Aktiviti PAK21 Tanpa Guru Bersama - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 12 August 2018

Aktiviti PAK21 Tanpa Guru Bersama


Assalamualaikum!

Minggu ini saya terlibat dengan Program di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Hutan Melintang. Oleh kerana saya tiada di sekolah untuk beberapa hari, saya telah meninggalkan tugasan berbentuk Project Based Learning untuk murid-murid saya supaya mereka boleh terus belajar walaupun saya tiada di sekolah. Aktiviti berpusatkan murid. Di samping itu juga, saya ingin memudahkan rakan guru yang mengganti kelas saya. Mana tidaknya, asyik takde di sekolah, nanti orang marah pulak! Huhu... Jadi bila ada kerja yang ditinggalkan macam ni, at least mereka tak la penat menggantikan saya... Sebab semua murid dah tau apa nak dibuat. Apa pun, terima kasih kepada kawan-kawan yang tolong gantikan kelas saya ya!


Okay, aktiviti ni aktiviti penghasilan folio dan pada masa yang sama ada juga saya selitkan aktiviti penulisan. 

1. Minggu lalu, saya dah siap-siap bahagikan mereka dalam kumpulan kecil - 3 orang/kumpulan 

2. Untuk memastikan semua murid melibatkan diri (nak elak ada rakan lelap), saya minta setiap murid untuk memikirkan satu tempat yang mereka teringin nak lawati. 

3. Setiap murid perlu menggunakan sekurang-kurangnya 4 helai kertas untuk :-
  
   (a) Nyatakan nama tempat 
        Saya minta mereka tuliskan dengan cantik dan kreatif. Boleh cari gambar tempat tu dari 
        majalah/internet/buku dan letakkan gambar di situ.
   
   (b) Perkara penting yang berkaitan dengan tempat tersebut. (Listing / Brainstorming/Mind-
         mapping/peta buih i-think)
         Contoh : Jepun - sakura, shushi, Doraemon dll  

   (c) Tempat menarik di tempat tersebut (Attraction)
         Contoh : Hong Kong - Disneyland, Ocean Park, Ngong Ping 360 dll
         Yang ini saya perhatikan ramai murid-murid saya yang mencari gambar di internet. Hebat dia 
         orang ni... Gambar semua cantik-cantik belaka... Saya suka!

   (d) Menulis e-mel kepada rakan menceritakan tentang tempat tersebut (Rujukan : Buku Teks 
        Bahasa Inggeris Tahun 5, mukasurat 99) Untuk aktiviti menulis email, saya dah minta murid
       gariskan terlebih dahulu perkataan-perkataan yang mereka perlu ubah seperti nama tempat,
       penerangan tentang tempat dsb. Jadi, mereka perlu gantikan perkataan tu dengan maklumat yang
       mereka dapat dari internet/sumber lain. 

4. Mereka memulakan projek dengan mencari maklumat dari internet/majalah secara individu di rumah. Mereka catat point penting dalam kertas. Esoknya, bawa ke sekolah untuk ditulis dan diolah cantik dalam bentuk point form / peta minda / peta buih dalam folio mereka. (Flipped Classroom) Saya memang pesan kepada mereka untuk spend lebih kurang 20-30 minit untuk cari maklumat di rumah, manakala projek disiapkan di sekolah sepenuhnya semasa waktu Bahasa Inggeris. Ini kerana ramai murid-murid yang terlibat dengan peperiksaan UPKK di sekolah agama. Saya tak mahu waktu belajar mereka di rumah terganggu.  

5. Mereka siapkan keempat-empat helaian kertas mengikut tajuk kecil yang diberikan.

6. Setelah selesai, mereka cantumkan kesemua bahan ahli kumpulan menjadikan satu folio/buku skrap. 

7. Mereka menghasilkan muka depan, menghias mengikut kreativiti dan menyemak serta memperbaiki hasil kerja ahli kumpulan.

8. Aktiviti terakhir, saya edarkan folio mereka ke setiap kumpulan yang berbeza untuk mereka catatkan komen. Mereka mengomen hasil kerja rakan-rakan mereka dengan menulisnya di kulit belakang folio. Saya mencadangkan mereka menggunakan ayat-ayat positif untuk menulis komen. Ayat positif bukan semestinya memuji, tapi setiap teguran yang dibuat haruslah dalam cara positif dan membina supaya ia dapat memberikan impak yang lebih baik kepada penerima komen.


Sesungguhnya saya sangat impressed dengan hasil kerja mereka. Murid 11 tahun mampu melakukan folio yang baik tanpa guru di sisi. Dengan plastik, dengan biding, dengan hiasan, gambar... Fuh!~ Kalian memang hebat, 5 Delima! Saya bangga ada anak murid macam kamu! Sangat independent dalam bekerja. Saya nampak effort mereka.

Untuk murid-murid yang tiada internet di rumah, saya cuba untuk permudahkan tugas mereka. Saya minta mereka catatkan tentang tempat yang pernah mereka lawati sebelum ini. Saya permudahkan supaya takde murid yang beri alasan TIADA INTERNET di rumah tapi biasalah, bila namanya kerja kumpulan, pasti ada murid yang akan datang mengadu memberitahu saya ada ahli kumpulan yang tak beri komitmen. Sekali lagi, saya cuba latih mereka untuk tidak berputus asa dan bersabar dengan kerenah kawan-kawan. Saya minta mereka padamkan nama murid yang tak siapkan kerja dari muka depan folio mereka. Hantarkan sahaja projek walaupun tak lengkap semuanya sebab itu bukan salah mereka sebenarnya... Hasil kerja mereka sebenarnya yang kedua saya nak lihat. Yang paling penting saya nak lihat kesungguhan mereka dalam menyiapkan tugasan. Kerana itulah titik tolak untuk saya menilai kemenjadian mereka. Kalau pandai tapi tak beradab, tak ikut arahan, tak boleh bekerjasama, pun tak guna. Kannn... Ilmu boleh dicari. Kalau tak pandai, boleh belajar... Tapi kemenjadikan mereka, sikap mereka, itulah yang akan mereka bawa sehingga dewasa nanti.

Alhamdulillah, 33/41 murid yang dapat siapkan tugasan dengan baik. Anda hebat! Anda telah membuktikan yang anda boleh belajar dalam pengawasan guru yang sangat minimum. Tahniah! Yang tak siapkan tugasan, yang beri 1001 alasan, saya dah nasihat, dah tegur... Tak mahu dengar, terpulang. Masa depan di tangan anda! 😇





Nota kaki: Don't quit because something went wrong. Quit because you tried your hardest and nothing made it better. 

No comments:

Post a Comment