Cara Untuk Memasukkan Bahan di Google Drive ke Dalam Site Frog VLE - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 17 January 2016

Cara Untuk Memasukkan Bahan di Google Drive ke Dalam Site Frog VLE


Sejak kewujudan 'tapak penyimpanan data (awan)', penggunaan pendrive/thumbdrive telah berkurangan dan dianggap sebagai ketinggalan zaman terutama dikalangan cerdik pandai IT. Kelemahan pendrive dalam penyebaran virus benar-benar mengganggu kelangsungan tugas seseorang dimana kadangkala virus yang disebarkan dapat memusnahkan sistem komputer atau fail-fail yang tersimpan didalamnya. Selain virus, masalah kos dan limit 'storage' juga merupakan kekangan lain bagi pengguna pendrive. Dewasa ini, terdapat pelbagai tapak penyimpanan data (awan) disediakan secara percuma. Menyimpan data di 'cloud' amat mudah, walau bagaimana pun, talian internet haruslah wujud. Anda boleh berkongsi fail tanpa perlu risaukan virus. Antara 'cloud storage' yang popular digunakan ialah, Dropbox, Onedrive, Box dan Google Drive. Terdapat beberapa faktor utama para pengguna beralih menggunakan Google Drive. Selain menyimpan data dengan selamat, Google Drive juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Google Drive juga boleh digunakan secara langsung semasa anda menggunakan pelantar Frog VLE anda! Bagaimanakah caranya untuk anda memasukkan dokumen yang terdapat di dalam Google Drive anda ke dalam site Frog VLE anda? Ikuti tutorial di bawah...

















4 comments: