oleh kerana dokumen ini ada ruangan drop down menu, ia tidak aktif di mod ‘preview’..jadi cikgu perlu download ke komputer dahulu untuk melihat tapak RPH itu)
2)Boleh klik - klik dan masukkan maklumat.
3) Copy dan Paste standard pembelajaran/standard kandungan dari softcopy RPT/DSKP
4) Taip Objektif dan Aktiviti.

5) RPH Siapppp! Mudah kan?

Tapak RPH yang saya berikan ini boleh di edit mengikut kesesuaian. Jadi, cikgu-cikgu boleh masukkan nama kelas, ubah masa, subjek dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian sekolah cikgu) Caranya:-
Double click pada kotak yang nak di edit, contohnya MASA, double click kat masa tu dan lihat di menu bar, click pada PROPERTIES..Senarai nama kelas, dll boleh tambah sendiri kalau nak.. Cara nak tambah drop down menu, pegi ke menu bar, klik DEVELOPER, dekat 'Aa' cari COMBO BOX CONTENT CONTROL, selepas itu klik properties untuk edit/tambah dropdown content...

Cara tambah menu drop down


Cara edit kandungan menu drop down



Bagaimana nak wujudkan menu DEVELOPER? Caranya:-
1) buka word
2) klik FILE
3) klik OPTION
4) klik CUSTOMIZE RIBBON
5) tanda ☑ pada DEVELOPER


Cara mewujudkan menu developer 



 Sekian. Semoga bermanfaat. Doakan semoga Allah memudahkan urusan saya dan keluarga saya dunia dan akhirat. Ameen..


GEG On Air Part 2





Kredit kepada FB cikgu Norm Superb untuk gambar ini



Pagi Sabtu yang lalu, kami bersiaran secara live untuk program GEG On Air 2 (GOA 2). Program ini merupakan satu usaha perkongsian ilmu tentang IT dengan semua penonton. Target viewer kami adalah guru-guru yang cintakan pengalaman dan ilmu-ilmu baharu tentang IT. Berlangsung kira-kira satu jam setengah, para penonton boleh menonton bahan-bahan yang kami kongsikan menerusi Google Hangout sambil menikmati sarapan pagi di mana-mana mereka berada. Program GOA 2 ini dikelolakan oleh ketua GEG Mersing, Encik Khairil Firmansyah. Pelbagai ilmu telah disampaikan seperti Tagul (GEG Ipoh), Peta Ithink (GEG Keramat), url shortener (GEG Gombak) dan Google Maps (GEG Muadzam). Ia merupakan suatu pengalaman baharu buat saya. Bercakap dihadapan camera dan berada dalam situasi 'live' bukanlah mudah. Tapi, ya! Saya sudah pun melakukannya! Boleh tonton rakaman GOA 2 di youtube.

Lampiran A - Borang Mengemas Kini Maklumat Peribadi Bagi Tujuan Pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB) Mulai 2016






Kaedah Untuk Menaip Terus Dalam Borang:-
1) Download borang ini ke dalam laptop/pc
2) Letakkan ‘cursor’ di akhir perkataan yang perlu dipadamkan, kemudian tekan kekunci ‘backspace’ (untuk mengelakan garisan terpadam).
3) Untuk ruangan STATUS PERKAHWINAN, BILANGAN ANAK dan JUMLAH TANGGUNGAN, sila klik pada kotak yang disediakan untuk edit, ATAU ‘drag’ kotak tersebut ke ruangan kotak lain yang perlu ditandakan.
4) Untuk mewujudkan kotak tambahan, boleh ‘copy’ textbox sedia ada dan ‘paste’ ke kotak yang dikehendaki.
5) Akhir sekali, taipkan nama penuh di dalam ruangan terakhir, print, tandatangan dan boleh serahkan borang kepada pegawai yang bertanggung jawab.

Download Borang di sini :Lampiran A - Borang Mengemas Kini Maklumat Peribadi Bagi Tujuan Pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB) Mulai 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...