Pengalaman Menyertai Malaysia Website Award 2017 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 2 February 2018

Pengalaman Menyertai Malaysia Website Award 2017


April tahun lalu saya mencuba nasib masuk pertandingan Malaysia Website Award yang dianjurkan oleh Exabytes Network dan serius tak sangka boleh menang pulak untuk kategori 'personal'. Huhu... Saya anggap ianya rezeki, yelah, jika nak dibandingkan dengan blog-blog lain, semuanya meletops... Interface cun-cun belaka, jauh ketinggalan blog saya ni... tapi yelah, kalau dah rezeki tu Allah dah tetapkan untuk kita, memang takkan kemana kan... Alhamdulillah! :)


Kalau tak salah, saya seorang je yang menang dan pakai free domain.. Saya masih gunakan .blogspot pada masa tu. Sebab tu saya memang tak sangka boleh menang... Yelah, orang lain yang masuk pertandingan semuanya pakai domain sendiri .com .my .net la... macam-macam, terasa kerdillah juga time tu... Huhuhuu

Syukur alhamdulillah, setelah menunggu hampir setahun (sebab mereka kumpulkan pemenang sehingga bulan Disember), Sabtu lalu, barulah merasa untuk naik ke pentas ambil first award untuk blog ni... Huhuhuu... Majlis berlangsung di CO3 Social Office, Puchong... Gigih hakak pergi sampai ke sana tau... Drive gi KL ngam-ngam sampai time pendaftaran. Selepas mendaftar, kami dihidangkan dengan makanan yang sangat banyakkkk! CO3 dan Dominos Pizza taja, haruslah banyak kan... Complete dengan door gift tshirt, pen dan diary... Curlasttt! Hehe...  

Majlis ni merupakan majlis untuk mengiktiraf blogger-blogger dan pembangun laman web di Malaysia ni katanya... Semua yang hadir antaranya adalah yang menang dalam pelbagai kategori - ecommerce, personal dan commercial. Semua hebat-hebat weii... segan hakak! Huhu... Brand-brand terkemuka pun banyak gak menang award ni, antaranya Seng Heng, Dominos Pizza dll... Majlis tamat dalam jam 9 lebih giteww...Sempat singgah lepak kat IOI Mall, sebelah bangunan je pun... Kikiki... Paling best, masa balik boleh tersesat masuk jalan lama sampai ke Tanjung Malim... Huk hukk... Hampir jam 2 pagi baru sampai rumah. Nak by heart sangat, tak nak pakai Waze... Padan muka! Hahaha... 

Sekian sahaja laporan hakak! Hahaha... Ni antara gambar-gambar semasa di sana. CO3 Social Office ni ambil konsep Google Office. Memang best wei kat dalam ni... Siap ada slide bagai, ada game room, sleeping room, cafe, macam-macam... Kalau tengok bangunan tu dari bawah, macam tak sangka je dalamnya macam ni haa rupanya... Hehehe... Awesome! Kalau korang nak buat event kat sini boleh la try google, contact dorang! Memang awesome beb! Hokay! Saya happy! Thank you Exabytes! Yayyy!~ 😇





Nota kaki: Tolong ingat, Raihan... Confidence is not "They will like me". Confidence is "I'll be fine if they don't". Semat dalam kepala, tahu! Monolog sangat kikikiii...

2 comments: