Tutorial Untuk Membuat Laman Web Sekolah via FrogVLE - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 28 December 2017

Tutorial Untuk Membuat Laman Web Sekolah via FrogVLE


Assalamualaikum semua.

Sejak dua menjak ni saya asyik sibuk je dengan kerja-kerja sekolah... Macam-macam nak diselesaikan, maklumlah, nak buka sekolah laa katakan... Pagi tadi baru sempat nak mengemas meja, habuk seinci dah... Huhu... Alhamdulillah, bahan bertimbun untuk di blog kan, tapi... masa pulak takde... Haduii... Kadang-kadang masa ada banyak tapi bahan plak takde... Ujian! :)

Okay, post saya kali ni adalah tentang pembinaan laman web sekolah menggunakan Frog VLE. So, let say korang berhajat nak buat laman web kat frog korang, boleh lah baca tutorial yang dikongsikan oleh Tuan Guru Besar SK Pasukan Polis Hutan, Ipoh, Perak ni... Encik Ismail ni memang sangat aktif dengan FrogVLE dan beliau juga dilantik sebagai Ketua Fasilitator Frog VLE bagi Negeri Perak. Hebat kan?! :) Saya memang kagum dengan kebolehan beliau dalam membudayakan Frog di sekolah sendiri disamping melatih para pendidik di serata tempat menggunakan Frog dan pada masa yang sama maintain sekolah sendiri budayakan FrogVLE! Memang terbaik... 

Berikut adalah nota yang beliau sediakan untuk memudahkan admin mencipta laman web sekolah menggunakan FrogVLE. Bukan setakat cikgu dan murid yang dapat lihat laman web sekolah anda tu, tapi orang awam juga boleh mengikuti perkembangan sekolah melalui laman yang anda bina tu... :)

Download nota dalam bentuk PDF di sini...


Sekiranya anda kekurangan idea, boleh rujuk post saya yang terdahulu tentang apa yang patut diletakkan dalam laman web sekolah anda... Klik Untuk Membaca Post

Sekian sahaja perkongsian saya untuk malam ini, sekiranya anda berminat untuk mewaqafkan sebarang ilmu/bahan berkaitan pendidikan dalam blog ini, boleh hubungi saya ya... 

Nota kaki: "Ada dosa yang tidak terampun dengan istigfar, tetapi ia terampun dengan ujian dari Allah. Ujian juga modal penghapus dosa". - Syeikh Muhd Zainur Asri Bin Hj Romli 
Semoga dosa-dosa kita diampunkan olehNya, insyaAllah... 

1 comment: