Sunday, 22 April 2018

Tutorial & Tips Membina Puzzle Tarsia


Assalamualaikum.

Hello gaise! Hari ni saya free sket, jadi sempatlah nak ber blogging... ehehee... Saya tertarik dengan aplikasi Tarsia ni dah lama dah... Tapi tak ada masa nak explore. Kebetulan ada waktu free sikit, sempat la sembang-sembang dengan sahabat saya Cikgu Mohd. Ariff sekejap berbincang tentang apps ni... Tarsia ni adalah aplikasi untuk membina puzzle. Kiranya murid menjawab soalan dan pada masa yang sama mereka selesaikan puzzle untuk menjadi bentuk tertentu. Sangat sesuai untuk subjek Matematik, walau bagaimana pun, untuk subjek lain pun boleh jer guna Tarsia ni, be creative hokayy! Hehe... Untuk menjalankan Tarsia ni di dalam kelas memerlukan sedikit persediaan. Pertama anda perlu download apps ke dalam komputer. Kemudian, anda perlu menyediakan puzzle tu (key in soalan/jawapan), print dan gunting... Huhuhuu... 

Oleh kerana penyediaannya agak rumit sedikit, saya cadangkan anda berkongsi bahan je dengan rakan-rakan di sekolah. Selain itu, sekiranya anda berminat nak kongsikan set Tarsia anda di sini, boleh PM saya di Facebook - Raihan Jalaludin atau di telegram saya, Raihan Jalaludin, so that saya boleh share kan dalam blog ni... Setakat ni ada beberapa bahan di sini. Yang nak guna, boleh terus print dan gunting je... Senangkan! But please take note, kalau nak share bahan, sila save as PDF dulu tau... Mana-mana puzzle yang mengandungi gambar, yang dikongsikan dalam bentuk file Tarsia, orang lain tak boleh buka file berkenaan ye... Huhuhuu... Thank you, Arep, sebab sudi bantu saya untuk try and error apps ni. Cara nak save sebagai PDF, boleh lihat di bawah. Hehe... Jom tengok cara nak guna Aplikasi Tarsia ni...

Langkah 1

Muat turun Aplikasi Tarsia dari laman berikut :-


Langkah 2

Install aplikasi tersebut dalam komputer anda.

Langkah 3



Langkah 4



Langkah 5

Selain menaip soalan, anda juga boleh masukkan gambar... kalau korang ada soalan dalam bentuk gambar pun boleh je masuk kat sini... Pandai-pandailah crop jadikan soalan tu satu per satu... Bhahaha...




**Paparan dalam bentuk TABLE ni adalah untuk anda semak soalan dan jawapan...








Langkah 6

Cara menyimpan file Tarsia dalam bentuk PDF. Yang ini penting kerana sekiranya file Tarsia anda mengandungi gambar, anda tidak boleh kongsikan dengan orang lain... Convert kan terlebih dahulu menjadi PDF untuk memudahkan anda membuat perkongsian bahan. Klik pada tab OUTPUT dan SOLUTION untuk di simpan sebagai file PDF hokayy! :)



Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Aplikasi Tarsia ni. Sekiranya ada tips lain, korang share kat ruangan komen ya... Hehe... Kalau berminat nak gunapakai bahan sedia ada, sila download dari link di bawah... :)

Download: Tarsia Puzzle Hexagon 24 pieces - SYNONYMS by Raihan Jalaludin
Download: Jawapan Tarsia Puzzle Hexagon 24 pieces - SYNONYMS by Raihan Jalaludin
Nota kaki: Never forget who was there for you when no one else was. 

Sunday, 15 April 2018

Ezlearn2U : Tuisyen Online Percuma


Assalamualaikum sahabat! 

Khamis lalu, saya telah menghadiri taklimat berkenaan dengan ezlearn2u di SJKC Poi Lam, Chemor. Cantik sungguh sekolah ni, siap ada lift uolls! Curlasst... Hehe... Hari ini, saya nak share serba sedikit apa yang saya faham tentang ezlearn2u ni dengan korang semua. Benda ni bukan guru je patut tahu, parents, pentadbir sekolah dan murid sendiri pun patut ambil tahu hokay! Hheheeh... Okay, lets!

Apa itu ezlearn2u? 

Dalam bahasa mudahnya ialah tuisyen online di mana murid-murid boleh menonton pelbagai video berkaitan subjek yang dipelajari di sekolah. Video-video ini disediakan oleh guru-guru di seluruh negara. Ia merupakan suatu inisiatif Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Perak, Kperak dan IBM dalam menaja murid-murid yang bersekolah di dalam negeri Perak khususnya yang berusia dari lingkungan 7 hingga 17 tahun (Darjah 1-Tingkatan 5) untuk menerima tuisyen secara atas talian PERCUMA! Bukan sahaja video untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan sahaja, malah video untuk murid-murid SJKC dan SJKT juga disediakan. Bravo! 👏 Oh ya, guru pun boleh gunakan ezlearn2u ni ye... Key in je no IC uolls kat ruangan ID dan password... Hehe

Bagaimana murid boleh menonton video yang disediakan?

Setiap murid diberikan point sebanyak 1500 setiap seorang. Setiap kali murid hendak menonton video yang dipilih, point akan ditolak. Walau bagaimana pun, video yang telah 'dibeli' (guna point) boleh di ulang tonton sebanyak lapan kali untuk satu-satu video. Andai kata point telah habis diguna, pihak ezlearn2u akan 'topup' point dengan nilai 500. Unlimited sebenarnya... nama je tolak point, tapi bila point habis, boleh je dapatkan lagi point. Faham kan? Huhu...

Mengapa murid-murid di negeri Perak patut menggunakan ezlearn2u?

It's FREE! dan content videonya juga bagus. Lengkap dengan penerangan, perkongsian tips, jalan kerja pengiraan dll...

Bila murid-murid boleh menggunakan ezlearn2u?

Murid-murid boleh akses ke laman ezlearn2u pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja! 24/7

Apa yang diperlukan untuk mengakses laman ezlearn2u?

Murid-murid boleh menggunakan telefon pintar, tab atau pun komputer untuk menonton video dengan syarat adanya talian internet. 

Tutorial Login dan Penggunaan ezlearn2u (Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)



**Bagi guru-guru dan murid-murid yang baru pertama kali login, anda akan diminta untuk menukar katalaluan. Jadi sekiranya anda mahu mengekalkan kata laluan sedia ada, anda boleh menaipkan semula nombor kad pengenalan.




Ada masalah dengan penggunaan ezlearn2u?

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah, boleh hubungi help desk mereka di support@ezlearn2u.my Mana la tau tiba-tiba video tak boleh ditonton ke, point tiba-tiba habis ke, boleh report kat dorang ni hokay! :D

Perlukan infografik untuk mempromosikan ezlearn2u kepada ibubapa / murid-murid di sekolah anda? 


Download : Infografik ezlearn2u versi cetak

Dah macam duta program pulak rasanya... Siap Q&A, tutorial bagai... Gitewww... Hahahaa... Gambar tutorial tu saya dah pernah share di FB tahun lalu... Huhu... Tak tau la korang perasan ke tidak. Saya ambil kesempatan mencatatkan segalanya di sini kali ini untuk simpanan saya dan kebetulan, saya perlu sebarluas maklumat ini kepada semua rakan guru dan juga ibubapa serta murid-murid di sekolah saya. So why not share skali dengan korang kannn! Hehe...

Andaikata ada sebarang keciciran maklumat atau pun kesalahan pada maklumat yang saya tuliskan di sini, saya mohon jasa baik tuan puan untuk menulis di ruangan komen / PM saya supaya semua pembaca menerima maklumat yang tepat! Semoga bermanfaat ya!~

Nota kaki: Jangan berandai-andai terhadap suatu keadaan yang telah lalu, karna itu melihatkan bagaimana kamu tidak menerima kenyataan, baik dari Tuhanmu, baik dari kesalahanmu... 

Saturday, 14 April 2018

Panduan Penggunaan Frogplay


Hai semua! Cuti-cuti ni korang buat apa? Saya baru je habis buat kelas intensif untuk murid-murid saya pagi tadi. Kebetulan sekarang ni saya melatih pasukan Scrabble, jadi saya ambil kesempatan untuk buat kelas intensif sekaligus... Kiranya 2 dalam 1 laa ni... Dah tiga Sabtu berturut-turut setakat ni. Harap-harapnya ada hasil yang baik nanti. Walaupun agak penat, ku gagahkan jua. Sebab bulan ni kebetulan saya banyak terlibat dengan program yang menyebabkan saya terpaksa berada di luar sekolah. Kalau tidak saya tak la rajin sangat nak buat kelas pada hari Sabtu. Banyak komitmen katanyaaa... Hukk... Hukss... 😅

Baiklah... Perkongsian kali ini adalah tentang cara bagaimana Frogplay dapat digunakan secara maksimum di dalam bilik darjah. Sekali lagi perkongsian kali ini dikongsikan oleh Ustaz Huszarudin Hussin dari SK Lok Heng Selatan. Saya memang salute kat dia ni, sangat komited dan rajin membuat perkongsian terutama berkaitan FrogVLE. Cuba korang tengok tutorial yang dibuat sangat teliti dan tersusun satu per satu. Jadi, memang mudah untuk guru-guru yang baru nak mengorak langkah menggunakan FrogVLE, Frogplay ni salah satu elemen yang mudah untuk cikgu gunakan. Tak perlu nak pening kepala buat soalan, dengan menggunakan Frogplay, soalan sudh tersedia. Kongsikan saja dengan murid-murid ya!























Sekiranya anda memerlukan nota versi cetak, boleh klik di pautan di bawah... Nota dalam bentuk pdf tersedia untuk di muat turun...


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua... Terima kasih, Ustaz Huszarudin! 😇
Bagi yang berminat nak explore lebih lanjut bagaimana anda boleh menggunakan elemen gamifikasi dalam FrogVLE selain Frogplay, boleh baca post saya yang terdahulu - Modul Gamifikasi dalam PdPC via Frog VLE

Nota kaki: Selagi kau percayakan Tuhan, kau tak perlu takut dengan yang bernama ujian! - The Bingkisan Hati 

Friday, 13 April 2018

Koleksi Lagu Perbarisan


Haluuu people! Dalam kesibukkan sempat jugak hakak nak share kan lagu-lagu untuk perbarisan ni... Yela, skang ni kan musim sukan... Mana tahu korang perlukan lagu-lagu ni untuk memeriahkan acara sukan sekolah korang... Barulah semangat sket budak-budak tu nak berkawad kan! Hehe... Oh ya, lagu-lagu ni saya dapat dari group telegram Tutorial..ICT Saya cuma panjangkan perkongsian yang bermanfaat ni kepada rakan-rakan guru yang lain...

Berikut adalah lagu-lagu yang dikongsikan... Sekiranya anda berminat, boleh klik untuk download ya... :)








Semoga perkongsian ini bermanfaat. Doa-doakan juga untuk penyumbang lagu-lagu ni agar dia dipermudahkan urusan dan sentiasa dibawah rahmatNya, insyaAllah... Assalamualaikum... Babai

Nota kaki : Know that sometimes heartbreak happens just to push you to Allah... #hiddenblessings

Tuesday, 10 April 2018

Contoh Site Frog VLE yang Menarik


Salam... Haluuu gaise!

April yang sibuk! Huks!~ Terlalu banyak program yang disertai membuatkan saya rasa tidur tak berapa nak lena... Yang pasti memang saya agak penat! Huhuhuu...

Okay, hari ni saya nak kongsikan site-site FrogVLE yang telah dihasilkan oleh sahabat kita, Ustaz Huszarudin Hussin, dari SK Felda Lok Heng Selatan, Johor. Rajin betul dia ni... Segala site dia buat. Jealous saya... Haha... Site-site ni bolehlah dijadikan sebagai panduan untuk admin-admin di luar sana, korang boleh la letak site ni kat dashboard sekolah ke, atau ambil idea ustaz ni dan hasilkan la site-site cenggitu haa untuk murid-murid korang. Macam-macam ada weihh... Seronok pulak hakak tengok! Hahahah...

Berikut adalah link-link site yang dikongsikan oleh beliau... Semoga bermanfaat untuk kita semua dan sekaligus menjadi saham akhirat untuk ustaz Husza atas perkongsian ini...

One Stop Learning Center

Perpustakaan Digital

Info Grafik 

Video Pembelajaran 

E-Bahan Pembelajaran

Audio Pembelajaran

Coding 

Hot Flash Game

Eal-Qamus 

360 Degree Video

Jom Melancong

e-Belajar

e-Quiz

Buku Teks

Best kan! Banyak sangat budak-budak boleh explore kalau macam ni haa link yang diletak kat dashboard... Heheheee... Nak melancong boleh, nak belajar coding pun boleh, nak baca buku teks pun takde hal... Macam-macam ada! Awesome!~

Nota kaki: It's better to be criticized by a wise person than to be praised by a fool! 

Monday, 9 April 2018

Aplikasi Online Untuk Mengenalpasti Pemanggil (Caller)


Assalamualaikum.

Haluuu gaise! Baru-baru ni saya menerima missed call dari beberapa individu yang tidak dikenali, so, curious juga nak tahu siapakah pemanggil sebenar. Sebelum call semula, saya try test  guna apps ni untuk memeriksa siapakah gerangan yang call saya tu... Hahahhahaa... Yelah, zaman sekarang ni kena sentiasa berhati-hati, scammer banyak jer kottt kan!~ Huhu... 

Aplikasi ini mengesan pemanggil (caller) dengan memaparkan nama dan jenis telco yang digunakan oleh pemilik nombor telefon yang ingin kita jejaki itu. Berbeza sedikit dengan apps caller detector yang lain, ia tidak perlu di install dalam telefon. Jadi, takde masalah bagi mereka yang mempunyai phone memory bersaiz kecil... Selain itu, apps ni juga tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Boleh terus guna! Nampak tak? Segala-galanya dihujung jari sekarang ni. Dunia semakin terbuka, semakin kurang privacy! Giteww... Huhu...

Pada pendapat saya, aplikasi ini juga mempunyai kebaikan dan keburukkan yang tersendiri... Jika dilihat dari sudut positif, sememangnya apps ini sangat membantu terutama bagi insan-insan yang lemah seperti saya yang selalu tertipu dengan tipu daya manusia... saia ta kuad! 😂 Huahahahaaa... Giteww! Nak elak scammer weiii! Selain itu, kita boleh tahu siapa yang hubungi kita tu sebelum kita buat return call. Bagi saya benda tu penting so kita tahu dengan siapa kita bercakap. Kann!

Baik... Dari perspektif negatif, sebenarnya saya nampak ada banyak juga... Pertama, bila kita request untuk buat semakan suatu-suatu nombor telefon, adakalanya ia hanya memaparkan nama panggilan seseorang. Kiranya nama tak rasmi la... Sebagai contoh, bila saya uji nombor telefon saya, dan nama yang terpapar adalah GEG Ipoh. Berkemungkinan ada seseorang yang menyimpan nombor saya sebagai 'GEG Ipoh'. Nampak tak? Ada juga yang saya cuba dan hasilnya nama penuh pemilik nombor telefon tersebut terpapar. Beberapa nombor telefon yang saya cuba akan memaparkan nama panggilan... 'Cikgu XXX', 'Ustaz XXX' dsb... Secara logiknya kalau apps ni dapat maklumat kita directly dari syarikat telco, sudah semestinya nama penuh kita yang akan terpapar, kannn! Cuba korang try masukkan nombor sendiri. Tengok nama apa yang keluar! Mungkin ada seseorang yang dah save nama korang dalam phone mereka macam tu kot. Hehehe... Yang menjadi persoalannya, adakah dengan kita menggunakan mana-mana apps memungkinkan segala nombor telefon yang ada dalam telefon kita terdedah dengan 3rd party seperti ini?  Huhu...

Dan bagi saya, jika nama anda tidak dipaparkan, itu lebih baik. Itu bermakna nombor anda masih dalam keadaan selamat dan tidak terdedah. Huhuhuuu... Ni cuma pandangan 2sen saya. Kalau nombor tak terpapar, ada kebarangkalian nombor telefon tu kurang popular kot. Hahahahah... Giteww! Tak apalah, tak popular pun takpe. Privacy tu yang lebih penting!

Okay, berikut adalah cara-cara bagaimana untuk menggunakan aplikasi online tersebut.

1) Pergi ke laman Reveal Name (Reverse Phone Lookup)

2)

3)

4)

5) Saya try guna truecaller, ia detect carrier lama saya. Tapi dengan revealname ni, memang tepat, ia detect carrier semasa saya! Huhuhuuhu... Bahaya sungguh!
**Carrier = jenis telco


P/S: Sentiasa hati-hati bila melibatkan transaksi secara atas talian hokayy! Kena jaga keselamatan tau Bila dah melibatkan online payment, cuba avoid kecuali kalau sememangnya trusted seller/merchant. Akhir kata dari saya, gunakan aplikasi ini sebaiknya ya... Jangan kau orang salah guna pulak! Huhuhuu... Bye, gaise!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...