Wednesday, 4 April 2018

Kau Sangka


Sejak dua menjak ni hakak gemar berpuitis pulak... Hak hak... Bukan emo, tapi mungkin ini cara saya nak meluahkan apa yang terpendam dalam hati ni dalam bentuk tulisan suka-suka... Actually mungkin ramai yang tak tahu, saya memang minat juga bab-bab penulisan kreatif macam ni. Cuma tu lah, saya tak beriya nak mendalami ilmu macam ni... Huhuhuu... Sesekali menulis, idea mencurah-curah... alhamdulillah. Terkarang juga gurindam jiwa ini... Sejam juga dok mengadap... Huhu... Okay, ni lah hasilnya... Jemput baca! 

KAU SANGKA

Bila mereka ada urusan, kau SANGKA mereka nak mengelak, padahal mereka dah bagi alasan! Kau tu yang asyik-asyik nak tempelak! 😢

Bila mereka duduk menyembang, kau SANGKA mereka mengata, padahal mereka cakap pasal rendang, takde kena mengena dengan kau la, bang! 🤭

Bila mereka buat kerja, kau SANGKA mereka makan gaji buta, padahal mereka buat semua beriya-iya, berhabis tenaga! Kau? Hmm... Tengok saja... 😑

Bila mereka beriya-iya, kau SANGKA mereka mendabik dada, padahal niat mereka lillahitaala, yang kau sangsi sangat dah kenapa?! 😓

Bila mereka bagi pendapat, kau SANGKA mereka nak ‘melipat’, padahal mereka nak kau jadi hebat! Kau yang tak menyempat-nyempat, sikit-sikit nak melompat! Haihhh...😪

Bila mereka bergurau, kau SANGKA mereka sengaja, padahal mereka nak main-main je... Dah kau serius sangat pasal apa?! 😏

Bila mereka tak siap kerja, kau SANGKA mereka mogok, padahal kau tak pernah tanya kenapa, ada yang tak tido malam tersengguk-sengguk! 😥 

Bila mereka marah, kau SANGKA mereka cari salah, padahal kau tak pernah ambik kisah, masa mereka berkeluh kesah! 🙄

Simpan sangkaan kau tu Senah, mereka begitu bukan niat nak bagi kau punah,  Kau relaks-relaks sudah, moga-moga dapatlah sesama ke jannah! 😎

Tak usah bersangka-sangka, sebab yang diam bukan bererti dia leka dan yang bising bukan semestinya tak suka. Yang manis bukan semestinya gula, Yang masam bukan semestinya cuka! Yang nampak baik tak semestinya mulia dan yang nampak buruk tak semestinya bahaya! Drama di mana-mana. Inikan pentas dunia. Nama pun manusia. Apa pun hanya Allah yang tahu semua, sebab kau bukan siapa-siapa!

💗
Raihan Jalaludin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...