15 Idea Set Induksi - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 16 September 2018

15 Idea Set Induksi


Assalamualaikum semua! Selamat bercuti panjang sekali lagi... Lepas ni bulan Oktober, sila la bekerja sekuatnya ya... Takde cuti-cuti extra dah! Huhu... 😅Macam biasa, saya masih lagi sibuk dengan kesihatan mak yang tak menentu sekarang ni... Doa-doakanlah ye semoga kesihatan mak saya kembali baik dan urusan saya dipermudahkan olehNya.  

Okay, harini saya nak cerita sedikit tentang set induksi. Pentingnya set induksi adalah kerana ia  mampu menarik minat murid-murid untuk belajar disamping meningkatkan perasaan ingin tahu tak kira samada mereka sudah ada pengalaman sedia ada (previous knowledge) tentang topik atau pun tidak. Selain itu, set induksi juga dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan tajuk atau objektif pengajaran. Set induksi lazimnya dijalankan secara ringkas dan tidak mengambil masa yang terlalu lama, selalunya dalam lingkungan 5 - 7 minit. Dengan menjalankan set induksi, guru, secara tidak langsung dapat mengenalpasti aras murid-murid tentang tajuk yang akan diajar pada hari tersebut. Hal ini dapat membantu guru-guru mengubahsuai PDPC mereka agar lebih sepadan dengan kebolehan murid-murid. 

Di sini saya kongsikan beberapa contoh aktiviti yang boleh dijalankan semasa set induksi dengan harapan murid-murid akan lebih fokus dan berminat untuk meneruskan pembelajaran tentang satu-satu tajuk yang diajar. Cuba lihat yang mana sesuai, bolehlah digunakan di kelas anda... 😊

1. Guessing game / Pictionary

Persediaan : Guru menyediakan kertas yang di tercatat perkataan tertentu. Sebagai contoh, simpulan bahasa - panjang tangan, anak emas, tangkai jering dll. 
Cara pelaksanaan : Murid dibahagi dalam kumpulan kecil. Seorang wakil murid dari setiap kumpulan melukis gambar, ahli kumpulan meneka simpulan bahasa. Point diberikan untuk setiap jawapan yang betul.

2. Bercerita

Persediaan : Guru mencari serta mengolah maklumat tentang tajuk. 
Cara pelaksanaan : Guru bercerita secara ringkas berkaitan tajuk pelajaran. Sesuai untuk subjek bahasa dan sejarah.

3. Pick, Act and Guess

Persediaan : Guru menyediakan kertas kecil yang telah dituliskan perkataan tertentu berkaitan pelajaran pada hari tersebut. Gulung kertas dan letakkan dalam topi/bekas.

Cara pelaksanaan : Seorang wakil dari kumpulan ambil kertas kecil tersebut dan melakonkannya tanpa sebarang suara. Rakan-rakan meneka. Setiap kumpulan diberi 30 saat. Dalam 30 saat, murid boleh mengambil kertas dan meneka sebanyak yang boleh. 1 tekaan yang betul, 1 poin diberikan. Contohnya, boleh jalankan untuk aktiviti Bahasa Inggeris Grammar - Verb, BM - kata kerja dll. Tulis kata kerja atas kertas dan minta murid pilih dan lakonkan sementara ahli kumpulan yang lain meneka.

4. Smell me!

Persediaan : Guru meletakkan bunga, makanan atau apa-apa bahan yang berbau untuk memperkenalkan tajuk. Tebuk lubang kecil pada kotak (pastikan murid tak boleh lihat isi kotak). 
Cara pelaksanaan : Edar kepada semua murid untuk hidu dan cuba meneka isi kandungan kotak. Sesuai untuk matapelajaran Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 

5. Jom Pizza!

Persediaan : Guru menyediakan bancuhan tepung gandum & air. Jadikan seperti doh (dough). Boleh guna playdough / Plasticine. 
Cara pelaksanaan : Bahagikan dough kepada setiap kumpulan. Minta setiap kumpulan menempa dough seperti pizza. Kemudian, murid membahagikan pizza mengikut arahan guru... Memotong dan membahagikan pizza menggunakan pembaris. Sesuai untuk belajar Matematik - pecahan.

6. Bisik-bisik

Persediaan : Guru mencatatkan maklumat tertentu di atas kertas untuk dimaklumkan kepada seorang murid.
Cara pelaksanaan : Guru minta seorang murid membaca maklumat/ayat dan membisikkannya kepada rakan di sebelahnya. Kemudian, maklumat terus disampaikan sehingga murid terakhir dengan cara berbisik. Murid terakhir akan memberitahu kepada kelas tentang maklumat yang diterimanya. Lihat bagaimana maklumat disampaikan. Selalunya jawapan memang tak sama dengan maklumat/ayat asal. Masa ni boleh terapkan nilai moral!~ Hehe...

sumber: google image
7. Hot potato

Persediaan : Guru menyediaan sesuatu yang mudah dipegang seperti bola kecil atau pundi kacang. Pundi kacang tu boleh pinjam dari stor sukan... Hehe
Cara pelaksanaan : Murid serah pundi kacang kepada rakan-rakan sambil menjawab soalan guru dengan pantas. Sebagai contoh, boleh minta murid senaraikan nama negara ke, senaraikan adjektif ke nama haiwan ke... atau boleh juga minta mereka buat ayat menggunakan perkataan yang diberikan... Murid yang tak dapat jawab, dikeluarkan dari permainan atau dikenakan denda yang bersesuaian. 


8. Relay Maraton

Persediaan : Guru bahagi murid kedalam beberapa kumpulan. Sediakan timer. Boleh google jer TIMER... Hehe...
Cara pelaksanaan : Guru beri tajuk, setiap ahli datang ke hadapan bergilir-gilir, tulis perkataan yang berkaitan dengan tajuk (brainstorming / listing). Beri masa 30 saat. Pemenang berdasarkan kumpulan yang tulis paling banyak menulis perkataan yang betul. Boleh jalankan semasa mengajar karangan... Minta murid tulis point/perkataan berkaitan gambar/tajuk yang diberikan.

9. Puppet Show

Persediaan : Guru menyediakan puppet.
Cara pelaksanaan : Guru bercerita atau menerangkan tentang tajuk PDPC dengan menggunakan puppet.

sumber : google image
10. Code Breaking Game

Persediaan : Samada menggunakan lembaran kerja atau papan putih
Cara pelaksanaan : Minta murid break the code untuk kata kunci atau untuk mengetahui tajuk yang akan dipelajari.

11. Drama

Persediaan : Guru memakai topeng atau kostum. Boleh minta murid pakai topeng/kostum.
Cara pelaksanaan : Guru/murid memakai topeng / kostum untuk menarik minat murid-murid mendengar isi pelajaran pada hari tersebut.

12. Penggunaan lembaran kerja

Persediaan : Guru sediakan lembaran kerja seperti teka silangkata, mencari perkataan tersembunyi dll.
Cara pelaksanaan : Murid-murid dikehendaki melengkapkan aktiviti.

13. Congak

Cara pelaksanaan : Minta murid-murid menjawab secara lisan bagi soalan matematik mudah.

Sumber : Google Image
14. Hangman

Cara pelaksanaan : Minta murid meneka huruf. Sekiranya salah, hangman akan di lukiskan di papan putih. Murid meneka tajuk PDPC pada hari tersebut.

Sumber : Google Image

15. Realia 


Persediaan : Guru membawa BBM sebenar ke kelas.

Cara Pelaksanaan: Contohnya, untuk mengajar tajuk buah-buahan, guru membawa buah-buahan sebenar untuk memperkenalkan tajuk. Untuk menjadikan PDPC lebih menarik, buah tersebut mungkin boleh digunakan untuk dijadikan juice / fruit salad dsb sebagai aktiviti murid. Contoh lain, boleh gunakan coklat M&M's dan skittles untuk mengajar warna! Murid anda mesti sukakannya... Saya pun suka! Haha...

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini... Semoga idea-idea yang saya nyatakan ni sedikit sebanyak dapat membantu kalian mencipta PDPC yang menarik dan semestinya letopsss untuk anak-anak didik. Take care, gaise!

Nota kaki : May Allah make us from among those who brighten up another person's path with happiness, even when our own is clouded with darkness. Ameen... - Dr. Bilal Philips

1 comment: