Online Flash Cards Percuma - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 27 August 2018

Online Flash Cards Percuma


Salam Aidil Adha!

Penggunaan flash cards dalam PdPC adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran. Penggunaan flash cards sememangnya cukup sinonim dengan guru-guru prasekolah dan sekolah rendah di mana pelbagai perkataan diperkenalkan dengan menunjukkan gambarnya sekali. 

Walau bagaimana pun, apabila diteliti aplikasi-aplikasi flash cards online ni, saya dapati flash cards juga digunakan sehingga ke peringkat universiti. Saya terjumpa beberapa flash cards yang digunakan oleh pelajar Medic (bakal doktor), untuk menghafal terma-terma saintifik, jadi, maksudnya di sini, flash cards bukan sahaja digunakan untuk anak-anak kecil tetapi digunakan oleh orang dewasa. 

Saya terjumpa beberapa online apps yang membolehkan anda mendapatkan ribuan flash cards yang boleh diakses secara percuma yang sudah tersedia untuk digunakan. Selain itu, anda juga boleh menghasilkan flash card sendiri (custom).

Menggunakan Flash Cards Online Sedia Ada

1) https://www.randomlists.com/things

2) https://www.randomlists.com/random-animals

3) https://www.randomlists.com/random-fruits

4) https://www.randomlists.com/random-letters

Mencari Flash Cards Percuma


Sign in
 Membuat Carian Flash Cards. Gunakan kata kunci yang sesuai.
**Flash Cards dalam Bahasa Malaysia juga tersedia


Pilih Sets With Images (Untuk Flash Cards perkataan + gambar)

Pilih Flash Cards yang sesuai

Klik butang Print untuk mencetak
Membina Flash Cards (Custom)

Klik Create New Sets

 Masukkan gambar dan perkataan.
**Pastikan gambar sudah ada dalam laptop. Sekiranya tiada gambar, download terlebih dahulu.
Setelah selesai, Klik Create Set.
Tips Untuk Print Flash Cards

Pilih Large Cards (page layout)

Tandakan kotak Double Sided

Print PDF

Nota kaki : You never know how strong you are until being strong is your only choice. 

1 comment: