Saturday, 24 February 2018

6 Langkah Penghasilan e-book Mudah & Ringkas


Assalamualaikum readers & followers!

Dah dua bulan bersekolah ni mesti dah banyak perancangan dan program yang dirancang kannn! Saya nak share cara korang buat e-book simple menggunakan dokumen PDF yang korang ada. Misal kata korang ada buat nota untuk murid-murid, yes, guna e-book adalah yang terbaik. Ini kerana murid anda hanya perlukan link sahaja untuk baca nota anda tu melalui telefon bimbit atau pun tablet mahupun komputer. Cikgu-cikgu sejarah, cikgu geografi, Sains dll subjek, boleh try compile notes korang dalam satu dokumen PDF, kemudian jadikan ia e-book yang mana ia boleh di akses dimana-mana sahaja. Selain itu, untuk buku program yang tebal-tebal pun, korang boleh jer try guna e-book ni so that tak la membazir nak print banyak-banyak... Selalunya event yang akan memerlukan kita buat buku program tebal adalah seperti Kejohanan Sukan Tahunan, Minit Mesyuarat PIBG, Hari Anugerah Cemerlang dll. Untuk buku program 4 mukasurat pun boleh je nak jadikan e-book. Kisah! Janji letopss uolls! Hahahaa... Ehh... Untuk buku takwim & pengurusan sekolah pun boleh jer jadikan e-book tau like what I did last year, embed dalam FrogVLE sekolah, walla! Senang... Takyah nak usung buku lagi... :) Tahun ni saya dah level up guna android apps untuk buku takwim & pengurusan sekolah saya... Huhu... Sapa yang belum baca post saya bagaimana untuk hasilkan android apps tu boleh la baca kat sini hokay... Best kan dapat bereksplorasi dengan apps-apps ni... ๐Ÿ˜

Sebenarnya ada beberapa aplikasi percuma yang boleh digunakan untuk buat e-book. Tapi hari ni saya nak perkenalkan satu sahaja which is Anyflip. Ni kiranya instant la. Sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak nak buat e-book. Korang sediakan je dokumen PDF, settle! Korang explore la habis-habis apps ni ya! Yang menariknya, penggunaan e-book ini adalah seiras (Betul ke perkataan 'seiras' ni? cikgu BM jangan marah naaa...  LOL ๐Ÿ˜†) dengan kaedah membaca buku sebenar, termasuk dari segi bunyi dan cara penggunaannya... Bunyi ala-ala selak buku giteww! Hehe... Selain itu, kelebihan menggunakan e-book berbanding buku sebenar adalah dimana paparan boleh di besarkan (zoom), boleh dikongsikan secara terus ke media sosial termasuk Facebook, G+, twitter dll. Boleh juga di embed ke dalam site Frog VLE atau pun blog anda. Untuk blog, korang copy embed link dan paste kan kat HTML ye. Gitulah kaedahnya... e-book tu akan display dalam blog post korang tu! Try la... Hehe... Oh ya, QR code pun akan dijana sekali secara automatik. Selain menjimatkan kos printing, ia juga mudah nak digunakan dan yang penting, tak perlu nak usung buku atau  lembaran-lembaran nota. Satu lagi features yang saya suka tentang Anyflip ni, anda boleh disabled kan e-book anda tu pada bila-bila masa sahaja. Acara dah habis, boleh 'tutup' buku program tu... Hehe

Okay, walau bagaimana pun, saya tak nafikan penggunaan e-book ni tetap ada kelemahan juga. Tak la banyak, sikit je. Yes, kita kena berpijak di bumi yang nyata kannn... Antara kelemahannya yang pertama adalah kebergantungan kepada internet. Wajib ada internet untuk mereka nak baca e-book korang tu ye... Kedua, kelajuan internet memainkan peranan kelajuan untuk display e-book tu... So, kalau internet suam-suam kuku, kena la bersabar sket untuk paparan tu display habis hokay! ๐Ÿ˜‚

Jom kita tengok macam mana nak jadikan e-book...

Langkah 1
Pastikan anda sudah menyediakan bahan dalam bentuk PDF. Kemudian, pergi ke laman www.anyflip.com


Langkah 2
Klik Sign In, gunakan samada akaun Google atau akaun Facebook anda. Kemudian Klik ADD NEW BOOK


Langkah 3
Pilih Versi - yang ini tak perlu ubah... biarkan sahaja dalam format FLASH


Langkah 4
Masukkan sedikit info tentang buku anda tu... Muat naik bahan anda...


Langkah 5
Yang ni kalau rajin boleh laa tukar template... Optional! Tak nak pun takpe... Klik save!


Langkah 6
Okay dah boleh share e-book korang tu... Hehe... Kalau link tu panjang sangat, you can always shorten it... Kalau tak tau macam mana nak pendekkan URL, boleh baca kat sini ya... Nak guna QR Code pun boleh! :)


Untuk edit e-book, boleh klik kat button yaang pertama tu ye... kedua tu embed button, share button dll tu korang boleh explore sendiri la ye... Kalau nak full features, kena bayar. Tapi yang free features pun dah cukup awesome dah rasanya. Hehe...

Rasanya e-book boleh siap in less than 5 minutes kan... Hehe... Kebetulan adik saya yang sorang ni minta tolong saya guide dia untuk buat e-book semalam... Rezeki dia lah, sebab memang kebetulan saya dalam proses menulis post ni... Hehehee...  Jangan risau-risau ya, Rizz... Mudah sajo! Ikut je yang hakak tunjuk tu, insyaAllah lepas...

Okay gaise. Selamat mencuba! Jom menuju kearah paperless. Gitewww! Kalau ikutkan ada lagi cara lain nak buat e-book, nantilah, kalau hakak rajin hakak share... Huhu... Babai!

Nota kaki: Kepada anda yang telah menginspirasikan saya dengan kisah kejayaan anda, tahniah & terima kasih. Kisah tu memang sesuailah dengan mood yang tengah down skang ni... Hahahah... Lepas baca, macam... Okay FINE... kena bangun semula setelah jatuh hampir nak tersungkur gak nih! ๐Ÿ˜‚ Muahahaa... InsyaAllah, I'll try my best to get back on track. Doakan please... Huahahaha... Teruskan menjadi inspirasi kepada semua... By doing what you love, you inspire and awaken the hearts of others... Salah sorangnya saya lah... Haha... Semoga awak terus berjaya di dunia dan akhirat! Keep being awesome! ๐Ÿ’–

Hari ni nak letak lagu satu kat sini... I love this song. Penuh makna. Enjoy, gaise!!!~

Thursday, 22 February 2018

Cara Menghasilkan Poster / Cover Depan Cantik & Mudah


Halluuuu people!~

Jom manfaatkan masa di rumah... Haha... Hakak MC hari ni. Asthma. Tewas kali ni, semalam balik sekolah terus pegi klinik... Dada dah lain macam sesak gila... Walaupun dah ambil inhaler ber puff puff masa kat sekolah tapi macam tak jalan sangat jer... Huhu... End up ambik neb, ambik ubat... dan doktor suruh rehat. Maka berehat-rehatlah kita di rumah hari ni... Huhu... Jarang sekali hakak nak berehat-rehat lepas cuti panjang. Huhu. Ni hasil daripada stress & kena pulak dengan cuaca yang panas gile skang ni... Memang menjadi sangatlah! Apa pun, saya nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih lah kat orang-orang yang tak habis-habis lagi buat saya stress. You win! Ini yang kau nak kannn! Tahniah! You WIN!

Okay, meh belajar cara bagaimana untuk menghasilkan poster ala-ala professional atau pun cover depan yang cantik. Jangan risau, mudah je nak buat. Benda ni sesuai untuk mempromosikan acara di sekolah atau pun korang boleh gak buat untuk teaser andaikata korang aktif membuat aktiviti perkongsian ilmu ke kannn... Selain itu, boleh juga untuk design cover buku ke cover modul ke poster untuk letak dalam kelas ke... untuk dicetak dijadikan banner pun boleh kot... Perghhh... banyak wei design kat sini... Cun gile kottt!

Yes, saya pun belajar buat benda ni semasa saya mula-mula dilantik menjadi Google Educator Group (GEG) Leader 3 tahun yang lalu. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aplikasi ni kepada saya adalah Marcus selaku orang yang bertanggungjawab melantik saya menjadi leader masa tu. How time flies! Dah tiga tahun ilmu ni terperam... Hahahahaa... Baru hari ni terniat nak kongsikan kepada semua. 

Saya gunakan apps ni untuk buat teaser dan ada juga masanya saya kreatifkan sikit dari poster saya jadikan ia cover / design untuk buku program. Hehehehee... Dalam apps ni ada banyak template yang cun, kita cuma perlu tukar wording je kot... Tu yang best tu. Hasilnya memang awesome dan letops ala-ala professional punya masterpiece wei... Konon-konon berangan macam hebat grafik sajo! Walhal pakai apps je punnn... Nampak?! Hahahaha... Font pun banyak yang fancy dan pelik-pelik... Dah tak payah nak donwload-download font bagai... Bersepah kat situ. Pilih jer mana korang nak... Cantik tau! Serius tak tipu!

Okay, first of all korang kena buka laman web https://www.postermywall.com

Kemudian, korang boleh lah ikuti tutorial di bawah ni ye... 


1. Daftar akaun. Boleh guna akaun Facebook atau akaun Google korang hokayy...


2. Klik pada butang Create A Design. Butang My Stuff tu adalah tempat korang tengok hasil-hasil kerja korang yang terdahulu... Kalau first time guna, memang takde la hasil yang dolu-dolu ye... 


3. Pilih kategori yang anda mahukan. Poster tu berkait dengan apa, pilih ikut genre yang sesuai hokay! Kalau nak buat untuk hari anugerah cemerlang, pilih lah tema 'graduation'... giteww...


4. Setelah anda klik pada kategori pilihan, pilihan template akan terpapar dengan banyak sekali... Hoyeahhh! Ni lah masanya untuk anda cuci mata pilih template yang sesuai.


5. Setelah membuat pilihan, bolehlah mulakan kerja edit mengedit... :D


6. Edit perkataan, kedudukan grafik dll... Nak kecikkan ke, nak besarkan ke.. Boleh je... Nak tambah gambar lain pun boleh. Gunakan widget kat belah kiri dan kanan tu ya... Ni saya testing buat poster peraturan kelas tapi tak siap! Kikikiii... 


7. Bila dah siap, apa lagi, download la korang punya hasil kerja tu... Memang ada watermark, tapi kecil je kat hujung bawah kiri poster tu. Saya tak kisah pun tentang watermark tu. Huhuhuu... Hasil tu dalam bentuk jpeg. ye kawan-kawan... :)

8. So, sekarang anda decide samada nak print terus jadikan ia teaser/poster atau pun anda download as jpeg. kemudian gunakan ia sebagai poster softcopy untuk anda war-warkan dalam media sosial Facebook, twitter ke instagram ke... Atau pun anda nak lebih kreatif, jadikan ia cover buku program acara sekolah anda! Hehehe... Bagaimana caranya? Hahahahahaa... Masukkan je gambar poster anda tadi kat template buku program anda di publisher ke word ke... Macam biasa, gunakan menu insert! Siap! Tapi satu la nak pesan, untuk masukkan dalam buku program, make sure semua maklumat dah tepat ye, sebab file kan dalam jpeg. Nanti susah plak korang nak edit... Nak edit, kena edit kat laman  https://www.postermywall.com tu la tau... Jangan plak korang lupa save hasil kerja korang tu kat my stuff tu! Huhu...

Okay gaise, sekian sahaja perkongsian untuk kali ini... btw, kalau korang rajin nak explore, boleh try design poster guna canva.com gak tau... Yang ni pun awesome gak! Take care, gaise! Babai. ๐Ÿ’—

Nota kaki: Tahukah anda? A person who feels appreciated will always do more than what is expected dan satu lagi sad truth, yes, memang menyedihkan tapi ini benar sekali, some people will never appreciate you until they've lost you! Masa orang tu ada, kau tak nak hargai, bila orang tu dah takde, barulah nak terasa sedih la, teringat segala jasa la budi baik la apa la pengorbanan la... Masa tu kau dah terlambat! Sebab dia dah takde dah pun... Belajarlah menghargai selagi dia masih ada di situ... Pesanan untuk diri sendiri gak ni... Huhu... 

Monday, 19 February 2018

10 Tips Untuk Kawal Kebisingan & Mengembalikan Tumpuan Murid Dalam Kelas


Salam.  

Haluuu peeps! 

Hari ni saya nak share beberapa tips yang saya rasakan membantu jika dilakukan di sekolah untuk mengurangkan kebisingan di samping mengembalikan tumpuan murid kepada anda. Boleh la kalau korang nak try dengan murid-murid... Saya dah cuba, alhamdulillah di peringkat sekolah rendah, memang okay, tapi untuk sekolah menengah, saya tak pastilah method ini berkesan atau tidak... Huhuhuu...


Cara pertama ni paling praktikal untuk dilaksanakan terutama di dalam kelas ataupun semasa perhimpunan. Saya memang selalu guna cara ini. Pertama, saya boleh mengawal kesabaran nak marah mereka sebab buat bising. Kedua, saya dapat pastikan semua murid ikut arahan dan dengar maklumat yang ingin saya sampaikan dengan baik... Saya akan buat benda ni apabila murid mula hilang tumpuan. Minta semua angkat kedua-dua tangan ke atas serentak. Kalau ada yang tak angkat tu, sebut nama mereka dan minta mereka buat. Dalam masa kurang seminit, kebisingan akan mula berkurang. Kalau ada yang berani nak bercakap lagi, anda tambahkan masa lagi seminit untuk murid berkenaan. Jangan tambah masa lama sangat sebab memang penat weiii angkat tangan macam tu... Haha... Ni bukan nak menghukum tapi more kepada nak mintak mereka beri perhatian kat korang je... Ingat tu! 





Yang ni pun best. Nak test samada mereka ada bersama korang ke tak dalam kelas, ni kaedah yang boleh korang try. Kadang-kadang mereka ada tapi jiwa mereka entah kemana-mana melayangnya... Hihihi... So, apa korang boleh buat, first, korang suruh dorang duduk tegak. Minta mereka tepuk tangan ikut bilangan yang korang tetapkan. Misalnya "tepuk dua kali". Mula-mula mesti akan ada yang tepuk lebih... percayalah. Tu bukti mereka masih tak ikut arahan. So, practice lagi, minta mereka tepuk lima kali ke tiga kali ke sampai almost perfect. Huhu... Jangan lupa bila dah perfect, sila puji! Masa tu korang akan nampak semua murid korang nampak lebih bersemangat dan fokus!


Okay next, make sure korang beri latihan yang mencukupi sehinggakan mereka fokus buat kerja dan takde masa nak menyembang... Kikiki... Saya memang dah terbiasa dengan budaya di sekolah cina, memang bagi kerja banyak kat students, bincang, jawab bersama kemudian mereka kena lengkapkan dalam buku pula... Kalau latihan tu agak-agak boleh selesai dalam tempoh pengajaran korang, minta murid hantar buku sebelum korang tinggalkan kelas... Dengan cara ini korang boleh make sure mereka lebih fokus siapkan kerja sebab ada masa yang telah ditetapkan. Macam kita jugalah kan, bila ada deadline, baru ler ada perasaan menggelabah sket kann! Hahahaa...


Oh, yang ini penting. Kadang-kadang budak bising sebab tak selesa weiii... Sila check keadaan sekeliling, kipas, kerusi, dll... Make sure budak-budak korang duduk dengan selesa hokay. Nak nak plak yang duduk atas lantai terutama semasa perhimpunan, make sure keadaan selesa. Kalau dewan agak kecil, minta murid letak beg siap-siap kat dalam kelas... So takdelah sempit sangat nak duduk dengan beg lagi di sisi kan... :) Kalau di sekolah lama saya, memang setiap murid ada diberikan bangku kecil untuk duduk semasa perhimpunan... Setiap kali nak turun ke perhimpunan, mereka akan bawa bangku tu. Dah habis perhimpunan, mereka kumpul dan simpan dalam kelas masing-masing... Satu inisiatif yang baik! I loikkee... :D


Bab reward ni memang budak suka... Tak semestinya nak bagi mereka barang yang mahal-mahal, belanja makan kat kantin pun hokay jer kann! Hehe... Try la buat sesekali, budak suka je... Saya tertarik dengan idea Guru Besar SK Kampung Muhibbah, Sungai Siput, yang memberikan insentif kupon makan tengahari di kantin kepada guru-guru yang buat e-rph. Saya dapat tahu melalui perkongsian di Facebook seorang rakan saya, Hasmardy Hashim, yang bertugas di sekolah berkenaan. So, idea beliau ni kita boleh guna untuk murid juga. Kann! :D




Bunyi juga memainkan peranan penting dalam mengembalikan perhatian murid-murid ni... Make sure bunyi tu lebih kuat dari kebisingan dorang lah ye... Boleh try guna loceng ke, tepuk tangan ke tepuk meja ke... Bukanlah tepuk banyak kali, cukup sekali dua sebagai indikasi kepada murid untuk berhenti bercakap/beraktiviti.


Okay yang ni pun bagus juga. Yang penting anda perlu ingat beberapa nama murid dalam sesuatu kelas tu terutama yang selalu buat bising tu... Bila keadaan huru hara, panggil je nama mereka kuat-kuat, mesti yang lain terdiam... Hahahha... Tapi make sure nama yang korang panggil tu ada membuat bising, kalau tidak mau budak tu plak bengang dengan korang... Heheheee... Kalau dapat hafal nama semua murid lagi bagus. Panggil je nama mereka. Confirm terdiam!


Untuk kaedah ini, anda perlu panggil murid paling bising ke hadapan kelas. Terpulang samada nak minta dia jawab soalan ke atau setakat nak mintak dia jadi model sekejap kat depan kelas. Selain itu, anda boleh juga ambil gambar murid-murid yang bising ni dan masukkan je gambar tu dalam whatsapp group kelas anda. Buat sekali je! Cukup sebagai pengajaran... Next time kalau korang keluarkan phone acah-acah nak ambil gambar murid bising, confirm semua cuak! Semua bimbang kena marah dengan mak ayah... Huhuhuuu...


Yang ni dulu saya pernah lihat kawan saya buat dalam kelas dia... Dia panggil budak yang paling bising dan minta murid tu pandang ke dinding sekejap dalam beberapa minit. Untuk calm down kan budak tu katanyaaa... Saya pernah lihat di youtube juga, ada mat salleh pun buat macam ni. Huhu... Nanti nak try! Yang penting, jangan lama-lama ye. Seminit dua sudahhh... Tujuan asal bukan untuk menghukum tapi lebih kepada nak bagi murid tersebut tenang dan boleh fokus semula.


Last sekali, boleh try kaedah ni... Sediakan satu set kerusi dan meja di suatu sudut kelas untuk tempatkan murid yang paling bising. Paling afdhal kalau letakkan di bahagian depan kelas sebab senang korang nak pantau murid ni nanti... Minta murid paling bising tadi tu pindah tempat duduk untuk sementara waktu. Mungkin sehari... dua hari... sebagai pengajaran. Kalau nak maintain kelas senyap, minta murid yang duduk di kerusi khas tu untuk jadi pemerhati untuk cari pengganti kerusi dia... Andaikata ada orang lain yang buat bising, minta murid berkenaan pula gantikan tempatnya di kerusi khas tersebut! Giteww... Hehe...

Perlu diingatkan setiap tindakan yang dibuat hendaklah berasas dan bertujuan untuk mendidik bukan nak mengenakan mereka ya! Nawaitu tu kena setting betul-betul hokay... Memang budak tu tak tahu nawaitu korang, tapi Allah tahu! Ingat tu... Huhuhuu... Satu lagi suka saya ingatkan, setiap murid kita datang dari pelbagai background yang berbeza... Ada yang jenis dah terbiasa kena marah, jadi yang jenis ini, mungkin perlukan perhatian lebih sket... Cakap baik-baik dengan mereka ni supaya tak timbul perasaan rebellious dalam diri mereka. Saya ada pengalaman dengan budak macam ni, selalu kena belasah kat rumah. Mak ayah tak tahan. Nakal. Huhu... Selalu buat hal di sekolah. Kiranya macam abang kawasan lah ni, salah sikit mula lah nak belasah orang... Tapi alhamdulillah, dengan saya, dia sangat okay. Dengar cakap dan buat semua kerja saya beri. Rezeki saya tak bersusah-susah nak mendidik dia. Semoga dia jadi orang yang berguna bila dah besar nanti. Sorang lagi murid ni, dia anak last. Kakak-kakak dia semua dah kahwin. Jadi cara sembang pun macam orang dewasa, siap boleh komen tentang appearance saya dan guru-guru lain juga. Pandai dan sangat minat bab fesyen. Huhu... Nampak? Lain budak, lain latar belakang... lain kisah hidupnya. So pandai-pandailah tackle ya.

“Biar murid segan dengan kita, bukan takutkan kita! Takut dengan segan adalah dua perkara yang berbeza. Takut adalah apabila di depan kau mereka pura-pura hormat, tapi di belakang mereka kutuk dan kalau boleh mereka menyampah nak tengok kau masuk kelas mereka. Segan adalah apabila mereka rasa hormat dan sentiasa patuh dengan arahan kau tanpa perlu kau terjerit-jerit kat mereka. Takut boleh dibuat-buat tapi segan adalah suatu feeling yang naturally comes from their inner side.

Hehe... that's just my two pennies' worth. Okay gaise, sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Take care semua. Love ya gaise! XOXO

Nota kaki: Sometimes you have to experience the bad so that you can learn to appreciate the good things that enter your life. Yang ni saya memang setuju 200%.

Sunday, 18 February 2018

Manfaat Surah Yassin


Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim... Cuak gak nak tulis post macam ni. Haha... Yelah, selalu orang nampak saya jenis  yang 'huha-huha' tetiba tulis post macam ni, macam tak kena je kan... Huhu. Sebetulnya saya menulis ni untuk diri sendiri, peringatan dan panduan untuk diri yang selalu terlupa ni... Huhu... But since saya takde tempat lain nak catat, terpaksalah saya catatkan di blog ini juga... 

Alhamdulillah sebenarnya saya ni banyak dipertemukan dengan orang yang baik-baik. Saya je yang tak baik-baik lagi. Haha... Syukur jugalah ada barisan sahabat yang macam ni. Bukan senang wei, orang-orang ilmuwan, yang tulus hatinya nak kawan dengan orang macam saya yang banyak khilaf dan senang cerita, banyak dosa. Huhu... Antara yang saya kagumi adalah sikap mereka ni tak pernah memandang rendah kepada orang lain. Humble, selalu tolong saya dan... Satu lagi most of them yang mana yang terlibat dengan menghafaz Al-Quran ni, seolah-olah takde perasaan. Plain sangat... Haha... Serius, saya nak jadi macam tu. Hehe... Sangat wasatiah dalam segala urusan di dunia. Memang layak la jadi penghafaz Quran. Hati mereka hanya pada Al-Quran. Hebat betul. 

Salah seorang contoh yang boleh saya beri adalah murid saya sendiri. Memang dia ni datang dari keluarga yang mostly adik beradiknya memang menghafal Al-Quran. Tabik spring kat mak ayah dia. Semua anak-anak hafiz / hafizah belaka. Budak perempuan ni ramai adik beradik, tapi dia ni special sikit. Lain dari adik dan kakaknya. Sungguh saya kagumi murid ini. Aisyah. Ya, namanya Aisyah. Kena marah pun dia diam, kena puji pun diam gak, dapat hadiah pun, hanya ucap terima kasih kemudian diam. Macam takde perasaan wei... But I adore her so much.  Kadang-kadang saya sampai naik confuse, budak ni happy ke tidak... Hahaha... Rupanya, dia seorang penghafaz Quran. Rajinnya dia menghafaz sampaikan dalam kelas Bahasa Inggeris saya pun dia dok baca sorang-sorang. Mula-mula dulu memang pelik, masa tu dia darjah satu, sekarang dah darjah lima dah... Masa tahun 1 lagi, mulut dia tak henti-henti terkumat-kamit membaca. Saya pelik sebab dia ni tak pandai membaca Bahasa Inggeris lagi masa tu. Apa yang dibaca? Sampailah satu hari, barulah saya terdengar rupanya dia mengaji. Allahu. Bila ditanya, katanya dia sedang menghafal. Terharu. Terus terdiam. Ambik kau... Malu kat diri sendiri. Hebatnya dia nak bandingkan dengan diri saya. Inspirasi ni!

Yang terkini, pun membuatkan hati agak terkesan, saya kenal dia ni semasa menghadiri event di Johor bulan Ogos tahun lalu. Masa di sana, dia ni ada lah juga duk menyakat saya... Hahaha... Lepas tu dia add saya dekat Facebook, tiba-tiba dia menyepi... Yes, sunyi sepi... Rupanya bulan November, dia beritahu yang dia keluar berdakwah selama 40 hari. I was like... Woww... Macam tak sangka. Gitulah kalau dah sampai hidayah, bulan Ogos dia masih biasa-biasa, tetiba November, dah level up macam gitu. Sampai sekarang, dia memang sepi dari media sosial. Hanya berkongsi info yang tersangat perlu. Hebat! Tahniah, dik! Akak kagum. Saya pun nak kena belajar-belajar slow di MedSos gak ni... Huhu... 

Tentang surah yassin ni, saya memang dah fall in love dengan surah ni lama juga dah. Saya ni tak la pandai sangat nak mengaji tapi surah yassin ni saya rasa paling mudah untuk diamalkan sebab potongan ayatnya yang pendek-pendek dan ada 83 ayat je... Nak menjadikan rutin membaca yassin setiap hari memang suatu perkara yang bukanlah mudah. Ia memerlukan tahap disiplin dan keyakinan yang tinggi bahawasanya anda mampu melakukannya. Selain itu, tolong ingat yang segalanya adalah ditentukan oleh Allah. Ingat tu. Kalau Allah izinkan, sesiapa sahaja walau bukan dikalangan alim ulama sekali pun, mampu melakukannya. Jadi sentiasalah berdoa agar diizinkan olehNya untuk buat benda-benda baik macam ni. 

Kalau ada rezeki lebih sedikit, anda mungkin dapat membaca tanpa perlu melihat buku lagi. Caranya bagaimana? Baca yassin setiap hari! Kalau rajin bacalah 2-3 kali, takde masalah... Macam dengar/nyanyi lagu Ed Sheeran... Eh! Lagu-lagu yang korang suka la... Haa... gitulah! Hahaha... Pilih bacaan yang korang suka dan senang untuk korang ikut... Jangan tukar-tukar versi bacaan sebab nanti korang confuse dengan kelajuan, tempat berhenti bacaan dll. Lain reciter lain bacaannya. Saya nak hurai lebih-lebih, saya pun tak pandai. Pilih satu versi bacaan je hokay! Faham kan? Huhu... Pada saya untuk membaca yassin takde restriction masa, baca je bebila free. Jangan tunggu Khamis malam Jumaat baru nak buka Yassin... Baca sampai kau rasa rindu kalau tak baca... Haa giteww! Hehe... Saya suka dengar dan ikut bacaan yassin versi yang kat bawah ni... 13 minit, settle! hehe...


Next, luruskan niat. Baca yassin hanya untuk mendapat manfaat dan kebaikkan tak kira untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Jangan sesekali niatkan yang buruk ya... Kalau ada tak puas hati dengan sesiapa pun, niatkan supaya orang tu diberikan petunjuk dan hidayah sahaja... Yakin bahawa doa orang-orang yang terinaya itu tiada hijab wehh... Pujuk hati. Bab pujuk hati ni memang easier said than done. Terutama untuk orang yang emo macam saya. Haha... Ambil masa. Tapi insyaAllah, lama-lama okay... Doa je. 

Kalau rajin, kirimkan (sedekah) bacaan kepada orang lain tak kiralah yang masih hidup atau pun yang dah meninggal dunia. Sangat afdhal jika anda mampu sedekahkan bacaan kepada kedua ibubapa anda setiap hari. Doakan saya dapat buat macam ni gak untuk mama dan abah saya. Bacaan ayat-ayat Quran ni sebenarnya untuk 'mengisi' diri. Ia umpama makanan kepada roh kita. Faham tak ni? Huhuhuu... tengok hakak sembang macam hebat saja eh! Haha... Jangan salah faham, saya tak hebat. Ni semua ilmu yang saya dapat dari ilmuwan-ilmuwan yang saya kenal, saya hanya kongsikan sahaja ya. Ramai yang salah anggap, sedekahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk yang sudah tiada, anda silap... Bacaan tu boleh je nak bagi kat orang yang masih hidup pun. Kalau rajin, buatlah. Sedekah bacaan Al-Fatihah kat orang-orang yang anda sayang setiap hari. Banyak manfaatnya... Serius! Try la... Nak baca kat orang yang korang benci pun boleh jer... Doakan kot mau dia berubah. Huhu...


Kalau ada keinginan apa-apa pasti dipenuhi, insyaAllah. Selagi anda yakin dengan Allah, pasti... Dia akan beri apa yang anda perlukan. Yang penting usaha dan sentiasa beristiqamah. Kalau nak lagi mantap, boleh cuba yassin 7 mubin. Kaedahnya bagaimana? Boleh rujuk di blog ini... Yassin 7 Mubin
Untuk yang berhajat, boleh gak try Yassin 41 Macam best je... Huhu... Tapenah try lagi ni... Huhu... Tapi sebagai manusia kita kena sentiasa ingat, yang ni pun saya selalu lupa, kena ingatkan diri banyak-banyak kali  yang "Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah : 216. Moga-moga apa-apa yang saya sukai itu bukanlah sesuatu yang buruk untuk saya... Ameen... Biasa la kan, the heart wants what it wants! Gitu.. Huks. Terus berusaha & tawakal dengan ketentuanNya. Redha saja. Selalu kawan saya ingatkan saya, mesti bersangka baik dengan Allah... Nak redha memang sangat sangat sangat susah. Cakap memang mudah. Tapi percayalah, bila tiba masanya, memang boleh redha. InsyaAllah... Ukenduit! Hihi... 

Okay next! Ni antara potongan ayat-ayat dalam surah yassin yang boleh dijadikan amalan...  

Ayat 9 :
Untuk menghindari dari orang-orang yang berniat jahat terhadap kita. Kalau dilihat pada terjemahan ayat memang direct dan mudah difaham maksud ayat ni. Untuk pagar rumah pun bagus. Ramai ustaz yang syorkan ayat ni untuk pagar rumah. 
Ayat 22 – 23 :
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 :
Haa yang ni hakak suka! Hehe... Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut orang. 
Ayat 30 :
Untuk keinsafan. Sentiasa percaya kepada kebenaran (Kalau ikut terjemahan ayat, ini yang saya faham lah... )
Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Ayat 33 – 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Apa pun kena ingat ye, semuanya dengan izin Allah... 
Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. 
Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu. Allah telah menciptakan suatu ketetapan peraturan sehingga berjalan dengan tertib. Contohnya kejadian siang/malam.

Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 :
Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 58:
Dibaca sebanyak 7 kali untuk mereka yang berhajat. Selepas baca, silalah berdoa ye... :)

Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Haa.. yang ni sesuailah untuk hakak yang sedang berdukala ni... Hahhah... 
Ayat 79:
Untuk merawat sakit tulang, urat dan badan.

Ayat 82 :
Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
Okay, ni semua hasil carian saya menerusi google / blog lain... Saya tak quote sumber sebab semua almost the same. Tak tau yang mana satu sumber asal. Sebagai orang Islam, tak salah rasanya kalau kita berusaha dan yakin dengan kelebihan ayat-ayat suci Al-Quran untuk dijadikan amalan dalam kehidupan sehari-hari. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Andai kata ada kesilapan maklumat, mohon maklum kepada saya ya... Terima kasih.

Nota kaki: May Allah answer my secret prayers. Ameen... 

Review : Avillion, Port Dickson


Yay! Dah baik demam. Haha. Legaaa... Hari ni nak tulis review tentang Avillion, Port Dickson... Cerita dah basi, tapi... memori indah masih lagi terpahat di ingatan. Gitcheewww! Hehe... Been here cuti sekolah yang lepas... Walau agak sibuk cuti sekolah Disember lalu, sempatlah curi masa ke sini sekejap... Melepaskan lelah! Hahaha... Serius menyesal buat keja sekolah time cuti. Ingatlah kawan-kawan, don't ever waste your time/holiday untuk sekolah. Sehari dua takpe, jangan jadi macam saya... Hampir sebulan cuti gone gara-gara siapkan buku takwim & pengurusan sekolah dan juga jadual waktu dan pelbagai lagi tugas. I did it well! Well memang well tapi bila sekali kau bercakap tentang sesuatu yang dorang takleh terima, selama-lamanya kau akan di cop macam kau ni paling musibat sekali kat sekolah. Dah macam kau tak pernah berbakti untuk sekolah... Kau di label sebagai penentang level Osama Laden! Giteww! Siap kena kecam bagai. Kena psycho. Alhamdulillah. Takpe... takpe... Pengajaran! Gitulah bila kebaikkan dipijak-pijak, hati pun memberontak. Apa pun saya dah maafkan kalian. Pijaklah selagi boleh. Jatuhkanlah selagi mampu. Saya macam ni jer. Sapa suka, suka... Yang tak suka, takde hal. Okay, teremo lagi... Hahaha... Terkenang peristiwa yang berlaku, sumpah! buat saya rasa sungguh menyesal.


Ok dah. Sambung balik. Haha... Ni kali kedua saya ke sini. Avillion ni agak mahal dan agak di luar kemampuan level-level rakyat marhaen macam saya ni kalau ikutkan, tapi oleh kerana keunikkan tempat ni membuatkan saya rasa macam saya patut pergi untuk bagi family saya experience something different, maka kugagahkan juga lah mencari pitis lebihan untuk merealisasikan impian ke sini... Hahaha... I want them to be happy! Alhamdulillah, rezeki, dapat juga bawa mama saya ke sini.  Huhu... Serius bila dah masuk umur macam skarang ni, saya lebih mementingkan kegembiraan ahli keluarga berbanding diri sendiri sebab bila tengok dorang happy, saya pun secara automatiknya jadi happy... That's more than enough! Huhu... 

Avillion ni menarik sebab bila korang dah masuk kat dalam ni, korang tak perlu nak kemana-mana dah... Semua ada kat dalam ni. Cuma korang rajin dengan tak je nak pegi ke tempat-tempat tu... Selain itu, saya tertarik dengan konsep water chalet yang dibina di atas air. Masa check in, rasa agak kecewa bila air laut surut nun ke tengah laut... So macam rumah tu berada atas pasir pantai je. Tapi apabila dimaklumkan oleh porter yang air akan naik menjelang petang, hati terus berbunga-bunga... Tassabarrr nak dengar deruan air sesambil beristirehat kat chalet tu... Memang betul seperti yang dimaklumkan, air mula naik pada waktu petang... Best gila wei... Nak memancing kat balcony pun boleh jer... Kikiki... Anyway, kat sini ada beberapa jenis penginapan tau... Water chalet, Water Villa, Garden Chalet dll. Kalau menginap di Garden Chalet, sangatlah dekat dengan kolam renang... Hehe...

Seriously, dulu saya kurang minat tempat-tempat bercuti yang sebegini. Saya prefer tempat yang havoc yang saya boleh keluar jalan-jalan menyopping hahahaha... But yeah, people change! Sekarang ni saya dah mula suka tempat-tempat relaks macam ni, mungkin sebab sekarang ni selalu sibuk dengan kerja, jadi, bila duduk kat tempat tenang macam ni, rasa sangat bersyukur. Rasa macam sangat menghargai waktu tenang. Tapi nak kata tenang sangat tu pun tidak jugalah, sebab saya ni memang jenis kemana-mana pun saya akan angkut laptop. Walaupun kena tegur banyak kali, tapi ni dah macam habit. Rasa lain macam kalau tak mengadap laptop dalam sehari... Hahahahha... Paling best kadang-kadang angkut pergi dan bawak balik macam tu je. Sebab tak sempat nak buka langsung! But still... laptop ada bersamaku. Kikikii...


Bila berada dalam resort macam ni, saya suka lihat gelagat manusia... Diva & geng retis ramai wei... Hahahah... Sempatlah jumpa dengan Buzen (Geng Bas Sekolah) dan juga pelakon drama lelaki yang top tu... Adik saya kata namanya, Ben Amir. Saya tak kenal pun dia ni. Hahahah... Kesian kan. Serius tak kenal sebab saya memang tak layan drama-drama ni... Tak minat! Hewhewhew...


Okay, since saya pergi pada penghujung bulan Disember, of coz dekorasi penuh bertemakan Christmas. Dalam ni ada tiga kolam renang besar. Satu untuk family, satu untuk kanak-kanak... Yang ni terletak berhadapan dengan cafe / sourvenir shop dan juga gymnasium serta garden chalet. So, sambil-sambil family mandi manda, korang bolehlah order sepinggan dua makanan dan minuman kat situ. Tak pun kalau korang tak minat nak bermandi manda, mungkin korang boleh lepak kat gym atau menyopping kat gift shop saja... Satu lagi kolam renang berada jauh sedikit kedalam, dan strictly untuk dewasa sahaja. Pool ni memang agak dalam.


Dalam Avillion ni juga di sediakan petting zoo yang dibuka pada waktu pagi. Korang boleh pegi feed haiwan-haiwan macam arnab, ayam serama, merak, kura-kura dll kat sini secara percuma. Hakak sukaaaa! ๐Ÿ˜‚Staff kat situ sediakan potongan-potongan kecil sayur-sayuran untuk korang berikan kepada haiwan-haiwan comel disitu... Hehe... Pagi saja ya! Selain itu, ada juga disediakan mini playground untuk yang bawa anak, boleh la lepak di sini.. Berhampiran dengan playground, ada satu lagi tempat untuk kanak-kanak melepak - Kid's Cabin. Kat dalam tempat ni, anak korang boleh menghabiskan masa buat pelbagai aktiviti. Tapi aktiviti kat sini mostly berbayar ya... So jangan lupa bawak duit banyak-banyak sket... Hahhaha... Nak mewarna tshirt ke, mencanting batik je... Buat keychain dll... Harganya semua lebih dari RM15. Selain itu, dalam ni juga ada children's spa dimana ia umpama heaven kepada anak-anak pompuan korang... Nak buat pedicure ke, nak dandan rambut ke, nak buat facial ke atau nak buat full body treatment pun hado! Harga? Hahahhaha... Jangan tanya. Bawak duit je hokay!



Resort ni memang membawakan konsep 'nature' giteww... Kiranya masa kita berjalan-jalan nak ke sana sini, ada haiwan-haiwan jinak yang dilepaskan dan kawasan memang redup di kelilingi oleh pohon-pohon yang pelbagai... Satu lagi memang ada path yang selesa untuk menolak kerusi roda. Huhu... Cuma kat area pool tu kena hati-hati sikit sebab laluan kerusi roda ngam-ngam je, silap sket mau tergolek masuk pool. Hihihi... Since saya bawa guest yang berkerusi roda, saya amat menitik berat kan tentang ni semua...

Kalau berminat, boleh pergi ke aviSPA untuk massage ke buat pedicure ke... dan kat area aviSPA ni juga ada tempat untuk bergambar. Yang ni saya tak pergi pun... Sebab tak minat nak bergambar. Huhuhuuu... Tapi kalau korang memang kaki bergambar, saya memang recommend korang untuk ke tempat ni. Bukan apa, memang cun! Tapi berbayar ye... Untuk in house guest, seorang RM40 macam tu kot... tak ingat plak exact harga. Gambar boleh tengok kat bawah ni... Memang cun! Dengan bayaran sebanyak tu, korang bukan sahaja dapat bergambar tetapi akan dihidangkan segelas minuman. hehe...

Sumber : Google Image

Kisah dalam bilik pulak. Ada satu katil besar dan juga ada ada satu pangkin yang boleh tahan besar gak kat tepi tingkap (macam katil gak). Macam biasa, ada TV, mini bar, dan toilet memang besar gila... Tempat shower memang tak berbumbung hokay... Huhu... Ada bathtub juga. Ada balcony untuk lepak-lepak ambil angin, memancing ke... Sini port paling best untuk melayan perasaan.... Tenangkan fikiran katanyaaa sesambil melihat matahari terbenam... Kikikii...






Apa yang tak best? Hahahhaaaa... yang tak best pun kena tulis gak. Iron on request. Request, baru ler mereka hantar... Tu pun kena tunggu... Boleh tahan lama juga. Mungkin sebab full house kot. Ironing board serius, tak best langsung... saiz mini satu hal, takleh nak stand dengan baik satu hal plak lagi... Huhu. Bab iron ni memang saya sensitif sikit, sebab hakak memang alergic pakai baju / tudung tak iron... Sanggup bawak iron sendiri ke mana-mana, huhu... Sebab tu saya prefer travel by car, sebab semua saya boleh hangkut masuk kereta... Hahaha... Satu lagi yang tak best adalah tempat parking yang jauh... Serius kena menapak wei nak ambik kereta. Berpeluh gak la nak nak time check out... Huhu... Satu lagi papan dekat balcony pun banyak yang tak begitu elok. So hati-hatilah ye. Berbeza la time saya pegi tujuh tahun lalu, dulu memang cun gile lah. Huhu...

Okay lah, setakat ni je review saya... Saya ni sebenarnya tak la gemar sangat tulis pasal trip ke percutian ke hotel ke... I'm secretive! LOL. Secretive la sangat... Saya cuma tak berapa gemar nak war-warkan saya ke mana-mana... Yang kenal saya memang tahu sangatlah. Jarang saya nak share. Kalau saya share tu kan, bermakna orang tu mesti orang yang sangat sangat sangat rapat dengan saya. Retis sangat kann! Hahaha... Satu lagi mungkin sebab saya ni jarang merancang untuk ke mana-mana. Selalu ikut kata hati je, rasa nak pegi... pegi... Kelemahannya apabila tidak merancang, saya gagal mendapatkan hotel dari Agoda ke Trivago ke... Cuti Sekolah kannn... Hukss... So saya beli direct dari laman web hotel jer... Giteww! Hihi... Kalau ikutkan ada banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat dalam resort ni misalnya watersport ke... Explore la kat map tu ye...

Dua bulan nak siapkan post ni. Banyak lagi kot post yang half way, tak siap-siap. Huhuhuu... Saya tulis review ni sekadar berkongsi pengalaman dan mana tau kot-kot korang nak pegi nanti dengan ahli keluarga korang yang pakai wheelchair, at least dah tau la serba sedikit pasal tempat ni kan... Untuk orang yang pakai wheelchair, hotel ni LULUS untuk korang pegi. Ada bilik untuk disabled guest tapi view tak cun ye... Saya pasrah je masa diberitahu view tak cun, tapi tetiba mak saya plak request nak masuk bilik biasa, nak view canteks katanya.... I was like, EHH! Haha... Thank you, Ma! Tapi bila dah masuk bilik biasa, nak guna toilet dengan berkerusi roda tu agak susah la sket. Pandai-pandailah ye... Huhu~

Nota kaki: You can't force anyone to like you! Why would you want something forced and fake anyway? Kannn... Belajar untuk redha. Bak kata kawan saya, "Tak payah halau, pandailah saya pergi sendiri." :(

Sunday, 11 February 2018

Digital Ink Tanpa Alat Tambahan - Hanya Tablet Lenovo, Apps & Laptop


Assalamualaikum.

Halluuu gaise! Korang dah dapat tablet ke belum? Okay, bagi yang dah dapat tablet, korang bolehlah lihat perkongsian daripada Ustaz Huszarudin Bin Haji Hussin dari SK Felda Lok Heng Selatan, Johor ni untuk maksimumkan penggunaan tab tersebut dalam PdPC korang nanti... Yang belum dapat, harap korang bersabar ya... Dah tak lama dah tu, insyaAllah... Huhuhuu... 

Perkongsian beliau adalah lebih kepada penggunaan Digital Ink yang boleh anda apply semasa di dalam kelas. Untuk melaksanakan digital ink ni, terdapat beberapa aplikasi yang diperkenalkan seperti Mobizen, Teamviewer dan juga Airdroid yang mana tidak memerlukan sebarang device tambahan untuk memaparkan screen tab ke laptop. Untuk melaksanakan Digital Ink, anda bukan sahaja memerlukan aplikasi untuk memaparkan skrin tetapi aplikasi untuk menulis di tab juga adalah perlu. Sebenarnya ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menulis ni... Antara aplikasi yang diperkenalkan oleh beliau adalah seperti PDF Reader - Scan, Edit & Share, Pen & PDF, One Note dan Squid. Memang mantap! Oh ya, kalau nak paparkan pada screen yang lebih besar, korang jangan lupa sambungkan laptop ke LCD ye... Hehe... Selain itu, dalam ceramah yang beliau sampaikan tempoh hari di PKG Penggerang, beliau juga memperkenalkan aplikasi-aplikasi popular yang lain yang boleh para pendidik gunakan bersama tab Lenovo tersebut di dalam kelas. Antaranya adalah Zipgrade, Quiver Vision, Plickers, Kahoot dan lain-lain lagi. 

Berikut adalah nota yang dikirimkan kepada saya oleh PTP PKG Penggerang, Encik Mohd. Kamal Iskandar & Ustaz Huszarudin sendiri untuk rujukan anda semua. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan nota dalam versi PDF, sila download dari link di bawah ya... 






















Saya kenal ustaz ni semasa saya menyertai Leaps of Knowledge tahun lalu di Majestic Hotel, KL. Beliau banyak membuat perkongsian tentang ICT dan Frog VLE kat Facebook... Famous kat Johor ni... Orang hebat Frog juga. Banyak dapat anugerah... Hehe... Yang penting beliau ni juga sangat humble orangnya! Hakak memang kagum dengan orang-orang hebat tetapi humble ni. ๐Ÿ˜Kesungguhan beliau dalam menjalankan PdPC secara berjemaah secara atas talian (live) bersama  sekolah-sekolah di negeri lain sangat patut dicontohi. Diam-diam je, berpuluh-puluh sekolah di seluruh Malaysia ambil bahagian tau. Haaa... nampak?! Orang hebat bila buat keja, diam-diam je... Tau-tau meletops! Giteww... Hehe... Bukan sekali, tapi banyak kali beliau menjadi moderator untuk program seperti ini... Tu belum masuk lagi perkongsian nombor-nombor kod untuk Quizizz dan sebagainya. Tahniah ustaz! Semoga terus unggul dalam persada pendidikan ni! Wuhuu! 

Selain digital ink, anda juga boleh memaksimumkan penggunaan tablet tersebut dengan pelbagai lagi aplikasi menarik yang ada saya senaraikan dalam post saya sebelum ini. Boleh baca di sini... 
21 APLIKASI YANG PATUT ADA DALAM TABLET/TELEFON CIKGU Kalau korang nak guna apps mirroring yang pernah saya cadangkan dulu pun best gak... Yang ni premium la, kena bayar... Tapi serius memang superb... boleh say no kat lagging dan tak perlukan internet uollss...! Hehe... Kalau nak try free version boleh klik kat sini hokay... CARA MUDAH MEMAPARKAN SKRIN TELEFON DALAM LAPTOP TANPA DEVICE TAMBAHAN


Nota kaki: Doa. Doa. Doa. He alone can turn the impossible to possible. Kau sabar jap... Raihan! :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...