Laman Pembelajaran Al-Quran 30 Juzuk Beserta Audio Bacaan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 3 September 2018

Laman Pembelajaran Al-Quran 30 Juzuk Beserta Audio Bacaan


Assalamualaikum.

Laman pembelajaran yang dihasilkan oleh Ustaz Huszarudin memang selalunya tip top. Beliau memang sangat aktif membuat perkongsian site di media sosial. Dalam masa yang sama, site-site yang dibina digunakan secara meluas disamping membantu beliau membudayakan FrogVLE di sekolah sendiri. 

Kali ini beliau berkongsi Laman pembelajaran (Site) Al-Quran 30 Juzuk lengkap dengan audio bacaan untuk semakan kendiri. Sangat sesuai digunakan semasa aktiviti #QuranHour, tilawah Al-Quran dan tasmik di sekolah... Pada saya, site sebegini bukanlah terhad digunakan di sekolah, malah anda juga boleh menggunakannya di rumah atau di mana sahaja. 

Berikut adalah link yang dikongsikan dengan saya tempoh hari... 


Semoga akan lebih ramai lagi rakan-rakan guru yang sudi berkongsi site-site bermanfaat sebegini kepada umum. Kesungguhan ustaz Huszarudin dalam membina dan berkongsi laman yang dibangunkan wajar menjadi contoh kepada kita semua. 

Nota kaki: Stars can't shine without darkness. 

No comments:

Post a Comment