Sunday, 28 February 2016

Plagiarism Detector - Pengesan Plagiat





Sebagai blogger, saya amat menekankan tentang kualiti serta originaliti konten penulisan saya di blog. Saya amat berharap blogger-blogger yang lain juga mengamalkan etika yang sama semasa menghasilkan bahan tulisan dimana segala sumber yang diperolehi haruslah di kreditkan kepada empunya sumber. Tidak kiralah sumber sebesar mana sekali pun, hinggalah sekecil-kecilnya seperti resepi, pengalaman peribadi, gambar dsb. Adalah penting untuk kita memberi kredit kepada empunya sumber sebagai menghargai kesudian beliau berkongsi ilmu/input mahupun pengalaman dengan masyarakat. Selain itu juga, plagiat hasil kerja orang lain juga berkemungkinan besar dapat memberikan impak yang negatif kepada pembaca - mereka baca artikel yang sama di beberapa blog yang berbeza! :( Melakukan plagiat juga memungkinkan kita didakwa sekiranya tidak mendapat keizinan dari tuan empunya sumber. Perlu diingatkan bahawa segala bentuk penulisan/gambar adalah hak cipta penulis seratus peratus!

Seringkali kita terjumpa isu atau sesuatu bahan dari laman orang lain yang kita rasakan sangat elok untuk diketengahkan di blog kita, TETAPI adalah lebih baik untuk kita menulis semula (rewrite) dengan menggunakan ayat kita dan bukanlah dengan menceduk 100% ayat si penulis asal. Capture gambar juga sepatutnya adalah wajar untuk penulis menggunakan gambar sendiri, tetapi sekiranya mahu menggunakan gambar dari blog/web orang lain, perlulah memberi kredit sewajarnya kepada pemilik asal.

Saya terjumpa suatu aplikasi yang saya rasa amat bagus untuk memeriksa kandungan plagiat di dalam penulisan blog, penulisan artikel dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan aplikasi online ini di https://plagiarismcheck.org/ atau https://www.quetext.com/ Saya percaya, laman ini pastinya popular dikalangan pensyarah. :)

PdP Kreatif dengan Tagul



Tagul, suatu aplikasi online yang kurang dikenali, sebenarnya boleh digunakan untuk 'memperindahkan' PdP kita terutama apabila melibatkan sesuatu tajuk yang perlu dibuatkan senarai misalnya kata nama am, kata nama khas, verbs, tenses, sifir, rukun solat, nama-nama nabi dll.


Aplikasi ini amat mudah digunakan lebih-lebih lagi jika senarai telah pun dibuat di MS Excel. Kepada yang belum tahu apa itu tagul, dan bagaimana cara untuk menghasilkan 'word cloud' cantik seperti yang saya tunjukan itu, bolehlah menonton video saya yang tidak seberapa ini. Mohon maaf kerana video yang saya hasilkan ini kurang berkualiti dan 'bisu' kerana ini adalah merupakan video pertama yang saya hasilkan sendiri. :)




Diharap dengan adanya video tutorial ini, rakan-rakan dapat mempelbagaikan teknik pdp sewaktu di di dalam kelas. Bagi guru sekolah menengah pula, tagul mungkin boleh dijadikan sebagai projek untuk para pelajar. Selain mengasah kreativiti mereka, mereka juga dapat belajar menggunakan teknologi dengan seronok! :)

Saturday, 27 February 2016

Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku!


Assalamualaikum sahabat!

Beberapa hari yang lalu, saya terbaca post yang ditulis oleh teman saya, Cikgu Normie tentang kaedah membina soalan ringkas dalam 10 minit di pelantar Frog Vle. Saya merasakan idea beliau dalam melaksanakan kaedah ini amat kreatif dan saya sendiri tidak pernah terfikir tentang ini. Bagi saya, teknik yang diberikan amat bermanfaat terutama bagi guru-guru yang sentiasa sibuk seperti saya. Ikuti tutorial yang saya berikan di bawah ini.

1. Saya percaya, sebagai guru, terdapat banyak bahan-bahan latihan / kertas peperiksaan untuk murid-murid yang telah kita buat dan pastinya ramai yang masih menyimpan bahan-bahan tersebut tidak kira di dalam pendrive mahupun di dalam komputer masing-masing. Selain itu, anda juga boleh membuat carian di google search/image. Bahan-bahan dalam bentuk dokumen Word juga boleh digunakan untuk ini. Bahan dalam bentuk dokumen Word perlulah ditukarkan kepada bentuk .jpg terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, aplikasi Microsoft Word tidak membenarkan dokumen disimpan dalam bentuk .jpg. Jadi langkah pertama yang anda perlu buat ialah dengan menyimpan bahan/dokumen word tersebut sebagai pdf.


Buka fail dokumen tersebut, kemudian, klik save as, pilih pdf.

2. Apabila fail pdf sudah wujud, layari www.pdf2jpg.net untuk menukarkan fail berbentuk pdf yang dibuat tadi kepada format .jpg Setelah berjaya menukar format pdf ke .jpg, sila download bahan tersebut ke dalam komputer anda. 


3.

4. Pastikan anda memilih 'layout' seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Gunakan 2 widget sahaja iaitu Widget Media dan Widget Form. Widget Media di drag masuk ke kotak nombor 1 manakala Widget Form di drag masuk ke kotak nombor 2. Abaikan kotak nombor 3 dan 4. Biarkan sahaja ia kosong.


5. Untuk Widget Media, klik pada button Upload untuk memuatnaik latihan yang sudah ditukar ke bentuk .jpg tadi.


6. Untuk Widget Form, Pilih 'New Form', pilih 'Single Line'. Kemudian, taipkan nombor soalan. Untuk Widget Form, dicadangkan untuk gunakan 'Single Line' sahaja supaya murid-murid dapat menaipkan jawapan mereka di dalam kotak yang diberikan. Anda juga boleh ke FrogDrive - Forms - dan sediakan form terlebih dahulu dan kekalkannya di FrogDrive, jadi, Form (borang jawapan) ini boleh digunakan berulang kali selepas ini dengan hanya menggunakan widget yang sama, iaitu widget Form, dengan menekan butang 'Import Form' sahaja.


7. 



8. Berikut adalah kaedah untuk membuat perkongsian dengan murid-murid. Klik pada Butang Share, kemudian pilih samada anda mahu share sebagai site atau assignment. Saya memilih untuk share sebagai assignment.


Jangan lupa masukkan tarikh akhir penghantaran tugasan jika di kongsikan sebagai 'assignment'. Akhir sekali klik butang 'Assign'.


9. Setelah murid-murid menjawab soalan yang diberikan, guru boleh menyemak siapa yang sudah menyiapkan tugasan dan apakah jawapan mereka dengan menekan butang 'Site', kemudian klik pada 'Data Viewer'. Klik pada Form dan segala maklumat dan jawapan akan terpapar. Sekiranya anda memerlukan data tersebut dalam bentuk hardcopy untuk dimasukkan ke dalam buku ringkasan mengajar misalnya, anda boleh download dan print data tersebut. Tidak perlu lagi mengadap bertimbun-timbun buku. Hanya dengan sehelai kertas, semua jawapan murid akan terpapar. Buat perbincangan soalan dengan murid-murid untuk pengukuhan. :)




Kredit kepada Cikgu Normie kerana dapat membuka minda saya tentang mudahnya menggunakan Frog VLE. Ianya umpama suntikan semangat kepada saya untuk terus menggunakan pelantar tersebut! 

Nota Kaki: Adalah lebih baik untuk kita mencipta latihan sendiri untuk murid kita. Bukanlah nak kata tak boleh ceduk bahan orang lain, tetapi, mencipta sendiri adalah lebih baik dan percayalah, kepuasan yang anda dapat selepas itu adalah lebih berbaloi! Good luck! :)

Saturday, 20 February 2016

Bahan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)



Yay! Dah siap.. :D
Saya dilantik menjadi guru yang menguruskan PPDa tahun ini. Oleh hal itu, saya perlu mengemaskini papan kenyataan / sudut PPDa di sekolah saya. Sudah bulan dua, saya masih lagi belum memulakan langkah. Agak terlewat kali ini, bukan apa, terlalu banyak kekangan sehinggakan perkara ini tertangguh. Selalunya saya suka siapkan papan kenyataan awal-awal tahun. Pada pendapat saya, lebih baik siapkan awal-awal sebab apabila sudah mula terikat dengan tugas hakiki, mengajar, menanda buku, kita sudah kekurangan masa untuk membuat semua ini.

Kagum saya melihat sudut PPDa / papan kenyataan PPDa sekolah-sekolah yang lain. Guru-guru yang kreatif dalam memperindahkan sudut tersebut memang sangat-sangat saya kagumi. Ada yang membina kubur, menampal pelbagai bahan, menayangkan pil-pil dadah dll. Memandangkan guru yang bersama saya untuk uruskan PPDa sudah pun berpindah, maka, secara automatiknya tugas menyiapkan papan kenyataan ini jatuh kepada saya seorang 100%. Pheww.. Harap-harap saya dapat menyiapkannya segera. Risau juga jika ada pemantauan. Lagi pun hati rasa tak tenang bila 'berhutang' macam ni, papan saya masih kosong.

Saya ada buat sedikit rujukan dan carian bahan-bahan berkenaan dadah dan rokok. Saya akan kongsikan bersama rakan-rakan lain yang memerlukan. Tetapi, perlu diingatkan bahawa bahan saya bukanlah hak milik saya, saya tidak cukup masa untuk hasilkan bahan sendiri. Saya cuma mampu membuat carian secara online. Bahan-bahan yang saya pilih juga selalunya berkonsepkan 'simple' and 'nice'. Bahan tersebut rata-rata saya perolehi dari carian di google image.


Saya juga berjaya mendapatkan beberapa keping poster anti-dadah di Google Image untuk dicetak dan diwarnakan. Antaranya adalah hasil karya 'yantisa'. Lukisan poster beliau sememangnya cantik dan menarik. Saya minat mewarna poster, jadi, saya akan print beberapa keping poster ini, warnakan dan tampalkan di papan kenyataan PPDa itu nanti. :)



Buku Teks KSSR Digital



Penggunaan Buku teks KSSR Digital  di dalam kelas adalah suatu inisiatif yang baik bagi membantu murid-murid untuk lebih fokus (hanya melihat muka surat yang dipaparkan oleh guru). Selain itu, masalah murid tidak membawa buku teks juga dapat diatasi dengan adanya buku teks digital seumpama ini. Walau bagaimana pun, saya dapati buku teks KSSR yang ada di link yang akan saya kongsikan ini kurang lengkap, masih ada banyak buku teks yang tiada. Buku Bahasa Inggeris sahaja yang lengkap dari darjah 1 hingga ke darjah 6. Terima kasih Cikgu Ang kerana sudi berkongsi link ini dengan saya. Kredit kepada pemilik asal Cikgu Hafiz Abdullah dari SK Lubok Teras Setiu. 

Sekiranya buku yang diperlukan tiada di dalam link yang saya kongsikan ini, cikgu-cikgu boleh mendapatkan buku teks digital dari 'FrogStore'. Di FrogStore, terdapat berpuluh-puluh buku teks digital pelbagai subjek dari darjah 1 sehingga tingkatan 5. Anda boleh menyimpan buku teks digital yang diperolehi dari FrogStore ke dalam 'Bookshelf' anda. Caranya mudah, hanya login masuk ke akaun anda menggunakan Yes ID yang dibekalkan oleh pihak sekolah, kemudian, pergi ke FrogStore, taipkan nama buku yang diperlukan, simpan buku di dalam 'bookshelf' peribadi anda, dan akhir sekali, untuk menggunakan buku tersebut, pergi ke 'bookshelf' dan klik dua kali ke gambar buku yang dikehendaki. Buku digital akan terpapar dengan jelas!

Selamat menggunakan buku teks digital. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Assalamualaikum.. 


Wednesday, 17 February 2016

Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian

Sebagai kakitangan awam, adalah menjadi tanggung jawab kita untuk mengisytihar perjalanan ke luar negara kepada majikan. Untuk mengyistihar perjalanan tersebut, anda perlu mengisi borang permohonan perjalanan pegawai awam ke luar negara atas urusan persendirian. Bukan sahaja untuk aktiviti melancong, malahan, sekiranya anda menghadiri persidangan, lawatan rasmi, kursus dll urusan, anda masih perlu membuat permohonan yang sama. Hal ini adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 Adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya anda merahsiakan perjalanan ke luar negara. Selalunya, setiap permohonan pasti akan diluluskan kecuali jika anda mempunyai masalah-masalah tertentu yang boleh menyekat anda untuk ke luar negara. Permohonan mestilah dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh pergi ke luar negara.

Mengapa penting untuk kita membuat permohonan? Pada pandangan saya, adalah penting untuk kita 'declare' perjalanan ke luar negara kerana tidak lain tidak bukan, pastilah faktor keselamatan kita di negara orang. Sekiranya apa-apa berlaku pada anda semasa anda berada di negara yang dilawati, misalnya letupan bom, kemalangan dan lain-lain bencana, (moga dijauhkan!), segala pembayaran pencen, gratuiti dan lain-lain pampasan adalah berhak bagi waris kita untuk tuntut. Ini kerana, anda telah pun membuat permohonan untuk ke luar negara. Jadi ia ibarat anda pergi 'dengan keizinan'. Bayangkan jika anda pergi ke luar negara  tanpa membuat permohonan terlebih dahulu dan sesuatu yang buruk berlaku, nahh.. waris anda tidak layak menuntut sesen pun! Ayat ini sering pentadbir saya di tempat yang terdahulu ucapkan. Betapa ruginya waris, dan anda umpama 'mati katak'.

Selain itu juga, dengan keizinan yang diberi, anda berhak mendapatkan kemudahan perlindungan kesihatan di luar negara berdasarkan insurans yang kita perolehi semasa membuat permohonan. Walau bagaimana pun, insurans ini adalah terhad kepada diri pemohon sahaja. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2015

Selain daripada faktor keselamatan, saya berpendapat, permohonan ini juga adalah bertujuan untuk memastikan pegawai yang pergi ke luar negara tidak terlibat dengan masalah korupsi. Kadangkala yang terlibat dengan korupsi ini berkemungkinan besar 'menyembunyikan' harta mereka di negara luar. Kita tidak tahu  barangkali seseorang pegawai itu selalu ke luar negara kerana dia mempunyai / menguruskan aset tertentu di sana. Jika seseorang pegawai awam kerap berulang alik ke sesuatu negara, mungkin beliau boleh diragui. Untuk menghapuskan keraguan yang timbul, adalah penting untuk anda menyatakan secara jelas sebab mengapa anda ingin pergi ke sesebuah negara itu di dalam borang permohonan misalnya mengikuti kursus, persidangan, melancong, lawatan penanda aras, dll.

Ok, Saya doakan kawan-kawan yang ingin ke luar negara, selamat pergi dan selamat pulang! Apa pun, jangan lupa buat permohonan ya sebelum pergi melancong! :)

Download : Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian/Insurans TERKINI 2015

Nota kaki: Kredit kepada Cikgu Ang Kong Yew kerana memaklumkan tentang borang insurans terkini (2015). Sila download kedua-dua fail ya. :)

Friday, 12 February 2016

Rezeki Hari Jumaat


Assalamualaikum dear followers and readers... :)

Hari ini saya nak berkongsi kegembiraan dengan kalian semua! Saya dikejutkan dengan email jemputan dan tajaan ke GEG Asia Pacific Top Leader Summit yang bakal berlansung pada 3 Jun 2016. Sejujurnya saya tidak menyangka 'reward' sebegini berjaya saya perolehi. Bayangkan terdapat lebih 100 GEG di seluruh Asia Pasifik dan hanya Top 25 sahaja yang akan ditaja serta diberi jemputan khas seumpama ini. Mungkin saya bukan dalam golongan Top 10 tetapi, berada dalam kedudukan Top 25 juga adalah merupakan suatu yang sangat dibanggakan. Bukan apa, ini kerana saya memulakan tugas sebagai leader GEG Ipoh belum pun sampai setahun, reward ini memang sedikit sebanyak menaikkan motivasi dan membuatkan saya untuk terus ingin membantu para guru dalam berkongsi ilmu tentang ICT khususnya. Ini pengalaman kali pertama saya mendapat jemputan ke majlis berprestij tinggi oleh Google Educator Group (GEG). Sememangnya saya sangat teruja!


Deep inside, Allah sahaja yang tahu betapa saya terharu mendapat 'reward' ini. :'( Pelbagai onak dan duri telah saya tempuhi sepanjang saya menjadi leader GEG Ipoh. Pernah beberapa kali 'event' saya cuba digagalkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab, namun, atas berkat kesabaran, saya yakin Allah sentiasa bersama saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan saya - Firman, Ang, Kak Jess, Kak Normie, Amir, Kak Amy, Kak Farida, Aishah, Rina, Ariff, Kak Nana, Kak Baha, Mei, Yassir, Faizal, Diana dan Kak Anny kerana sudi mendengar segala luahan hati, keluh kesah saya sepanjang program saya disabotaj tahun lalu. Atas nasihat dan motivasi dari kawan-kawan, alhamdulillah, semua 'event' tahun lalu berjaya saya jalankan dengan sebaiknya. Ya, reward ini selayaknya untuk mereka juga! Mereka banyak mendengar masalah saya, banyak memberi moral support yang berterusan kepada saya untuk terus maju dalam mengorak langkah sebagai leader di Ipoh ini. Selain itu, sokongan yang berterusan dari kawan-kawan saya yang lain dalam memberi ruang untuk saya terus berkongsi pengalaman, minat serta ilmu berkaitan ICT memang membuatkan saya ingin terus maju ke hadapan dan berusaha melupakan titik hitam yang telah berlaku. Ya, sememangnya saya amat terkesan dengan perbuatan manusia yang sengaja menguji kecekalan dan kesabaran saya! Saya berdoa agar mereka-mereka ini diberikan petunjuk dan hidayah dariNya. Semoga saya diberikan olehNya kelapangan dan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Singapura bagi menghadiri Top Leaders Summit Jun nanti. Ameen..

Nota Kaki: Tak sabar nak jumpa leader GEG dari seluruh Asia Pasifik :)




Monday, 8 February 2016

Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara




Guru-guru yang dilantik menjadi emcee (pengacara majlis) selalunya terdiri dari orang yang sama sahaja. Bak kata orang, jawatan ini sudah jadi seperti jawatan tetap sehingga berpencen! :) Kebolehan mengendalikan majlis adalah merupakan bakat semulajadi yang tidak ternilai dan anda patut berbangga jika anda selalu dipilih untuk mengacara majlis-majlis penting di sekolah. Bukan semua orang mampu menjadi emcee yang baik.

Pengacara majlis yang baik selalunya akan menjaga suara, penampilan, intonasi - perlu jelas dan baik, mampu bermain dengan emosi sekaligus menghasilkan suara yang seolah-olah 'kena' dengan apa yang diucapkan pada ketika itu, misalnya, sewaktu mengendalikan majlis perpisahan bagi meraikan guru-guru berpindah, seharusnya suara yang dilontarkan akan lebih mengendur bagi mewujudkan suasana 'kehilangan'. Dengan permainan emosi yang baik, suara emcee juga dapat memberi kesan kepada audien sekaligus mewujudkan perasaan sedih, hiba, gembira dll. Selain itu juga, sebagai pengacara majlis, anda tidak boleh cepat panik. Hal ini kerana, anda perlulah sentiasa bersedia dengan perubahan-perubahan teks mengikut acara pada waktu sebenar. Semestinya pen dan kertas kosong menjadi peneman, bukan apa, jika ada perubahan atau tambahan maklumat, bolehlah dicatatkan terlebih dahulu sebelum diumumkan. Protokol juga adalah elemen yang terpenting dan perlu dititik beratkan. Susunan nama untuk disebut perlulah tepat supaya tidak menimbulkan isu dan mengelakkan daripada anda mendapat malu kerana tidak menjaga protokol dalam menyampaikan ucapan. Be wise ya! :)

Akhir sekali, untuk menjadi pengacara majlis yang baik, disiplin adalah penting. Kenapa? Ini kerana, sebagai pengacara majlis, anda perlu bersedia lebih awal, anda perlu mengendalikan majlis walau apa juga terjadi (kecuali kes-kes tertentu, mungkin boleh dimaafkan!), anda orang yang terpenting pada hari majlis berlansung, jadi, anggaplah, tanpa anda, majlis akan terganggu! :)

Baiklah, di sini saya ingin kongsikan koleksi teks ucapan bagi pelbagai acara rasmi di sekolah. Untuk pengetahuan semua, teks-teks ucapan ini bukanlah milik saya kesemuanya. Kredit kepada 'Group MC KGM' kerana berjaya menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada guru-guru yang berbakat besar dalam mengendalikan majlis. Mereka telah mengumpulkan skrip-skrip ucapan dan saya telah pun meminta kebenaran mereka untuk membuat perkongsian ini. Saya berharap dengan perkongsian ini dapat membantu cikgu-cikgu yang baru berkecimpung dalam bidang pengacaraan majlis untuk mengendalikan majlis dengan lebih baik. Selain itu juga, anda juga boleh download bahan-bahan tentang etiket dan protokol dalam majlis rasmi di link yang sama.

Semoga Allah memberikan pahala yang berlipat ganda kepada guru-guru 'Group MC KGM' di atas perkongsian yang sangat-sangat bermanfaat ini. Ameen..

Download : Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara & Bahan-Bahan Etiket dan Protokol Dalam Majlis Rasmi

Selain itu, Encik Mohd. Kamal Iskandar B. Mohd. Shafri juga sudi berkongsi teks ucapan beliau semasa beliau mengendalikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan dan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Johor tahun 2016 untuk panduan kita semua... TQ Kamal! :)

Download : Teks Ucapan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan dan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Johor tahun 2016

Semoga bermanfaat! :)

Resepi Roti Jala Yang Super Duper Sedap!

Saya tak begitu mahir menjala.

Semalam, seorang kawan saya, berkongsi gambar roti jala homemade yang katanya teramat sedap. Melihat gambar yang dihantarnya menerusi Whatsapps, saya terliur dan rasa teringin nak makan roti jala. Kalaulah dekat, memang saya dah pergi ke rumah dia dan makan hasil air tangan dia, tapi sebab jauh, terpaksalah saya gagahkan diri ke dapur hari ini.. Ini kali pertama saya buat roti jala dan hasilnya memang super dupper sedap! Resepi yang mudah dengan rasa yang meletopss memang hakak suka! :) Okay, berikut adalah resepinya. Resepi ni saya edit sedikit mengikut kesesuaian..  


Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan air
1 cawan susu cair 
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak 
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukup rasa 

Kaedah
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar. (blender)
2. Kisar bahan-bahan sehingga bancuhan menjadi sebati.
3. Masukkan bancuhan ke dalam botol bermuncung lima. (botol ni saya beli di kedai Daiso RM5)
4. Tuangkan bancuhan (jala) ke dalam kuali 'non-stick'.
5. Tunggu beberapa minit, siap, angkat dan gulung.

Roti jala ni boleh dihidangkan bersama kari ayam atau kari daging. Walaupun makan tanpa kuah, rasa roti jala ini memang sedap dan lembut hingga ke petang. Kredit kepada rakan saya, Puan Amiza Md. Zin kerana sudi berkongsi resepi dengan saya. 

Tadaaaa.. Inilah hasilnya..

Sunday, 7 February 2016

Contoh Kertas Kerja Rombongan ke Luar Negara dengan Murid-Murid

Berikut adalah contoh Kertas Kerja Rombongan yang telah saya siapkan bagi kegunaan sekolah untuk membawa murid-murid menyertai rombongan ke Girl Guide Singapore tiga tahun yang lalu. Rombongan ini adalah dibawah program pengantarabangsaan Malaysia-Singapura bagi memenuhi Kebitaraan Pandu Puteri Tunas sekolah saya pada ketika itu.

Kertas kerja adalah suatu dokumentasi yang sangat penting sebelum memulakan sesuatu program. Kertas kerja harus dihasilkan dengan teliti dan sempurna. Segala perbelanjaan, tujuan rombongan, rancangan aktiviti, butiran peserta dan lain-lain maklumat perlu dinyatakan dengan jelas agar tidak timbul sebarang isu kelak. Dalam menghasilkan kertas kerja ini, saya juga ada membuat rujukan di blog-blog yang lain. Mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan kerana ini adalah merupakan kali pertama saya dilantik untuk menguruskan hal-hal berkaitan 'paperwork' untuk rombongan seperti ini.

Download : Contoh Kertas Kerja Rombongan ke Luar Negara

Rujuk post saya sebelum ini untuk melihat contoh surat permohonan  http://raihanjalaludin.blogspot.my/2016/02/contoh-surat-permohonan-membawa-murid.html

Good luck!

Contoh Surat Permohonan Membawa Murid ke Rombongan

Membawa murid-murid mengikuti rombongan sekolah adalah suatu perkara yang agak rumit di mana guru yang bertanggung jawab perlu menyediakan pelbagai dokumentasi sebelum menganjurkan rombongan. Walaupun penyediaan dokumentasi agak cerewet, namun, keseronokkan membawa murid-murid keluar beraktiviti adalah suatu perkara yang tidak dapat dilupakan dan bakal menjadi memori terindah dalam kehidupan seorang yang bergelar guru.

Pada tahun 2013 yang lalu, saya telah ditugaskan menjadi pengurus rombongan. Walau bagaimana pun, saya telah pun bertukar sekolah dan tugas mengurus rombongan telah dijalankan oleh  rakan saya. Berikut adalah contoh surat permohonan yang disediakan untuk membawa murid ke rombongan. Oleh kerana ini kali pertama saya menguruskan rombongan, saya juga membuat carian contoh-contoh surat di blog-blog lain. Saya difahamkan surat permohonan perlulah dialamatkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.


Download : Contoh Surat Permohonan Membawa Murid ke Rombongan

Saturday, 6 February 2016

11 Tips Untuk Melonjakkan Peratus Penggunaan Frog VLE di Sekolah







Masih tercari-cari cara untuk melonjakkan peratus penggunaan Frog VLE di sekolah? Di sini saya akan kongsikan sedikit tips berdasarkan pengalaman dan perkongsian ilmu oleh otai-otai Frog VLE yang pernah saya sertai sebelum ini. Sekiranya terdapat tips-tips lain yang mungkin saya tidak nyatakan di sini, saya mohon kerjasama pembaca untuk menambah di ruangan komen. Sharing is caring! :)



Menggalakkan guru-guru di sekolah menggunakan akaun email xxx@yes.my sebagai akaun rasmi untuk segala urusan di peringkat sekolah, PPD dan JPN. Misalnya, di peringkat sekolah, segala borang dan surat menyurat, minit mesyuarat boleh diemail sahaja kepada guru-guru. Disamping menjimatkan kertas, ianya sangat efisyen kerana segala borang boleh terus diisi, tidak perlu ditulis tangan!


Dashboard sekolah yang up to date sedikit sebanyak dapat membantu peningkatan login. Hal ini kerana, sekiranya dashboard sekolah berinformatif dan menarik, ia akan membantu menarik minat para pembaca yang terdiri dari kalangan ibu bapa, murid-murid dan guru-guru untuk membaca dan mendapatkan maklumat terkini sekaligus melonjakkan peratus login. Antara kandungan yang boleh diletakkan di dashboard sekolah ialah, takwim aktiviti sekolah, jadual waktu, info aktiviti semasa dll.



Ok, part ni paling penting! ID dan katalaluan mesti diedarkan kepada guru-guru, murid-murid dan ibubapa. Mengapa? Ya, jika tiada ID, bagaimana mungkin mereka login dan menggunakan pelantar Frog VLE tersebut. Dengan adanya kata laluan dan ID, mereka dapat login dimana-mana mereka berada, pada bila-bila masa sahaja. Di sini sedikit sebanyak dapat membantu melonjakkan peratusan login tambahan pula jika dashboard sekolah mengandungi content yang menarik misalnya permainan interaktif, kuiz, gambar-gambar aktiviti sekolah dll. 



Sebelum dapat menggunakan Frog VLE, seharusnya ibubapa, guru-guru dan murid-murid diberi pendedahan cara menggunakan laman, cara melakukan login, menulis komen dan lain-lain. Promosi dapat dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya, memasang banner di sekitar sekolah, membuat program 1 hari dengan ibubapa untuk tujuan promosi Frog VLE, hebahan melalui surat, whatsapps, telegram dan lain-lain lagi.



Pihak pentadbir boleh memikirkan tentang mewujudkan Kelab Komputer di sekolah. Selain dapat membantu melonjakkan peratus penggunaan laman Frog sekolah, ianya juga dapat memyumbang kepada peningkatan peratusan penggunaan Chromebook dan Netbook yang dibekalkan di sekolah. 
Kelab komputer juga dapat melahirkan satu kumpulan murid - Frog Champion Student yang boleh dijadikan role model kepada murid-murid yang lain di sekolah. Kumpulan Frog Champion Student juga boleh dilatih untuk menjadi fasilitator semasa pdp di kelas masing-masing.



Tips yang keenam ini berkait dengan tips yang kelima. Penghargaan kepada murid-murid dan guru-guru itu perlu untuk mengekalkan kecemerlangan dan sebagai motivasi kepada mereka untuk terus kekal aktif dalam menggunakan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Hadiah galakan seperti button badge, sticker dan lain-lain sesuai dijadikan sebagai cenderamata selain mudah didapati dan harganya juga adalah sangat berpatutan. Hadiah juga boleh diperbanyakkan mengikut pelbagai kategori. Antara kategori yang boleh diberi penghargaan ialah, kategori login tertinggi, kategori pengguna aktif, pemenang kuiz dll.




Untuk memastikan login berjaya, pastikan talian internet juga dalam keadaan yang baik. Pentadbir Frog digalakkan memantau talian internet yang dibekalkan oleh pihak 1 Bestarinet secara berkala. Memang tidak dinafikan kelemahan talian internet kadangkala amat menyakitkan hati. Sentiasa membuat aduan kepada pihak 1 Bestarinet supaya mereka tahu masalah yang sekolah kita hadapi. Jika boleh catatkan masa kemuncak masalah internet berlaku, misalnya, jam 10pagi sehingga 12 tengahari talian internet 'down' dan tidak mencapai mbps seperti yang mereka janjikan. Maklumkan kepada mereka supaya mereka boleh melakukan tindakan yang sepatutnya. Sekiranya pemantauan berlaku, speed test dan 'black and white' laporan amat membantu.




Tentunya site pdp merupakan elemen penting bagi menjayakan program Frog VLE ini. Berikan galakkan kepada guru-guru untuk mereka bina site pengajaran/pembelajaran bagi subjek masing-masing dan di kongsikan dengan sekolah agar bahan tersebut dapat digunakan oleh seluruh warga sekolah.


Untuk menggalakkan guru-guru dan murid-murid menggunakan laman Frog, pastikan segala perkongsian maklumat dan bahan dilakukan melalui email/link perkongsian (google drive). Selain menuju kearah 'paperless', tindakan ini juga sekaligus dapat membantu melonjakkan jumlah login tanpa kita sedari.



Seperti yang dicadangkan pada point saya nombor lapan, pembinaan site dapat membantu menaikkan penggunaan laman sekolah. Guru-guru penasihat kokurikulum boleh menyediakan site untuk digunakan semasa perjumpaan kokurikulum. Permainan interaktif, kuiz, info dan maklumat berkaitan persatuan/kelab, dan perbincangan boleh diletakkan di dalam site untuk diguna pakai semasa perjumapaan dengan ahli kelab.




Akhir sekali, pada pendapat saya, penggunaan laman Frog tidak akan berjaya sekiranya guru-guru sendiri tidak mahir menggunakannya. Guru-guru seharusnya terlebih dahulu diberi pendedahan tentang widget-widget, teknik penghasilan laman interaktif dan sebagainya untuk memastikan mereka menghasilkan site yang berkualiti dan boleh digunakan sewaktu pdp/perjumpaan kokurikulum. Guru yang kurang mahir seharusnya dibantu dan sama juga seperti murid, galakan serta bimbingan secara berterusan mampu membawa perubahan yang positif ke atas minat, kemahiran serta penggunaan dengan harapan peratus penggunaan Frog VLE dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Amalkan konsep ansur maju, jangan sesekali memaksa guru-guru untuk menjadi pandai menggunakan Frog VLE dalam masa yang singkat! Sayangi rakan-rakan guru kerana mereka juga terbeban dengan pelbagai kerenah manusia serta tugas-tugas hakiki dan tugas tambahan yang lain. Jangan jadikan Frog VLE sebagai suatu yang STRESS untuk mereka kerana kita perlu ingat yang bukan semua guru itu celik IT dan bukan semua orang memiliki kemahiran 'explorasi' yang baik terutama apabila melibatkan bidang IT! Saya percaya, jika guru-guru ini dapat diberi bimbingan dan bantuan secara terus-menerus dari rakan-rakan dan pihak-pihak tertentu seperti FrogAsia misalnya, tidak mustahil mereka juga boleh berjaya. Saya doakan ramai lagi guru yang akan berjaya mempelopori Frog VLE. From ZERO to HERO!!! InsyaAllah..  :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...