Aktiviti PAK 21 versi saya - Collective Nouns - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 1 February 2018

Aktiviti PAK 21 versi saya - Collective Nouns


Assalamualaikum semua! Haiiiii...

Hari ni saya nak share apa yang saya buat dalam kelas pagi kelmarin dengan murid-murid tahun 5 saya... Yes, setelah hampir sebulan mood bekerja agak ke laut dek kerana isu-isu panas di sekolah dengan isu persahabatan dll. Plot twisted sangatt... Hewhewhew... Frankly, saya bukan orang yang boleh fake a smile bajet-bajet diva, konon-konon macam takde apa-apa berlaku... No! I just can't! Tak retilah nak berlakon. Saya ni jenis straight forward & I mean whatever I say... Kalau saya suka, I will say it clearly... Kalau tak suka, memang saya akan beritahu terang-terang juga. Saya tak suka benda yang ambiguous. Minta maaf banyak-banyak jika ada yang tak suka cara saya. Huhu... Alhamdulillah, dah sampai masanya, bila dah masukkan semuanya dalam 'ignore list' di mana I don't give a damn lagi... Lega! I learned that straight trees are cut first! Kesian kat straight trees tu kan! Huhuuhu...

Okay... Positif! Positif! Hehe... Kelas BI saya pagi kelmarin, saya cover 'collective nouns'. Saya ni tak la pandai sangat nak guna kaedah PAK21 ni... Walaupun pada hakikatnya dalam pdpc cikgu-cikgu setiap hari tu sebenarnya ada je elemen PAK21, tapi mungkin di apply secara indirectly la, so nak tunjukkan dan describe secara terperinci, bukan level saya lah... Saya pun belum khatam lagi bab PAK21 ni. Sebab tu saya namakan ia aktiviti PAK21 versi saya sendiri... kikikii... Apa pun, hakak try hokay! Saya pun tak sure strategi  apa yang saya gunakan... Hahahahaha...


First of all, saya bahagikan murid-murid duduk dalam kumpulan. Kebetulan hari tu ada 36 orang kesemuanya, so, memang cantiklah, 6 orang satu kumpulan. Enam orang tu mewakili 2 orang pembentang, 2 orang busy bees, dalam kata lain pencari maklumat, kemudian lagi 2 orang adalah pencatat... Pembahagian tugas ni penting sebab menerusi pemerhatian saya, saya boleh nampak semua bergerak buat kerja. Tiada rakan lelap! WoW! Hehe...

Sementara mereka pilih-pilih tugas (I leave it to them... Suka hati dorang lah nak tugas apa... Huhu), saya setup kan stesen untuk sumber... Pertama, laptop... untuk kegunaan mereka google contoh-contoh collective nouns. Mujur ada laptop lama yang masih boleh digunakan, dapat jugalah budak-budak ni petik-petik dengan gembiranya tanpa saya perlu merasa risau... Hahahaa... Stesen kedua, saya letakkan beberapa buah buku termasuk buku teks untuk mereka gunakan untuk mencari contoh collective nouns. Ni strategi Bus Stop kottt eh... 😁


Aktiviti bermula dengan meminta busy bees saya terbang mencari maklumat dari internet dan buku-buku rujukan... Masing-masing dibekalkan pensel dan kertas A4 untuk mencatat. Saya berikan masa lebih kurang 6 minit... 3 minit cari bahan dari buku-buku, 3 minit lagi cari bahan dari internet... Sementara itu, saya minta ahli kumpulan lain mula dengan menghias poster mereka dengan segala decoration yang mereka bawa dari rumah, mencatat nama dsb sementara menunggu lebah-lebah ni kembali ke kumpulan mereka. 

Setelah kembali ke kumpulan masing-masing, pencatat menjalankan tanggungjawab mencatat segala maklumat yang di bawa oleh sang lebah itu tadi... Semasa tempoh ini, saya minta salah seorang lebah pergi ke kumpulan lain untuk mendapatkan maklumat yang tercicir yang mungkin mereka tidak catat.  Yela, banyak kot collective nouns ni... Huhu... Sambil-sambil tu saya benarkan juga murid-murid menggunakan laptop untuk membuat carian maksud perkataan dengan google translate. :)


Saya tetapkan masa lebih kurang 15 minit untuk mereka siapkan poster mereka. Selepas tempoh itu, saya minta pembentang untuk tampil ke hadapan dan bentangkan hasil yang mereka perolehi.. Sporting betul dorang ni... Hahahah... They did it very well and saya happy dengan presentation mereka walaupun ada grammatical error di situ. Not bad... Alhamdulillah! Yang penting yakin! Oh by the way, sekolah saya sekolah pinggir bandar ya.. Kebanyakkan mereka dari datang dari keluarga yang memang bertutur dalam Bahasa Malaysia 100%. Tang slang tu memang tak menahannn! Hebat! Hahahahah.... Saya juga appreciate those yang totally cuak dan gemuruh bila mereka request untuk tidak dirakam, saya tak rakam... Jadi persembahan mereka lebih natural dan smooth giteww! Syabas! I truly understand perasaan apabila dirakam ni... Hahhaha... Sebab saya sendiri pun akan nervous gila dan tak begitu gemar bila melibatkan bab-bab rakaman ni... 😅


Kalau ikutkan saya nak minta mereka menulis ayat menggunakan collective nouns yang mereka dapat tu secara berkumpulan tapi oleh kerana masa tidak mencukupi, saya jadikan ia sebagai homework sahaja. So, apa lagi, saya snap gambar semua projek mereka tu dan send dalam group whatsapp. Saya minta mereka pilih tujuh dan bina ayat untuk setiap satu collective nouns yang di pilih tu... Di samping itu, saya juga dapat share kan hasil kerja murid-murid dengan parents mereka. Alhamdulillah saya masih okay dengan penggunaan whatsapp bersama murid dan ibubapa setakat hari ni... Mungkin sebab mereka OK dan sangat supportive, jadi saya pun secara automatik jadi OK... Haha... 

Sebenarnya saya dah terlupa nak masukkan gambar projek murid-murid ni dalam whatsapp, tapi pagi semalam ada dua orang murid saya PM saya personally tolong ingatkan and I really appreciate it. Thanks Ain & Mysara. 😉

Pagi tadi saya ambil masa lebih kurang 15 minit lagi untuk sambung aktiviti ni... Kali ni kita orang try baling-baling bola kertas (gumpalan kertas) kat mana-mana murid untuk minta mereka share ayat yang mereka dah tulis tu... Alhamdulillah, selesai tajuk ni. Hehe... Esok kita berflipped classroom pulak untuk tajuk Superheroes! Gitewww... Hahahahhaha...

Nota kaki: Appreciate the little things that one day you may look back and find they were the big things. 

No comments:

Post a Comment