Aplikasi Online Untuk Mengenalpasti Pemanggil (Caller) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 9 April 2018

Aplikasi Online Untuk Mengenalpasti Pemanggil (Caller)


Assalamualaikum.

Haluuu gaise! Baru-baru ni saya menerima missed call dari beberapa individu yang tidak dikenali, so, curious juga nak tahu siapakah pemanggil sebenar. Sebelum call semula, saya try test  guna apps ni untuk memeriksa siapakah gerangan yang call saya tu... Hahahhahaa... Yelah, zaman sekarang ni kena sentiasa berhati-hati, scammer banyak jer kottt kan!~ Huhu... 

Aplikasi ini mengesan pemanggil (caller) dengan memaparkan nama dan jenis telco yang digunakan oleh pemilik nombor telefon yang ingin kita jejaki itu. Berbeza sedikit dengan apps caller detector yang lain, ia tidak perlu di install dalam telefon. Jadi, takde masalah bagi mereka yang mempunyai phone memory bersaiz kecil... Selain itu, apps ni juga tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Boleh terus guna! Nampak tak? Segala-galanya dihujung jari sekarang ni. Dunia semakin terbuka, semakin kurang privacy! Giteww... Huhu...

Pada pendapat saya, aplikasi ini juga mempunyai kebaikan dan keburukkan yang tersendiri... Jika dilihat dari sudut positif, sememangnya apps ini sangat membantu terutama bagi insan-insan yang lemah seperti saya yang selalu tertipu dengan tipu daya manusia... saia ta kuad! 😂 Huahahahaaa... Giteww! Nak elak scammer weiii! Selain itu, kita boleh tahu siapa yang hubungi kita tu sebelum kita buat return call. Bagi saya benda tu penting so kita tahu dengan siapa kita bercakap. Kann!

Baik... Dari perspektif negatif, sebenarnya saya nampak ada banyak juga... Pertama, bila kita request untuk buat semakan suatu-suatu nombor telefon, adakalanya ia hanya memaparkan nama panggilan seseorang. Kiranya nama tak rasmi la... Sebagai contoh, bila saya uji nombor telefon saya, dan nama yang terpapar adalah GEG Ipoh. Berkemungkinan ada seseorang yang menyimpan nombor saya sebagai 'GEG Ipoh'. Nampak tak? Ada juga yang saya cuba dan hasilnya nama penuh pemilik nombor telefon tersebut terpapar. Beberapa nombor telefon yang saya cuba akan memaparkan nama panggilan... 'Cikgu XXX', 'Ustaz XXX' dsb... Secara logiknya kalau apps ni dapat maklumat kita directly dari syarikat telco, sudah semestinya nama penuh kita yang akan terpapar, kannn! Cuba korang try masukkan nombor sendiri. Tengok nama apa yang keluar! Mungkin ada seseorang yang dah save nama korang dalam phone mereka macam tu kot. Hehehe... Yang menjadi persoalannya, adakah dengan kita menggunakan mana-mana apps memungkinkan segala nombor telefon yang ada dalam telefon kita terdedah dengan 3rd party seperti ini?  Huhu...

Dan bagi saya, jika nama anda tidak dipaparkan, itu lebih baik. Itu bermakna nombor anda masih dalam keadaan selamat dan tidak terdedah. Huhuhuuu... Ni cuma pandangan 2sen saya. Kalau nombor tak terpapar, ada kebarangkalian nombor telefon tu kurang popular kot. Hahahahah... Giteww! Tak apalah, tak popular pun takpe. Privacy tu yang lebih penting!

Okay, berikut adalah cara-cara bagaimana untuk menggunakan aplikasi online tersebut.

1) Pergi ke laman Reveal Name (Reverse Phone Lookup)

2)

3)

4)

5) Saya try guna truecaller, ia detect carrier lama saya. Tapi dengan revealname ni, memang tepat, ia detect carrier semasa saya! Huhuhuuhu... Bahaya sungguh!
**Carrier = jenis telco


P/S: Sentiasa hati-hati bila melibatkan transaksi secara atas talian hokayy! Kena jaga keselamatan tau Bila dah melibatkan online payment, cuba avoid kecuali kalau sememangnya trusted seller/merchant. Akhir kata dari saya, gunakan aplikasi ini sebaiknya ya... Jangan kau orang salah guna pulak! Huhuhuu... Bye, gaise!

3 comments: