PAK21 Via FrogVLE - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 18 March 2018

PAK21 Via FrogVLE


Sabtu minggu lalu saya dilamar oleh SK Lereh untuk membuat perkongsian tentang Frog VLE dan PAK21. Walau sibuk dengan sukan di sekolah, sempat juga saya ke Melaka untuk memenuhi permintaan sekolah ini untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang ada. Pada awalnya, Guru Besar saya tidak membenarkan saya pergi memandangkan sekolah kami akan mengadakan acara sukan tahunan pada hari Ahad tetapi setelah berbincang, maka dapatlah saya ke Melaka dengan tenang hati sebab sepatutnya memang tidak ada masalah, tugas saya untuk acara sukan telah diselesaikan disamping saya juga sememangnya boleh hadir pada hari Ahad tu untuk bersama-sama memeriahkan acara sukan tahunan. Saya bermalam untuk sehari je... Saya balik ke Ipoh petang Sabtu tu...


Memandangkan guru-guru yang join sesi kali ni semuanya sudah mempunyai pengalaman menggunakan FrogVLE, saya cuma ulang serba sedikit segala yang ada dalam menu 'quick launch' satu per satu. Ulangkaji katanyaaa... Huhu. Dari cara mencari bahan di frogstore sehinggalah cadangan aktiviti penggunaan email dalam PdPC... Antara aktiviti yang murid sekolah rendah boleh buat dengan email adalah menghantar email tidak formal kepada guru atau rakan-rakan, menaip esei berdasarkan tajuk karangan yang guru beri, menaip contoh karangan, menghantar jawapan tidak kira untuk subjek apa pun dll. Apabila guru merespon kepada email murid, maka wujudlah two-way communication antara guru dan murid. Giteww!~ Hehe... 





Masuk bab site, saya ajarkan cara bagaimana guru-guru boleh menggunakan site sedia ada dalam Frogstore untuk digunakan dalam kelas masing-masing. Saya juga cover beberapa widget dalam pembinaan site pembelajaran mereka. Antara widget yang popular yang boleh menggalakkan komunikasi dua hala antara guru dan murid adalah wall. Nak guna widget forum pun boleh jer... Ikut kesesuaian hokay! Yes, bila ada komunikasi dua hala maka secara tidak langsung anda telah pun berPAK21 dalam kelas. Hahahahaaa... of coz bila korang guna FrogVLE, dah automatik ada elemen PAK21 tu sebab dah menggunakan teknologi dalam PdPC kann! 😁




Seterusnya, untuk menambahkan lagi 'perencah & perisa' dalam pengajaran bagi mewujudkan suasana ceria dan enjoy giteww... huhu... gamifikasi adalah strategi yang paling budak sekolah rendah suka! Hahahaa... So, bermula dengan explorasi bagaimana guru boleh menetapkan sesuatu tajuk (soalan dari Frogplay)  dan kongsikan dengan murid supaya mereka 'mesti' menjawab apa yang diarahkan, saya juga kongsikan kaedah bagaimana guru boleh membenarkan murid explore sendiri ruangan Frogplay mengikut kehendak dan citarasa murid. Yes, kaedah ni sesuai jika murid main Frogplay di rumah. Mereka explore sendiri tajuk yang mereka kehendaki, kemudian jawab soalan sambil bermain. 

Korang boleh rujuk modul saya dalam post sebelum ni. Oh ya, kami tak sempat bina avatar sebab line slow... Huhuuhu... Ni pun budak suka weii... Buat avatar sendiri. So di sini kita boleh asah kreativiti murid tu selain mereka belajar menggunakan kredit sedia ada. Ini ada kaitan dengan budget, they will learn how to spend wisely. Nampak?! Hahaha... 

Selain Frogplay, guru-guru juga didedahkan dengan penggunaan widget e-bahan. Saya sangat suka widget ni... Sangat interaktif dan berpusatkan murid! Untuk subjek teras sekolah rendah, memang banyak juga bahan... Selain nota, ada juga di sediakan latihan yang mengikut aras... Hakak sukaaa! Sebenarnya tak perlu sangat pun nak guna laman web lain seperti kahoot!, Quizizz dll tu... Memadai guna apa yang ada. Yang penting, PdPC berkesan dan site dapat dihasilkan dengan baik serta guru tidak rasa terbeban nak buat site. Konsep saya mudah, guna apa yang ada dalam FrogVLE tu! Itu pun dah sangat baik, cikgu! Unless kalau anda memang hebat dalam mengendalikan FrogVLE, jadi boleh la guna segala bagai widget, external link, embed website dll tu... Hehe... 





Untuk menilai pembelajaran menggunakan site yang dibina tu, saya convert kan tools 'traffic light' kepada penggunaan widget poll. Huhuhuuu... Di atas ni adalah contoh soalan yang kami sama-sama fikirkan untuk buat poll tu... Hahaha... Boleh la ambil idea kita orang ni kalau suka. Sorry FrogAsia, I kalau bagi talk memang suka main-main banyak... Hahahaha... Saya suka mengendalikan ceramah secara santai... enjoy-enjoy gitcheww! Hahaha...  

Kalau korang nak buat aktiviti kolaborasi, boleh try buat aktiviti menggunakan google docs, sheets atau slides... Kerja berkumpulan. Ni contoh aktiviti yang dihasilkan oleh Cikgu Rizzman... 




Selepas ceramah saya berakhir pada hari tu, saya sambung pula dengan personal coaching bersama admin Frog di sekolah tersebut. Ustajah uollss! Curlassttt... Hehe... Alhamdulillah dalam masa lebih kurang sejam, saya sempat guide dia untuk import data dari APDM, naik kelas, mengendalikan guru-guru yang pindah dll tugas admin. Sharing bersambung dalam Whatsapp bila saya dah sibuk nak ber meet up dengan kawan di AEON. Muahahaha... 


Thank you Rizzman, GEG Leader Bandar Melaka dan juga merupakan Guru Advokasi yang jadi fasilitator ohsem pada hari kejadian. FrogAsia, sila lantik dia jadi Advocates Emas cepat-cepat tau! 😂 Thank you Rizz sebab banyak tolong & share ilmu dengan kakak! Terima kasih juga kepada kakak tersayang, hak hak hak... Kakak Amyza, kerana sudi lepak-lepak dengan iollss! I love you, gaise #gegbandarmelaka!~  💖

GEG Ipoh + GEG Bandar Melaka

Okay, ni saja perkongsian saya untuk hari ini... Semoga bermanfaat!~ Selamat berPAK21 dengan katak biru... Wuhuuu! Take care, gaise! XOXO

Nota kaki: Raihan tolong ingat, Don't hurt someone so much that they sit on the prayer mat and cry because of you and the pain you've given them... 😌 

1 comment:

  1. Cikgu, saya baru dilantik sbg admin vlefrog di sekolah saya dan masih banyak yg saya blm mahir ttg vlefrog ni. saya teringin nk berguru dengan cikgu. jika cikgu Raihan x keberatan, boleh x saya berhubung terus dgn cikgu? saya juga seorang guru di Ipoh. Terima kasih.

    ReplyDelete