Bahan PdPC - Bahasa Inggeris Penulisan Sekolah Rendah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 28 May 2018

Bahan PdPC - Bahasa Inggeris Penulisan Sekolah Rendah


Assalamualaikum semua!

Haluuu! Selamat menjalani ibadah puasa, uollss! 😊 Lama jugak tak update blog ni, hukkss! Agak busy pulak Ramadhan kali ni... Huhu... 

Okay... Hari ni saya nak bantu untuk sebarluaskan bahan yang disediakan oleh Cikgu SuperMarza, guru Bahasa Inggeris dari Terengganu untuk kegunaan dalam PdPC penulisan Bahasa Inggeris...  Saya nampak bahan yang dikongsikan kepada saya ni bagus kerana beliau sudah pun menyenaraikan cadangan kata kunci, tajuk, tempat-tempat yang berkaitan dengan insiden, subjek dll bagi memudahkan murid-murid membuat karangan. Sangat sesuai untuk digunakan dalam kelas aras sederhana dan lemah... Selain itu, susunan nota juga disediakan dalam template yang menarik dan bewarna warni yang dapat menarik perhatian murid-murid... Nota diolah dalam bentuk bertema, contohnhya Tema keluarga (Family) yang mengandungi sub topik - picnic, gotong royong & family trip. Memang awesome!~ Hehe...

Bagi guru-guru yang berminat untuk mendapatkan bahan tersebut, feel free to download ya... Saya memang dah minta izin dari tuan empunya bahan dan beliau amat berbesar hati untuk  kongsikan bahan tersebut dengan kita semua... Terima kasih, cikgu! Semoga Allah mempermudahkan urusan cikgu... Ameen. 








Nota kaki: If someone loves you when you have everything, that's REALITY. But if someone still loves you when you have nothing, that's SINCERITY! Sincerity makes the very least person to be of more value than the most talented hypocrite. 

1 comment:

  1. Jutaan terima kasih kepada cikgu Raihan yang sudi memuat naik bahan dan Cikgu SuperMarza yang sudi berkongsi bahan beliau. Moga Allah jua membalas budi cikgu berdua.

    ReplyDelete