Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 17 September 2017

Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome


Hi gaise!
Assalamualaikum...

Dashboard atau laman sekolah adalah umpama paparan utama yang lazimnya memberikan gambaran dan imej tentang sesebuah sekolah. Lazimnya pengurus dashboard/laman web sekolah adalah terdiri dari Guru Admin Frog atau mana-mana guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini  dashboard akan meletakkan elemen-elemen tertentu bagi menarik minat para ibubapa, guru mahupun murid-murid untuk melawat laman utama selain mendapatkan maklumat-maklumat terkini tentang sekolah.

Baiklah, hari ni saya nak share sedikit tips bagaimana anda boleh tukarkan dashboard sekolah yang 'boring' kepada sesuatu yang WOW! Selain gambar latar belakang yang menarik, anda juga perlu bijak memilih elemen yang patut ada dalam dashboard tersebut. Audience anda adalah terdiri daripada rakan-rakan guru, ibubapa dan juga murid-murid. Jadi, anda patut sesuaikan apa yang sepatutnya ada dalam paparan dashboard sekolah supaya mereka ni mahu melawat dan melihat dashboard tu lagi dan lagi... Be creative! Saya pasti ramai rakan-rakan saya yang juga admin ada idea lain... So, why not anda share idea anda di ruangan komen dibawah! Kita tukar idea kat sini... Hehe...

Apa yang boleh anda letak kat dashboard sekolah anda???

1. Maklumat Sekolah
(Lencana sekolah, Alamat Sekolah, No telefon dsb)

2) Carta Organisasi Sekolah

3) Jadual Guru Bertugas
(Yang ini bagi memudahkan cikgu-cikgu untuk menyemak Jadual Bertugas di mana-mana mereka berada dengan hanya melayari laman frog sekolah.)

4) Dokumen
(Boleh letakkan pelbagai dokumen yang boleh dimuat turun misalnya borang SPBT, Borang RO1, RO2, Template RPH dll dokumen yang dirasakan penting.)


5) Laman Pautan Yang Relevan
(Yang ni untuk menggalakkan cikgu-cikgu untuk hanya login FrogVLE tetapi dalam masa yang sama mereka boleh akses ke laman-laman penting lain seperti APDM, e-penyata gaji, SAPS dll yang berkaitan.)

6) SAPS Ibubapa
(Bagi membolehkan ibubapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak)

7) e-kamus
(Letakkan laman pautan kamus online yang boleh digunakan oleh semua audience)

Cadangan Link :-
Kamus BM-BI, BI-BM - http://www.mykamus.my/translate.php
Jawi Converter - http://www.ejawi.net/converterV2.php
Kamus Bahasa Arab - http://alqamus.moe.edu.my/ealqamus/v4/utama.aspx
Kamus BI-BI - http://dictionary.cambridge.org/
Kamus DBP BM-BM, BM-BI, BI-BI, BI-BM - http://prpm.dbp.gov.my/

8) Al-Quran 30 Juzuk
Boleh guna yang ni... saya dah convert kan jadi bentuk e-book http://online.anyflip.com/qzix/xbio/

9) Jom tonton / Wayang / Movie @ Frog 
Masukkan youtube... tapi sebelum tu anda buat playlist terlebih dahulu... add la cerita-cerita masa kini... kikikii... jadi, bila murid nak menonton, mereka boleh buat pilihan cerita/movie yang dah tersedia dalam senarai... 

10) e-library
Untuk e-library ni, murid boleh buat program Nilam sekali tau... Boleh dilaksanakan dalam kelas semasa PdPC atau boleh minta murid buat semasa di rumah jer... Beratus-ratus e-book percuma untuk mereka baca dan buat Nilam... Ni antara link bagus yang saya jumpa... Kalau anda tahu mana-mana link yang best, share ye dengan saya... :)

Cadangan Link:-
Buku BI - http://www.pdfdrive.net/
Buku BI - https://freekidsbooks.org/
Buku BM - https://www.storyjumper.com/book/index/16008692/BUKU-CERITA-KANAK-KANAK
Buku BI - http://www.kidsworldfun.com/shortstories.php

Ada banyak lagi, anda boleh rujuk post DIGITAL LIBRARY by RAIHAN JALALUDIN


11) Lepak @ Frog
Bina site Untuk Murid-murid melepak di sini... Gunakan widget wall untuk mewujudkan ruang sembang. Selain itu, anda juga boleh mengadakan ruangan forum untuk murid-murid berbincang hal-hal berkaitan sekolah atau apa sahaja isu yang relevan. 

12) Games @ Frog 
Letakkan pautan-pautan laman permainan yang sesuai untuk murid-murid.

Cadangan Link:-
https://englishflashgames.blogspot.my/
http://www.eslgamesplus.com/crocodile-games/
http://www.eslgamesplus.com/interactive-crossword-puzzles/

13) Jom Lukis
Bina site, embed kan laman http://www.autodraw.com Laman ni best tau! One of Google punya product jugak ni... Tak percaya, cubalah!

14) Gambar Aktiviti Sekolah Sepanjang Tahun
Bina Site, letakkan semua gambar-gambar aktiviti sekolah sepanjang tahun... Boleh guna Google Photos. Murid-murid ni suka kalau tengok gambar mereka ada dalam komputer. Hehe... Mesti mereka tertunggu-tunggu nak tengok gambar terkini, kannn?! :) 

15) Ucapan
Bina site, embed kan padlet di situ, untuk murid, guru dan ibubapa tuliskan ucapan mereka sempena sambutan perayaan dll. Selain itu, boleh juga sediakan tapak untuk mereka meluahkan pendapat untuk penambahbaikan... www.padlet.com

Oh ya, ni pun salah satu cara nak bantu tingkatkan KPI sekolah... Yelah, kalau murid boleh buat macam-macam kat dalam dashboard sekolah, tak mustahil mereka akan login selalu kan... Rujuk post saya yang terdahulu tentang 11 Tips Untuk Capai KPI Hehe... That's all for now! Take care, everyone! XOXO

Nota kaki: Untuk anda berjaya, bantu orang lain berjaya...

19 comments:

  1. Idea yang baik untuk perkongsian. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Thank you jugak sebab sudi baca post saya.. hehe.. ada apa2 info share dgn saya juga ya.. :)

    ReplyDelete
  3. TQ SANGAT2 CIKGU.. ALHAMDULILLAH, CARA SAYA SUSUN MAKLUMAT DALAM DASHBOARDSAYA BETUL RUPANYA

    ReplyDelete
  4. Tq sis raihan.. Hanya Allah yg dapat beri ganjaran setimpal untuk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  5. Ameen... terima kasih... jgn lupa share juga dgn rakan2 yg lain ya.. :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  7. Thank u so much for sharing this..!

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah... terima kasih ^_^V

    ReplyDelete
  9. salam cikgu..thank you for sharing tapi kenapa yg widget wall utk chatting tu, murid tak boleh tulis ya?

    ReplyDelete
  10. salam cikgu..thank you for sharing tapi kenapa yg widget wall utk chatting tu, murid tak boleh tulis ya?

    ReplyDelete
  11. Terima kasih...info yang bermanfaat

    ReplyDelete