Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku! - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 27 February 2016

Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku!


Assalamualaikum sahabat!

Beberapa hari yang lalu, saya terbaca post yang ditulis oleh teman saya, Cikgu Normie tentang kaedah membina soalan ringkas dalam 10 minit di pelantar Frog Vle. Saya merasakan idea beliau dalam melaksanakan kaedah ini amat kreatif dan saya sendiri tidak pernah terfikir tentang ini. Bagi saya, teknik yang diberikan amat bermanfaat terutama bagi guru-guru yang sentiasa sibuk seperti saya. Ikuti tutorial yang saya berikan di bawah ini.

1. Saya percaya, sebagai guru, terdapat banyak bahan-bahan latihan / kertas peperiksaan untuk murid-murid yang telah kita buat dan pastinya ramai yang masih menyimpan bahan-bahan tersebut tidak kira di dalam pendrive mahupun di dalam komputer masing-masing. Selain itu, anda juga boleh membuat carian di google search/image. Bahan-bahan dalam bentuk dokumen Word juga boleh digunakan untuk ini. Bahan dalam bentuk dokumen Word perlulah ditukarkan kepada bentuk .jpg terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, aplikasi Microsoft Word tidak membenarkan dokumen disimpan dalam bentuk .jpg. Jadi langkah pertama yang anda perlu buat ialah dengan menyimpan bahan/dokumen word tersebut sebagai pdf.


Buka fail dokumen tersebut, kemudian, klik save as, pilih pdf.

2. Apabila fail pdf sudah wujud, layari www.pdf2jpg.net untuk menukarkan fail berbentuk pdf yang dibuat tadi kepada format .jpg Setelah berjaya menukar format pdf ke .jpg, sila download bahan tersebut ke dalam komputer anda. 


3.

4. Pastikan anda memilih 'layout' seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Gunakan 2 widget sahaja iaitu Widget Media dan Widget Form. Widget Media di drag masuk ke kotak nombor 1 manakala Widget Form di drag masuk ke kotak nombor 2. Abaikan kotak nombor 3 dan 4. Biarkan sahaja ia kosong.


5. Untuk Widget Media, klik pada button Upload untuk memuatnaik latihan yang sudah ditukar ke bentuk .jpg tadi.


6. Untuk Widget Form, Pilih 'New Form', pilih 'Single Line'. Kemudian, taipkan nombor soalan. Untuk Widget Form, dicadangkan untuk gunakan 'Single Line' sahaja supaya murid-murid dapat menaipkan jawapan mereka di dalam kotak yang diberikan. Anda juga boleh ke FrogDrive - Forms - dan sediakan form terlebih dahulu dan kekalkannya di FrogDrive, jadi, Form (borang jawapan) ini boleh digunakan berulang kali selepas ini dengan hanya menggunakan widget yang sama, iaitu widget Form, dengan menekan butang 'Import Form' sahaja.


7. 



8. Berikut adalah kaedah untuk membuat perkongsian dengan murid-murid. Klik pada Butang Share, kemudian pilih samada anda mahu share sebagai site atau assignment. Saya memilih untuk share sebagai assignment.


Jangan lupa masukkan tarikh akhir penghantaran tugasan jika di kongsikan sebagai 'assignment'. Akhir sekali klik butang 'Assign'.


9. Setelah murid-murid menjawab soalan yang diberikan, guru boleh menyemak siapa yang sudah menyiapkan tugasan dan apakah jawapan mereka dengan menekan butang 'Site', kemudian klik pada 'Data Viewer'. Klik pada Form dan segala maklumat dan jawapan akan terpapar. Sekiranya anda memerlukan data tersebut dalam bentuk hardcopy untuk dimasukkan ke dalam buku ringkasan mengajar misalnya, anda boleh download dan print data tersebut. Tidak perlu lagi mengadap bertimbun-timbun buku. Hanya dengan sehelai kertas, semua jawapan murid akan terpapar. Buat perbincangan soalan dengan murid-murid untuk pengukuhan. :)




Kredit kepada Cikgu Normie kerana dapat membuka minda saya tentang mudahnya menggunakan Frog VLE. Ianya umpama suntikan semangat kepada saya untuk terus menggunakan pelantar tersebut! 

Nota Kaki: Adalah lebih baik untuk kita mencipta latihan sendiri untuk murid kita. Bukanlah nak kata tak boleh ceduk bahan orang lain, tetapi, mencipta sendiri adalah lebih baik dan percayalah, kepuasan yang anda dapat selepas itu adalah lebih berbaloi! Good luck! :)

26 comments:

  1. Hebat idea ini!! Along pun nak cuba laa pasni.. Thanx for sharing Raihan!

    ReplyDelete
  2. Sebagai tambahan, boleh gunakan addon flubaroo bagi tujuan auto semak dan hantar emel keputusan kpd pelajar.

    ReplyDelete
  3. Sebagai tambahan, boleh gunakan addon flubaroo bagi tujuan auto semak dan hantar emel keputusan kpd pelajar.

    ReplyDelete
  4. Along, selamat mencuba! Terima kasih kerana sudi baca blog ni.. 😊

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cikgu abdul malek atas sumbangan idea..lepas ni sy nak cuba add on flubaroo seperti yg cikgu cadangkan..terima kasih sekali lg! 👍😊

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsiaannya..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih link to my blog ye Ann.
    Good! Senangkan. Sy x buat flubaroo sebab nk kasi basic je n totally pakai vlefrog tanpa bantuan google. Simple sbb flubaroo kalau kita masukkan dh jd intermediate level atau pun maybe advance bg sesetengah org.

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa nanti cikgu2 boleh layari http://normsuperb.com untuk pelbagai info.

    ReplyDelete
  9. Sama-sama.. semoga bermanfaat untuk semua! Tq kak sbb sudi share ilmu kreatif mcm ni kepada kami semua.. :)

    ReplyDelete
  10. Dari sini boleh dpt.markh terus ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak.. Form VLE tak boleh tandakan tapi boleh nampak apa pelajar jawab. Kalau nak tandakan kena guna Google Form dan Add On Flubaroo

      Delete
    2. saya dah try tadi. tapi xjumpa kat mana form yang student dah jawab. nak tengok kat mana ye?

      Delete
    3. Rujuk nota saya point nombor 9. Kena pergi ke SITE dan KLIK DATA VIEWER

      Delete
  11. Dari sini boleh dpt.markh terus ke

    ReplyDelete
  12. terima kasih krn buka minda saya. dah lama saya guna vle frog tp tidak tahu cara membina latihan.mmg saya akan cuba ini. syabas dan tahniah.teruskan usaha anda

    ReplyDelete
  13. terima kasih cikgu kerana sudi membaca tulisan saya. semoga perkongsian ini bermanfaat dan memudahkan kerja2 kita di bidang perguruan ini... :)

    ReplyDelete
  14. saya pun berminat nak tahu macamna nak add-on flubaroo kedalam widget form dlm vle frog ni...tanpa menggunakan google form...
    mohon kongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flubaroo adalah add on utk google form sahaja.
      Tidak mungkin dpt digunakan dgn vlefrog punya form. :)

      Delete
    2. tak faham sangat la pasal flubaroo ni.
      tadi dah try mcm yg cikgu tulis kat atas. tapi sbb student blm respon, so tak tau macam mana hasilnya. huhuhu.

      Delete
  15. terima kasih cikgu Raihan dan cikgu Normie diatas perkongsian

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Idea kak normie nie.. :)
      Rizz kena baca ttg flubaroo tu..persiapan level 2 hokehhh!! Haha

      Delete
  17. Tq atas perkongsiannya....cikgu Raihan saya nk tanya blog Cikgu Normie tu masih aktif lg ke?

    ReplyDelete