Wednesday, 27 September 2017

Dokumen Berkaitan PAK21


Hello everyone! Assalamualaikum...

Dua hari yang lalu, saya di PM oleh seorang sahabat saya yang jauh nun di Sabah, Arisya Adam (Admin Group Facebook yang letopsss! TcherCollection-TC ) bertanya tentang bahan kandungan yang sepatutnya ada dalam Fail Pengurusan Pendidikan Abad Ke 21. Sebetulnya saya sendiri pun takde bahan-bahannya... Jadi apa lagi, bermulalah aktiviti google mengoogle. Hehe... Harap bahan yang saya dapat dari hasil carian menerusi google ni tepat dan boleh digunapakai oleh guru-guru yang sedang sibuk menguruskan fail tersebut. Niat saya sekadar membantu... Sekiranya anda ada bahan lain nak dikongsi, boleh PM tepi saya ye... Nanti saya up kan di sini... Hehe...

Di bawah ini adalah antara link yang saya perolehi melalui carian yang saya rasa amat berguna terutama untuk penyelaras PAK21 di sekolah.

1) Yang ni saya ambil dari laman PPD Pasir Gudang, Johor

2) Modul oleh Pasukan Pemikir Pendidikan Abad ke-21, Institut Aminudin Baki

3) Bahan-bahan ni dari laman Unit Pengurusan Akademik PPD Perak Tengah

4) Bahan ini saya perolehi dari majakir.net


Selain itu, anda juga boleh merujuk pada laman guru-guru hebat berikut untuk mendapatkan contoh aktiviti PAK21, maklumat dan bahan-bahan yang berkaitan... 

6) Laman Cikgu Hailmi (Guru Cemerlang Sains) 

7) Laman Cikgu Herryan Syah (SISC+ PPD Kulai, Johor)
https://www.mudahmengajar.com/

TERKINI!!!! (Update 28/9/2017)

Saya dapat PM dari sahabat di PPD Kinta Utara, Puan Juliana Bt. Shaharum, berkongsi bahan berkaitan PAK21 dari KPM.... Weeeehheeee... Suka! :) Kebetulan beliau sedang membuat perkongsian tentang PAK21 ni hari ni... Jadi, rezeki kitalah... dapat tambah bahan lagi tentang ni di sini... Thank you! 💗💗💗

8) Bahan PAK21
Modul Pembelajaran Abad Ke-21 - KPM

9) Buku Panduan Pembelajaran Abad 21 - Bukan Sekadar Susun Kerusi Meja by Cikgu Hailmi
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, boleh menghubungi beliau di page Cikgu Hailmi


Okay lah... sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini... Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Babai!

Nota Kaki: The More You Know, The More You Realize You Don't Know. 

Wednesday, 20 September 2017

Tips & Trick : Masalah Paparan Pada Laptop Bersaiz Kecil


Salam...
Seringkali pengguna Laptop bersaiz kecil menghadapi masalah paparan yang tidak muncul sepenuhnya di kaca skrin. Kiranya paparan keluar separuh je... Terutama bila buka laman seperti HRMIS, Frog VLE ke, mesti ada masalah, tak nampak button Next la, tak nampak itu ini dan macam-macam lagi paparan yang tak keluar habis kat screen. Pengguna Netbook 1Malaysia pun tak lepas dari masalah ini... Hehe... Of coz pengguna Netbook 1Malaysia adalah terdiri dari kalangan guru ataupun pelajar sekolah... Jadi lepas ni jika ada rakan-rakan anda yang 'pelik' dan tercari-cari mengapa paparan di skrin mereka tak muncul, gunakan simple hack yang akan saya tunjukkan di bawah ni... Lepas tu nanti, anda bolehlah belakon konon-konon macam hero penyelamat dunia yang datang untuk membantu mereka... Mesti dorang teruja! Huahahaha...

Sebenarnya masalah ni boleh diatasi dengan hanya mempraktikan trick mudah iaitu dengan mengubah saiz paparan sedia ada dari 100% kepada saiz yang lebih kecil misalnya 75%... Sila rujuk gambar. Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas ya... 

Gambar di atas adalah pelayar Google Chrome... Perkara yang sama boleh dilakukan pada pelayar Internet Explorer (IE) dan juga Mozilla Firefox... Cuma pada IE, tiga titik tersebut adalah dalam keadaan melintang dan di Mozilla Firefox pula, anda boleh klik pada 3 garisan kecil di sudut sebelah kanan... Fungsinya sama sahaja, untuk kita ubah setting, set bookmark dll...

Sekian sahaja perkongsian saya untuk malam ini... Take care, gaise! Good night! :)

Nota Kaki: Majulah tanpa menyingkirkan orang lain... Naiklah tinggi tanpa menjatuhkan orang lain, Berbahagialah tanpa menyakiti orang lain... 

Sunday, 17 September 2017

Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome


Hi gaise!
Assalamualaikum...

Dashboard sekolah adalah umpama laman utama yang lazimnya memberikan gambaran dan imej tentang sesebuah sekolah. Lazimnya pengurus dashboard sekolah adalah terdiri dari Guru Admin Frog atau mana-mana guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini  dashboard akan meletakkan elemen-elemen tertentu bagi menarik minat para ibubapa, guru mahupun murid-murid untuk melawat laman utama selain mendapatkan maklumat-maklumat terkini tentang sekolah.

Baiklah, hari ni saya nak share sedikit tips bagaimana anda boleh tukarkan dashboard sekolah yang 'boring' kepada sesuatu yang WOW! Selain gambar latar belakang yang menarik, anda juga perlu bijak memilih elemen yang patut ada dalam dashboard tersebut. Audience anda adalah terdiri daripada rakan-rakan guru, ibubapa dan juga murid-murid. Jadi, anda patut sesuaikan apa yang sepatutnya ada dalam paparan dashboard sekolah supaya mereka ni mahu melawat dan melihat dashboard tu lagi dan lagi... Be creative! Saya pasti ramai rakan-rakan saya yang juga admin ada idea lain... So, why not anda share idea anda di ruangan komen dibawah! Kita tukar idea kat sini... Hehe...

Apa yang boleh anda letak kat dashboard sekolah anda???

1. Maklumat Sekolah
(Lencana sekolah, Alamat Sekolah, No telefon dsb)

2) Carta Organisasi Sekolah

3) Jadual Guru Bertugas
(Yang ini bagi memudahkan cikgu-cikgu untuk menyemak Jadual Bertugas di mana-mana mereka berada dengan hanya melayari laman frog sekolah.)

4) Dokumen
(Boleh letakkan pelbagai dokumen yang boleh dimuat turun misalnya borang SPBT, Borang RO1, RO2, Template RPH dll dokumen yang dirasakan penting.)


5) Laman Pautan Yang Relevan
(Yang ni untuk menggalakkan cikgu-cikgu untuk hanya login FrogVLE tetapi dalam masa yang sama mereka boleh akses ke laman-laman penting lain seperti APDM, e-penyata gaji, SAPS dll yang berkaitan.)

6) SAPS Ibubapa
(Bagi membolehkan ibubapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak)

7) e-kamus
(Letakkan laman pautan kamus online yang boleh digunakan oleh semua audience)

Cadangan Link :-
Kamus BM-BI, BI-BM - http://www.mykamus.my/translate.php
Jawi Converter - http://www.ejawi.net/converterV2.php
Kamus Bahasa Arab - http://alqamus.moe.edu.my/ealqamus/v4/utama.aspx
Kamus BI-BI - http://dictionary.cambridge.org/
Kamus DBP BM-BM, BM-BI, BI-BI, BI-BM - http://prpm.dbp.gov.my/

8) Al-Quran 30 Juzuk
Boleh guna yang ni... saya dah convert kan jadi bentuk e-book http://online.anyflip.com/qzix/xbio/

9) Jom tonton / Wayang / Movie @ Frog 
Masukkan youtube... tapi sebelum tu anda buat playlist terlebih dahulu... add la cerita-cerita masa kini... kikikii... jadi, bila murid nak menonton, mereka boleh buat pilihan cerita/movie yang dah tersedia dalam senarai... 

10) e-library
Untuk e-library ni, murid boleh buat program Nilam sekali tau... Boleh dilaksanakan dalam kelas semasa PdPC atau boleh minta murid buat semasa di rumah jer... Beratus-ratus e-book percuma untuk mereka baca dan buat Nilam... Ni antara link bagus yang saya jumpa... Kalau anda tahu mana-mana link yang best, share ye dengan saya... :)

Cadangan Link:-
Buku BI - http://www.pdfdrive.net/
Buku BI - https://freekidsbooks.org/
Buku BM - https://www.storyjumper.com/book/index/16008692/BUKU-CERITA-KANAK-KANAK
Buku BI - http://www.kidsworldfun.com/shortstories.php


11) Lepak @ Frog
Bina site Untuk Murid-murid melepak di sini... Gunakan widget wall untuk mewujudkan ruang sembang. Selain itu, anda juga boleh mengadakan ruangan forum untuk murid-murid berbincang hal-hal berkaitan sekolah atau apa sahaja isu yang relevan. 

12) Games @ Frog 
Letakkan pautan-pautan laman permainan yang sesuai untuk murid-murid.

Cadangan Link:-
https://englishflashgames.blogspot.my/
http://www.eslgamesplus.com/crocodile-games/
http://www.eslgamesplus.com/interactive-crossword-puzzles/

13) Jom Lukis
Bina site, embed kan laman http://www.autodraw.com Laman ni best tau! One of Google punya product jugak ni... Tak percaya, cubalah!

14) Gambar Aktiviti Sekolah Sepanjang Tahun
Bina Site, letakkan semua gambar-gambar aktiviti sekolah sepanjang tahun... Murid-murid ni suka kalau tengok gambar mereka ada dalam komputer. Hehe... Mesti mereka tertunggu-tunggu nak tengok gambar terkini, kannn?! :)

15) Ucapan
Bina site, embed kan padlet di situ, untuk murid, guru dan ibubapa tuliskan ucapan mereka sempena sambutan perayaan dll. Selain itu, boleh juga sediakan tapak untuk mereka meluahkan pendapat untuk penambahbaikan... www.padlet.com

Oh ya, ni pun salah satu cara nak bantu tingkatkan KPI sekolah... Yelah, kalau murid boleh buat macam-macam kat dalam dashboard sekolah, tak mustahil mereka akan login selalu kan... Rujuk post saya yang terdahulu tentang 11 Tips Untuk Capai KPI Hehe... That's all for now! Take care, everyone! XOXO

Nota kaki: Untuk anda berjaya, bantu orang lain berjaya...

Tuesday, 12 September 2017

Cara Untuk Ibubapa Mendapatkan ID 1Bestarinet


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya nak berkongsi sedikit panduan untuk ibubapa mendapatkan ID 1Bestarinet agar anda dapat melayari laman Frog VLE sekolah anak anda. Saya yakin, ramai yang masih belum tahu tentang ini, sebab tu saya pilih untuk kongsikan di sini. Kalau anda seorang guru yang mempunyai anak yang bersekolah di sekolah kerajaan, bermakna anda akan dapat 2 ID... pertama ID sebagai guru dan satu lagi adalah ID sebagai ibubapa. Untuk guru dan murid, anda boleh mendapatkan ID anda dari Guru Admin di sekolah.



Nanti mesti ada yang tanya saya, di mana nak dapatkan huddle/dongle yes tu... Okay, sila dapatkan dongle atau huddle yes tu dari booth atau kedai Yes la, kat Seng Heng pun ada... Kalau nak murah, cuba cari kat mudah.com kot-kot ada sesapa yang nak jual secondhand. Satu lagi, kalau line Yes ni OK, laju berdesuppp... dan anda rasakan 200MB tu tak mencukupi, bolehlah langgan line Yes... nak topup pun boleh jer... hehe...

Berikut adalah panduan untuk ibubapa mendapatkan ID dan katalaluan 1Bestarinet. Selain itu, disertakan sekali cara bagaimana anda boleh mengaktifkan ID tersebut. Sila klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih baik.













Dengan 200MB yang anda terima tu, cuba google apa aktiviti yang sesuai dibuat dengan data sebanyak itu... setakat nak check email, nak buat carian online, takde masalah rasanya... tapi tak sesuai untuk menonton youtube ye... nak tengok youtube perlu data yang lebih banyak. Untuk sekolah yang ingin mendapatkan bahan ini untuk disebar luas kepada ibubapa, sila klik pada link dibawah.

Download : Nota Interaktif
Download Versi pdf: Nota pdf
Nota kaki: Malam ni takde nota kaki... Not in the mood. Nite!

Saturday, 2 September 2017

Tutorial Step by Step Aplikasi PLICKERS


Assalamualaikum semua... Hai...

Seronoknya cuti sampai hari Isnin... Yayyy! Suka suka suka... :P Sementara mood menulis tengah ada ni, lebih baik saya teruskan dengan perkongsian yang seterusnya iaitu tentang Aplikasi Plickers. Perkongsian ini sebenarnya dibuat oleh salah seorang sahabat saya, Cikgu Mohamad Yassir B. Hamidun dari SMK Jalan Cochrane, KL. Sejujurnya saya amat kagum dengan beliau kerana beliau antara guru yang hebat yang saya kenal, yang sangat low profile dan humble. Dalam erti kata yang lain, dia tidak poyo. Haha... I loiikee! :) Since dia ni low profile, saya nak perkenalkan dia kepada semua... Ninnn dia orangnya! Hahahahah...

Cikgu Yassir yang paling kiri... pendiam, banyak ilmu, humble... thumbs up!
Beliau bersetuju untuk saya kongsikan bahan yang dihasilkan di blog saya. Syukur... Alhamdulillah. Saya memang nak ilmu Plickers ni, memang best, jadi perkongsian sebegini sememangnya amatlah saya nantikan... Saya pernah belajar dah sebelum ni dari seorang sahabat saya yang tak kurang hebatnya Kak Farida Yusuf, SMK Trolak, tapi belum pernah try dalam kelas lagi setakat ni... Mereka ni memang pandai simpan kuku, diam-diam ubi berisi... Hebat belaka! Hehe...

Untuk menggunakan Plickers ni dalam kelas, anda mestilah terlebih dahulu menyediakan kad untuk setiap murid. Kad tersebut boleh didapati secara percuma dari laman www.plickers.com Setiap murid mempunyai kad yang berbeza untuk digunakan di dalam kelas. Semasa guru memaparkan soalan, murid akan menggunakan kad mereka untuk mempamerkan jawapan manakala guru akan scan jawapan-jawapan yang dipamerkan itu menggunakan telefon pintar. Semasa proses ini, plickers akan detect samada jawapan tersebut betul atau pun salah... Jawapan murid akan terpapar di screen. Begitulah serba sedikit tentang plickers. Okay jom kita lihat tutorial di bawah... klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. :)



























Berikut adalah link asal yang dikongsikan oleh Cikgu Yassir... Sekiranya anda ingin mendapatkan bahan tersebut, bolehlah download dari link yang diberikan ni ye...

Download : http://tiny.cc/notaplickers

Tips yang diberikan oleh Cikgu Farida Yusuf semasa sesi perkongsiannya dahulu, "Jangan laminate kad jawapan kerana ia akan menyukarkan proses scan..." Silau katanyaaa... Hehe

Sekian sahaja perkongsian kali ini... Take care, gaise! Babai...

Nota kaki: Jika tidak mampu menyenangkan, janganlah menyusahkan... Jadilah orang yang mulia menyalahkan diri sendiri, jangan jadi orang yang bodoh sombong menyalahkan orang lain... giteww!

Friday, 1 September 2017

Modul Gamifikasi Dalam PdPC via Frog VLE


Salam Aidil Adha uolls..

Finally siap jugak modul ni. Huh... Ambil masa sebulan lebih jugak nak siapkan modul yang tak seberapa ni. Perasaan bila dah siap, tersangatlah heaven! Haha... Mana taknya, bulan Ogos bulan yang teramat busy... Jadual sangat-sangat padat dicampur pulak dengan mood yang kelaut untuk menulis, memang tak siap-siap la jawabnya...

Kali ni saya fokuskan kepada FrogPlay sebab ramai juga dikalangan cikgu-cikgu ni yang tak tahu lagi nak gunakan FrogPlay tu dalam PdPC... Sebenarnya FrogPlay ni lah benda paling mudah untuk cikgu cikgi macam kita ni gunakan, disamping memudahkan sesi pengajaran, ia juga secara tak langsung boleh membantu sekolah untuk mencapai KPI. Murid-murid memang suka FrogPlay ni... Yup, again saya nak tekankan, saya bercakap dalam konteks sekolah rendah ye, sebab saya ni cikgu sekolah rendah jer... Hehe... Di sekolah menengah, saya tak pasti situasinya bagaimana. Alhamdulillah, di sekolah rendah, murid-murid memang sangat sukakan FrogPlay ni sebab mereka boleh menjawab soalan sambil bermain game atas talian. Heee... Bestkan?! Dan... Tahukan anda bahawa FrogPlay ni ada beberapa kaedah untuk digunakan... Pertama adalah dengan meminta murid membuat carian latihan dan yang kedua adalah dengan cara paksaan, cikgu tetapkan terus latihan yang nak dijawab tu... Hehehe... Kiranya cikgu assign latihan FrogPlay tersebut sebagai Assignment lah...

Saya cadangkan Guru Penyelaras Bestari / GPICT sebar luas link blog saya ni kepada rakan-rakan guru di sekolah anda. At least, rakan-rakan anda boleh belajar gunakan FrogPlay ni dalam PdPC mereka dengan hanya menggunakan modul ni. Kalau ada bajet, boleh print satu copy untuk simpanan sekolah... Wuuhuuu... promote promote... Hahahaaa... Yelah benda bermanfaat, kenapa nak simpan-simpan kan... Share jer lah...

Okay sebelum saya terlupa, saya nak rakamkan jutaan terima kasih kepada Khairil Firmansyah, PTP Bandar Mersing kerana sudi jadi proofreader modul ni... Saya akui, modul saya ni tak sekemas dan secantik modul dia. Dia dah pakar, saya baru menuntut ilmu buat modul dari dia... Hehe... Walaupun dia tak berapa sihat dan busy pulak dengan event #Gojes2017, sempat jugak dia tolong saya check modul ni. Thanks Pirmannn!

Ni gambar kitaorang kat event #Gojes2017. Firman yang depan kanan sekali... Kikiiki...

Download :
Modul Gamifikasi Dalam PdPC via FrogPlay Versi Elektronik
Modul Gamifikasi Dalam PdPC via FrogPlay Versi Cetak

Semoga bahan yang dikongsikan bermanfaat untuk anda semua... Babai... Take care! :D

Nota kaki: If you lost something you never imagined you would ever lose, Allah will grant you, in its place, something you never imagined you would ever own. - Dr. Bilal Philips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...