Sunday, 18 June 2017

Bahan dan Cadangan Aktiviti Untuk Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah


Salam Ramadhan!

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah. Saya selaku setiausaha PPDA, telah merancang beberapa program yang saya fikirkan mudah untuk dilaksanakan disamping memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Tujuan program ini diadakan tentulah pertamanya untuk mendidik murid-murid tentang dadah. Kedua, untuk menanam sikap bencikan dadah. Jadi untuk mendidik murid-murid yang umurnya 12 tahun dan ke bawah ini pada saya perlulah kita sediakan aktiviti yang bersesuaian dengan umur mereka. Jika aktiviti terlalu berat, ada kemungkinan matlamat kita tidak tercapai.

Demi memenuhi MMI, saya diberikan masa selama 2 jam untuk menjalankan program. Yes! Sebenarnya 2 jam sudah memadai, biar sedikit aktivitinya, yang penting kesannya kepada murid... Tak perlu buat aktiviti yang terlalu 'heavy', mereka ni hanya murid sekolah rendah je pun... Agak-agak murid faham ke apa itu amphetamine, serotonin, norepinefrina semua tu? Hahahaa... Baiklah, antara aktiviti yang saya rancang adalah:-

1) Tayangan video anti dadah (25 minit)
Murid menonton video tentang dadah dan kesan pengambilan dadah. Ni antara video yang boleh dipaparkan kepada murid-murid. Saya pilih yang bewarna warni, berbentuk animasi dan drama. Video-video ni boleh didapati di youtube,  Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam tempoh 30-40 minit sahaja. Pendapat saya, sekiranya tayangan terlalu lama, ini akan membuatkan murid-murid hilang tumpuan dan mula berasa bosan. Apabila mereka berasa bosan, mulalah mereka membuat bising dan mengganggu majlis. Alhamdulillah, murid-murid saya duduk elok sahaja selama lebih kurang 25 minit menonton video di dewan. Semua senyap dan boleh memberikan tumpuan.









2) Bacaan ikrar anti dadah (5 minit)
Murid membaca ikrar anti dadah. Latih seorang pengawas untuk memimpin bacaan ikrar. Saya google jer ikrar tu.. Boleh lihat dibawah ni...



3) Pertandingan Mewarna Poster anti dadah (1 jam 30 minit)
Murid-murid mewarna poster anti dadah di dalam kelas masing-masing. Poster tu saya dapat dari google image. Cantik! Kalau anda berminat, boleh download dari link di bawah tu nanti ya... :) Untuk murid pra sekolah dan murid-murid tahap 1, saya minta mereka mewarna poster tersebut dengan menggunakan pensel warna manakala untuk murid-murid tahap 2, saya minta mereka warna dengan krayon/oil pastel. Saya tak minta mereka lukis poster kerana masa hanya 1jam30 minit sahaja dan disamping itu, saya nak mereka berlatih mewarna... Bagi saya untuk melukis poster yang cantik, mereka perlu berlatih terlebih dahulu. Jadi oleh kerana tiada latihan dibuat untuk melukis poster anti dadah ini, saya minta mereka warnakan poster sahaja... Tak lah sakit mata saya nak memilih pemenangnya nanti... Hehe...

Sumber: Google

4) Gallery Walk
InsyaAllah jika ada kesempatan nanti, aktiviti ini saya akan jalankan apabila semua lukisan yang terpilih diberikan kepada saya. Ala-ala pdpc abad ke 21 giteww! Hehe... Saya akan pamerkan hasil kerja yang terpilih di ruangan PPDA sebagai motivasi kepada murid-murid yang menang mahupun yang kalah. :)

Aktiviti tambahan yang boleh anda buat:-

5) Menyanyi lagu anti dadah
6) Melukis poster sekiranya anda yakin murid-murid anda ramai yang berbakat melukis poster.
7) Kuiz anti dadah
8) Pameran - boleh contact AADK untuk datang buat pameran
9) Ceramah anti dadah (saya rasa kurang sesuai untuk budak sekolah rendah.... Mesti ramai menguap! Hahahaa... )

Apa pun aktiviti yang dirancang mestilah sesuai dengan klien (murid-murid) anda. Be realistic ya! :)


Download: Buku Program
                   Poster

Nota kaki: Terima kasih kepada team saya terutamanya Cikgu Mohd. Akmal B. Kamarudin (kaunselor sekolah saya...) yang banyak membantu dalam melancarkan perjalanan program pada hari tersebut.

Monday, 5 June 2017

Cadangan Aktiviti PdPC Sewaktu Bulan Ramadhan


Assalamualaikum. Hai semua!

Seronok betul bercuti sekolah dalam bulan Ramadhan ni kan. Hehehee... Walaupun ada di antara kita yang sibuk menyemak kertas peperiksaan, tanda buku, kelas tambahan dll aktiviti, tapi masih lagi boleh dikira kita bekerja dalam keadaan selesa terutamanya apabila semua kerja-kerja tu kita boleh buat di rumah sesambil tengok TV, jaga anak, masak-masak dll... :D

Guru-guru akan ada masa lebih kurang hanya 10 hari untuk mengajar dalam bulan puasa kali ini. Saya juga sedang berkira-kira untuk merancang aktiviti bagi murid-murid saya agar mereka belajar dalam keadaan seronok disamping memudahkan saya agar tidak perlu banyak bercakap, hanya facilitate dan mereka tahu apa yang mereka perlu buat... Pendek kata tak payah nak bebel banyak-banyak. Bulan Ramadhan bukanlah alasan untuk kita tidak mengajar sebaliknya pada saya dengan merancang aktiviti yang simple tapi bermanfaat untuk murid-murid adalah sesuatu yang menguntungkan. Bukan sahaja kita kurang penat dan stress, tapi kita juga dapat mengekalkan mood belajar dikalangan murid-murid yang semestinya mengantuk kerana bangun awal untuk bersahur. Kebanyakkan mereka ni baru bertatih dalam mengerjakan ibadah puasa. Saya bercerita tentang murid-murid sekolah rendah. Mungkin bagi pelajar-pelajar sekolah menengah, mereka lebih matang dan berbeza sedikit dengan konteks di sekolah rendah.  Antara aktiviti yang saya rasakan sesuai dijalankan sewaktu bulan Ramadhan ni adalah:-


Nak bahan? Boleh download dari link yang diberikan oleh Projek BBM Cikgu Mama Generous betul cikgu ni. Bagi yang nak order beg ke kotak pensel yang ada design kartun-kartun ke, boleh lah cari dia di Facebook BBM Mama Chekgu... Design dia semua meletops! Cantik! 😍







Download Pek Ramadhan percuma di http://gg.gg/puasa2017




Aktiviti-aktiviti yang saya senaraikan hanyalah cadangan sahaja. Boleh pick yang mana dirasakan sesuai. Kalau tak sesuai, abaikan... Memandangkan saya guru Bahasa, jadi mungkin kecenderungan aktiviti yang saya senaraikan semestinya untuk aktiviti Bahasa juga lah... Hehe... Apa pun, ada juga aktiviti yang sesuai untuk subjek lain. Pandai-pandailah...

Okay semua, saya nak sambung buat kerja sekolah... Banyak keja ni... Huks! Take care,everyone! Bye!

Nota kaki: Be careful about your intentions. Correct them if they are wrong. Always remember that our deeds are rewarded according to our intentions behind them. So try to do everything you do with Allah and the teachings of Islam in mind. - Dr. Bilal Philips

Sunday, 4 June 2017

Modul UPSR Bahasa Inggeris Mengikut Aras Murid (Paper 1 & Paper 2 & Answers)


Assalamualaikum...

Good morning, gaise! :D Baru lepas bersahur ni, semangat nak menulis post... Hehe...

Hari ni saya nak berkongsi bahan - Modul UPSR Bahasa Inggeris yang disediakan mengikut aras murid-murid (aras rendah, sederhana dan tinggi) untuk kertas 1 dan kertas 2. Bahan ini disediakan oleh guru-guru dan pegawai-pegawai pendidikan di PPD Kinta Utara pada tahun 2016 untuk kegunaan murid-murid Tahun 6 di bawah PPD Kinta Utara. I'm so proud of you guys yang bertungkus lumus menyediakan modul khas untuk membantu murid-murid di sekolah. Maklumlah, kertas Bahasa Inggeris UPSR yang berformat baru ni agak mencabar jika dibandingkan dengan format lama di mana murid-murid perlu menjawab soalan bertulis (Comprehension) yang mengandungi elemen KBAT dsb.

Saya tahu bukan mudah untuk menyediakan modul seperti ini. Ia memerlukan masa serta komitmen yang tinggi bagi menghasilkan modul seumpama ini. Memandangkan Modul yang dihasilkan ini saya nampak bagus dan patut diketengahkan, saya membuat keputusan untuk memohon kebenaran dari beberapa orang pegawai Bahasa Inggeris PPDKU supaya saya dapat kongsikan bahan ini dengan guru-guru di negeri/PPD lain. Malah, guru-guru di PPDKU sendiri pun rasanya ada yang tidak sedar akan kewujudan Modul ini. Cikgu Tahun 6, mungkin tahu lah... Tapi cikgu yang tak mengajar tahun 6, mungkin tak tahu pun Modul ni ada. UPSR pun dah dekat, jadi jika anda merasakan anda perlukan latihan tambahan untuk murid-murid anda, bolehlah download dari link di bawah... Tapi... Strictly for school use sahaja ya! :) Oh ya, untuk ibubapa yang nak download untuk anak-anak yang bakal mengambil UPSR tahun ni pun, silakan ya... Modul Format PDF lengkap dengan jawapan! That's awesome, right?! Awesome sebab ada jawapan sekali, senang nak semak! Haha...

Baiklah, sebelum anda semua men download bahan, suka saya perkenalkan siapakah orang-orang kuat yang terlibat dalam pembinaan kedua-dua modul ini. Kalau jumpa mereka ni dimana-mana, jangan lupa ucapkan Tahniah dan terima kasih atas usaha mereka ya! 😉



Download : Modul BI Paper 1 PPDKU
Download : Modul BI Paper 2 PPDKU

Last but not least, tahniah kepada guru-guru dan pegawai-pegawai PPDKU yang dah berjaya hasilkan sesuatu yang bermanfaat macam ni. Kepada Cik Noor Shallyna Bt. Khairuddin (DELO PPDKU) dan Puan Juliana Bt. Shaharum (SISC+ PPDKU), terima kasih kerana sudi benarkan saya kongsikan bahan ini dengan warga pendidik yang lain. Semoga ianya bermanfaat! Keep up the good work, gaise! 💖💖💖

Friday, 2 June 2017

15 Aktiviti Sukaneka yang AWESOME!


Assalamualaikum.. Selamat berpuasa semua! :)

Agak bersawang blog ni... Sebulan tanpa sebarang post! Syabas, Raihan! LOL! Hahaha... Memang bulan Mei yang lalu bulan yang sangat sibuk untuk saya... Terlalu padat aktiviti sehinggakan tak sempat nak update blog ni. Memandangkan bulan lalu kita dah pun menyambut hari guru dan dalam kesibukan sempat juga pergi ke Tadika anak saya untuk Hari Sukan, saya nampak pelbagai permainan sukaneka yang dijalankan agak menarik dan kreatif. Budak-budak dan cikgu-cikgu semua nampak enjoy jer... Kagum! Hehe... Jadi saya rasa benda yang superb adalah patut untuk dikongsikan di sini supaya senang saya nak rujuk bila-bila diperlukan. Selain itu, saya juga berharap agar post kali ini dapat memberi manfaat kepada semua guru-guru pra sekolah, sekolah rendah mahupun pemilik tadika... Oh ye, tidak ketinggalan untuk orang dewasa, boleh jer ambil idea untuk aktiviti sukaneka ni jika dirasakan sesuai.

Berikut adalah senarai permainan sukaneka yang dimainkan oleh anak-anak berumur antara 4-6 tahun di tadika tersebut. Ada juga saya selitkan permainan tambahan yang saya pernah lihat sebelum ini yang dijalankan di sekolah, atau pun di tempat lain. Okay, here we go...

1) Acara memanah belon
Bahan yang diperlukan:- belon sama banyak untuk setiap kumpulan, pemanah plastik (mainan) yang ada 'suction' tu, cucukkan pencungkil gigi kat bahagian 'suction' tu, double sided tape, polisterin
Cara:- tiup belon banyak-banyak, kemudian lekatkan pada polisterin besar menggunakan double sided tape. Murid panah pada belon supaya belon meletup.
Kiraan markah:- Kumpulan yang paling banyak meletupkan belon, dikira sebagai pemenang. Boleh set masa juga.

2) Acara memancing itik/ikan
Bahan yang diperlukan:- ikan/itik plastik yang dilekatkan magnet kecil dimana-mana bahagian badan itik tersebut, besi panjang untuk dijadikan alat menarik magnet pada itik, bakul untuk letak itik yang sudah dipancing, besen besar dipenuhkan dengan air
Cara:- Murid dibahagikan dalam kumpulan dengan bilangan sama banyak. Murid berlari bergilir-gilir untuk menangkap itik dari dalam besen, kemudian meletakkannya dalam bakul yang disediakan. Murid berlari semula ke barisan, murid seterusnya akan mengulangi aktiviti yang sama.
Kiraan markah:- Kumpulan yang paling cepat selesai menangkap itik akan dikira sebagai pemenang.

3) Acara 'passing' gelang getah menggunakan straw
Bahan yang diperlukan:- straw, gelang getah
Cara:- Murid-murid beratur. Kemudian, murid berlari kearah hadapan dengan straw di mulut (letak gelang getah di check point ini), ambil satu gelang getah, sangkutkan pada straw, pass kepada murid seterusnya tanpa menggunakan tangan. straw bertemu straw, pandai-pandailah alihkan gelang getah tu kat straw kawan. :D

4) Acara mencari gula-gula dalam tepung
Bahan yang diperlukan:- tepung, gula-gula, pinggan/mangkuk untuk letakkan gula-gula dan tepung tu.
Cara:- Murid dibahagikan dalam kumpulan. Berlari ke check point (tempat letak tepung dan gula-gula), mencari gula-gula dengan mulut, tangan harus diletakkan dibelakang badan... dah dapat gula-gula, alihkan ke dalam mangkuk lain yang disediakan. Haha... Tak boleh bayangkan kalau cikgu yang main benda ni. Hahahahaha...
Kiraan markah:- Set masa. Kumpulan dengan gula-gula terbanyak akan menang.

5) Acara makan buah epal
Bahan yang diperlukan:- epal (ikut bilangan peserta), tali panjang
Cara:- Ikat epal pada tali panjang, kemudian regangkan tali tersebut ikat pada tiang atau batang pokok (jadi macam ampaian kain tu...). Minta murid-murid letak tangan dibelakang badan dan mula makan epal sehingga habis.
Kiraan Markah:- Yang paling cepat habis makan epal tu yang akan menang. Hahaha... Serius susah nak main benda ni... Nampak simple, tapi payah wooo...

6) Acara penuhkan botol dengan air
Bahan yang diperlukan:- Straw atau span, botol dan sebaldi air (ikut bilangan kumpulan)
Cara:- Murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Murid berlari kearah baldi yang mengandungi air. Murid mengambil air menggunakan straw/span, kemudian murid masukkan air ke dalam botol yang disediakan.
Kiraan Markah:- Masa ditetapkan. Kumpulan yang dapat mengumpul paling banyak air adalah pemenangnya.

7) Acara menghias makanan
Bahan yang diperlukan:- pencungkil gigi, makanan seperti mi segera, kek, nasi goreng dll, sayur-sayuran seperti tomato, salad, cili, lain-lain makanan yang boleh dijadikan hiasan seperti sosej, keju, mayonis.. pisau, papan pemotong.
Cara:- Murid dibahagikan dalam kumpulan. Murid diberi masa untuk menghias makanan.
Kiraan Markah:- Kreativiti adalah paling utama. Lihat dari segi cara potongan sayur, hiasan sos dll..

8) Permainan kerusi muzikal
Bahan yang diperlukan:- Kerusi (kurang 1 bilangannya berbanding bilangan murid), lagu
Cara:- Sorang kena jaga lagu... Mainkan lagu kemudian stop dan semua kena berebut tempat... Seorang yang tak dapat seat tu dikira kalah.
Kiraan Markah:- Semakin lama semakin kurang bilangan kerusi dan murid. Sampai la tinggal dua orang murid dengan 1 kerusi je... Masa ni penentu siapa yang menang (yang dapat duduk)!

9) Juara longkang
Bermain bowling tetapi markah terendah akan menang! Sebab tu lah namanya JUARA LONGKANG... Best kan! Hahahahaaa...

10) Aktiviti Pancing Tin Minuman
Bahan yang diperlukan:- ranting/kayu (untuk jadi batang pancing), tali yang diikatkan mata kail atau pencungkil gigi yang dilintangkan pada hujung tali, tin kosong
Cara:- Take turn sorang demi sorang dalam kumpulan... Siapa cepat dia menang!
Kiraan Markah:- Kumpulan paling banyak mengumpul tin dikira sebagai pemenang.

11) Acara Mengalih Kacang Tanah Menggunakan Chopstik
Bahan yang diperlukan:- Chopstik untuk setiap kumpulan, kacang tanah dengan jumlah yang sama banyak diletakkan dalam pinggan.
Cara:- Take turn sorang demi sorang dalam kumpulan... Siapa cepat dia menang!
Kiraan Markah:- Kumpulan yang dapat mengalihkan semua kacang dengan pantas dikira sebagai pemenang.

12) Musang Berjanggut
Bahan yang diperlukan:- dulang besar, pelbagai jenis kekacang, beras, cengkih, cili kering dll
Cara:- Setiap kumpulan diberikan bahan-bahan yang telah bercampur aduk. Ahli kumpulan perlu asingkan semua bahan mengikut masa yang ditetapkan.
Kiraan Markah:- Bergantung kepada kepantasan atau kreativiti menyusun bahan-bahan yang diasingkan.

13) Acara Baling Gelung dalam Skittle
Bahan yang diperlukan:- Skittle mengikut bilangan kumpulan, Gelung bersaiz kecil. Ala-ala main kat funfair giteww.. Hehee
Cara:- Minta peserta baling gelung ke skittle.
Kiraan Markah:- Kumpulan yang paling banyak mengumpul gelung, menang!

14) Acara lari bawa aiskrim gergasi
Bahan yang diperlukan:- Skittle (lagi besar lagi thrill... Haha), bola, Beberapa pundi kacang (konon-konon topping aiskrim)
Cara:- Terbalikkan skittle, letakkan bola dan beberapa pundi kacang atau apa-apa bahan yang sesuai atas bola tersebut. Berlari kearah ahli kumpulan membawa kon aiskrim gergasi tersebut.
Kiraan Markah:- Kumpulan yang paling cepat, dikira sebagai pemenang.

15) Dari Mata ke Mulut
Bahan yang diperlukan:- Biskut
Cara:- Semua peserta duduk dengan kepala didongakkan sedikit ke atas. Sekeping biskut diletakkan di atas mata. Peserta cuba alihkan biskut tersebut tanpa menggunakan tangan.
Kiraan Markah:- Siapa cepat dia menang!
Serius, ni aktiviti paling lawak saya lihat viral di facebook baru-baru ini... Hahahahaaa... Boleh try tengok video ni... Hahahahaa...



Sekiranya anda ada cadangan aktiviti sukaneka yang lain, share lah dengan saya dan reader yang lain. Senaraikan di ruangan komen ya... Thanks... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...