Saturday, 30 April 2016

Menukar Gambar Biasa Kepada Gambar Animasi (GIF)



Hai semua! :D

Hari ini saya nak kongsikan ilmu dengan sahabat semua bagaimana untuk menukar gambar biasa kepada gambar yang bergerak dan berbentuk animasi (GIF).

Okay, pertama sekali, anda perlu mengambil gambar banyak-banyak (3-4 keping pun sudah memadai...) supaya setiap pergerakkan dapat terakam. Contohnya, semasa anda berkumpul untuk mengambil gambar secara berkumpulan, minta rakan-rakan anda membuat pelbagai 'pose' yang berbeza dan anda rakamkan gambarnya.

Setelah cukup koleksi gambar yang dikehendaki, pergi ke laman https://imgflip.com/ dan masukkan gambar-gambar tersebut untuk ditukar ke dalam bentuk gif. Paling menarik, anda boleh melakukannya di telefon pintar! Ini contoh gambar animasi yang telah siap. Satu lagi contoh di sini.  :)

Langkah 1
Login menggunakan akaun google anda.
Kemudian, klik pada 'Create' dan pilih 'Make a Gif. From Image'


Langkah 2
Upload gambar-gambar yang diperlukan.
Masukkan tajuk untuk gambar animasi ini. Tambah tag jika perlu.


Langkah 3
Sekiranya anda ingin memasukkan perkataan di dalam gambar animasi, anda boleh berbuat demikian. Pilih warna font, saiz font dll. Klik Generate Gif.


Langkah 4
Ok gambar animasi anda sudah siap! Copy link dan sebarkan kepada rakan-rakan anda! Anda juga boleh kongsikan di laman sosial atau download ke dalam komputer anda! 


Selamat mencuba! Share link anda pada ruangan komen jika sudah berjaya menghasilkan gambar animasi. Excited! :D



Friday, 15 April 2016

PDP : Roda Impian


Assalamualaikum dear readers! :)

Teringat zaman praktikum, saya pernah menyediakan 'roda impian' untuk di mainkan sewaktu pdp berlangsung. Bayangkan mengusung 'mounting board' yang besar ke dalam kelas, yang telah saya ubah suai menjadi roda impian, memang amat menyukarkan. Belum lagi bab nak menghasilkannya, dengan beberapa keping mounting board, bolt dan nut, kertas warna dll, memang rumit! Tapi, biasalah, nak dapatkan 'A' untuk praktikum, begitulah hakikat yang perlu  dilalui oleh seorang guru praktikum. Itu cerita 13 tahun yang lalu.

Sekarang, sejak terjebak ke dunia IT, saya tak lagi menggunakan 'roda impian' seperti itu sebaliknya, saya hanya hasilkan roda impian  secara online. Percaya atau tidak, dalam masa 3 minit, roda impian saya siap untuk digunakan! Bagaimana caranya?


1. Mula-mula, pergi ke laman web interaktif Roda Impian dan kemudian klik EDIT/SAVE, isikan maklumat yang diperlukan. Sebenarnya, anda juga boleh meletakkan nama murid-murid anda. Apabila roda berpusing dan berhenti, lihat nama siapa yang terpilih! Maklumat boleh dimasukkan secara copy paste. Ini sangat memudahkan! Copy paste nama murid-murid ke ruangan yang di sediakan, dan klik butang 'submit'! Siappp! :)


2. Sekarang, anda sudah boleh memulakan permainan. Minta murid klik pada roda impian secara bergilir-gilir, roda akan berpusing dan memilih nama secara rawak. Anda juga boleh memadamkan nama murid yang sudah terpilih dengan menekan butang 'Remove'. Ini untuk mengelakkan nama murid dipanggil lagi. Untuk Roda Impian, anda cuma perlu masukkan butiran seperti jumlah markah, markah bonus dan hadiah (sekiranya ada). Murid-murid sangat teruja melihat roda berputar dan impak bunyi juga akan membuatkan mereka berasa seolah-olah mereka sedang bermain roda impian yang sebenar! Roda Impian ini juga boleh di link kan ke laman Frog VLE anda!


3. Permainan roda impian ini amat sesuai dijalankan selepas anda habis mengajar sesuatu tajuk. Permainan ini umpama kuiz untuk menguji kefahaman murid-murid. Selain itu juga, ia juga boleh digunakan sewaktu aktiviti kelab dan persatuan di jalankan pada waktu kokurikulum. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dimainkan sewaktu aktiviti minggu panitia. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyediakan soalan kuiz dan 'roda impian' ini untuk murid-murid bermain sambil menimba ilmu. Mudahkan? Jom buat roda impian!

Nota kaki: Saya akan paparkan screen komputer ke LCD. Kadangkala saya hanya sediakan di telefon pintar saya sahaja! Aplikasi ini boleh digunakan pada telefon pintar, jadi tiada masalah sekiranya anda tidak mempunyai komputer/LCD semasa di dalam kelas. Gunakan telefon anda dan benarkan murid-murid membuat putaran roda impian. Oh ya, jangan lupa bahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan terlebih dahulu. Tuliskan markah di whiteboard untuk tentukan pemenangnya nanti. Saya pasti, murid anda juga akan sangat teruja bermainan dengan permainan seumpama ini! :)




PDP : Makanan



Tajuk Makanan adalah merupakan salah satu tajuk kegemaran murid-murid! Percaya atau tidak, apabila saya mencadangkan kepada kelas saya untuk membuat aktiviti penyediaan makanan, rata-rata murid saya melonjak gembira dan sangat-sangat teruja. Saya juga teruja dengan kesungguhan mereka.

Saya memilih untuk mengajar cara-cara membuat sandwich telur kepada murid-murid darjah 2 semasa pdp Bahasa Inggeris berlangsung. Saya meminta mereka membawa 2 keping roti setiap seorang. Bukan kedekut, tapi saya mahu mereka rasa bertanggung jawab sedikit dengan pembelajaran mereka. Tiada roti, bermakna tiada sandwich untuk mereka! Kejam? No...No...No... Saya akan pastikan mereka merasa juga sandwich tu walaupun tidak membawa roti. Caranya ialah dengan menyuruh mereka meminta dari kawan yang membawa roti lebih ataupun berkongsi dengan mereka yang kurang sukakan sandwich. Terus selitkan nilai moral 'sharing is caring'. :D

Saya sediakan 10 biji telur rebus yang dah siap saya buangkan kulitnya. Saya letak dalam tupperware yang agak besar siap-siap supaya senang nak lakukan langkah yang berikutnya pula. Kemudian saya bawakan sedikit garam dan sebotol mayonis. Bawa juga satu set garfu dan sudu.

Sewaktu di dalam kelas, saya minta beberapa orang murid untuk bantu saya hancurkan telur tersebut. kemudian, gaulkan dengan sebotol mayonis dan sedikit garam. Panggil murid mengikut kumpulan dan bantu mereka sapukan telur tadi di atas roti. Alhamdulillah, cukup untuk 40 orang!

Murid-murid bersarapan dengan sandwich telur. Biasalah, one man's meat is another man's poison kan.. Terdapat dua tiga orang murid yang kurang menggemarinya. Saya cadangkan mereka berkongsi sandwich tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Ada juga yang siap 'tapau' untuk diberikan kepada adik beradik yang lain. Bagus murid-murid saya... :)


Nota Kaki : Saya buat aktiviti pengurusan rumah tangga - membuat sandwich sardin dengan murid-murid Pandu Puteri Tunas juga. :D


Saturday, 9 April 2016

Google Certified Educator



Sudah lama saya tidak menulis. Ya, bulan Mac yang lalu adalah bulan yang agak 'padat' untuk saya. Mana tidaknya, selepas habis cuti sekolah, kami, guru-guru perlu menghantar buku latihan murid-murid untuk semakan para pentadbir. Menjalankan saringan LINUS di tiga kelas yang saya ajar juga amat merunsingkan saya sebenarnya. Bukan apa, kalau boleh saya mahu semua murid saya lulus dan berjaya. Dalam kesibukan itu, saya pula telah mendaftar untuk peperiksaan bagi mendapatkan sijil tauliah dari Google. Saya terpaksa meluangkan sedikit masa untuk mengulangkaji, membuat latihan secara online dan hasilnya.. Saya lulus dengan jayanya!

Untuk apa mengambil sijil tauliah Google (Google Certified Educator)? Tujuan saya mengambil peperiksaan adalah kerana saya merupakan jurulatih yang sering diundang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu serta memberi tunjuk ajar kepada guru-guru dalam usaha memanfaatkan pelantar maya Frog VLE dalam pdp. Di dalam Frog Vle itu sendiri terdapat aplikasi google yang boleh digunakan secara optimum. Oleh hal yang demikian, saya merasakan adalah lebih baik sekiranya saya mendapatkan sijil tauliah terlebih dahulu sebelum 'menurunkan' ilmu kepada sahabat pendidik yang lain. Oh ya, satu lagi, saya mengambil peperiksaan ini adalah untuk menguji diri sendiri (challenge myself) tentang kefahaman dan kemahiran saya tentang pelbagai aplikasi Google.

Bagaimana untuk mengambil peperiksaan yang melayakkan kita menjadi Google Certified Educator? Terdapat 2 level peperiksaan; level 1 untuk beginner (walaupun namanya beginner, tetapi amat sukar untuk lulus!) dan level 2 untuk jurulatih. Caranya ialah dengan mengambil peperiksaan secara online! Bentuk soalan adalah aras tinggi dimana mereka menguji kefahaman kita tentang penggunaan pelbagai aplikasi Google. Terdapat sebanyak 20 soalan MCQ dan soalan praktikal yang perlu diselesaikan dalam tempoh 3 jam. Kedengaran tempohnya agak lama, tetapi sebenarnya anda berkemungkinan tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan!

Alhamdulillah saya berjaya memperoleh kedua-dua sijil bagi level 1 dan level 2 dalam bulan Mac yang lalu. Saya amat bersyukur dalam kesibukan di sekolah, saya mampu melakukannya! Terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga saya kerana tanpa sokongan dari mereka, saya mungkin tidak kemana. I love my family and friends! And, yes, I love my job too! :)

Yay! I am officially Google Certified Educator!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...