3 Langkah Mudah Mencipta Font Animasi (gif.) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 5 May 2018

3 Langkah Mudah Mencipta Font Animasi (gif.)


Assalamualaikum...

Happy weekend, uollss! Hehe... Hari ni saya nak share satu benda yang menarik dan simple dengan korang semua iaitu cara untuk menghasilkan font animasi dalam format gif. Tak sangka pulak senang sangat rupanya nak buat font lip lap lip lap ni... Hakak baru tau. 

Font animasi ni cantik kalau di letak sebagai header kat blog ke atau pun kat site korang... Budak-budak pasti teruja melihat font korang yang blink-blink merelip cantik... Hahahaha.. Saya dalam proses naik taraf site sekolah saya, so tetiba dapat ilham nak letak header yang cenggini haaa... giteww! 😂 Sebenarnya kalau setakat perkataan biasa-biasa macam 'Selamat Datang' ke 'Welcome' ke memang bersepah kat google... Tapi kalau korang menginginkan perkataan lain, elok la buat sendiri... Lebih banyak pilihan font dan design yang cun.

Okay, berikut adalah kaedahnya ya... 

Langkah 1
Pergi ke laman Bloggif


Langkah 2
Taipkan teks yang dikehendaki, pilih effect (ada banyak sangat pilihan! I loiikee! Hehe) dan buat pilihan font serta saiz. Kemudian, klik Generate my text GIF


Langkah 3
Right Click pada gif. yang telah siap, klik save image as dan simpan file tersebut dalam laptop anda... SIAP!!!

Selain BLOGGIF, anda juga boleh mencuba menghasilkan animated font menggunakan aplikasi online TEXTANIM

Contoh gif. yang dah siap... 


Contoh gif. yang saya letak kat site FrogVLE plak camni haaa... Letupppsss uolllss! Hahahah... Tak semestinya buat untuk site sekolah je macam ni, nak bubuh kat site peribadi/site pembelajaran pun boleh jer uollsss... Heheheee... 


Okay la, sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Sekiranya anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila share post ni supaya lebih ramai lagi yang dapat ilmu ni hokayy! Babai gaise, hakak nak sambung buat kertas exam pulak... Huhu... Cheers!~ 😘

Nota kaki: Melupakan atau tidak ambil peduli langsung tentang apa yang menyakitkan akan membantu memendekkan tempoh penyembuhan kesakitan di hati dan secara tidak langsung dapat mengekalkan sikap positif dalam diri. Jangan biarkan masalah mengubah kita, kerna ada waktunya masalah memang tidak dapat diubah melainkan dengan keizinanNya… Let it be! Terus istiqamah berdoa. Itulah yang terbaik! InsyaAllah... 

1 comment: