Perkongsian : Tips Pelaksanaan HIP Berkesan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 2 May 2018

Perkongsian : Tips Pelaksanaan HIP Berkesan


Assalamualaikum. Hello peeps!

Macam mana HIP di sekolah korang? Minggu lalu, saya terlibat dalam membuat perkongsian tentang perlaksanaan HIP di daerah Kinta Utara. Kalau ikutkan kali ini team kami berpecah dua, satu cover di daerah Krian dan satu team lagi di Kinta Utara. I chose to be in Kinta Utara, daerah sendiri katanyaaa... Haruslah di dahulukan... Kannn... Hehehe... 

Selain perkongsian contoh aktiviti HIP yang boleh dijalankan di sekolah, saya juga berkongsi sedikit pengalaman tentang pelaksanaan HIP ni supaya ianya bukan sekadar nama tetapi dapat dijalankan dengan jayanya di sekolah-sekolah. Of coz, jika ditanya kepada saya, saya akan cuba meminimalkan tenaga guru seboleh-bolehnya. Bukan apa, as a teacher, saya tahu betapa hazabnya rakan-rakan guru dengan pelbagai program sekolah yang lain... Itu belum masuk lagi nak set soalan, semak kertas peperiksaan, LINUS, dan macam-macam lagi tugas hakiki yang perlu digalas. Fuh!

Saya ambil peluang untuk berkongsi pendapat dan pengalaman bagaimana dengan sedikit peranan warga sekolah dapat membantu menjayakan HIP tanpa perlu mereka bersusah payah. Antara intipati yang saya kongsikan kepada barisan Pengetua, Guru Besar, wakil guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah serta wakil PIBG setiap sekolah di daerah Kinta Utara ini adalah seperti berikut:-


Yang pertama, jawatankuasa HIP di sekolah seharusnya merancang program yang sesuai dengan murid dan juga kemampuan guru. Apa yang saya maksudkan di sini adalah, program yang dirancang seharusnya tidak terlalu membebankan, perlu difikir tentang komitmen guru pada skop tugas yang lain sebelum sesuatu program dirancang... Bukan apa, dalam hal ini pihak sekolah perlu menjadi lebih realistik, lihat kemampuan guru-guru di sekolah samada mereka mampu menjalankan aktiviti tersebut atau pun sudahnya nanti program tersebut hanya 'on paper' dan tak ke mana... Biarlah sekadar program 'biasa-biasa' tetapi hasilnya dapat dilihat daripada merancang program yang gah, tetapi gagal! Jangan sesekali terpengaruh dengan program sekolah lain. Rancang program yang bersesuaian dengan aras murid kita. Sangat mudah jika program sedia ada dapat dimurnikan dan didokumentasikan menjadi salah satu program HIP. Jadi taklah berat sangat cikgu-cikgu nak come out dengan aktiviti baru, kan... Keyword nya adalah 'Sentiasa berpijak di bumi yang nyata'. Be realistic hokayy! Hehe...

Sebagai contoh, program LEARN A WORD A DAY nampak sangat mudah untuk dijalankan. Walau bagaimana pun, kita perlu melihat komitmen guru-guru, adakah mereka sanggup menulis perkataan setiap hari atau perkataan yang tertulis tersebut akan terbiar selama berbulan-bulan... Bagaimana nak atasi masalah seperti ini? Ini yang saya bincangkan tempoh hari dan rata-rata memang bersetuju dengan pendapat saya. Pertama, anda mungkin boleh menukar dari LEARN A WORD A DAY kepada LEARN A WORD A WEEK misalnya... atau pun cara kedua, mungkin anda boleh libatkan murid dengan meminta murid-murid tertentu yang menulis perkataan tersebut. 

Berbeza dengan Phonic Hopscotch misalnya, ia hanya memerlukan komitmen pada kali pertama sahaja di mana anda perlu sediakan tapak teng-teng, buat hebahan cara bermain teng-teng phonics tersebut dan kemudian anda boleh biarkan sahaja murid bermain tanpa atau dengan pengawasan guru yang sangat minimal... 


Kedua, rancang program yang menyeronokkan dan mudah dikendali. Sebagai contoh, program seperti writing poem seperti mana yang di anjurkan oleh sahabat saya, Encik Ridzwan dari SK Jelapang, pada saya adalah suatu usaha yang baik dan tak begitu 'berat'. Lebih kepada free and easy dalam masa yang sama dapat memupuk minat menulis dalam Bahasa Inggeris dikalangan murid-murid.  Murid yang berminat boleh hantar karya mereka kepada guru BI dan diterbitkan dalam bentuk risalah untuk diedarkan kepada murid-murid lain. Selain itu, aktiviti seperti talentime, jumble sale (tidak melibatkan orang luar sekolah), story telling peringkat dalaman dll juga boleh dijalankan bagi memenuhi HIP.


Ketiga, pihak sekolah perlu terlebih dahulu memastikan kelebihan guru, murid, PIBG, ibubapa dan juga agensi luar yang sudi untuk membantu dalam menjayakan program HIP di sekolah. Selain sumber kewangan, bantuan dari segi kemahiran dan kepakaran juga sedikit sebanyak dapat memudahkan guru-guru serta perjalanan program. Adalah baik jika pihak sekolah dapat berterus terang tentang matlamat, kehendak dan perjalanan program supaya semua pihak jelas dan dapat memberikan bantuan yang sewajarnya. Di sini saya nampak, sekolah perlu bina hubungan (NETWORK) luas dan apabila hubungan sudah terbina, perlu maintain hubungan tersebut supaya pihak berkenaan akan terus-terusan menyokong program di sekolah. Bak kata orang, a person who feels appreciated will do more than expected. Gitulah... Hehe... Jadi pandai-pandailah jaga PR... Faham kan? Huhuhuuu...


Okay next, kerjasama bersama warga sekolah juga adalah sangat perlu. Di sini, pentadbir perlu mainkan peranan. Ini kerana, HIP bukan sahaja melibatkan guru-guru Bahasa Inggeris, malah semua warga sekolah termasuk pentadbir sekolah, guru-guru subjek lain, ibubapa, staf dan juga pekerja. HIP adalah program pembudayaan Bahasa Inggeris, jadi tanggungjawab untuk membudayakan Bahasa kedua ini bukanlah tanggungjawab guru-guru Bahasa Inggeris semata-mata. Jawatan penyelaras HIP juga boleh dipilih dikalangan guru-guru BI selain Ketua Panitia dan AJK nya pula boleh melibatkan guru-guru subjek lain. Untuk penyediaan bahan misalnya, sememangnya memerlukan kerjasama dari semua pihak. Bagi mengelakkan daripada berlakunya bebanan tugas yang tergalas hanya pada sesetengah pihak sahaja, pihak pentadbir perlulah bijak menyusun atur dan merancang pecahan tugas. Contohnya, mungkin tugas penyediaan bahan boleh dibahagikan mengikut panitia. Penyediaan set Tarsia ke, site Frog VLE ke... yang boleh digunakan oleh seisi sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mendapatkan bantuan pengusaha kantin dari segi pengurusan bahan HIP di kantin. Mungkin boleh minta mereka sediakan papan menu dalam BI ke, tolong tampalkan bahan-bahan yang disediakan kat meja kantin ke... Try lah minta tolong dari makcik kantin korang! Heheee...


Kelima, untuk memudahkan pelaksanaan HIP, pihak sekolah juga boleh mempertimbangkan program kolaborasi bersama NGO, sekolah-sekolah lain, guru, PIBG, ibubaba dll... Antara NGO yang sudi membantu untuk program Bahasa Inggeris secara percuma adalah Inner Wheel. So, boleh la try contact mereka ni untuk buat program. Kot nak buat English Camp ke... Try la discuss dengan dorang okay! Selain dari itu, cuba la intai-intai kot ada program BI kat Perpustakaan Negeri ke kat Tesco ke, kat AEON ke Universiti ke... atau kat mana-mana organisasi lain la... yang boleh murid-murid kita ni turut serta. Jadikan program macam tu as a part of aktiviti HIP juga... Asalkan melibatkan bahasa Inggeris dan murid ada ambil bahagian. Senang kan? Ehh, korang jangan lupa dokumentasikan segala aktiviti tu tau! Haha...


Keenam, fokuskan program yang dirancang kearah pembudayaan dan disamping itu, ikut keperluan murid. Sekiranya di sekolah anda, muridnya sudah hebat dan berkeyakinan bertutur dalam Bahasa Inggeris misalnya, mungkin anda boleh fokuskan program untuk kemahiran-kemahiran lain seperti menulis, membaca atau mendengar. Bagi sekolah-sekolah yang muridnya sudah mampu berbahasa Inggeris, anda mungkin boleh rancang program yang dapat meningkatkan lagi keyakinan mereka menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka sehari-hari. Antara program yang difikirkan sesuai adalah seperti impromptu, mengendali majlis dalam Bahasa Inggeris, Twitter dimana murid tulis di atas sticky note - murid/guru lain respon (Yang ini idea salah satu sekolah menengah dalam daerah saya, best kan! Hehe...), forum, debate dan persembahan seperti drama dll...


Yang ketujuh, penghargaan! Yes... Penghargaan itu perlu. Kenapa? Jawapannya mudah. Bukan senang nak libatkan agensi luar untuk bantu program di sekolah kita. Jadi, bila mereka dah sudi bekerjasama dan turut serta, rasanya tak salah jika kita ambil inisiatif untuk menghargai/mengalu-alukan kehadiran mereka... Sebagai contoh, mungkin pihak sekolah boleh offer organisasi tersebut untuk buka booth percuma (tanpa sewa) semasa majlis besar di sekolah (sukan/mesyuarat agung PIBG etc). Win-win situation! Nampak??? Kadang-kadang bukan semua yang datang membantu nak kan bayaran... Jadi, kita sebagai tuan rumah, pandai-pandailah... orang berbudi, kita berbahasa... Gituuu...


Yang kelapan... untuk mengekalkan apa yang ada memerlukan kerjasama dari semua. Semua bahan yang rosak diganti... Kalau ada modal lebih sedikit, bolehlah gunakan bahan tahan lama contohnya perkataan yang biasanya ditulis atas manila card, ditempah atas plat plastik (yang macam nombor plat kereta tu...) Setidaknya, kertas di laminate kemas agar tidak mudah rosak. Jadi tak la kita nak buat benda tu berulang kali... kann! Sekali lagi, peranan PGB amatlah diperlukan dalam memastikan segala bahan, carta dll sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Akhir sekali, jangan sesekali memaksa... Buatlah aktiviti atau program tanpa sebarang unsur paksaan. Biar semua enjoy! Semua seronok-seronok je... Tolak ansur, faham-memahami... dan hasilnya confirm meletops! Percayalah... Hasil kerja dalam keterpaksaan adalah sangat berbeza dengan hasil kerja sukarela. Saya percaya apabila kita bekerja dalam keadaan yang menyeronokkan, dengan hati yang ikhlas, pasti hasilnya luar biasa! Ukenduit! Chaiyok!! Chaiyok!! Hehehee...

Berikut adalah link-link berkaitan HIP untuk rujukan kalian...


Boleh dapatkan segala bahan HIP, official toolkit dll di sini ----> http://gg.gg/hipkutoolkit

Stress ke? Agak-agak kalau stress, jangan lupa tarik nafas dalam-dalam... Hahahahah... Chill ya!

Apa yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan sedikit perbincangan dengan jurulatih-jurulatih HIP yang lain. Sekiranya ada perkongsian maklumat, sila catatkan di ruangan komen ya... Thank you, PPD Kinta Utara sebab sudi invite saya sebagai speaker. Semoga bermanfaat! 💗


Nota kaki: The more you rush, the more mistakes you make. Slow down, breathe and be patient. Let Allah guide you through your circumstances. - Dr. Bilal Philips

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    terima kasih byk byk ttg maklumat HIP.
    Banyak membantu saya utk memahami pelaksanaan HIP di sekolah kerana saya bukan opsyen BI tetapi aktiviti yang dilaksanakan boleh dikolaboratif untuk mata pelajaran lain.
    Terima kasih byk byk,moga ilmu cikgu makin bertambah

    ReplyDelete