Dokumen Berkaitan PAK 21 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 27 September 2017

Dokumen Berkaitan PAK 21


Hello everyone! Assalamualaikum...

Dua hari yang lalu, saya di PM oleh seorang rakan maya saya yang jauh nun di Sabah, Arisya Adam (Admin Group Facebook yang letopsss! TcherCollection-TC ) bertanya tentang bahan kandungan yang sepatutnya ada dalam Fail Pengurusan Pendidikan Abad Ke 21. Sebetulnya saya sendiri pun takde bahan-bahannya... Jadi apa lagi, bermulalah aktiviti google mengoogle. Hehe... Harap bahan yang saya dapat dari hasil carian menerusi google ni tepat dan boleh digunapakai oleh guru-guru yang sedang sibuk menguruskan fail tersebut. Niat saya sekadar membantu... Sekiranya anda ada bahan lain nak dikongsi, boleh PM tepi saya ye... Nanti saya up kan di sini... Hehe...

Di bawah ini adalah antara link yang saya perolehi melalui carian yang saya rasa amat berguna terutama untuk penyelaras PAK21 di sekolah. (Klik tajuk untuk download bahan)

1) Yang ni saya ambil dari laman PPD Pasir Gudang, Johor

2) Modul oleh Pasukan Pemikir Pendidikan Abad ke-21, Institut Aminudin Baki

3) Bahan-bahan ni dari laman Unit Pengurusan Akademik PPD Perak Tengah

4) Bahan ini saya perolehi dari majakir.net


Selain itu, anda juga boleh merujuk pada laman guru-guru hebat berikut untuk mendapatkan contoh aktiviti PAK21, maklumat dan bahan-bahan yang berkaitan... 

6) Laman Cikgu Hailmi (Guru Cemerlang Sains) 

7) Laman Cikgu Herryan Syah (SISC+ PPD Kulai, Johor)

https://www.mudahmengajar.com/

TERKINI!!!! (Update 28/9/2017)

Saya dapat PM dari sahabat di PPD Kinta Utara, Puan Juliana Bt. Shaharum, berkongsi bahan berkaitan PAK21 dari KPM.... Weeeehheeee... Suka! :) Kebetulan beliau sedang membuat perkongsian tentang PAK21 ni hari ni... Jadi, rezeki kitalah... dapat tambah bahan lagi tentang ni di sini... Thank you! 💗💗💗

8) Bahan PAK21

Download : Modul Pembelajaran Abad Ke-21 - KPM

9) Buku Panduan Pembelajaran Abad 21 - Bukan Sekadar Susun Kerusi Meja oleh Cikgu Hailmi
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, boleh menghubungi beliau di page Cikgu Hailmi


10) Download : 89 Toolkit Kaedah PdP PAK21 

Okay lah... sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini... Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Babai!

Nota Kaki: The More You Know, The More You Realize You Don't Know. 

3 comments:

  1. Nice blog and really helpful dear. keep it up...Cheers

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Puan, sangat membantu
    jika tidak keberatan ini email saya rafiahismailtelokpasu@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Hi there, thanks for sharing. Its very useful. Keep up the good work fellow teacher. :D

    ReplyDelete