Thursday, 30 November 2017

Kandungan Fail RPH 2018


Assalamualaikum... Hai semua!~

Cuti-cuti ni korang semua buat apa? Korang semua sihat ke? Saya agak kurang sihat, hampir seminggu batuk, selsema belum baik-baik lagi... Huhuhuu... Badan memang minta rehat tapi otak saya masih belum berhenti lagi bekerja... Saya rasa hampir sebulan saya bekerja keras untuk macam-macam urusan termasuk menyiapkan buku pengurusan & takwim sekolah, jadual waktu, aktiviti-aktiviti di sekolah dan of coz saya juga sibuk dengan persiapan sebagai pembentang dan urusetia seminar #KLEdtech2017 yang berlangsung hujung minggu lalu yang melibatkan 300 pendidik dari seluruh pelusuk negara. Fuh! 

Ramai yang pm saya bertanyakan tentang kandungan fail RPH ni, alhamdulillah dalam kesibukkan saya masih sempat mencari masa untuk menyiapkan design kandungan fail RPH untuk kegunaan pada tahun 2018 nanti. Saya bukanlah orang yang hebat dalam designing ni, biasa-biasa sahaja... Tapi nak hasilkan yang biasa-biasa ni pun ambil masa beberapa hari juga... Kalau tahun 2017 hari tu bertemakan lavendar, tahun 2018 saya pilih tema teknologi... Giteww... Macam tak sangka dah tiga tahun berturut-turut saya buat benda ni... Tiga tahun macam sekejap je rasanya... Haha... Maka dengan siapnya task design men design ni, ada la bahan untuk saya menggoreng dalam blog hari ini. Kikikii.... :) 

Tahun depan Guru Besar saya mengarahkan semua guru di sekolah saya untuk menggunakan e-RPH. Jadi, segala design kali ni agak bewarna warni lah... Tak payah print kann... Boleh laa buat kaler-kaler... Hehehee... Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan dari link di bawah ya... Kali ni saya kongsikan dalam bentuk powerpoint, jadi mudah untuk anda edit. Kalau nak tambah apa-apa, just klik insert - textbox ke picture ke... haa... senangkan! Antara kandungan yang ada di dalam fail ialah:-


1) Muka depan
**Insert logo sekolah dan nama sendiri hokehhh!
2) Takwim Persekolahan 2018 untuk kedua-dua Kumpulan A dan B... Print yang mana perlu ya!
3) Cuti Am 2018 - Anda boleh edit sendiri tarikh cuti Keputeraan Sultan Negeri masing-masing dengan memasukkan textbox...
4) Partition Jadual Waktu Persendirian
5) Partition Jadual Waktu Kelas
**Untuk jadual waktu, saya hanya buat partition sahaja... anda boleh masukkan jadual yang diberi kepada anda nanti directly dalam file kann...
6) Senarai tugas - sila masukkan textbox untuk editing...
7) Maklumat Guru - Insert picture untuk masukkan gambar anda dan masukkan textbox untuk masukkan maklumat anda...
8) Visi KPM
9) Misi KPM


10) Visi Sekolah - Insert picture - lencana sekolah anda ya...
11) Misi Sekolah
12) Partition Rancangan Pengajaran Tahunan 2018
13) Partition Rancangan Pengajaran Harian 2018
**Boleh download tapak RPH versi BM, BI, Arab dan Jawi di Tapak RPH Raihan Jalaludin 
14) Partition Lembaran Markah Murid
15) Partition Senarai Nama Murid
16) Senarai Buku Rujukan - masukkan textbox untuk menaip terus dalam jadual yang disediakan


17) Penyeliaan, Pertemuan dan Perbincangan Professional
18) Catatan


19) Tarikh penghataran Fail Rekod Mengajar Untuk disemak oleh Guru Besar / Pengetua - Setiap Jumaat (Kumpulan B), Setiap Khamis (Kumpulan A)


Saya hanya menggunakan font biasa sahaja kali ini untuk menampakkan formaliti. Font yang saya gunakan ialah "Gill Sans Ultra Bold Condensed" dan "Calibri".

Pesanan penting dari saya, untuk mendapatkan hasil printing yang cantik dan penuh sampai ke tepi (full page), setelah anda siap mengisi segala butiran dalam powerpoint tersebut, anda save as kan dalam bentuk PDF. Print PDF tersebut... Dan untuk anda yang menggunakan e-RPH juga, saya cadangkan anda buat benda yang sama, save dalam bentuk PDF sebelum anda upload masuk ke google drive anda ya... 


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan juga dengan kawan-kawan yang lain ya.. Follow blog / FB saya supaya anda tidak ketinggalan dengan perkongsian-perkongsian yang akan datang... Jangan lupa doakan yang baik-baik untuk saya ya... Hehe... Good luck, gaise! XOXO

Download : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Download: Divider Mingguan

Nota kaki: No one has the right to judge you. They might have heard the stories, but they didn't feel what you felt in your heart! Hanya Allah yang tahu... 💖 

Monday, 20 November 2017

Bahan Relief 2018


Hai semua! 

Assalamualaikum... Semoga semua sihat-sihat je di akhir-akhir tahun ni ye... Maklum ler, semua cikgu tengah busy siapkan itu dan ini... Naik kelas la, streaming la... SPBT la... kann... Hehe... Yes, saya cikgu, jadi saya memang faham sangat. Kalau ada orang yang beranggapan lepas habis exam, semua cikgu boleh rehat senang lenang, ITU SALAH! Hanya cikgu yang faham kerja cikgu macam mana... Tu belum cerita tentang pendaftaran murid baru, fail-fail yang nak di sort ikut kelas murid tahun depan... Banyak keja wooo.... Heheheee... 

Okay, tahun 2018 ni sekolah saya rancang nak mulakan semula projek yang pernah saya jalankan dua tahun lalu. Projek Relief namanya... Yes, projek ni saya jalankan under program disiplin. Masa tu iollss guru disiplin hokehhh... Huhuhuuu... Semasa berjalannya projek tu, memang saya nampak keberkesanannya... Dari segi disiplin murid, lebih mudah nak kawal lah... Sebab masing-masing busy dok siapkan task yang diberi, takde masa nak menyembang... Tahun 2018 ni, kami nak buat semula projek ni. Saya dah kumpulkan semua bahan-bahan dalam bentuk pdf. Saya dapat bahan ni dari google jer... So, selain aktiviti frog, penggunaan modul dalam kelas, bahan-bahan ni pun boleh membantu perjalanan kelas relief...  


Macam mana nak laksanakan Projek Relief ni? Saya letak perkataan Projek tu konon-konon macam hipster sikitlah bunyinya.... Muahahaha... Okay, saya akan nyatakan step nya ya... 

Langkah pertama, sorang guru incharge tak kira lah Penolong kanan ke guru biasa macam saya ke, kena dipertanggungjawabkan untuk print semua bahan-bahan relief yang diperoleh. Untuk jimat kertas, fotostat bahan tu jadi 1/2 mukasurat je... Jadi sehelai kertas dapat 2 bahan. 

Kedua, sediakan dalam 30 buah fail poket untuk letak bahan-bahan yang dah di reso/fotostat. (30 fail sebab bahan saya tu ada 60 set) Nomborkan fail tu 1-30. Lepas tu kat depan fail poket tu, buat 3 column - senarai kelas, bilangan murid dan tarikh... Rujuk gambar ya... Print ikut bilangan fail poket korang... Tampal kat depan fail poket tu ye... Senarai ni bertujuan untuk, cikgu yang ambil bahan tu tulis tarikh dan dia ambil bahan tu untuk kelas mana. Contohnya, dia relief kelas 1D, dia ambil bahan dari fail nombor 1, dia tulis tarikh kat ruangan kelas 1D, bermakna cikgu lain yang relief 1D selepas tu tak akan ambil lagi bahan tu lah... Kau faham tak apa hakak cakap ni? Hahahahah... Supaya tak overlapped terguna dua kali kat kelas yang sama bahan yang sama. Budak-budak bosan la kalau guna bahan yang sama kannn.... Ni la tujuan letak label kat depan fail tu... 
Ketiga, susun fail-fail tu di tempat yang guru/murid mudah untuk akses. Jadi bila-bila masa cikgu yang nak masuk relief, mereka boleh ambil bahan mengikut bilangan murid yang dah tertera atas fail tu... Hehe... 

Penting : Sekolah kena fikirkan cara macam mana murid-murid nak simpan kertas-kertas aktiviti yang mereka dapat tu... Samada nak wajibkan setiap murid untuk sediakan satu fail khas atau nak suruh mereka tampal dalam buku khas... terpulang kepada sekolah untuk mengelakkan kertas-kertas tu bertebaran menjadi sampah sarap pulak nanti kalau tak diurus dengan betul. 

Cubalah kaedah ni... Rasanya kalau dah ada bahan relief, cikgu-cikgu pun tak kisah sangat nak masuk relief. Huhuhuuu... dan disamping itu, murid-murid pun akan lebih tenang sebab mereka ada sesuatu nak dikerjakan... Bahan yang saya sediakan ni mostly memang sesuai untuk murid dari tahun 1-6, tanpa atau dengan sedikit bantuan guru je... Budak boleh buat sendiri. Sebab mostly bahan adalah untuk mengasah IQ, skill penglihatan, melatih kesabaran dan memupuk ketelitian murid…
 

 Sekadar berkongsi kaedah, kalau ada kaedah lain, korang share lah dengan saya ya... Taip je kat ruangan komen tu. Hehe...


Nota kaki: You shouldn't be always available for someone who doesn't even ask how you are doing. Gitewww! Dalam kata lain, yang tak tahu menghargai... pergi duduk jauh-jauh... Huhuu... Tak faham? Google translate pleaseeeeee! Hahahaaa... Kbai... 💖

Saturday, 18 November 2017

Borang G - SPBT


Diam tak diam kita telah pun sampai ke penghujung cuti sekolah. Cuti sekolah berbaki cuma beberapa hari. Ada guru-guru yang sudah pun memulakan tugas di sekolah, ada juga yang masih bercuti menghitung hari untuk kembali ke dunia realiti, mendidik murid-murid! Salah satu borang yang penting terutama untuk guru kelas ialah BORANG G (SPBT). Ya, borang G ialah borang untuk mencatat tentang pinjaman buku teks murid-murid. Tak perlu lagi kita menulis nama murid, gunakan cara yang paling mudah, iaitu, copy dan paste senarai nama murid dari data APDM misalnya amatlah menjimatkan masa. Edit senarai nama buku pada borang. Hanya dalam beberapa minit, borang G lengkap diisi kemas dan yang paling menarik, kita boleh print dalam saiz A4! Apa lagi cikgu, jom kita download borang G!
Download : Versi Terkini SPBT G-Pin 4/2000

Makluman terkini (17/11/2017) - Hanya nama dan judul buku sahaja yang dibenarkan ditaip... Nombor perolehan perlu dicatat. (Info dari cikgu Sharifah Aqsyah Al Idrus)

Since ramai yang bertanya kaedah mudah nak kopipes nama murid dalam borang SPBT tu, saya share tutorial ni untuk korang ya... Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.


Untuk paste, right click, klik pada paste VALUE... :)


Saturday, 4 November 2017

Dokumen CEFR dan Contoh RPH CEFR Sekolah Rendah


Hai semua...

Minggu lalu saya terlibat dengan Kursus Curriculum Induction CEFR yang dijalankan selama 4 hari di Kolej Kesihatan Ulu Kinta bersama lebih 100 orang guru dari seluruh daerah Kinta Utara. Ini merupakan kali pertama saya menyertai kursus yang berkaitan CEFR ni... Selama 4 hari dari pagi hingga ke petang, kami diberi pendedahan yang cukup detail tentang perjalanan CEFR yang bakal dijalankan di sekolah nanti... 

Berikut adalah catatan penting yang telah saya buat sebagai rumusan kursus sepanjang empat hari yang saya hadiri tersebut... Mungkin catatan saya ini boleh membantu anda mendapatkan serba sedikit pengetahuan tentang perjalanan CEFR ni. Perkongsian maklumat ini disampaikan oleh Puan Asnida Binti Abdullah dari SK Tanah Hitam. Beliau merupakan Jurulatih Kebangsaan untuk CEFR. Rasa agak beruntung sebab dapat maklumat direct dari master trainer... Hehe... Beliau dibantu oleh dua orang jurulatih, Puan Azrin dari SK Perempuan Methodist dan Encik Lai@Michael dari SJKC Kuala Kuang.

1) Hanya buku Super Minds Students' Book sahaja yang akan dibekalkan di sekolah untuk semua murid Tahun 1 dan 2

2) Sekolah perlu putuskan samada murid perlu beli dan guna buku Super Minds Workbook atau tidak. Ini kerana harga buku agak mahal, lebih kurang RM35-38 seunit. Walaubagaimana pun, buku tersebut boleh digunakan selama 2 tahun... (tahun 1 dan tahun 2)

3) Buku Super Minds ini mengandungi 9 unit. Unit 1-4 perlu dihabiskan semasa tahun 1 dan Unit 5-9 perlu dihabiskan semasa di tahun 2

4) Buku teks sedia ada akan menjadi non-textbook resources dan tidak wajib dihabiskan. 

5) PBS masih diteruskan seperti biasa.

6) Untuk peperiksaan, tidak perlu mengikut format UPSR, sebaiknya mengikut format peperiksaan yang menggunakan pelbagai kemahiran seperti 'matching', 'colouring', 'fill in the blanks' dsb. Satu kertas (Paper 1) sudah memadai.

7) Dalam pdpc, guru dibenarkan untuk combine skills misalnya reading dengan writing... listening dengan writing dll...

8) Untuk RPH, guru perlu menulis dua objektif; pertama adalah 'main objective' dan yang kedua adalah 'Complementary objective'.

9) Guru perlu ikut Scheme of Work (SOW) yang dibekalkan.

Anda boleh mendapatkan segala dokumen berkaitan CEFR termasuk bahan pembentangan, SOW dll di link ini...


Semasa berkursus, kami diarahkan untuk menyediakan pembentangan berkumpulan untuk Penyediaan RPH dan kesinambungan pengajaran (sequence of lesson) yang mana penyediaan rancangan mengajar yang berturutan dan saling berkait antara satu dengan yang lain.... Jadi di sini saya ingin berkongsi tiga contoh RPH yang telah saya dan rakan-rakan sekumpulan siapkan pada hari tersebut. Kami menyediakan RPH berfokus kepada language art, listening dan reading. Ketiga-tiga rancangan mengajar ini berkesinambungan dan saling berkaitan (sequence of lesson). Kami pilih topik Pet Show (Rujuk Buku Super Minds)


RPH:- English Year 1
Topic:- Pet Show
Skill : Language Arts
Skill : Listening
Skill : Reading


Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini... Sekiranya anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, saya mohon jasa baik anda untuk menyebar luas link blog ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin sedang mencari-cari maklumat tentang CEFR ni... Maklumlah, benda baru kan... mesti ramai yang masih kabur-kabur lagi.... Huhu... Selain itu, jangan lupa doakan kesejahteraan dan kesihatan saya dan juga ahli kumpulan saya ya... Heheheee.... Terima kasih! 😇

Nota kaki: Lebih baik berterus terang walaupun menyakitkan daripada menipu dan membuatkan orang tersenyum... I hate liars! KBai... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...