Sunday, 29 October 2017

Cara MUDAH Memaparkan Screen Telefon Dalam Laptop TANPA Device Tambahan


Assalamualaikum semua!

Haluuu... Apa khabar? Semalam saya busy dari pagi sampailah ke malam... Ni pun masih busy ber blog... Hehe... Tak habis-habis kan... Ni semua gara-gara kursus seminggu. Terus beku otak sebab terlalu banyak benda yang saya pelajari di sana... Hahahaa... Dengan tempat kursus yang jauh, memang meletihkan. Malam tadi baru ada masa nak update blog... :)

Okay, sebenarnya saya nak berkongsi ilmu tentang bagaimana cara untuk kita paparkan telefon dalam laptop tanpa menggunakan sebarang alatan tambahan untuk mirroring (mirroring device). Best tau! So, lepas ni dah tak payah sibuk-sibuk nak beli chromecast la, screencast la apa la... Hanya gunakan aplikasi sahaja, anda dah boleh jadikan tab atau telefon pintar sebagai alat untuk menjadikan PdPC anda suatu yang memorable dan awesome! 

konon-konon diagram ler ni... Hehe

Kaedahnya sangat mudah. Sambungkan laptop ke LCD macam biasa. Kemudian, connectkan device (tab/telefon) kat laptop tu menggunakan aplikasi Mirroring360! Yang penting laptop dengan device yang nak disambungkan tu mestilah kedua-duanya ter connect pada wifi yang sama. Takde internet pun takpe, janji menggunakan local network yang sama. Ia sangat menjimatkan dimana anda hanya perlu menggunakan laptop sedia ada sahaja. Huhuhuu... Yang penting, laptop anda mestilah sekurang-kurangnya menggunakan Windows 7 dan ke atas. Takde touchscreen pun takpe aihh... dan tak perlu beli wacom pad dan sebagainya.... Laptop anda akan bertindak sebagai Receiver. Jadikan telefon/tab anda tu sebagai tempat untuk anda menulis (sender)... Currlasssttt uolls! Ala-ala smartboard giteww!~ Tak kisah la pakai ipad ke, apple ke android ke atau sekadar ipad China yang cheap-cheap... boleh jerr... Time ni la nak maksimumkan penggunaan henfon YES yang korang dapat free tu! Bagi budak guna pun tak la terasa sangat kan... sebab Free... Amboiihh.... Hahahaa... 

Selain itu juga, anda tidak memerlukan LCD yang high spec dan mahal, guna je apa yang ada di sekolah. Cukup! Di sekolah saya, saya hanya gunakan LCD yang boleh dikatakan agak low spec dan uzur sebab usianya saya rasa dah hampir 10 tahun. Tapi alhamdulillah, dengan apps yang akan saya perkenalkan ni, itu semua tak menjadi masalah. Yes, saya bukan orang kaya nak melabur kat segala benda hi-tech untuk guna di sekolah. Baik beli iphone 9! Eh... iphone 9 dah release ke? LOL... 😂

Pada saya, kita sebagai guru kena bijak mencari solusi agar PdPC kita seiring dengan arus semasa walaupun hanya menggunakan apa yang sedia ada. Barulah kreatif namanya... Kan?! Heheheee... Jangan membazir beli itu ini yang harga ribu riban, yang penting impak kemenjadian murid tu... Nak pakai kat sekolah je punnn kan... Bukan nak pegi buat pameran ICT, kan kan kan? Hahahahah... 

Baiklah let's go straight to the point... aplikasi yang nak saya perkenalkan ni ialah aplikasi Mirroring360 dan saya dah uji beberapa kali, memang bagus dan stabil dari segi connectivity nya... Malah saya rasa ia paling stabil jika nak bandingkan dengan apps mirroring yang lain seperti mobizen, lonely screen dll. Takde putus-putus dan paling best, apps ni ada sediakan versi PRO yang membolehkan anda boleh share screen laptop anda dengan 40 orang lain yang berada dimana-mana sahaja asalkan mereka ada tab/laptop/telefon dan internet. So lepas ni kalau misal kata ada murid yang cuti ke atau cikgu sendiri tak dapat hadir ke sekolah, ni lah solusinya.... Share je screen laptop cikgu dengan murid-murid yang lain. Haaa... best kan! Lepas ni semua pakat ngajar cara PJJ je... Heheheee... Dalam meeting pun boleh guna kaedah ni. Semua tengok screen henfon masing-masing masa Guru Besar dok present kat depan korang! Huhuu... Ada berani? 😈

Bila handphone dengan laptop dah connected kat wifi, on kan apps Mirroring360 tu dah terus boleh digunakan! Kalau pakai iphone/ipad... Anda swipe je screen dari bawah ke atas, kat Screen Mirroring (Air Play) tu anda klik nama laptop anda! Done... Untuk yang guna android lain sikit kaedahnya, anda perlu install apps Mirroring360 Sender. Free je apps ni... boleh download dari playstore. 

Takde one note? PDF Drawboard takde? No problem laah... Download je apa-apa apps yang boleh tulis-tulis, lukis-lukis. Guna je apps apa-apa pun tak kisah, asalkan boleh berdigital ink (tulis-tulis atas phone tu). Apps Memopad pun ok je... boleh letak gambar, nak conteng gambar tu pun boleh! Takde masalah... 

Sekarang saya nak share bagaimana anda boleh dapatkan PRO Version ni secara percuma. Bagus company Splashtop ni, dorang siap bagi kita try 7 hari secara percuma! Pro Version plak tu! Caranya anda tengok kat gambar ya... Cuba korang try test, kalau OK, boleh beli... murah je pun... USD11.99 (+-RM60) je untuk standard licence. Standard licence sebenarnya dah mencukupi untuk kegunaan sendiri. Tak pun, cubalah cari dana makmal komputer, beli satu licence untuk satu PC kat makmal korang... Licence ni seumur hidup kot... murah gilerr! Oh ye... saya tak jual ye, kalau nak boleh beli sendiri di laman https://www.mirroring360.com/ 

**Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas ye... :)





Lepas dapat code, sila klik START SHARING.
Nanti akan diberi link untuk anda sebarkan kepada penonton screen anda. 






Dan akhir sekali saya nak kongsikan sedikit tips tentang Standard Licence dan PRO Version... Bezanya korang boleh baca dalam gambar dibawah ni... 


Haaa... macam mana? Best tak? Kalau best, apa lagi... sambar la satu licence key Mirroring360 ni dari laman ni... https://www.mirroring360.com/ Lifetime licence kot... baru lebih kurang RM60! Sangat berbaloi! :) Saya dah ada licence PRO, tassabarrr nak buat demo kat kawan-kawan!~ Ngeeee...

Tambahan maklumat saya terima dari Cikgu Khairul DGFX, walaupun tiada wifi di sekolah, anda masih lagi boleh menggunakan teknik hotspot/tethering pada mana-mana device bagi membolehkan penggunaan aplikasi Mirroring360 ini... So, jangan cakap kalau takde wifi kat sekolah tak boleh guna apps ni ye... Ada kaedah lain. Yang penting, kena kreatif dan kritis sikit... macam cikgu Khairul ni... Hehe...

Nota kaki: Allah opens doors in the most desperate times of our life. Doors which have even never existed before. Trust Allah! - Dr. Bilal Philips... InsyaAllah... Semoga segala urusan kita dipermudahkan di dunia dan akhirat... Ameen... 

Thursday, 19 October 2017

Sejarah Tahun 4: Bahan PdPC Dengan Teknik Trex-Square


Matapelajaran Sejarah adalah sangat sinonim dengan kebosanan dan mengantuk! Hahahaa... Entahlah, saya memang tak minat langsung belajar sejarah zaman saya bersekolah dulu. Nasib baik dapat juga credit untuk subjek sejarah... Muahahaha... 

Sekarang, seawal umur 10 tahun, murid-murid dah kena belajar Sejarah. Pening juga kan, macam mana nak bagi subjek yang agak membosankan ni jadi sesuatu yang awesome dan murid-murid sentiasa ternanti-nanti nak belajar Sejarah... 

Baiklah, hari ni kita semua bernasib baik kerana ada seorang lagi pelajar IPG Kampus Sultan Mizan, Hafiz Yatin, yang sudi berkongsi teknik yang beliau telah jalankan untuk kajian pembentangan. Saya jumpa dia ni semasa di International Conference of STEM kat UPSI hari tu. Seorang yang humble dan hmm... boleh dikatakan 'budak baik' juga... hehe... Hafiz juga telah berjaya mendapat dua anugerah emas untuk kajian ini dalam pertandingan inovasi. Pertama dalam Pertandingan Inovasi dan Seminar Penyelidikan Peringkat Kebangsaan IPG Kampus Sultan Mizan 2017 dan yang kedua adalah Pertandingan Inovasi dan Pameran BOS (Blue Ocean Strategy) 2017, peringkat kebangsaan di IPG Kampus Darul Aman. Hebat kannn! I loiikee! Haha... Dia ni merupakan salah seorang presenter yang telah membentangkan tajuk "Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun 4 Untuk Mempelajari Topik Kerajaan-kerajaan Melayu Awal Dengan Menggunakan Trex-Square". Kajian ini membuktikan bahawa murid-murid bertambah minat untuk belajar tajuk berkenaan sekaligus meningkatkan kefahaman mereka dan menampakkan peningkatan prestasi dalam menjawab soalan.  


Jika anda berminat untuk menggunakan kaedah PdPC seperti yang Hafiz jalankan, sila download QR Code Trex-Square yang dikongsikan. Kemudian, bolehlah dicetak, digunting dan ditampal seperti dalam gambar dibawah. 

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

Peta tu tak semestinya anda buat sama seperti gambar. Boleh jer kalau nak guna lukisan peta biasa-biasa atau peta yang difotostat atas kertas saiz A3, OK jer... Yang penting QR code tu mesti ada. Gunting code yang diberikan dan tampal pada peta tersebut. Done! Apa pun atas kreativiti anda! :)

Cara menjalankan PdPC menggunakan code tersebut, anda boleh rujuk pada gambar dibawah:-

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

Murid akan mengimbas kod menggunakan telefon bimbit. Aplikasi yang perlu digunakan untuk aktiviti mengimbas adalah samada anda menggunakan aplikasi WECHAT ataupun mana-mana aplikasi pengimbas QR Code (QR Code Scanner). 

Okay, sampai di sini sahaja perkongsian untuk hari ni... Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Hafiz Yatin di Facebook ya... Kredit kepada rakan-rakan beliau, Fatini Athirah, Sharmila Balakrishnan, Asyraaf dan Steven yang bersama-sama bekerjasama dalam menghasilkan projek ini... Mereka dibawah bimbingan Dr. Hazlina Bt. Awang Lah... Ok gaise... Bye!

Nota Kaki: Peringatan untuk diri sendiri... Not everyone will appreciate what you do for them. You need to figure out who's worth your kindness and who's just taking advantage. 

Sunday, 15 October 2017

Koleksi Lagu Gamelan dan Instrumental


Hai korang!!!

Malam ni saya nak share koleksi lagu gamelan dan instrumental... Saya dapat lagu-lagu ni dari group telegram Emcee & Pengacaraan Majlis... Kan dah hujung-hujung tahun ni, mesti korang tercari-cari lagu macam ni kan... Untuk majlis Anugerah Cemerlang terutamanya. Group ni memang aktif berkongsi macam-macam teks dan lagu yang seperti ini... Memang best!

Okay, bagi yang berminat, boleh download lagu-lagu ni ye...

1) Zapin Melayu - Ghal

2) Warisan Gamelan Melayu - Perang Manggong

3) Warisan Gamelan Melayu - Geliong

4) Gambuh Menyanyi

5) Ayak-ayak

6) Gendang Silat

7) Pantun Budi

8) Kunang-kunang Mabuk

9) Kenek-kenek Udang

10) Joget Si Pinang Muda

11) Selendang Mak Inang

12) Mega Mendung

13) Medley Jing Kling Nona

14) Joget Pucuk Pisang

15) Damaq

16) Canggung

17) Ayam Didik 

18) Gamelan 1

19) Gamelan 2

20) Gamelan 3

21) Gamelan 4

Okay, ni saja perkongsian saya malam ni... Jangan lupa doakan yang baik-baik untuk saya dan rakan-rakan yang berkongsi bahan dalam blog ni... Hehe... Good night, uolss!

Nota kaki: Peringatan untuk diri sendiri... Appreciate good people. They are hard to find! Baikkk! :)

Menguasai Bahasa Arab Dengan Teknik Bunga Semun


Assalamualaikum semua... Selamat bercuti untuk semua rakan guru! :)

Sabtu lalu, saya telah menyertai International Conference of STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain keynote, terdapat bilik-bilik yang disediakan untuk pembentang membentangkan hasil kajian yang mereka jalankan. Saya join beberapa sesi perbentangan yang terdiri daripada pembentang dalam dan luar negara. Antara tajuk pembentangan yang saya rasakan menarik adalah tajuk yang disampaikan oleh Ustaz Norazman Bin Ahmat Syafri. Tajuk kajian yang beliau sampaikan adalah 'Penggunaan Kaedah "Bunga Semun" Meningkatkan Kemahiran Membaca Huruf Hijaiyyah Untuk Murid Tahun Dua.'  Norazman, yang merupakan pelajar tahun ke-4 di IPG Kampus Sultan Mizan, beliau dibawah seliaan Ustaz Haji Mohammad Kamil Bin Jaafar. Hebat betul, sungguh saya kagumi adik seorang ni... Belum habis belajar dah ada rezeki buat pembentangan di peringkat antarabangsa seperti ini! Bravo!

Selain Norazman, saya juga sempat mendengar pembentangan dari rakan beliau, Ammar Safian, tentang penggunaan popup card dan VR box dalam matapelajaran Sejarah. Saya terlepas satu sesi yang disampaikan oleh adik Hafiz Yatin, yang juga merupakan pelajar IPG Sultan Mizan yang membentangkan sesuatu yang bagus di apply kan dalam matapelajaran Sejarah... Kajian mereka memang mantap! Sememangnya saya sangat kagum dengan kebolehan mereka bukan sahaja dalam melaksanakan kajian, malah, kemampuan mereka menghasilkan projek inovasi yang layak diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. And yes, saya baru dapat maklumat yang Norazman berjaya memenangi Inovasi Emas di UKM baru-baru ini. Kalau saya jadi hakim, saya pun akan beri award yang sama sebab saya memang sangat impress dengan projek beliau ni! Hehe...

Apa yang dikongsikan oleh Norazman? Kajian beliau adalah berfokuskan kepada murid-murid tahun dua dalam membantu mereka menyebut huruf hija'iyyah berbaris atas (fathah), bawah (kasrah) dan hadapan (dhommah). Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah melalui soal selidik, pemerhatian dan ujian.

Yang menariknya, beliau memilih untuk menggunakan icon emoji 😮😬😗 dalam pengajarannya. Emoji tersebut juga telah diubah warna (ala traffic light gitu, hehe) untuk menampakkan perbezaannya... Lihat gambar dibawah untuk lebih jelas. Dalam gambar juga anda boleh lihat maksud sebenar bunga semun. Selain itu, beliau juga ada membuat olahan kepada buku Iqra' sedia ada kepada Iqra' yang bewarna mengikut warna icon yang digunakan...Jadi, agak mudah untuk murid-murid menguasai teknik bunga semun bila Iqra' nya pun bewarna sama seperti emoji yang digunakan tu... kan! Hehhe... Beliau juga telah membangunkan permainan interaktif bertemakan bunga semun ni... Murid-murid boleh bermain permainan tersebut sebagai aktiviti tambahan selepas sesi membaca Iqra'.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan CD berkenaan, anda boleh whatsapp terus dengan Ustaz Norazman di talian 011-23164042 atau boleh PM dia direct kat Facebook. Saya memang recommend anda untuk dapatkan CD ni terutama jika anda sememangnya guru Bahasa Arab / Guru Pendidikan Islam. Anda juga boleh gunakan CD ni untuk melatih anak-anak anda yang masih belum menguasai huruf Hija'iyyah. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar IPG Kampus Sultan Mizan yang telah terlibat dalam pembentangan berprestij seperti ini... Keep up the good work! :)

Salah satu kandungan dalam CD...

Berikut adalah gambar bersama teman-teman di International Conference of STEM, UPSI yang sempat dirakamkan... Hebat-hebat dorang ni... Kita tumpang ambik aura hebat dorang je ni... Hehe...



💙💚💛💜💗


Nota kaki: Always remember that you're not everyone's cup of tea. Baiklah... Lesson learned! 

Tuesday, 10 October 2017

Saluran Alternatif Untuk Share Video Selain Youtube


Hai semua! 

Assalamualaikum... Tau tak sebenarnya ada banyak lagi saluran alternatif selain Youtube. Mungkin ada yang dah tahu tentang ini dan mungkin ada juga yang dah biasa tengok dan guna aplikasi selain youtube yang akan saya senaraikan di bawah ni. 

Fungsi dan ciri-ciri aplikasi yang disenaraikan ini mirip dengan youtube. Selain menonton, anda juga dibenarkan untuk memuat naik video yang anda telah cipta untuk tatapan penonton yang lain secara atas talian. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, youtube amat menitik beratkan soal originaliti karya yang dimuat naik ke situ. Oleh hal yang demikian, jangan terkejut jika karya anda tidak dibenarkan untuk di 'publish' hanya kerana anda menggunakan lagu yang ada hak cipta. Secara peribadinya saya merasakan hal ini adalah sangat bagus kerana ia mengajar pengkarya untuk berkarya dengan lebih bijaksana disamping dapat mengurangkan isu-isu cetak rompak. Kalau anda perasan, ada banyak juga sesetengah video yang di muat naik ke youtube, tidak dapat diakses. Ini berkemungkinan berlaku apabila youtube dapat mengesan video tersebut mengandungi kandungan cetak rompak. Jadi, cepat je diaorang banned! Hehe... 

Lazimnya apabila anda memuat naik video, anda akan diberi maklum balas tentang isu yang anda hadapi. Pemilik asal lagu atau video yang anda gunakan akan membuat tuntutan samada video anda dibenarkan untuk dimuat naik,  dibenarkan secara bersyarat, dalam kata lain mereka akan memberikan syarat untuk membolehkan anda memuat naik video berkenaan. Sebagai contoh syarat yang diberikan adalah mereka mahukan anda meletakkan kredit dalam video tersebut, meletakkan iklan dll. Syarat tersebut perlulah dipersetujui, jika tidak, anda mungkin berdepan dengan masalah legal yang lain atau video anda akan disekat sepenuhnya oleh youtube. Saya cerita berdasarkan pengalaman saya menghasilkan video untuk sekolah. Ada lvideo klip yang saya ambil, potong dan cantum. Maklumlah, saya bukannya pandai sangat bab video editing ni... Memang level rendah sungguh kalau bab-bab video ni! Hehehee...

Berbeza dengan beberapa aplikasi alternatif yang disenaraikan ini,  syarat mereka lebih 'longgar' dan mudah untuk beginners macam saya upload video yang kebanyakkannya saya ambil dari potongan-potongan klip video termasuk lagu-lagu yang terkenal yang rata-rata mempunyai hak cipta mereka yang tersendiri. Okay, so lepas ni kalau video anda dihalang dari dimuat naik ke  youtube, anda tak perlu risau, masih ada lagi opsyen lain untuk anda berbuat demikian.

Here we go...

1) dailymotion (www.dailymotion.com)
Perlu diingatkan bahawa laman dailymotion ini disekat apabila anda menggunakan internet yang dibekalkan di sekolah. Jadi jika anda bercadang nak menggunakan video dari dailymotion di dalam kelas, adalah lebih baik anda download video tersebut terlebih dahulu. Hanya dailymotion sahaja disekat oleh pihak KPM, saya pun tidak tahu apa sebabnya... Hehe... Video yang hendak di upload mestilah bersaiz kurang 2GB dan 60 minit. 

2) Vimeo (www.vimeo.com)
Yang ni pun antara yang popular dan kalau anda perasan, ramai yang share video dari vimeo ni kat Facebook... Hehe


3) Metacafe (www.metacafe.com)

4) Veoh (www.veoh.com)

Tapi apa pun, youtube tetap terbaik dan paling popular digunakan. Pilihan ditangan anda! Saya gunakan laman alternatif untuk memuat naik video sekiranya youtube tak 'sudi' terima video saya... Hahaha... Untuk carian video, youtube tetap pilihan nombor satu saya! :D

Nota kaki: Life is hard... But not impossible... giteeww! Hehe... Bai gaise. XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...