Digital Ink Tanpa Alat Tambahan - Hanya Tablet Lenovo, Apps & Laptop - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 11 February 2018

Digital Ink Tanpa Alat Tambahan - Hanya Tablet Lenovo, Apps & Laptop


Assalamualaikum.

Halluuu gaise! Korang dah dapat tablet ke belum? Okay, bagi yang dah dapat tablet, korang bolehlah lihat perkongsian daripada Ustaz Huszarudin Bin Haji Hussin dari SK Felda Lok Heng Selatan, Johor ni untuk maksimumkan penggunaan tab tersebut dalam PdPC korang nanti... Yang belum dapat, harap korang bersabar ya... Dah tak lama dah tu, insyaAllah... Huhuhuu... 

Perkongsian beliau adalah lebih kepada penggunaan Digital Ink yang boleh anda apply semasa di dalam kelas. Untuk melaksanakan digital ink ni, terdapat beberapa aplikasi yang diperkenalkan seperti Mobizen, Teamviewer dan juga Airdroid yang mana tidak memerlukan sebarang device tambahan untuk memaparkan screen tab ke laptop. Untuk melaksanakan Digital Ink, anda bukan sahaja memerlukan aplikasi untuk memaparkan skrin tetapi aplikasi untuk menulis di tab juga adalah perlu. Sebenarnya ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menulis ni... Antara aplikasi yang diperkenalkan oleh beliau adalah seperti PDF Reader - Scan, Edit & Share, Pen & PDF, One Note dan Squid. Memang mantap! Oh ya, kalau nak paparkan pada screen yang lebih besar, korang jangan lupa sambungkan laptop ke LCD ye... Hehe... Selain itu, dalam ceramah yang beliau sampaikan tempoh hari di PKG Penggerang, beliau juga memperkenalkan aplikasi-aplikasi popular yang lain yang boleh para pendidik gunakan bersama tab Lenovo tersebut di dalam kelas. Antaranya adalah Zipgrade, Quiver Vision, Plickers, Kahoot dan lain-lain lagi. 

Berikut adalah nota yang dikirimkan kepada saya oleh PTP PKG Penggerang, Encik Mohd. Kamal Iskandar & Ustaz Huszarudin sendiri untuk rujukan anda semua. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan nota dalam versi PDF, sila download dari link di bawah ya... 






















Saya kenal ustaz ni semasa saya menyertai Leaps of Knowledge tahun lalu di Majestic Hotel, KL. Beliau banyak membuat perkongsian tentang ICT dan Frog VLE kat Facebook... Famous kat Johor ni... Orang hebat Frog juga. Banyak dapat anugerah... Hehe... Yang penting beliau ni juga sangat humble orangnya! Hakak memang kagum dengan orang-orang hebat tetapi humble ni. 😁Kesungguhan beliau dalam menjalankan PdPC secara berjemaah secara atas talian (live) bersama  sekolah-sekolah di negeri lain sangat patut dicontohi. Diam-diam je, berpuluh-puluh sekolah di seluruh Malaysia ambil bahagian tau. Haaa... nampak?! Orang hebat bila buat keja, diam-diam je... Tau-tau meletops! Giteww... Hehe... Bukan sekali, tapi banyak kali beliau menjadi moderator untuk program seperti ini... Tu belum masuk lagi perkongsian nombor-nombor kod untuk Quizizz dan sebagainya. Tahniah ustaz! Semoga terus unggul dalam persada pendidikan ni! Wuhuu! 

Selain digital ink, anda juga boleh memaksimumkan penggunaan tablet tersebut dengan pelbagai lagi aplikasi menarik yang ada saya senaraikan dalam post saya sebelum ini. Boleh baca di sini... 
21 APLIKASI YANG PATUT ADA DALAM TABLET/TELEFON CIKGU Kalau korang nak guna apps mirroring yang pernah saya cadangkan dulu pun best gak... Yang ni premium la, kena bayar... Tapi serius memang superb... boleh say no kat lagging dan tak perlukan internet uollss...! Hehe... Kalau nak try free version boleh klik kat sini hokay... CARA MUDAH MEMAPARKAN SKRIN TELEFON DALAM LAPTOP TANPA DEVICE TAMBAHAN


Nota kaki: Doa. Doa. Doa. He alone can turn the impossible to possible. Kau sabar jap... Raihan! :) 

No comments:

Post a Comment