Monday, 22 January 2018

Cara Download Video Dari Facebook, Youtube, Instagram dll


Hey people! What's up?!

Saya baru je dapat ilmu ni, so rasanya adalah baik jika dikongsikan dengan korang semua. Bukan apa, nanti simpan ilmu ni lama-lama, lupa pulak! Kann... Hehe... Hakak yakin, ilmu ni mesti korang suka... Hahaha... Kan kat facebook ada banyak video yang best, lepas ni boleh lah download dan forward kat rakan-rakan korang via whatsapp / telegram. Kau jangan forward dalam group rasmi sekolah, dah ler... Semak laa... Haha...  Haaa... dah tahu ke belum macam mana nak bukak whatsapp dengan telegram kat laptop? Kalau belum tahu, baca kat sini hokayy! Whatsapp & Telegram di Laptop :D

Mudah sesangat caranya... 

Step pertama, apa korang perlu buat ialah dengan memuat turun aplikasi https://en.savefrom.net/ dalam laptop korang.  


Step kedua, install aplikasi tersebut dalam laptop korang. Klik yes jer semuanya ye termasuklah add on tampermonkey tu... 

Once dah siap install, korang dah boleh gunakan features download video. Buka je mana-mana video kat Facebook, gerakkan mouse ke sebelah atas kiri, nanti akan ada anak panah warna hijau muncul. Klik lah di situ untuk download. Siappp! Heheee...


Untuk youtube, korang search video yang dikehendaki, kemudian pada paparan akan terlihat anak panah hijau gak... Klik di situ. Korang boleh pilih nak kualiti HD ke biasa-biasa ke... Terpulang! Katakan korang nak video sahaja tanpa suara pun boleh ye... Pilih je yang ada logo MUTE tu. Hehe... Mana la tau kot korang nak buat dialog sendiri kannn... Nak kreatifkan PdPC katanyaaa... 😁


Oh ya, untuk Instagram, takde tutorial ye... Korang try sendiri hokayy! Hehehe... Hakak takde instagram. Muka tak commercial... And I don't feel to have one. Hahahah... Cukuplah kat FB, tu pun orang dah lemaihhh tengok muka hakak... Huhu... Media sosial saya setakat ni hanya di Facebook dan blog ini sahaja. Twitter pun dah lama tak masuk. Lupa password! LOL! 

Okay gaise, semoga ilmu ni berguna untuk korang especially untuk memantapkan lagi prestasi korang dalam PdPC... Dapatkan video-video hebat dari facebook / youtube okay! Cehh! Ye la sangat kann... Nanti mesti korang download movie / video-video lain kannn... Hahahahaha... Enjoyyy!~ 😂

Nota kaki: Redha is the highest level of response to Allah's test! 😇

Sunday, 21 January 2018

Cara Menukar Format Video Youtube Kepada MP3


Assalamualaikum... Haluuuuu gaise!!! 😎

Terasa lama pulak tak bersiaran... Hahaha... Padahal baru 5 hari je tak ber blog... Huks...
Okay gaise, let's go straight to the point, hari ni saya nak share cara bagaimana korang boleh tukar format video youtube kepada mp3. Saya percaya ramai guru-guru terutama yang terlibat untuk melatih murid-murid masuk persembahan ke pertandingan ke nak tahu tentang ni. Yelah, kadang-kadang kita melatih murid menggunakan radio je. So, kenalah ada lagu dalam format mp3. Nak sumbat pendrive kat amp pun senang... Tak payah nak berlaptop bagai... Kann... Tak pun korang nak buat playlist kat dalam laptop korang ke... Apa lagi, download la lagu best-best save dalam laptop... Hahaaha... Senang nak dengar sambil-sambil buat keja kan. :D

Caranya mudah sahaja. Anda tidak perlu bersusah payah download apps... Hanya gunakan aplikasi online sahaja ya... Dalam masa beberapa saat, video anda akan di convert kan kepada format yang anda kehendaki. Tidak terhad kepada mp3 sahaja malah format .wma, .wav dll juga boleh... Okay, sila rujuk gambar untuk tahu dengan lebih lanjut ya...





**Ada juga sesetengah video yang tidak dapat diubah suai ye...



Senang je kan? Hehe... Try la... Hakak nak iron baju untuk seminggu ni... 😅 Selamat mencuba! Daaaa... 😀

Nota kaki: Friends come and go, like the waves of the ocean, but the true one stay like an octopus on your face. Hahaah... Kannn!~ 

Kisah Minggu yang Sadis


Assalamualaikum semua! Haiiiiii!~ 😊

Homaigad... homaigadddd... Almost a week tak ber blogging... Ada benda nak ditulis tapi macam ewwww.... Takde mood! Huhuhu... Minggu ni agak menyulitkan apabila beberapa perkara yang tak dapat diselesaikan dengan baik. Sungguh, minggu ini adalah minggu yang gagal! I is stress. Stress sampaikan Jumaat terpaksa ambil inhaler. Asthma. Hahahha... Saya tak begitu suka berhadapan dengan isu-isu yang saya tak selesaikan dan perkara tu dibiarkan hanging. Sangat memeningkan. Yelah, iollss ni seorang yang sangat suka berfikir. So bila benda hanging, mula la nak berfikir negatif kann... Huks... Tapi yelah, kadang-kadang benda yang kita tak suka tu lah yang akan datang dalam hidup kita untuk membuatkan kita belajar menimba pengalaman hidup. Gitewww! 

Jujur saya katakan yang saya belajar banyak perkara minggu ni. Hidden blessings kot untuk level up kesabaran saya... Hahaha... Since Monday dah macam-macam berlaku. Yang menyakitkan hati semestinya. Perasaan bila kau dapat tahu orang nak jatuhkan kau. Haaa... Kau rasa? Hahaha... Walaupun kau tahu where you stand, but I still feel that it's dirty! I hate it. Hari Rabu paling sucks! Sungguh bercelaru. Bermula dengan pagi-pagi lagi dapat tahu sahabat saya jatuh sakit yang tak tahu puncanya... Sedihnya apabila saya hanya mampu mendengar dan mendoakan sahaja. Saya sayang akak. Semoga akak dalam lindunganNya sentiasa. Dalam mengadap kerja yang bertimbun, tiba-tiba dapat pula panggilan dari mak beritahu dia jatuh di rumah... Menangis dalam hati je lah. 😢 Mujur takde apa-apa. I'm quite down dan saya hanya mampu berdoa sahaja untuk mereka-mereka yang saya sayangi ini. I love you, Ma.

Kemudian ditambah kepedihan hati apabila saya berkali-kali cuba untuk daftar exam, tapi gagal. Server down rupanya! Erghhh... Sakit hati hakak! Haha. Dah dapat duduki exam petang tu, I fail! Grrr... Yang ini bila difikirkan semula, memang lawak, saya suka-suka ambil exam tanpa menelaah terlebih dahulu. Entah apa yang mempengaruhi minda saya untuk ambil exam hari tu juga. Haha... Dah la tengah stress, pastu kau tetiba sibuk rasa nak ambik exam... Repeat paper lah jawabnya! I should've listen to my friends, Yassir & Rizz... Hukksss... Confident sangat sampai membawa kepada kegagalan. Paling best, kurang beberapa markah untuk lulus! Not bad! Hahaha... Tapi sedih tau... Hakak pasrah! Walau saya down macam mana pun, petang tu saya masih gagahkan hati turut serta dalam merentas desa. Siap menapak ke checkpoint. Kau mampoo? Hahaha...


Episod di sekolah yang tak sudah-sudah. Ini pun satu hal. Berat. Yang ini pun buat saya belajar banyak benda. Pertama, of course, menjadi lebih sabar... Kedua, belajar mengenal manusia, belajar tentang siapa yang menghargai dan siapa yang tak menghargai ketulusan, kesungguhan dan pengorbanan kita. Saya berpegang kepada kata-kata, selagi kita ikhlas bekerja, insyaAllah, Allah sentiasa bersama kita. That's more than enough for me. I've done so much to please you gaise tapi kalau masih rasa tak boleh bekerjasama, masih rasa tidak puas hati, you can go ahead with your own way. Buat je keja masing-masing and just be professional. Sungguh, saya tidak mampu nak puaskan hati semua orang. 



Last but not least, isu persahabatan... Yang ini pun antara yang kritikal difikirkan dan saya dah pun berhenti memikirkannya. I can say, tak semua orang menghargai persahabatan. Benarlah kata seorang sahabat saya, kadang-kadang kita anggap mereka ni 'sahabat' tapi mereka pula sebenarnya anggap kita kawan biasa-biasa sahaja. Ya... kawan biasa yang tak perlu dijaga hati, tak perlu di ambil kisah. Walau kau beriya, tapi mereka tak peduli dan tak hargai pun. Nampak? Beza sahabat dengan kawan? Saya dah nampak. Hihi... Gitulah kehidupan. And yeah... I'm totally fine with that. This is life! Kannn... Senyum saja... 😊 


Ada pula masa yang kita anggap mereka just kawan tapi mereka pulak anggap kita sahabat. Pulak! Huhu... Yang ini saya nak say sorry banyak-banyak. Lain kali kalau nak bersahabat, kau bagitau terang-terang, kalau tak nak pun, cakap saja... I appreciate honesty! Hakak ni lurus... Huhu... Jujur saja hokey! Gitewww! Haha. Tapi kalau nak bersahabat atas kepentingan, hakak tak suka ya... Jangan jadi selfish, please! Syuhh... syuhhh... Huhu... 


Kepada sahabat-sahabat saya yang ambil berat tentang jatuh bangunnya saya terutama di saat berdepan dengan pelbagai isu sejak awal tahun lagi (Kemuncaknya minggu ini...). I truly appreciate you gaise. Maafkan saya kerana saya selalu tak perasankan korang yang rupanya ambil kisah pasal saya... Bila berlaku pelbagai insiden, barulah saya tahu, siapa yang masih berdiri teguh dibelakang saya. Only now I realize how faithful and awesome you are. Fuhhh... bersemut! Hahaha... Thank you so much terutama untuk yang setiap hari tanya samada saya okay ke tidak... Wow! Kau buat hakak nangis. Terharu siot! 😭 




Frankly, saya jenis manusia yang tak suka bercerita sebenarnya. But since, ramai plak yang bertanya, saya clarify kan supaya kau orang tak sakit hati kat aku! 😉 Ke mana saya?  Saya tak kemana-mana pun, ada je dok melayan perasaan. LOL! Bukan niat saya nak ignore kalian, I'm so sorry Mak Ela, Mady, Sarah, Kak Na, Kak Siti, Wan Hafis, Weng's dll. Akan ku balas PM kalian nanti. Huhu... 

Sabtu, Ahad... tenang-tenang saja setakat ni. Tassabar nak tunggu Isnin. Minggu baru semangat baru... Ehh... alamak bertugas plak minggu depan. Muahahaha.... Moga-moga terus tenang, no more issue. Banyak keja ni wei... Tu la dalam banyak keja pun sempat lagi kau nak memikir. Kan dah cakap... Saya memang terlalu memikirkan. Itu kelemahan saya. Deep sangat sampai kadang-kadang aku sendiri pulak naik lemas. Hahahahaaaa... Fikir punya fikir, sendiri yang stress. Padan muka! Okay dah, skang dah let go semuanya, stress dah berkurang... jom buat keja! Doakan hakak lulus dengan cemerlang dan gemilang, nak repeat exam in two weeks time! ;)

Nah lagu untuk korang... I loiikeee... 💓


Nota kaki: Peringatan untuk diri sendiri, "If you find someone who makes you smile, who checks up on you often to see if you're okay, who watches out for you and wants the very best for you, don't let them go. Keep them close and don't take them for granted. People like them are hard to find." InsyaAllah... I will!~

Tuesday, 16 January 2018

Whatsapp & Telegram di Laptop / Desktop


Tahukah anda bahawa anda boleh berwhatsapp dan ber telegram di laptop masing-masing? Sekiranya anda pengguna laptop tegar, maksud saya, anda banyak bekerja menggunakan laptop, anda boleh simpan sahaja phone anda tu dalam handbag atau pun poket anda. Selain menjimatkan bateri phone, anda juga tak perlu hilang fokus nak handle dua device - laptop dan phone dalam masa yang sama. Hihihiii...

Cuma saya nak nyatakan di sini, untuk whatsapp, anda tidak perlu risau tentang privacy kerana phone anda perlu berada dekat dengan PC/laptop. Sekiranya anda jarakkan phone anda, whatsapp pada laptop/desktop akan terpadam. Giteww! So, jangan risau kalau-kalau terlupa logout ke apa ke... Selamat! Hahahaha... 

Berbeza dengan telegram, anda perlu install apps tersebut  ke dalam laptop anda dan ia akan kekal berada dalam laptop anda. Selagi anda tidak logout, selagi itulah telegram anda akan aktif dan boleh diakses pada bila-bila masa. Satu kelebihan telegram adalah dimana anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja asalkan dalam laptop tu ada apps telegram dan tersambung ke internet. Terlupa bawa phone, takde masalah, anda masih boleh menggunakan aplikasi telegram yang ada pada laptop untuk menghubungi rakan/keluarga anda.

Download telegram desktop menggunakan link ini... https://desktop.telegram.org/ 

Selesai instalasi, anda akan dapati kesemua chat log yang tersedia dalam telegram di telefon anda kini berada dalam laptop anda! Huhu...

Untuk menggunakan whatsapp di laptop:-
1. Anda perlu ke laman https://web.whatsapp.com/ 
2. Kemudian pada telefon anda, buka aplikasi Whatsapp
3. Klik pada setting, klik pada Whatsapp Web/Desktop
4. Kemudian klik pada Scan QR Code. 
5. Scan QR Code pada laptop anda... Siap!

Okay, sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga ilmu ini bermanfaat dan memudahkan urusan kalian ya... Babai...

Nota kaki: You can't change how people treat you or what they say about you. All you can do is change how you react to it. Baikkkkk! 😌

Saturday, 13 January 2018

Perkongsian Amalan BENTO


Hai semua... Assalamualaikum...

Baru-baru ni saya ternampak seorang sahabat saya yang nun jauh di Perlis sibuk menyiapkan bento untuk diri dan anak-anaknya ke sekolah... Simple tapi nampak sangat menarik dan menyelerakan... Ex-dormmate saya ni beritahu yang dia menekankan aspek pemakanan sihat terutama untuk anak-anaknya yang bersekolah rendah. Patutlah nampak banyak menu yang grill-grill sajo! Siap dengan sayur dan juga buah-buahan... Huhu... Kalaulah dia duduk sebelah rumah, confirm dah order hari-hari... Mujur ada kantin yang sediakan makanan best-best. Habis jahanam diet! Hahahhahahaha...

Gambar-gambar ni dikirim kepada saya untuk dikongsikan dengan pembaca semua. Tujuannya adalah untuk berkongsi idea bento. Bento ni korang tau kan apa maksudnya? Bahasa Jepun ni... Kiranya kalau ikut pemahaman saya, bento ni bekal makanan yang disusun dan diolah dengan pelbagai lauk atau warna yang menarik yang menyelerakan yang dibawa dari rumah tak kira dalam bentuk bungkusan ke atau dalam bekas. 

Untuk anda di luar sana yang ada masa dan rajin nak buat bento (Definitely not me! LOL! Saya rajin tapi saya takde masa nak masak-masak pagi-pagi... Hahahaha... alasan!), korang bolehlah ambil idea sahabat saya ni untuk mempelbagaikan idea bento korang ye... 

Nasi putih, tauhu telur masak oyster sauce, tempura ayam

Nasi putih, sosej, ikan dory celup tepung, kuah sweet sour, pisang

Nasi putih, isi ayam masak kicap, telur rebus tanpa kuning telur, mayonis keypie

Spaghetti kuah cheese & herbs, grilled chicken 

Tortilla with grilled chicken, salad, tomato, cheese

Grilled chicken breast, coleslaw, grilled potato broccoli

Grilled salmon, broccoli, coleslaw, lemon

Frozen Strawberry smooties

Pudding Caramel (microwave version)

Resepi pudding caramel 
 Disertakan sekali resepi pudding caramel versi microwave ni... Haaa... apa lagi? Buat ler... Hahaha...

Meatballs, grilled capsicum, broccoli, sos black pepper, orange slice

Nasi putih, sweet sour sosej, ayam goreng, buah nanas

Nasi Putih, ayam kicap

Nasi goreng, cheezy mayonis, grilled cocktail dan anggur


Okay, itu sahaja perkongsian untuk kali ini... Sesiapa yang berminat nak resepi silalah ke facebook beliau ye... Thanks Rosrina Hezriza... Dia ni ada beberapa persamaan dengan saya... Partner in crime masa zaman belajar dulu. Kui kui kui... Nama dia RH, saya pun RH... besday dia 2 September, saya? 20 September... tahun yang sama. Miahahaha... Mungkin sebab tu kami agak rapat. 17 tahun gak kawan dengan dia ni... Semoga persahabatan terus berkekalan till jannah gitewww! Semoga kau terus rajin memasak... Hehhehe... Love u, babe! XOXO 💖


Nota kaki: Terbaca dalam FB pagi tadi, perkongsian oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah... "Adakalanya cara untuk menghilangkan kesedihan diri adalah dengan menggembirakan orang lain". Macam loser sangat bunyinya nota kaki saya kali ni... Muahahaha... Tapi betul, nak happy, bagi orang lain happy! 😉

Thursday, 11 January 2018

Cara Untuk Membuat Tetapan Berbeza Pada Header & Footer Dalam Satu Dokumen WORD


Yuuuhuuu!

Apa khabar semua? Korang sihat tak? Dah nak masuk dua minggu bersekolah, rasanya semua dah stabil emosi dan mental... Hahahhaha.... Minggu lepas memang macam mamai sikit sebab dah lama bercuti katanya... Minggu ni I feel so much better lah... Malam kelmarin sempat saya mengarang satu post dan post ini adalah kesinambungan dari post kelmarin tu ya... Huhu... Bagi yang tidak mengikuti post saya tu boleh klik di sini untuk membacanya... Saya tulis post tentang Cara Untuk Cantumkan Mukasurat Potrait dan Landscape Dalam Satu Dokumen WORD

Harini saya nak sambung lagi tentang Microsoft Word, kaedah untuk membuat tetapan berbeza pada header dan footer walaupun semuanya dalam satu dokumen yang sama. Senang je rupanya! Huhu... Hanya dengan sedikit kemahiran je, anda boleh menetapkan header/footer yang berbeza-beza... Jom lihat bagaimana kaedahnya... (Klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih baik.) So lepas ni kalau ada buat assignment, buku ke, buku program ke, thesis ke... Dah boleh la buat semuanya dalam satu dokumen je... Header dan footer boleh ditukar bila-bila je... Tukar tajuk/bab, tukar header... Gitewww! Heheheee... 




Okay, sekian sahaja perkongsian saya hari ni... Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat dan memudahkan urusan kalian dalam penyediaan dokumen nanti. Jangan lupa doakan saya ya... Babai!

Nota kaki: Allah will never leave you empty, He will replace whatever you have lost... If He asked you to put something down, it's because He wants you to pick up something GREATER! InsyaAllah... Sod Ba Ro banyak-banyak... Huhu...

Tuesday, 9 January 2018

4 Langkah Untuk Cantumkan Mukasurat Portait dan Landscape Dalam Satu Dokumen MS WORD


Assalamulaikum semua!

Post pertama untuk tahun 2018! Hooray! Sangat bersyukur saya dah berjaya mengatasi kemurungan yang melanda. Tak la sedih mana tapi lebih kepada kecewa... Tu je... Yes, saya memang down sedikit beberapa hari ni, emosi terusik apabila kawan sorang ni buat hal... Takpelah, barangkali ini ujian untuk saya belajar mengenal manusia-manusia di dunia ni. Kena selalu ingat yang tak semua orang akan ikhlas dengan kita. Mungkin lepas ni saya akan belajar untuk lebih menghargai orang-orang yang ikhlas dan jujur dengan saya... Contohnya seperti... tuttttt.... Hahahaha... You know who you are! ;) Saya anggap apa yang berlaku ni adalah suatu pengajaran yang tidak ternilai. Sejujurnya saya terkesan dengan apa yang berlaku. Tipu lah kalau tak terkesan, kawan kottt! Walau apa pun, saya dah maafkan dia cuma saya masih belum boleh menerima... Bukan berdendam tapi lebih kepada move on gitewww! Saya tak mahu aura-aura negatif mencengkam kehidupan saya. Enough is enough la... Semoga kau berjumpa dengan kawan yang lebih baik dari aku, beb! :)

A big shout out to my BFFs yang sudi mendengar cerita saya. Yang sentiasa mendoakan saya, memotivasikan saya untuk terus positif menghadapi masalah ni. Biasalah, bila hati dah terusik... And yes, hari ni saya rasa aura positif dah mula menyerap dalam diri saya semula. Dapat mengopi secawan, saya tenang-tenang saja... Wuhuuu! Love you, gaise! 💓

Okay okay... Sambung pasal perkongsian ilmu balik. Hahaha... Hari ni saya nak share cara untuk compile dokumen dalam bentuk potrait dengan landscape dalam satu dokumen word. Ilmu ni sangat berguna untuk pelajar-pelajar universiti yang buat assignment, nak masukkan carta, gambar dan sebagainya dalam satu dokumen (assignment/thesis) mereka. Selain itu juga, ia juga berguna untuk guru-guru yang terlibat dalam penerbitan buku pengurusan sekolah misalnya, majalah sekolah ke... Selalunya yang saya nampak, ramai yang akan buat dokumen secara berasingan, yang landscape satu file, yang portait satu file lagi... tapi masalah akan timbul bila nak letak nombor mukasurat. Selain itu, masalah juga sekiranya anda berhajat nak jadikan buku tersebut dalam bentuk e-book... Macam mana nak compile kalau ada 2-3 fail yang berbeza kan... 

Caranya sangat mudah sebenarnya. Cuma kadang-kadang kita ni kurang melakukan explorasi, tu yang tak tahu... Saya pun sebenarnya baru je tau nak buat benda ni masa saya sibuk siapkan buku pengurusan sekolah tempoh hari... But yeah... It's never too late to learn new things, right! Okay, cuba korang lihat gambar di bawah ni ye... 4 steps sahaja!

Contoh



Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga anda semua diberi kemudahan dalam setiap kebaikan yang hendak dilakukan... Ameen! Doakan saya juga ya... 😊

Nota kaki : Allah is the best Listener. You don't need to shout nor cry out loud because He hears even the very silent prayer of a sincere heart. - Dr. Bilal Philips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...