Monday, 26 December 2016

RPH - Penanda Cuti 2017





Mahukan penanda cuti yang comel untuk diletakkan di dalam buku ringkasan mengajar anda? Sila download di link yang diberikan. Saya telah menyiapkan template cuti-cuti penting sepanjang tahun 2017. Saya ada sertakan sekali template kosong untuk anda gunakan mengikut kesesuaian cuti di sekolah anda. Caranya mudah, download dan print! Bagi template kosong, anda boleh membuka failnya samada di Microsoft Word atau Microsoft PowerPoint iaitu dengan menggunakan menu INSERT --> Picture. Kemudian seperti biasa, masukkan 'Wording' yang sesuai...

Sekian, semoga bermanfaat..


Download : Penanda Cuti 2017 Kumpulan B dan Template Bergambar Tanpa Wording

Monday, 19 December 2016

Cara Untuk Memendekkan URL



Hari ini saya ingin membuat perkongsian cara bagaimana anda boleh memendekkan URL. Kadangkala URL yang panjang boleh menyebabkan kita terlupa atau tersilap taip yang mungkin akan menyebabkan kita tidak dapat 'sampai' ke link yang dikongsikan. Tambahan pula dengan kombinasi yang pelbagai seperti huruf besar, huruf kecil dan nombor juga salah faktor yang memerlukan kita memendekkan URL supaya dapat memudahkan kita atau orang lain mengakses link yang kongsikan.

Memendekkan URL adalah cukup sinonim dengan pengguna-pengguna tegar cloud based drive seperti google drive, one drive, dropbox dll dimana segala perkongsian yang dibuat dengan menggunakan fungsi 'share link' lazimnya akan diberikan satu link khas untuk pengguna mendapatkan bahan yang dikongsikan itu. Link yang diberikan secara rawak itu selalunya mengandungi kombinasi huruf besar, huruf kecil dan juga nombor yang agak panjang dan agak mustahil bagi kita untuk menghafalnya. Namun, apa yang boleh anda buat, sebelum berkongsi link tersebut dengan orang lain, anda bolehlah memendekkan link itu menggunakan beberapa pautan yang akan saya 'list'kan di bawah.

Selain itu, pada pendapat saya, dengan cara memendekkan link juga dapat membantu dalam banyak aspek. Pertama, sudah tentulah untuk mengelakkan kita dari terlupa. Yelah, nak menghafal link panjang-panjang bukanlah perkara yang mudah. Kedua, untuk melihat statistik pengunaan bahan yang kita kongsikan. Ya, dengan menggunakan 'pemendek URL', anda boleh mengesan berapa ramai yang sudah pun mengakses ke bahan atau laman yang anda kongsikan. Ketiga, semestinya apabila kita berkongsi link yang pendek, pengguna lebih mudah untuk mengingatnya. Nak-nak pulak jika anda gunakan custom words yang eye-catchy! Lagilah senang orang nak ingat url anda kan! Keempat, tampak lebih professional jika diletakkan dalam surat rasmi. Selalu sangat saya nampak dalam surat-surat panggilan mesyuarat, taklimat, kursus, surat makluman tentang perkongsian bahan kursus dll disertakan dengan link yang sangat panjang dan ini amat menyakitkan mata selain menyusahkan penerima surat untuk membuka link tersebut. Surat pun elok-elok patutnya satu mukasurat je, jadi dua mukasurat sebab bagi link panjang sangat... Kikikiii... Okay lah, mungkin sebelum ni anda tak tahu caranya, so, lepas dah baca post saya ni, please heh, jangan letak link panjang-panjang lagi dalam surat! Ni bukan marah, tapi nasihat... Heheheee... Tak susah, sangat-sangat mudah untuk diaplikasikan. Percayalah... Point saya yang kelima, ada url shortener yang menawarkan servis QR Code, kita pendekkan URL dan pada masa yang sama kita juga diberikan special QR Code untuk link yang kita pendekkan tu. Tak payah susah-susah nak taip link bagai, bagi je QR Code tu kepada sesiapa, mereka hanya perlu scan QR Code menggunakan smartphone, terus akan dibawa ke link berkenaan... Mudahkan? Abad 21 sangattttt! I loiikeee... Haha

Ni antara url shortener yang anda boleh gunakan..
1) goo.gl
Yang ni google punya shortener.. Boleh tengok statistik dan lain-lain maklumat.. Complete dengan QR Code uollsss! Hehee.. I kan pencinta Google, of coz saya suggest uolls untuk guna yang ni! :D
2) gg.gg
Ok, yang ini pula tak boleh nak diletak kat dalam facebook... Tak kira la dalam comment ke atau dalam post... Memang tak boleh. Tak tahulah kenapa facebook banned link gg.gg ni... kesian dia! Heheheee..
3) tiny.cc
4) tinyurl.com
5) bitly.com
6) ow.ly
7) bit.do
Haaa.. banyak pilihan kan! Pilihlah yang mana-mana anda suka ya... Contoh ada di bawah...

goo.gl
** Untuk QR Code, gerakkan cursor ke 'All Clicks', ada tiga titik akan terpapar, klik pada tiga titik tersebut untuk mendapatkan QR Code anda!

gg.gg
** Nampak tak URL blog saya yang panjang ni https://raihanjalaludin.blogspot.com telah dipendekkan menjadi gg.gg/rjblog 

tiny.cc
Sekian perkongsian saya untuk kali ini... Kalau rasa ilmu ni bermanfaat, jangan lupa share dengan yang lain... Biar semua orang pandai, pahala berganda-ganda... :) Ok gaiseee... Selamat menghabiskan saki baki cuti sekolah... Bye!

Thursday, 15 December 2016

Mini Whiteboard Untuk Belajar Menulis Cantik


Guru-guru yang mengajar subjek bahasa terutama sekali yang mengajar di tahap 1 mungkin memerlukan lembaran kerja seperti ini. Saya sediakan juga template kosong untuk digunakan semasa aktiviti menyalin dijalankan.
 Bagaimana untuk jadikan lembaran kerja ini sebagai 'mini whiteboard'?

Pertama, print kedua-dua lembaran kerja ini. Kemudian, laminate (kedua-dua lembaran yang disusun menghadap depan belakang, jadikan sekeping sahaja) dan sediakan sejumlah whiteboard marker pen bermata halus (fine) untuk melatih murid-murid menulis cantik. Cara ini bukan sahaja menyeronokkan malah cikgu juga boleh berjimat dimana 'mini whiteboard' ini boleh disimpan dan digunakan berulang kali. Jangan lupa sediakan tisu atau span kecil untuk murid-murid membersihkan 'mini whiteboard' mereka setelah digunakan.
Download Mini Whiteboard sekarang!

P/S : Guna plastik yang letak dalam file tu pun boleh... Tak payah nak laminate bagai... Hehe...


Cara Menambah FONT dalam Komputer


Perkongsian ilmu kali ini adalah tentang cara untuk kita dapatkan font yang cantik, fancy, pelik dan menarik di dalam komputer kita. Contohnya, font 'Disney', 'Frozen' dan 3D. Tidak lupa juga, font titik-titik (dotted) untuk digunakan dalam menghasilkan lembaran kerja untuk murid-murid tahap satu bagi membantu mereka menulis juga boleh di download masuk ke komputer kita. Untuk menghasilkan poster, lembaran kerja, buku program dan lain-lain, semestinya memerlukan kreativiti yang tinggi serta kelainan terutama dari segi pemilihan warna, rekaan, font dan sebagainya. Saya cadangkan anda dapatkan font dari http://www.1001freefonts.com/ kerana laman web ini menawarkan beribu-ribu font percuma. Ikuti langkah berikut:-

1) Pergi ke http://www.1001freefonts.com/
2) Kemudian, pilih jenis kategori font yang dikehendaki. Contohnya: Dotted


3) Scroll ke bawah untuk melihat pilihan font yang pelbagai dibawah kategori yang dipilih.
4) Setelah membuat pilihan, klik butang download.


5) Klik pada fail yang telah di download.

6) Right click pada fail font.
7) Tekan open.


8) Klik install.


9) Buka MS Word / MS Power Point, klik pada senarai font untuk memeriksa samada font sudah pun tersimpan di dalam senarai sedia ada.
10) Yay! Anda sudah boleh menggunakan font tersebut.

Extra!!!
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai font di:-
http://www.urbanfonts.com/free-fonts.htm
http://www.dafont.com/
http://www.1001fonts.com/


Tuesday, 13 December 2016

Pengurusan Kelas - Tema Frozen (Editable)


Sumber gambar : Google Image

Dapatkan carta-carta yang bertemakan animasi 'Frozen' seperti berikut:-
1) Carta - Welcome
2) Label Subjek
3) Carta Organisasi Kelas
4) Jadual Waktu Kelas
5) Peraturan Kelas
6) Carta Hari Lahir Murid-Murid
7) Font Frozen

Fail adalah dalam bentuk MS Power Point, jadi, semua bahan boleh diedit mengikut kesesuaian. Semoga bermanfaat...

Download : Pengurusan Kelas-Tema Frozen
Download : Jadual Waktu Frozen
Download : Font Frozen

Pengurusan Kelas - Tema Boboi Boy (Editable)



Sumber Gambar : Google Image

Dapatkan carta-carta yang bertemakan animasi 'Boboi Boy' seperti berikut:-
1) Carta - Selamat Datang
2) Label Subjek
3) Carta Organisasi Kelas
4) Jadual Waktu Kelas
5) Peraturan Kelas
6) Carta Hari Lahir Murid-Murid

Fail adalah dalam bentuk MS Power Point, jadi, semua bahan boleh diedit mengikut kesesuaian. Semoga bermanfaat...

Download : Pengurusan Kelas Tema Boboi Boy
Download : Template Jadual Waktu Bertema Boboi boy
Download Font : Greentoon Highlight

Monday, 12 December 2016

Dimanakah Integriti Seorang Blogger : Akta Hakcipta 1987


Assalamualaikum sahabat..

Saya terpanggil untuk menulis post ini bukanlah untuk beremosi, tetapi saya rasa saya perlu berterus terang tentang perasaan saya apabila bahan-bahan di blog saya ini di plagiat secara terang-terangan. Bayangkan ayat yang saya tulis di salin satu per satu. Bahan-bahan dan ayat saya best sangat heh? Sigh! Mungkin ada readers yang nampak saya menegur mereka-mereka ini di FB sehari dua ni.. Inilah puncanya...

Baiklah, biar saya mulakan dengan muqadimahnya dahulu. Cerita ini ikhlas dari hati, bukanlah niat nak bermegah-megah, harap tidak disalah ertikan.. Saya mula berjinak-jinak dengan blog sejak setahun yang lalu. Pada mulanya saya tidak berminat langsung untuk menjadi blogger, bukan apa, atas komitmen yang tergalas di bahu ini, saya rasakan sukar untuk saya menulis. Saya tidak menyangka post saya yang pada awalnya hanyalah untuk suka-suka telah menjadi viral di Facebook. Saya menulis tentang 'Cara Bagaimana Untuk Menebus Point Astro'. Tulisan saya telah dikongsikan puluhan ribu netizen. Manakan tidak, post saya itu juga menjadi-jadi kepopularannya apabila blog-blog terkenal seperti BeautifulNara, The Vocket dll juga mula menviralkannya.

Yes, tidak lama selepas post itu 'meletup', saya hasilkan pula 'tapak rph' yang saya bina sendiri menggunakan Microsoft Office Word. Saya menggunakan konsep 'drop down menu' yang sekali lagi mula menjadi viral di Facebook terutama dalam group-group pendidik. Sejak itu, saya dilamar oleh seorang blogger terkenal, mengajak saya berkolaborasi dengan beliau mengendalikan blog. Saya dijanjikan bayaran sebagai ganjaran mencurah idea di blog itu, malangnya janji hanya tinggal janji. Tidak perlulah saya menyebut nama blog itu, ia antara blog yang terkenal juga dikalangan guru-guru. Blogger tersebut sudah pun membuat permohonan maaf kepada saya. Tak apalah, saya anggap bukan rezeki saya nak jadi penulis di blog itu. Frankly, agak down juga masa tu.

Saya mula bangkit setelah rakan-rakan saya yang tahu kisah itu memberikan semangat dan sokongan kepada saya. Mereka mencadangkan saya membina laman blog sendiri supaya saya boleh kongsikan bahan-bahan yang saya buat/tulis kepada semua guru. Saya akhirnya bersetuju dan mula menulis, sedikit demi sedikit, dan saya promote sendiri di facebook hasil tulisan saya. Kebanyakkan tulisan saya berkisar tentang pendidikan, PdP, pengurusan kelas, ICT, panduan lawatan dll. Alhamdulillah, tulisan saya mendapat tempat di hati para pendidik. Tulisan saya menjadi trending di Facebook. Semakin hari semakin ramai yang datang singgah ke blog saya untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan. Saya bersyukur kerana pembaca meletakkan kepercayaan mereka kepada tulisan saya. Tulisan saya dikongsikan ribuan netizen. Saban hari saya menerima 'PM'  dan email bertanya macam-macam berkaitan post saya di blog ini.. Ada juga yang menjemput ke sekolah memberi ceramah. Ada juga yang sanggup menjadi 'personal shopper' saya setelah berkenalan dengan saya melalui blog dan tulisan saya tentang Trip di Hong Kong. Saya seronok, dan rasa sangat terharu, bila mana segala ilmu dan kebaikan yang saya curahkan di blog ini, terkesan di hati sebilangan pembaca. Kami jadi akrab.

28 November lalu, saya post hasil kerja saya di Facebook. Kandungan Fail Ringkasan Mengajar 2017 menjadi viral sekali lagi. Perkongsian melebihi 10k adalah pencapaian yang boleh saya banggakan. Ya, saya orang pertama yang kongsikan bahan untuk guru-guru membuat persediaan bagi tahun 2017. Apa yang mengecewakan saya, sejak post saya itu menjadi viral, saya dapati banyak individu-individu yang tidak bertanggungjawab mula 'menceduk' hasil tulisan saya bulat-bulat dan meletakkan dalam blog mereka. Bahan-bahan saya di'curi' dan di 'republish' tanpa kebenaran saya. Saya tidak marah jika mereka mahu mengguanakan bahan saya tetapi menceduk 100% tulisan saya adalah suatu perbuatan yang sangat keji dan tidak beretika. Setidaknya berilah kredit kepada penulis asal (saya). Ini adalah tentang etika berblog. Perlu saya tegaskan, segala tulisan serta bahan saya dalam blog ini ada hak milik saya. Memang ada beberapa bahan dalam blog saya ini saya peroleh dari rakan-rakan saya, tetapi sebagai penulis yang mengamalkan etika penulisan yang baik, saya letakkan kredit kepada mereka. Dan.. Untuk pengetahuan semua, mereka telahpun bersetuju untuk saya masukkan bahan mereka ke dalam blog saya. Saya sudah minta izin dari mereka. Setidaknya, satu dunia tahu itu adalah bahan 'si polan', dan bukanlah bahan saya. Untuk menjadi blogger yang hebat, anda perlu tahu tentang isu 'copyright' supaya anda tidak berdepan dengan masalah pada masa akan datang. Alhamdulillah, saya jaga bab tu. Saya agak konservatif bab-bab macam ni. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak 'claim' bahan yang saya masukkan ke blog ini sebagai bahan saya sekiranya bahan tersebut adalah sebenarnya hal milik orang lain. Selain itu juga, saya juga sedaya upaya untuk memastikan bait-bait ayat yang ditulis adalah purely tulisan saya. Tak berani nak ceduk ayat orang lain tanpa beri quote. Belajarlah jadi blogger yang berintegriti ya. Bagi saya simple, kalau tidak mampu menulis, berhenti jadi blogger!

Pada mulanya saya bersabar dan menganggap masalah bahan saya diceduk ini adalah hal biasa dalam dunia blogging. Saya cuba diamkan walaupun semakin hari semakin bertambah 'pencuri-pencuri' isi kandungan blog saya dengan bangganya mencari 'LIKE' dan 'SHARE' di Facebook. Saya tidak kisah sekiranya bahan yang saya kongsikan diguna pakai oleh orang lain. Cuma, apa yang membuatkan saya rasa terkilan ialah, ayat saya disalin satu per satu.. Langsung tiada effort untuk mereka menulis sendiri. Dan paling menyedihkan... apabila disemak, saya dapati penulis-penulis yang 'mencuri' hasil masterpiece saya ini kebanyakkannya meletakkan iklan di link mereka. Sudahlah ambil bahan saya, diletakkan iklan pula. Jadi apa motif mereka sebenarnya? Sudah tentu berniaga! Sudah tentu nak mencari keuntungan. Sedangkan saya kongsikan bahan secara PERCUMA, mereka yang plagiat bahan saya pula yang 'buat duit'. Bukan dengki, tapi rasa sangat tidak patut. Kronologinya begini, mereka songlap bahan-bahan saya yang berkualiti, masukkan semuanya dalam blog mereka, letakkan iklan, dan cari 'mangsa'. Siapa mangsa tu? Mangsa tu adalah dikalangan pendidik juga, yang mahukan bahan-bahan terbaik yang saya kongsikan. Saya sedih, ada pendidik yang greedy sebegini rupa. Sanggup menggadai maruah, mencetak rompak hasil kerja orang lain dan jadikan bahan yang diceduk seolah-olah mereka yang punya! Lembu punya susu, sapi yang dapat nama. :( Memang saya ikhlas sedekah bahan disini, tapi bukanlah untuk diperdagangkan pula.. Niat saya mahu bantu guru-guru. Jadi gunakanlah platform ini sebaik mungkin. Hentikan plagiat! Kalau mahu beriklan, berniaga, buatlah. Saya tidak sesekali menghalang. Tapi silalah iklan dalam hasil tulisan sendiri. Kalau malas menulis, malas nak buat bahan, malas berusaha, duduk diam-diam. Jangan tamak, Allah marah!

Bukanlah saya hadap nak kejar populariti, tapi bagi saya, sebagai seorang yang professional, mereka tidak sepatutnya melakukan hal sebegini. Bukan satu dua blogger yang ambil bahan saya dan publishkan dalam blog mereka, ada beberapa orang yang saya puji, sanggup PM/email dan minta kebenaran dari saya untuk masukkan ke blog mereka. Ya, memang mereka letak bahan saya di blog mereka tapi mereka buat ayat mereka sendiri. Walaupun hanya sebaris dua ayat sahaja. Saya tetap hargai. Paling tidak mereka letakkan kredit kepada saya dalam tulisan mereka "bahan ini dikongsikan oleh Cikgu Raihan Jalaludin". Kredit itu penting, bukan sebab populariti tetapi lebih kepada adab. Adab kita mengambil barang orang.. Saya tak harap pun orang ucapkan terima kasih kepada saya, cukup sekadar doa anda semua yang terbaik untuk saya.. Tapi macam saya cakap tadi, semua ni berkaitan dengan ADAB. Adab berblog, adab mengambil barang orang, adab menulis dan lain-lain adab lagi.. Tak luak apa-apa pun kalau ucap terima kasih kan? Jika anda berminat dengan mana-mana tulisan saya, janganlah salin bulan-bulat (copypaste), sebaiknya buatlah ayat sendiri (rephrase). Come on, professional lah sikit, kata blogger! Hargai penat lelah penulis asal. Kesian penulis asal habiskan masa berjam-jam lamanya untuk siapkan satu post. Nak sedia bahan tak usah ceritalah, dah tentu berhari-hari nak siapkan... Nak crop gambar, nak edit tulisan, nak cari tajuk yang menarik, nak buat research, nak screencaps, nak perah otak untuk menulis..dan macam-macam lagi.. :(

Saya bukanlah sempurna, tapi sesungguhnya saya sangat kesal dan hampa dengan golongan yang tidak beradab seperti ini. Pesanan saya, janganlah jadi pendidik yang tamak, sudahlah bahan pun diceduk dari blog orang lain, pasang pula iklan di link untuk rakan-rakan guru mendapatkan bahan adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar. Kasihan. Saya view profil, kebanyakkan pakai nama samaran. Salah seorangnya merupakan guru JQaf. Seorang yang patut dihormati dan tinggi pengetahuan agama. Guru JQaf. Rata-rata guru JQaf di Malaysia ni lulusan Al-Azhar belaka.. tapi malangnya, dia juga terjebak dalam kerakusan mengejar hal duniawi seperti ini. Ada dikalangan mereka ini, pendidik nusa bangsa. Selalu kita rasa marah bila orang luar mengutuk profession keguruan. Tetapi kalau beginilah nilai integriti yang kita amalkan, tidak mustahil golongan pendidik akan terus dikecam. Hanya kerana nila setitik, habis rosaklah susu sebelanga. Nauzubillah. Saya dah buat teguran secara baik di FB, tapi masih tak diendahkan. Nampak tak? Ghairah dan rakusnya mereka ini mengejar keuntungan!

Mengapa saya berkongsikan bahan yang boleh diubahsuai? Ada guru yang mencadangkan kepada saya untuk meletakkan watermark/jadikan bahan tersebut tidak boleh diedit. Saya nyatakan disini, niat saya berkongsi adalah untuk memudahkan rakan-rakan seperjuangan saya, para pendidik khususnya, jadi saya seboleh-bolehnya mencari jalan untuk memudahkan kerja mereka. Saya faham, bukan semua orang pandai IT, pandai nak edit itu ini, sebab tu saya letakkan bahan yang mudah bagi mereka untuk ubahsuai. Itu tujuan asal saya. Satu lagi, kalau letak watermark bagai pun, ada je yang pandai nak ubahsuai.. Apapun, terletak kepada nawaitu kita.

Saya tidak masukkan bahan direct dalam Facebook tetapi saya suka kongsikan link post saya, tahu kerana apa? Pertama, kerana saya mahu pembaca membaca post saya sepenuhnya. Kedua, saya mahu pembaca faham apa yang saya tuliskan kerana dalam post lah tempat saya mencatat sumber bahan saya, samada bahan saya sendiri atau bahan sabahat-sahabat saya. Ketiga, kadang-kadang saya juga ada membuat penerangan secara detail satu per satu, langkah demi langkah dan tutorial bergambar, jadi saya mahu reader hadamkan dan fahamkan betul-betul keseluruhan post yang saya tulis. Dalam Facebook tak praktikal nak tulis panjang-panjang... Keempat, saya mahu pembaca menyelami perasaan saya dalam tulisan yang saya tulis. Bukan hanya singgah di blog saya, ceduk bahan dan keluarkan pula di blog lain. Kelima, saya mahu menjaga isi kandungan bahan saya supaya tidak 'terdedah'. Kadang kala dalam bahan tu ada nama penuh seseorang, ada macam-macam maklumat.. Bukan semua orang boleh terima maklumat dikongsikan secara 'open' sebegitu! Tolonglah buka minda. Janganlah jumud sangat. Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu, macam-macam orang boleh buat dengan maklumat peribadi seseorang. Akhir sekali, saya mahu kumpulkan tulisan-tulisan saya ini dengan baik di dalam blog. Biar jadi kenangan. Umpama diari.

Jadilah blogger yang beretika dan berintegriti. Barulah blog anda boleh dipercayai. Jangan cemarkan reputasi blog anda dengan sikap anda yang sebegini. Jangan sampai nanti diambil tindakan atas tuduhan 'plagiat hasil kerja orang lain'. Setiap hasil karya akan mendapat hakcipta secara automatik selagi kita ada bukti yang sah bahawa kita adalah penulis asal. Jangan pandang remeh benda sebegini ya.. Tak pasal-pasal kena bayar royalti pula nanti! Mintak simpang. Rujuk Akta Hakcipta 1987 untuk panduan bloggers di luar sana dan juga untuk diri saya sendiri agar kita tidak tersasar dari landasan yang sebenar sebagai penulis. Selain itu, suka saya mengingatkan, walaupun tak kena di dunia, di akhirat pasti.. akan ditanya.

Mohon maaf jika terkasar bahasa. Saya meluahkan apa yang saya rasa. Kesedihan saya. Apabila hasil karya saya diperlakukan sebegini rupa. Saya tak nak apa-apa, saya ikhlas berkongsi dengan semua, ilmu.. lagi dikongsi lagi banyak yang kita dapat. Andai ada kesilapan, mohon tegur-tegurlah saya. Terima kasih kepada yang terus menyokong saya. Admin group FB yang memahami perasaan saya.. Rakan-rakan seperjuangan saya, KJ, KN, Firman, Aishah, Ariff, Kak Amy, Yassir, Mei, Kamal, Amir, Gmie, Rina, Sasi, Kak Na.. dll.. Terima kasih kerana sudi mendengar cerita saya! Saya doakan kalian berjaya, terhindar dari kelakuan-kelakuan sebegini dan sentiasa dibawah lindunganNya. Ameen.

 Nota kaki: Tidur lena sebab dah luahkan segalanya disini... :)

Friday, 9 December 2016

Modul Frog VLE Untuk Beginners


Assalamualaikum semua! Salam Jumaat...

Perkongsian ilmu hari ini adalah untuk para 'beginners' yang baru nak berjinak-jinak dengan Frog VLE. Maklumlah, ramai yang dah terima smartphone Altitude, jadi mesti anda semua berkobar-kobar nak mencuba segala apps yang ada berkaitan dengan Frog VLE ni kan?! Hehe..

Untuk makluman semua, tiga modul ini telah pun dikongsikan oleh salah seorang sahabat saya, Khairil Firmansyah B. Anuar. Beliau merupakan seorang pegawai teknologi pendidikan di PKG Mersing. Menurut beliau, untuk menghasilkan modul berkaitan apps terkini iaitu Frog Assignment, Frog Chat dan Frog Snap, beliau telah membuat rujukan dengan beberapa lagi pegawai teknologi pendidikan yang lain termasuklah juga helpdesk bagi memastikan maklumat yang ditulis adalah tepat. See! Saya suka cara kerja yang sebegini, ada masa kita perlu bertanya supaya tak tersesat jalan... Hehe. Oleh kerana beliau seorang yang low-profil, jadi saya ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan beliau di mata umum... Haha!

Ni pun boleh dijadikan panduan. Saya dapat ni semasa di Leaps of Knowledge 2016
Pandangan saya tentang modul-modul yang dihasilkan adalah sangat baik, teratur dan berguna terutamanya untuk pengguna-pengguna baru Frog VLE. Untuk Frog Admin di sekolah juga, bagus jika anda dapat download dan emailkan kepada semua rakan guru di sekolah anda untuk dijadikan panduan. Kadang-kadang, guru-guru ni minat nak ber'frog', cuma kurang kefahaman tentang widget-widget yang terdapat di dalam tu, jadi mungkin dengan adanya modul-modul sebegini, penggunaan Frog VLE di sekolah anda dapat dipertingkatkan. Don't give up, teachers! :D

Dengan modul yang bewarna warni disertakan juga panduan yang sangat detail, saya yakin, cikgu-cikgu pasti senang nak faham... Download tau! Rugi kalau tak download bahan-bahan terbaik dari ladang macam ni... Hheheee... By the way, Frog Apps boleh jer dimuat turun di mana-mana telefon pintar. So, yang belum terima smartphone Altitude tu, masih boleh download those apps di telefon masing-masing ya!

Download :
Modul Frog Assignment, Frog Snap dan Frog Chat by Khairil Firmansyah

Panduan Ringkas Membina Laman Pembelajaran Frog VLE By Khairil Firmansyah

Panduan Ringkas Membina Kuiz By Khairil Firmansyah

Nota kaki: Do what you do so well that they will want to see it again and bring their friends. - Walt Disney

Sunday, 4 December 2016

Highly Immersive Programme - Part 3



Hai semua! Happy Sunday!

Sekolah kami telah pun menerima sebuah LCD projector berjenama dari pihak Bank Rakyat pada 14 Oktober yang lalu.  Sumbangan telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Greentown. Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak minta lagi.. Haha..

Murid-murid sangat teruja, mana tidaknya, LCD berkenaan kami letakkan di dewan sekolah. Penggunaan LCD berkenaan telah dimanfaatkan untuk PdP dan juga sebagai aktiviti senggang untuk murid-murid pada waktu tamat persekolahan. Mereka dibenarkan untuk duduk berkumpul di dewan sambil menunggu ibubapa menjemput mereka pulang, menonton cerita-cerita kartun berunsur moral di dewan sekolah. Sangat-sangat bermanfaat! Tak sabar nak tunggu next projek dengan Bank Rakyat. Hehe...





Dengan bantuan pekerja sekolah, Encik Nazri and the gang, yang sememangnya seorang yang kreatif, panitia Bahasa Inggeris juga berusaha untuk menyediakan tapak untuk permainan teng-teng yang dikenali sebagai 'Phonics hopscotch'. Dalam setiap kotak teng-teng tersebut dihiasi dengan huruf, jadi, apabila bermain, murid bukan sahaja dapat belajar membunyikan perkataan atau membina perkataan menggunakan huruf yang ada dalam kotak tersebut tetapi juga dapat meningkatkan daya kecergasan diri mereka. Ehh.. betul ke 'daya kecergasan'? Ngeeee... Tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Masih dalam pembikinan ni... Cat dah dibeli lama dah cuma mereka minta untuk buat dalam waktu cuti sekolah... takut cat belum kering, budak-budak dah lanyak main kat teng-teng tu... :D

Seterusnya, dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak PIBG kepada panitia Bahasa Inggeris, kami juga telah berjaya mendapatkan sebuah dam ular gergasi - Phonics snake and ladder... Mesti terfikir macam mana nak main ramai-ramai sebab permainan ni biasanya dimainkan hanya 5-6orang sahaja satu game. Hmm... Saya gunakan kaedah ni... Memang simple dan semua budak merasa untuk main dam ular ni. Caranya, saya bahagikan mereka ke dalam kumpulan kecil, misalnya, 4 orang dalam satu kumpulan.. jadi 40 orang murid, ada 10 kumpulan.. Round pertama, minta seorang dari ahli kumpulan lontarkan dadu dan 'jalan' sehingga habis 10 kumpulan. Ok, round kedua, minta orang kedua dalam kumpulan tersebut pulak jalan... begitulah selanjutnya... Jadi, keempat-empat murid dalam kumpulan tu dapat merasa untuk baling dadu gergasi dan 'jalan'. Baiklah, untuk penanda, saya minta murid saya gunakan satu penanda bagi setiap kumpulan. Saya galakkan mereka menggunakan kotak pensel yang berlainan warna. Jadi di atas dam ular gergasi tu hanya ada 10 penanda.. Oh ya, mereka hanya dibenarkan 'jalan' sekiranya mereka boleh menyebut dan mengeja satu perkataan yang bermuka dengan huruf dalam kotak dam tu. Fahamkan cara nak mainnya? Ngeee... :)


Akhir sekali, kami masih meneruskan projek Perhimpunan dalam Bahasa Inggeris yang dijalankan setiap Isnin hujung bulan. Untuk tahun 2017, saya dah tolong siapkan tajuk-tajuk yang sesuai untuk guru-guru bentangkan kepada murid-murid, yang saya anggap bersesuaian dengan faktor umur dan minat murid-murid zaman ini. Yang berminat untuk mendapatkan senarai tajuk ucapan dalam BI, contoh teks guru bertugas dalam Bahasa Inggeris, contoh teks pengacaraan majlis perhimpunan Rasmi dalam Bahasa Inggeris, bacaan ikrar dan doa dalam Bahasa Inggeris, boleh download dari link yang akan saya berikan di bawah nanti. Jangan lupa share kepada kawan-kawan yang memerlukan. Sharing is caring! Apa pun, kredit kepada Cikgu Syed Siddek kerana bantu saya buatkan teks perhimpunan, doa serta ikrar dalam BI tu.. :)

Yang belum pernah mengikuti cerita HIP sekolah saya, boleh baca di Highly Immersive Programme Part 1 dan Highly Immersive Program Part 2 Bagi yang nak mencuba nasib memohon sumbangan, boleh jadikan contoh Kertas Kerja Highly Immersive Programme yang telah saya buat tempoh hari sebagai panduan. Good luck, people! :D


Download : Teks Perhimpunan BI, Teks Guru Bertugas BI, Cadangan Tajuk Ucapan BI, Doa BI dan Ikrar BI

Dapatkan softcopy DAM ULAR sekarang! Lepas ni boleh hantar tempah buat banner 8kakix8kaki... Awesome! :)

Monday, 28 November 2016

Kandungan Fail Ringkasan Mengajar 2017



Hai semua!

Apa khabar? Dengar cerita kawan-kawan yang di KL dah dapat tablet dan smartphone Altitude PERCUMA! Wahhh... meriah! Hehe.. Cikgu di Perak masih setia menanti, harap-harap awal tahun depan dah boleh petik-petik smartphone baru. LOL!

Okay, walaupun belum terima smartphone atau tab free tu, saya masih mahu mengekalkan momentum dan dah pun mula mempersiapkan diri untuk menghadapi tahun 2017. Doakan tahun 2017 ni lebih baik dari tahun ini tau! Saya dah settle kan cepat-cepat urusan kerja ni, senang nak merancang percutian pulak lepas ni.. Ehhh.. Hehe.. Sebenarnya, Guru Besar saya minta tolong saya bantu buatkan template isi kandungan Fail Ringkasan Mengajar untuk kami warga sekolah gunakan pada tahun depan. Oleh kerana tapak lama sudah ada, saya hanya edit sedikit untuk mencantikkan dan nampakkan sedikit kelainan, so that tak la jemu mata ni memandang.. Maklumlah, Fail Ringkasan Mengajar ni sebenarnya 'nightmare' untuk saya, so, kena la buat cantik-cantik, supaya fail ni jadi tertarik menarik dan kebaboom untuk saya hadap sepanjang tahun 2017 nanti.. Ambik mood katanya... Kikikii.. :D

Since ''produk'' saya yang sebelum ni ada ramai yang complain tak dapat display font cantik yang macam saya gunakan, jadi kali ni, saya save file ni menjadi format gambar. Terdapat beberapa muka surat yang boleh diedit yang saya save kan dalam format 'doc'. Jadi, kalian hanya perlu taip dalam text box yang telah disediakan.

Antara kandungan yang ada di dalam fail ialah:-
1) Muka depan
**Untuk edit logo dan nama sekolah pada muka hadapan, sila lakukan proses 'crop' ya.. dah crop dan buang logo sekolah sedia ada, boleh 'insert' logo serta nama sekolah cikgu. Kalau nak pakai logo sekolah saya pun boleh, mehh laa masuk sekolah saya... Theheee... :D
2) Takwim Persekolahan 2017 - Saya buat mengikut takwim Kumpulan B ya..
3) Cuti Am 2017
4) Jadual Waktu Persendirian
5) Jadual Waktu Kelas
6) Senarai tugas
7) Maklumat Guru
8) Visi KPM
9) Misi KPM
10) Visi Sekolah Saya 
11) Misi Sekolah Saya
12) Rancangan Pengajaran Tahunan 2017 
13) Rancangan Pengajaran Harian 2017
**Boleh download tapak RPH versi BM, BI, Arab dan Jawi di Tapak RPH Raihan Jalaludin 
14) Lembaran Markah Murid
15) Senarai Nama Murid
16) Senarai Buku Rujukan
17) Penyeliaan, Pertemuan dan Perbincangan Professional
18) Catatan
19) Tarikh penghataran Fail Rekod Mengajar Untuk disemak oleh Guru Besar - Setiap Jumaat
20) Template kosong untuk cikgu-cikgu guna bagi memasukkan visi/misi sekolah, kot nak buat cover depan ke.. apa-apa tambahan..
21) Ini SPECIAL! Saya sertakan sekali File Font cantik - Beyond the Mountains yang saya gunakan tu.. download dan install dalam laptop anda, kemudian anda boleh edit cover page atau apa-apa sahaja dengan menggunakan font yang sama seperti saya gunakan tu.. Wallaaa.. :)


***Atas permintaan ramai, saya bantu buatkan Takwim persekolahan dan jadual semakan Fail RPH untuk kumpulan A. Untuk download, klik pada link dibawah.

Kumpulan A

TERKINI : Download Partition Mingguan Untuk RPH anda VERSI BM & BI

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan juga dengan kawan-kawan yang lain ya.. Subscribe blog saya, masukkan email anda untuk subscribe di ruangan tepi sebelah kanan untuk anda mengikuti blog saya. Bila dah subscribe, setiap kali saya menulis, anda akan menerima email dari saya secara automatik! Jangan lupa klik butang 'Subscribe' sekarang! Happy holidays!~

Thursday, 17 November 2016

Jom Tunjuk Kuasa 'Super Power'



Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Dah lama rasanya tak menulis entry. Hujung-hujung tahun macam ni, cikgu-cikgi macam saya ni memang teramatlah sibuk. Banyak betul benda yang perlu diselesaikan... Sejak Oktober lagi, memang dah macam lipas kudung, menguruskan hal peperiksaan, tanda kertas exam, streaming class murid-murid, menguruskan pelbagai acara penting di sekolah, hari kanak-kanak, hari anugerah cemerlang dll. Phew! Beginilah selagi bergelar guru! :)

Minggu lalu, beberapa orang rakan saya yang gilakan teknologi telah menyertai Deep Learners 2016 yang telah dianjurkan di Nexus International School, KL. Macam-macam benda baru yang mereka pelajari. Rugi pula rasanya tak pergi ikut sekali. Apa pun saya bersyukur kerana mereka sudi untuk berkongsi beberapa ilmu yang saya anggap menarik untuk saya kongsikan pula di sini.  

Saya yakin, memiliki kuasa 'Super Power' pastinya menjadi satu impian kepada anak-anak didik saya terutama yang lelaki. Walaupun hanya olok-olok, tapi pastinya mereka sangat teruja apabila mereka melihat rakaman video diri mereka sedang menunjukkan 'super power'. Caranya tersangat mudah! Pertama sekali anda perlu memuat turun aplikasi 'Super Power' dari App Store. Kemudian, ikut arahan yang diberikan dan rakam aksi murid tersebut menggunakan telefon/tab anda. 


Yayyy! Pagi tadi saya dah cuba dengan murid-murid saya. Memang ohsem! :D At least, dah dekat-dekat nak tutup sekolah ni, ada la juga sesuatu yang menyeronokkan mereka. Bukan mereka je yang seronok, cikgu pun seronok juga! Haha.. 

P/S : Memetik kata-kata Dr. Bilal Philips, 'One day, you'll be just a memory for people. Do your best to be good one!' Siapa dia ni? He's my idol. :) Bye!

Tuesday, 4 October 2016

Matta Fair 2016 : Weekend Retreat in Pulau Pinang


Salam Maal Hijrah!

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bermalam di Lexis Suites Penang. Suatu nama yang gah dan mungkin ramai di antara anda sudah pun menjejakkan kaki ke sini. Untuk pengetahuan semua, jika melihat pada nilai harga semalam yang ditawarkan, saya mungkin akan berfikir beberapa kali sebelum membuat tempahan bilik. Tetapi... Mungkin rezeki saya baik kali ini, saya berjaya mendapatkan bilik di hotel ini dengan harga yang sangat berpatutan untuk satu malam melalui promosi Matta Fair 2016. Bagus juga Matta Fair ni, dapat juga orang kebanyakkan macam saya merasa untuk tidur di hotel yang seumpama ini. :) Bagi saya harga yang saya bayar sangat berbaloi kerana beberapa sebab yang akan saya nyatakan dibawah ini. Yes! Sangat-sangat berbaloi! Walaupun tanpa sarapan pagi, saya rasa percutian kali ini memang memberikan pengalaman yang sangat bermakna dan menyeronokkan. Terletak di Teluk Kumbar, kawasan di pinggir bandar berhampiran laut amat menenangkan dan jauh dari hiruk pikuk kotaraya. Perjalanan mengambil masa lebih 30 minit untuk ke Bandar Georgetown. Jika datang dari arah selatan (highway), exit Bayan Lepas / Jambatan Kedua Pulau Pinang dan seterusnya ikut arah ke Teluk Kumbar.

Setibanya di lobi, kami dihidangkan dengan minuman jus buah pala. First time saya rasa jus buah pala, sedap juga! Untuk urusan check in, perlu sediakan deposit sebanyak RM200. Boleh refund semasa check out. Selain itu, yang beli pakej promosi Matta Fair ini perlu bawa salinan voucher yang di print. Jika tiada voucher, perlu lakukan screen capture di telefon bimbit dan emailkan gambar voucher kepada email yang diberikan oleh receptionist. Saya check in jam 2 petang dan check out lebih kurang jam 1 tengahari pada hari berikutnya. Seronok sangat sampai rasa tak nak balik. Haha.. Semasa check in, hotel ni bagi 2 kad akses. Okay, sekarang kita cerita tentang bilik pula. Terus terang saya katakan, attraction utama suite ini adalah private pool dan sauna. Tak banyak hotel di Malaysia ni yang menyediakan private pool dalam setiap bilik. Hanya di Lexis rasanya.. Di Port Dickson pun ada Lexis. Sangat sesuai untuk yang ada anak. Mandi manda dalam bilik je. Pakaian juga bebas. Nak berendam sampai subuh pun takde siapa kisah. Hehe..

Nahh.. saya tunjukkan gambar, anda lihatlah sendiri..











Dalam bilik ni disediakan tuala yang sangat banyak. 6 helai tuala mandi, 4 helai tuala muka, 2 pasang rob. Mungkin kerana adanya kolam renang, jadi mereka faham penggunaan tuala memang sangat-sangat diperlukan. Selain itu, air bergas 3 tin juga disediakan secara complementary. FOC! Coklat m&m sebungkus serta 4 botol air mineral percuma. Nescafe serta 4 paket teh berperisa juga disediakan tanpa sebarang bayaran. Baiklah, dah habis meneroka dalam bilik, jom saya tunjukan facilities yang disediakan. Ada yang percuma, ada yang berbayar.





Macam mana? Best tak? Hehe.. Saya rasa sangat-sangat gembira sebab dapat bawa mak saya merasa tidur di sini. Mak saya fully on wheelchair jadi saya book bilik ni bilik khas untuk pengguna kerusi roda. Anak-anak pun sangat teruja.

Tengoklah barisan yang panjang nie.. Memang kena sabar banyak.. Sejam beratur! Hehe

Bila dah sampai Penang, rugilah kalau tak makan nasi kandar Line Clear. My favourite!!! Walaupun terpaksa beratur hampir sejam, sangat puas hati kerana dapat melepaskan gian nasi kandar yang terbaik ni. Pada waktu malam, padang kota pilihan kami. Makan lagi dan lagi! Hehe.. Percutian kali ini, kami hanya berjalan-jalan di beberapa tempat sahaja. Antaranya, padang kota, Penang 3D Art Muzeum, Chowrasta untuk beli jeruk dan pasar malam sekitar Batu Feringgi. Selebihnya, masa kami dimanfaatkan di dalam suite.

Kami pilih untuk naik feri semasa balik. Walaupun usia feri sudah berpuluh tahun, masih ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberang laut. Jammed hokeh! Kami naik feri lebih kurang jam 10 malam. Singgah pula di Taiping untuk makan.. Asyik makan je! Haha.. Dan destinasi terakhir adalah di Hospital Taiping apabila anak kedua saya sudah mula menunjukkan tanda-tanda semput. Sangkut di hospital hampir sejam untuk ambil neb. Penangan kolam renang dalam bilik. Huhu.. Tahniah Hospital Taiping kerana menyediakan perkhidmatan yang pantas dan teratur.. Servis memang terbaik. Tahniah! Kekalkan yang terbaik ya.. Tiba di rumah jam 3.45pagi. Memang tersangat penat tapi hati kami Tuhan sahaja yang tahu, HEAVEN... :) Nak pergi lagi ke Lexis Suite Penang! Nak nak nak! Siapa nak belanja?? Hahahahaaaa..

Nota Kaki : Semoga Mama saya dan anak-anak saya gembira. Ini sahaja yang termampu untuk mereka. I love you!

Monday, 26 September 2016

Aplikasi Berguna Untuk Guru - Tiny Scanner




Hai semua! Apa khabar?
Saya pasti ramai guru-guru yang ketika ini yang sedang berhabis-habisan menyediakan soalan untuk peperiksaan akhir tahun yang akan berlansung tak lama lagi. Hari ini saya ingin berkongsikan tips bagaimana untuk cikgu-cikgu scan bahan tanpa menggunakan scanner. Kadang-kadang saya sendiri malas nak mengusung buku-buku untuk dibawa balik ke rumah. Apa yang saya buat, saya scan sahaja mukasurat-mukasurat yang saya perlukan semasa di sekolah, dan bina soalan di rumah. Guna handphone je pun kan.. dua tiga minit dah boleh siap scan beberapa mukasurat dah! Hehe.. Tekniknya mudah sahaja, iaitu dengan memuat turun aplikasi 'Tiny Scanner' dari Google play store (Android phone) atau pun di App Store bagi pengguna Apple. Aplikasi ini merupakan aplikasi wajib untuk saya kerana ianya amat mudah digunakan serta tak perlukan modal untuk membeli sebuah scanner yang besar gedabak. Hanya gunakan handphone! Dokumen yang telah di scan menggunakan aplikasi ini juga boleh disimpan dalam bentuk gambar atau pdf. Selain itu, satu lagi kebaikkan aplikasi ini adalah ia membenarkan kita melakukan 'crop' sebelum data tersebut disimpan. Jadi, kita hanya akan dapat bahagian yang perlu sahaja. Tak perlu pun nak upgrade kepada Pro Version. Saya hanya menggunakan yang free version sahaja. Itu pun sudah berbaloi. Lihat kaedahnya di bawah:-




Bagaimana cara untuk transfer dokumen tersebut untuk masuk ke komputer kita? Ada 2 kaedah, yang pertama apabila sudah selesai scan, sambungkan wayar USB (pengecas telefon) anda ke komputer. kemudian 'explore' telefon anda di komputer untuk mendapatkan gambar/dokumen yang telah anda scan tadi. Cara kedua ialah dengan menghantar email kepada diri sendiri. Buka email tersebut dan download bahan yang dikehendaki. Tadaaa... Dokumen sudahpun masuk ke laptop anda! Mudah kan?! Okay, jom ambil mood buat kertas soalan. Hehe.. Selamat mencuba..

Saturday, 24 September 2016

Modul Bahasa Inggeris Question 21 - Social Expression

Pejam celik pejam celik, sedar-sedar dah nak habis dah bulan September. Beberapa bulan lagi sudah menginjak masuk ke tahun 2017 pula. Alhamdulillah, sempat saya siapkan modul untuk murid saya. Bukan apa, takut nanti saya terkejar-kejar yang mana nak mengejar silibus, dengan kerenah murid yang macam-macam, bebanan tugas-tugas yang diperuntukan.. Perghh.. tak boleh nak bayangkan. Modul yang saya bina ni adalah bertujuan untuk memastikan murid-murid saya dapat mencapai 6 markah penuh dalam soalan 21, kertas 1. Target full marks terus! Target mesti tinggi, dapat tak dapat belakang cerita kann! Hehe.. Soalan berbentuk social expression, memberi respon dalam perbualan, agak sukar bagi murid-murid yang tidak biasa bercakap menggunakan Bahasa Inggeris. Puas saya memikirkan cara bagaimana untuk melatih mereka menjawab soalan 21 itu. Yelah, murid-murid saya rata-rata dari keluarga yang sememangnya bercakap menggunakan Bahasa Melayu. Akhirnya, saya terfikir untuk membina modul khas untuk mereka. Ya, khas untuk anak didik saya!


Saya mula kumpulkan bahan-bahan. Saya fokuskan kepada satu bahagian sahaja iaitu Question 21. Terus terang saya katakan, mencari bahan bukanlah mudah. Menyelak sehelai demi sehelai mencari yang terbaik.. yang mudah.. yang sesuai.. memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Mengedit, crop, copy, paste, scan dan macam-macam lagi perlu dibuat semata-mata untuk compile kan soalan-soalan tu. 43 mukasurat, 243 soalan, perghhh.. Usaha memang dah ada, cuma nak 'ON' kan sahaja dalam kelas. Saya berdoa semoga murid-murid saya tak dapat banyak, dapat sedikit pun jadilah.. Bak kata orang putih, half a loaf is better than none. :)  Rasa macam nak buat modul lagi. Tapi.. mampukah saya? Huhu..

Nota kaki: Barulahku tahu betapa hazabnya membuat modul.. It's not easy! ;D

Monday, 19 September 2016

Kreativiti : Permainan Bahasa Spontan


Hai semua!

Permainan bahasa spontan yang dapat dimainkan tanpa memerlukan sebarang peralatan dan persediaan sememangnya dapat memudahkan guru-guru bahasa untuk 'menutup' atau 'memulakan' sesi pdp. Murid-murid walau selemah mana pun mereka pasti akan teruja dengan permainan yang akan saya nyatakan nanti. Jangan sesekali kita mengganggap murid LINUS atau murid kelas hujung tidak berminat bermain permainan seumpama ini. Saya telah beberapa kali mencuba dengan murid-murid sebegini dan ternyata mereka juga mampu bermain dengan baik. Disamping mengukuhkan kosa kata, mereka juga mampu meningkatkan daya saing antara rakan-rakan. Masing-masing mahu mencuba. Bagi saya, jawapan yang betul atau salah tidak penting. Yang penting adalah peranan kita sebagai guru untuk menarik minat murid-murid belajar sudah berjaya. Participation! Itu yang lebih penting. Saya kurang gemar murid-murid yang pasif sehinggakan kita bercakap dengan dia pun, macam bercakap dengan tunggul kayu. Permainan seumpama ini saya lihat dapat meningkatkan keyakinan murid-murid dengan syarat murid-murid tidak dikecam sekiranya mereka memberi jawapan yang salah. Gunakan kata-kata positif seperti "Good try", Cuba lagi.. dll. Main dalam keadaan yang menyeronokkan ya!

Word Snake (Ular Perkataan)
Permainan ini boleh dimainkan secara lisan mahupun bertulis. Jika dijalankan secara bertulis, saya cadangkan untuk anda gunakan papan putih di dalam kelas. Minta murid-murid berdiri. Guru memulakan dengan menulis atau menyebut satu perkataan dan eja dengan jelas. Kemudian, minta murid-murid menyambung dengan perkataan lain dengan menggunakan huruf terakhir dalam perkataan yang anda sebut/tulis.
Contohnya :- Ayam - masak - kenduri - ikan - negara - arnab - buaya - awan -
Untuk mewujudkan semangat bersaing dikalangan murid-murid, nyatakan secara jelas yang orang terakhir menjawab akan dikenakan denda. Denda menyanyi, denda yang menyeronokkan.. Ingat! Permainan ini adalah untuk meningkatkan minat murid, sekiranya anda mengenakan denda berat seperti mengemas kelas dsb, ini mungkin akan membuatkan murid tidak minat bermain. Pada masa yang sama, elakkan kawan-kawan mengejek. Beri galakkan dengan cara meminta dia cuba mencari perkataan yang sesuai, sebolehnya beri dia masa untuk menjawab. Denda adalah jalan yang terakhir.
Semasa bermain, minta murid yang sudah menjawab untuk duduk. Anda jangan risau dengan kejujuran mereka. Bila dah ramai-ramai, pasti ada yang menyelit duduk walaupun tak menjawab lagi. Anda jangan risau, kawan-kawannya ramai, pasti mereka akan laporkan kepada anda! :)
Katakan murid anda murid yang kategori 'advanced', anda boleh mengecilkan skop perkataan, mungkin boleh minta mereka senaraikan nama haiwan sahaja, perbuatan, tumbuhan dll.
Contoh:- lompat - tolong - gosok - kendong - (ini lebih mencabar, kan? :) )

Word Building (Bina Perkataan)
Permainan ini sesuai dimainkan secara bertulis. Sediakan beberapa batang marker pen untuk murid-murid menulis di papan putih. Tuliskan satu perkataan dan minta murid-murid bina perkataan lain dari perkataan yang diberi. Hanya semua huruf dalam perkataan yang diberi sahaja yang boleh digunakan. Tidak boleh ditambah dengan huruf lain. Boleh lihat contoh pada gambar yang saya masukkan ini.

Semua excited menunggu pen untuk menulis! :)

Hangman 
Sediakan tempat kosong untuk murid-murid mengisi huruf yang sesuai. Bahagikan murid-murid ke dalam kumpulan.  Kemudian, minta murid-murid meneka huruf mengikut kumpulan masing-masing. Jika salah, lukiskan gambar 'hangman'. Berikan markah yang sesuai untuk kumpulan yang berjaya meneka perkataan dengan tepat.

Sumber : Google Image
Kuiz
Kuiz spontan. Minta murid mengeja perkataan, meneka teka teki, menukarkan past tense words kepada present tense, memberikan imbuhan yang sesuai kepada perkataan dan lain-lain yang dianggap sesuai.

Mind Mapping (Peta Minda)
Letakkan satu tajuk di papan putih dan edarkan pen marker untuk murid-murid menulis (listing) perkataan yang berkaitan. Pasti mereka akan berlumba-lumba menyertai permainan ini.
Contohnya:- Minta mereka senaraikan nama buah-buahan tempatan, haiwan jinak, haiwan laut, haiwan liar, anggota badan, makanan, perkataan yang boleh menggunakan imbuhan 'ter' dll. Kalau murid lemah, mungkin boleh cadangkan mereka untuk melukis sahaja. Ini salah satu cara menggalakkan mereka participate dalam aktiviti yang dilakukan.

Sekian perkongsian dari saya hari ini. Semoga anda semua terus sukses mendidik anak bangsa.

Nota kaki: Didiklah mereka dengan hati, bukan dengan caci maki. Semoga anak-anak didik ini mendoakan kesejahteraan untuk kita di akhirat nanti. Ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...