Projek Kolaboratif Kad Raya - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 2 June 2018

Projek Kolaboratif Kad Raya


Hai gais!

Assalamualaikum...

Hakak happy semalam dapat kad raya dari Melaka uollsss! Hahahaa... Lama dah tak dapat kad raya. Actually, ni adalah projek kami. Projek Kad Raya 2018! Alhamdulillah, berjaya dilaksanakan dengan baik sekali. Yay!!!~

Motif?

Of coz yang pertamanya nak kembangkan social skill murid-murid, menambah pengetahuan dan pengalaman hidup mereka. At least, mereka dah dapat pengalaman sebenar menghantar dan menerima kad raya. Selain itu, mereka juga dapat experience sistem ala pen-pal. Maklum sajalah, sekarang ni semua main ucap/sembang ikut Whatsapp, kenal kawan melalui Facebook... Kannn! Hehe... Paling best kali ni murid di Melaka akan tulis ucapan dalam BM dan murid saya pula akan tulis dalam BI. Gitewww... 😆


Pengurusan Kad?

Saya dan sahabat saya, Cikgu Rizzman dari SK Dato' Naning, Alor Gajah, Melaka, sediakan kad untuk murid-murid kami mengikut bilangan murid. Boleh jer nak suruh mereka bawa sendiri sekeping kad raya... Tapi projek akan terganggu kalau ada plak murid yang tak bawa kad tu nanti... So better kita yang sediakan! 

Untuk menjimatkan kos pos, kami gunakan perkhidmatan pos laju. Semua kad dimasukkan dalam satu sampul, senang keja... Hhahaha... Selain berjimat, kad juga sampai serentak dan tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi... Pos laju kannn! Sehari dua confirm sampai!

Saya pernah jalankan projek menghantar poskad kepada rakan sekelas suatu ketika dahulu. Untuk projek ni saya sediakan setem dan saya bantu pos kan poskad-poskad tu. Murid-murid akan terima poskad di rumah masing-masing... Hehe... Budak memang excited weiih!  

Bagaimana mereka boleh terus berhubung? 

Kami tetapkan untuk murid-murid menulis alamat email YES masing-masing dalam kad tu. Jadi, mereka boleh terus berhubung via email lepas ni untuk berbincang tentang pelajaran/peperiksaan khususnya sekiranya mereka mahu terus berhubung. Lepas ni kalau nak jalankan aktiviti kolaborasi lagi, mungkin kita boleh ON via email pulak... Kann! Hehe...

UPDATE 4/4/2023

Sekarang ni murid dah tak gunakan ID yes, jadi boleh gantikan dengan ID Delima ya.. 😊


Bilangan Murid Tak Sama?

Tak apa, ada murid dari kumpulan yg lebih murid, akan menerima 2 nama murid dari kumpulan yang kurang murid. Maknanya, ada murid dari kumpulan yang kurang murid tu akan dapat 2 keping kad dari penghantar yang berbeza.


Kaedah Pelaksanaan?

1. Dapatkan rakan guru yang sudi nak kolaborasi dengan korang.
2. Hantar senarai nama murid kepada dia.
3. Dia pun hantar senarai nama murid dia kat korang.
4. Beri nama tu kepada murid korang. Random je.. 1 murid 1 nama.. atau kalau bil murid tak sama
    banyak, 2 murid hantar kepada seorang murid. 
5. Murid korang hantar kad kepada sorang murid dan berkemungkinan dia akan terima kad dari
    orang lain pula.. bukan dari orang yang menerima kad darinya tu.
6. Dalam kad pastikan murid anda ada menulis email yes mereka so that lepas ni mereka boleh
    berhubung via email. So, bila mereka buka email, pada masa yang sama mereka juga guna
    frogvle! Nampakkk?! Hahaha...
8. Ingatkan murid-murid, anda boleh pantau email mereka! Jadi ingatkan mereka untuk tidak
   menulis yang bukan-bukan. Masa ni boleh tekankan tentang keselamatan ICT! Nampakkk???
   Budak belajar indirectly tentang keselamatan menggunakan ICT... Hehee...
9. Galakkan penulisan kreatif misalnya penggunaan pantun, poem dll... giteww! Hehe... Sila guide
    murid-murid lemah hokayyy... 

UPDATE 4/4/2023

Sekarang ni murid dah tak gunakan ID yes, jadi boleh gantikan dengan ID Delima ya.. 😊


Harapan kami dengan adanya projek macam ni dapat mengembalikan dan menghidupkan semula budaya kad raya selain mengukuhkan lagi persahabatan yang dibina. Selain itu, kami juga berpendapat murid-murid perlu tahu proses dan kaedah menghantar kad raya. Pengalaman ni bukan mudah nak dapat sekarang since rata-rata masyarakat hari ini memilih untuk menggunakan pesanan ringkas SMS/Whatsapp untuk menyampaikan ucapan Hari Raya. 

P/S: Memandangkan murid-murid saya menulis ucapan dalam Bahasa Inggeris, jadi saya akan jadikan program ini sebagai program dibawah HIP juga... Heheheee... See! Senang je kan... Nanti nak siapkan laporan bagi kat S/U masuk dalam file HIP... 2in1!

Nota kaki: "The beauty of life does not depend on how happy you are, but how happy others can be because of you!" 💝

4 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Saya nak tanya macamman ye cara untuk pos kad raya..boleh ke masukkan sahaja ke dalam peti
    Dan berapa harga setem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Anda perlukan setem beharga 60sen utk pos sekeping kad raya. Utk sabah sarawak sy tak pasti... bawa je kad tu ke pejabat pos, mereka akan bantu. No worries! :)

      Delete
    2. Ya boleh masuk terus dalam peti pos merah tu. Make sure setem dah ditampal.

      Delete
  2. Wah menarik ni, tahun depan nak cuba. :D

    ReplyDelete