Sharing : Amalan Perkongsian Terbaik Media Sosial - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 10 February 2018

Sharing : Amalan Perkongsian Terbaik Media Sosial


Bulan lalu, saya dijemput untuk membuat perkongsian tentang amalan perkongsian terbaik media sosial secara atas talian iaitu menerusi panggilan video (Skype). Sebenarnya jenuh juga sekolah ni nak invite saya untuk membuat perkongsian via skype, sungguh tak mampu rasanya saya nak memenuhi permintaan mereka... Kali ketiga saya diajak berkongsi ilmu, I was like, Homaigadddd! Homaigaddddd... Nervous! Huhuhu... Bukan jual mahal tapi sejujurnya saya tak begitu selesa berada di hadapan kamera, serius segan! Rasa macam tak tahu nak pandang kat mana... Huhuhu... Rakan-rakan yang rapat dengan saya memang dah tahu lah perangai saya.... Kalau kami perlu hadir meeting secara atas talian seperti ini... (GEG memang suka buat meeting guna Hangout ni... 😅) Saya antara yang TAK JOIN atau pun antara yang TAK BUKA KAMERA/MUTE semasa meeting berlangsung... Sekadar hadir untuk mendengar saja. Ada apa-apa, chat kat tepi saja. Hahahaha... Sorry geng! 😂 Tapi kali ini, atas kegigihan dan kesungguhan cikgu Hafiz membuatkan saya rasa serba salah nak menolak dan akhirnya kami bersetuju untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu tersebut pada 24 Januari yang lalu... 

Saya memang agak menggelabah juga nak guna Skype ni. Mana taknya, saya tak pernah langsung guna aplikasi ni. Rupanya fungsinya lebih kurang sama dengan Google Hangout. See? Ilmu IT ni sangat luas dan bab video call memang saya FAIL. Sehari sebelum kejadian, saya hubungi sahabat saya, Xiao Yew minta bantuan dari beliau. Nasib baiklah, dia memang free pada ketika itu dan sudi nak bantu saya untuk saya melakukan sedikit eksplorasi tentang features yang ada dalam aplikasi Skype ni... Thanks, Xiao Yew! I owe you one! Huhuhuu... Sama je dengan Hangout, selain video call, boleh juga share screen dan boleh chatting. 

Sesi perkongsian selama lebih kurang satu jam berlangsung dengan baik, smooth sahaja... Line internet pun cun, takde langsung terputus-putus... Alhamdulillah. Bagus idea cikgu Hafiz ni, dia bagi slot kepada setiap guru yang join sesi ni untuk bertanya soalan secara personal, one to one kepada saya... Saya sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan kongsikan yang mana saya tahu. Ada yang tanya tentang blogging, kaedah untuk viral kan post, kaedah menulis posting, tentang domain, e-RPH, tentang macam-macam lagi termasuklah cerita CEFR pun hado... haha... Yang join ni antaranya team ICT sekolah tu... Memang hebat soalan-soalan yang ditanya, huhu... Bila buat perkongsian dalam small group macam ni, rasanya lebih santai, siap boleh bergelak ketawa dan saya pun tak lah cuak sangat nak menjawab. Soalan live kottt... Macam temuramah kat rancangan MELETOP plak.... Kikiki...

Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Cikgu Hafiz & sahabat-sahabatnya kerana sudi menjemput saya untuk bersama-sama berkongsi idea, pandangan dan pengalaman saya dalam dunia blogging ni. Kalau ikutkan saya pun baru je lagi dalam dunia blogging ni, saya pun masih belajar banyak benda. Doakan saya diberikan peluang oleh Allah SWT untuk terus berkongsi ilmu & sentiasa dihadirkan ilham untuk berkarya di dalam blog ini hokay. Selain itu, doakan juga agar saya selalu bertemu dengan orang-orang yang hebat dan budiman yang sudi nak berkongsi ilmu dengan saya. :)

Hari ini, sijil yang di pos telah saya terima, cantik sekali, siap di laminate dan di letakkan di dalam sarungnya... MasyaAllah! Terharu sungguh. Terima kasih, SK Bakri Batu 5, Muar, Johor. InsyaAllah, kalau ada rezeki kita buat sharing face to face pulak... 😁 Thank you, cikgu Hafiz atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Cikgu Hafiz Ramli ni pun sebenarnya orang yang hebat juga ni... Penerima anugerah tahun lalu... Diam diam je. Huhuhu... Tahniah tau! Good luck gaise untuk blog dan FB sekolah korang! Kalau ada apa-apa ilmu yang menarik, share dengan saya juga ya... :) Bye!

Nota kaki : Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kembali kekuatan diri, bukan kerana tidak peduli tapi adakalanya kita perlu menyepi untuk mengubati hati sendiri, untuk mencari ketenangan diri, untuk mengelak hati tersakiti.... menyepi untuk memateri lara di hati... menyimpan seribu rasa yang tak terluah dek sanubari... untuk belajar sedar diri... untuk melihat... siapa yang menghargai, siapa yang peduli... untuk belajar menghargai kebisingan dikala sepi, belajar didik hati untuk sabar menanti... menyepi untuk kebaikkan diri sendiri yang selalu terlupa adanya hikmah dari Illahi. Memasak hati dengan cinta Illahi yang pasti dan abadi. Allahuakbar! Doakan yang baik-baik untuk saya... Saya bukan siapa-siapa tanpa DIA. 

No comments:

Post a Comment