Sunday, 3 July 2016

Bagaimana Untuk Tunaikan Wang Menggunakan Western Union?


Kelmarin merupakan pengalaman pertama saya menunaikan wang yang dikirim melalui Western Union. Beberapa kali saya ke bank, rupanya bukan semua bank menyediakan perkhidmatan Western Union. Oleh kerana saya adalah pengguna tegar Maybank, sudah semestinya bank tersebut menjadi destinasi pertama yang dituju. Malangnya, Maybank adalah salah satu bank yang tidak menyediakan perkhidmatan ini. Goshhh! Pergi pula ke Bank Rakyat, yes! Bank Rakyat ada servis ini tapi sekali lagi saya pulang dengan tangan kosong apabila sistem online Western Union di Bank Rakyat sedang terganggu. Perghhh.. Susahnya nak dapatkan duit yang tak seberapa ni! Sabar jer la..

Misi ke bank seterusnya.. Fine! Kali ni saya pilih ke Public Bank, sebab pihak Maybank ni yang cadangkan untuk ke sini. Huhu.. Alhamdulillah, Public Bank ada menyediakan perkhidmatan Western Union. Rasa macam nak melompat bintang jer... Lega sangat dapat cash kan duit tu!

Okay, macam mana saya boleh dapat bayaran menggunakan Western Union? Ini jawapannya... Pada bulan Jun yang lalu, saya telah di sponsor oleh pihak Google untuk ke Persidangan Top Leader Google Educator Group yang telah berlangsung di Google, Singapura. Memandangkan saya di sponsor, jadi, saya dibenarkan untuk 'claim' airport transfer dari hotel ke airport dan dari airport ke hotel... Tak banyak pun nilainya, tapi oleh kerana bayaran dalam USD, jadi banyak juga lah.. Boleh la nak buat beli kuih raya sebalang dua. Kikiki... Pihak Google telah membenarkan saya membuat tuntutan dan mereka membayar semula tuntutan saya dengan menggunakan Western Union. International sangat kannn! :D

Sekarang saya akan menerangkan kaedah menunaikan wang menggunakan Western Union.
Pertama sekali, anda perlu mengisi borang. Borang tidak diletakkan di tempat borang, sebaliknya, anda perlu meminta dari pegawai bank (customer service). Saya agak mungkin kerana perkhidmatan ini kurang popular dan jarang-jarang digunakan. Sebab tu borang pun mereka tak display.

Kedua, anda perlu melengkapkan borang.. Ada 3 bahagian yang perlu anda lengkapkan. Untuk bahagian pertama (receiver), isikan nama anda, alamat, tarikh lahir, nombor KP, nombor telefon, jantina, tempat bekerja dan nama pekerjaan anda. Untuk bahagian kedua (sender), isikan nama pengirim, tempat wang dikirimkan serta nombor kod rahsia (nombor kawalan pindahan wang) yang diberikan oleh si pengirim duit. Kemudian, anda perlu isikan Bahagian yang ketiga iaitu 'purpose code'. Pihak bank amat memandang serius tentang tujuan wang dihantar. Saya disoal selidik seperti penjenayah kerana terlupa menulis tujuan wang dikirimkan.. Deymmm! :D Tujuan pegawai bank itu menyiasat adalah untuk mengetahui tujuan sebenar wang dikirimkan. Mungkin ada kes pernah berlaku kot.. kes black money ke kes apa-apa la yang melibatkan urusniaga antarabangsa. Setelah saya memberi keterangan tentang bayaran tersebut, pegawai bank tersebut masih tidak berpuas hati. Dia meminta saya menunjukkan bukti. Nasib baik ada bukti perbualan antara saya dengan pihak Google di email yang dapat saya paparkan menerusi telefon pintar.. Perghhh.. Lega! Serius masa tu rasa macam penjenayah antarabangsa kelas 1..

Ketiga, beratur di kaunter khas untuk menunaikan wang yang dihantar! Yesss.. Part ni saya suka sebab tak perlu ambil nombor dan tunggu lama.. Terus ke kaunter khas! Best!

Keempat, ambil duit, slip yang sudah di print dan boleh pulang dengan senyuman sebab dah dapat duit tu.. Jangan lupa ucap terima kasih dan lambai kat pegawai bank tu! Huhu..

Saya dapat merasakan penggunaan Western Union ini dikawal ketat oleh pihak bank tempatan. Ada la sebabnya tu kan... Rasanya proses menghantar wang lebih mudah dari menerima. Beberapa kali saya menguruskan penghantaran wang kepada individu di Indonesia, tak pernah pula saya disoal siasat sebegini rupa.. Oh ya, dulu saya selalu buat transaksi Western Union di CIMB Bank.. Masa di KL CIMB dekat jer dengan rumah... :D

 Haishhh.. Apa pun, pastikan anda tahu siapa yang mengirim wang dan mengapa wang dikirimkan kepada anda. Kalau tak tahu, memang masakkkk la nak menjawab! Kalau ada bukti, sila tayang kepada pihak bank ok!

Nota kaki: Sebenarnya saya tak tahu pun saya dibenarkan untuk buat tuntutan... Rezeki bulan puasa... Hiks... Saya belum serik menggunakan Western Union! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...