Highly Immersive Programme - Part 3 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 4 December 2016

Highly Immersive Programme - Part 3



Hai semua! Happy Sunday!

Sekolah kami telah pun menerima sebuah LCD projector berjenama dari pihak Bank Rakyat pada 14 Oktober yang lalu.  Sumbangan telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Greentown. Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak minta lagi.. Haha..

Murid-murid sangat teruja, mana tidaknya, LCD berkenaan kami letakkan di dewan sekolah. Penggunaan LCD berkenaan telah dimanfaatkan untuk PdP dan juga sebagai aktiviti senggang untuk murid-murid pada waktu tamat persekolahan. Mereka dibenarkan untuk duduk berkumpul di dewan sambil menunggu ibubapa menjemput mereka pulang, menonton cerita-cerita kartun berunsur moral di dewan sekolah. Sangat-sangat bermanfaat! Tak sabar nak tunggu next projek dengan Bank Rakyat. Hehe...





Dengan bantuan pekerja sekolah, Encik Nazri and the gang, yang sememangnya seorang yang kreatif, panitia Bahasa Inggeris juga berusaha untuk menyediakan tapak untuk permainan teng-teng yang dikenali sebagai 'Phonics hopscotch'. Dalam setiap kotak teng-teng tersebut dihiasi dengan huruf, jadi, apabila bermain, murid bukan sahaja dapat belajar membunyikan perkataan atau membina perkataan menggunakan huruf yang ada dalam kotak tersebut tetapi juga dapat meningkatkan daya kecergasan diri mereka. Ehh.. betul ke 'daya kecergasan'? Ngeeee... Tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Masih dalam pembikinan ni... Cat dah dibeli lama dah cuma mereka minta untuk buat dalam waktu cuti sekolah... takut cat belum kering, budak-budak dah lanyak main kat teng-teng tu... :D

Seterusnya, dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak PIBG kepada panitia Bahasa Inggeris, kami juga telah berjaya mendapatkan sebuah dam ular gergasi - Phonics snake and ladder... Mesti terfikir macam mana nak main ramai-ramai sebab permainan ni biasanya dimainkan hanya 5-6orang sahaja satu game. Hmm... Saya gunakan kaedah ni... Memang simple dan semua budak merasa untuk main dam ular ni. Caranya, saya bahagikan mereka ke dalam kumpulan kecil, misalnya, 4 orang dalam satu kumpulan.. jadi 40 orang murid, ada 10 kumpulan.. Round pertama, minta seorang dari ahli kumpulan lontarkan dadu dan 'jalan' sehingga habis 10 kumpulan. Ok, round kedua, minta orang kedua dalam kumpulan tersebut pulak jalan... begitulah selanjutnya... Jadi, keempat-empat murid dalam kumpulan tu dapat merasa untuk baling dadu gergasi dan 'jalan'. 

Baiklah, untuk penanda, saya minta murid saya gunakan satu penanda bagi setiap kumpulan. Saya galakkan mereka menggunakan kotak pensel yang berlainan warna. Jadi di atas dam ular gergasi tu hanya ada 10 penanda.. Oh ya, mereka hanya dibenarkan 'jalan' sekiranya mereka boleh menyebut dan mengeja satu perkataan yang bermuka dengan huruf dalam kotak dam tu. Fahamkan cara nak mainnya? Ngeee... :)


Akhir sekali, kami masih meneruskan projek Perhimpunan dalam Bahasa Inggeris yang dijalankan setiap Isnin hujung bulan. Untuk tahun 2017, saya dah tolong siapkan tajuk-tajuk yang sesuai untuk guru-guru bentangkan kepada murid-murid, yang saya anggap bersesuaian dengan faktor umur dan minat murid-murid zaman ini. Yang berminat untuk mendapatkan senarai tajuk ucapan dalam BI, contoh teks guru bertugas dalam Bahasa Inggeris, contoh teks pengacaraan majlis perhimpunan Rasmi dalam Bahasa Inggeris, bacaan ikrar dan doa dalam Bahasa Inggeris, boleh download dari link yang akan saya berikan di bawah nanti. Jangan lupa share kepada kawan-kawan yang memerlukan. Sharing is caring! Apa pun, kredit kepada Cikgu Syed Siddek kerana bantu saya buatkan teks perhimpunan, doa serta ikrar dalam BI tu.. :)

Yang belum pernah mengikuti cerita HIP sekolah saya, boleh baca di Highly Immersive Programme Part 1 dan Highly Immersive Program Part 2 Bagi yang nak mencuba nasib memohon sumbangan, boleh jadikan contoh Kertas Kerja Highly Immersive Programme yang telah saya buat tempoh hari sebagai panduan. Good luck, people! :D



Dapatkan softcopy DAM ULAR sekarang! Lepas ni boleh hantar tempah buat banner 8kakix8kaki... Awesome! :)

38 comments:

  1. terima kasih cikgu atas perkongsian ini.. semoga allah mudahkan urusan cikgu dalam semua perkara..aminn..sy minta halal ye guna bahan cikgu untuk murid-murid saya..

    ReplyDelete
  2. Sama-sama cikgu. terima kasih atas doakan yg diberikan. :)

    ReplyDelete
  3. God bless you, my dear! This is such a huge help to us. Thank you so much for sharing!!!

    ReplyDelete
  4. Hi, can you post the report of the programme carried out?
    thanks

    ReplyDelete
  5. thank you so much for sharing teacher!!

    ReplyDelete
  6. How to play the Dam Ular game?

    ReplyDelete
  7. Thank you for sharing all your wonderful ideas. I can still adopt and adapt your programmes for the secondary schools. It is great to have a motivated teacher like you.

    ReplyDelete
  8. Thank you for sharing all your wonderful ideas. I can still adopt and adapt your programmes for the secondary schools. It is great to have a motivated teacher like you.

    ReplyDelete
  9. I just attend the workshop in PPD. I'm going to use your activities in my school. Thank you for sharing

    ReplyDelete
  10. Thank you very tcr Raihan, it helps me a lot.

    ReplyDelete
  11. Thank you very much...its really help a lot.

    ReplyDelete
  12. assalam cikgu raihan...
    congrats..those were superb. i envy your team good job. i would b grateful if you could share how to make the giant snake and ladder and where can we buy it if it is sold somewhere else...tq in advance for sharing...

    ReplyDelete
  13. Salam tcr..
    it really helpful.tqvm 4 sharing..

    ReplyDelete
  14. Assalam Cikgu Raihan
    Thanks for sharing.
    It helps a lot..

    ReplyDelete
  15. congratulations on the job well done, teacher. thanks for sharing great ideas. will put them to good use. thanks again.

    ReplyDelete
  16. Thanks Teacher...mohon share...

    ReplyDelete
  17. subhanallah. This is so helpful. Thank you

    ReplyDelete
  18. Terima kasih cikgu Raihan. Saya ambil contoh kertas kerja cikgu untuk digunakan di sekolah saya ya. Semoga cikgu sentiasa didalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
  19. Thanks for the idea, Teacher! really glad I found your blog and it definitely becomes my inspiration to conduct HIP in my own school.

    ReplyDelete
  20. I find it very interesting and useful.May I have for a sample of the year end report?tqvm in advance.

    ReplyDelete
  21. Salam cikgu,
    Boleh saya tahu dari mana cgu dptkan dam phonics?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Dam tu tempah kat kedai banner je... ☺️

      Delete
  22. Cikgu ada template dlm btk softcopy?

    Tulisan jelas tak?

    Brp saiz dan brp kos cgu?

    Hihi byk pertanyaan ni.tq

    ReplyDelete
  23. Soft copy boleh download dari link di atas, cikgu.. saya pakai soft copy tu utk print kat banner saiz 8kaki x 8kaki.. warna dan tulisan jelas dan cantik! ☺️

    ReplyDelete
  24. Kos bawah rm200... saya dah lupa exact figure. Huhu..

    ReplyDelete
  25. God bless you dear! A really great help for me to plan this year's HIP programme. Saya doakan cikgu dipermudahkan segala urusan kerja, keluarga, dunia dan akhirat. Izinkan saya gunakan materials cikgu untuk sekolah saya juga. Hanya Allah dapat membalas jasa cikgu. Many salute and respect to you.

    ReplyDelete
  26. U r a godsend..tq so much..
    Much love from us ...

    ReplyDelete
  27. thank you and congratulations Cikgu..

    ReplyDelete
  28. Good idea " Giant draughts set " Get the students to think and say a word. Enrich their list of vocabulary. Beautiful.

    ReplyDelete
  29. THANK YOU FOR SHARING DEAR....

    ReplyDelete
  30. Terima kasih atas perkongsian ini. Moga Allah berkati

    ReplyDelete
  31. Thanks for sharing cikgu.Semoga Allah memberkati segala jasa baik cikgu.

    ReplyDelete
  32. thanks for sharing your ideas teacher Raihan.May Allah bless you.

    ReplyDelete
  33. Thanks for sharing cikgu.boleh share contoh laporan aktiviti hip x

    ReplyDelete
  34. Salam..mohon izin guna bahan² di atas ye..terima kasih n moga tcr Raihan dilindungi Allah sentiasa.mohon share dgn saya paperwork English Camp boleh?

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum cikgu. Saya tak boleh download teks ucapan perhimpunan and so on.

    ReplyDelete