Bahan Sumber Hebat Matematik Sekolah Menengah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 7 December 2017

Bahan Sumber Hebat Matematik Sekolah Menengah


Assalamualaikum.

Haluuu semua! Mood bercuti masih menebal... Haha... Tapi dalam cuti-cuti ni, ada juga cikgu-cikgu yang rajin dan proaktif yang sudah mula mengumpul bahan untuk PdPC yang bakal digunakan pada tahun 2018 nanti... Bukan setakat itu, ada juga yang saya lihat sedang berusaha keras menyiapkan fail RPH, tapak RPH dan macam-macam lagi... Tahniah, gaise! Semangat macam ni lah yang kita perlukan untuk memastikan kemajuan anak bangsa kita. Ramai yang konsisten dan berusaha keras mempersiapkan diri dalam menghadapi tahun hadapan.  Keep up the good work! Tak boleh duduk dalam zon selesa lama-lama sangat... Sesekali kena keluar dari kepompong, bersaing dan mengikut arus semasa... Kan... Hehe... 

Baiklah, hari ni saya nak share bahan yang dikongsikan oleh salah seorang sahabat saya, cikgu Mohd. Ariff dari SMK Indahpura (1), Kulai, Johor. Beliau ni sangat hebat dalam bab-bab formula excel, yelah, orang matematik la katakan... Hehe... Beliau merupakan sumber rujukan saya dan rakan-rakan kalau-kalau kami tersangkut kat mana-mana formula excel... Hahahaa... Memang hebat!

Beliau telah berkongsi bahan-bahan hebat matematik yang asalnya dibekalkan oleh BPK ke sekolah dalam bentuk CD yang telah beliau kumpulkan menjadi satu site Frog VLE. Site tersebut bukan sahaja mengandungi video malah latihan dan juga nota yang terperinci tentang tajuk-tajuk matematik sekolah menengah. By the way, rajin benar member saya sorang ni, video dalam CD tu di upload terlebih dahulu ke youtube dan kemudiannya di masukkan ke dalam site Frog VLE. Hehehe... Tahniah, Ariff! Nampak mudah tapi hakikatnya nak transfer bahan dari CD ke Site bukanlah satu perkara yang senang... Bukan 1 ke 2 topik, tapi 32 topik, tau! Fuh!! Saya lihat ini adalah satu perkongsian yang baik dan wajar dicontohi... Bila ada lebih ramai yang sudi berkongsi bahan PdPC, maka semakin mudahlah para guru di Malaysia ini khususnya, untuk menjalankan sesi pengajaran... Semuanya sudah di hujung jari, klik sahaja, dan anda dapat akses ke semua nota, latihan dan video yang anda boleh gunakan terus di dalam bilik darjah. Sekiranya anda mempunyai bahan-bahan PdPC untuk dikongsikan, anda boleh menghubungi saya untuk saya bantu sebarluas bahan anda tu... 


Berikut adalah link yang dikongsikan oleh cikgu Ariff... Semoga bahan ini bermanfaat dan dapat membantu memudahkan para pendidik di luar sana dalam menjalankan PdPC masing-masing... 


Nota kaki: If your life isn't turning out the way you planned, remember that Allah's plan always end up working out better than ours! - Dr Bilal Philips

1 comment:

  1. cg boleh lihat bhn sumber matematik cg mohammad arif utk share tq

    ReplyDelete