Cadangan Hadiah Untuk Murid - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 12 November 2018

Cadangan Hadiah Untuk Murid


Assalamualaikum... 

Boleh kata semua guru sedang sibuk dalam persiapan Hari Anugerah Cemerlang di sekolah masing-masing sekarang ni... Yelah, dah hujung-hujung tahun ni memang cikgu-cikgu tak senang duduk. Dengan nak urus buku teks, naik kelas, semak kertas peperiksaan dan mengendali macam-macam majlis termasuk salah satunya Hari Anugerah Cemerlang...

Sudah menjadi kebiasaan, sekolah akan memberi plaque dan trophy kepada murid-murid yang menerima anugerah semasa majlis tersebut. Walau bagaimana pun, ada juga sesetengah sekolah yang ada bajet lebih, akan memberikan juga hadiah saguhati kepada murid-murid cemerlang ni. Selalunya AJK hadiah akan pening-pening lalat, tak tahu apa nak dibeli. Di sini saya nak kongsikan, beberapa jenis hadiah yang rasanya memang worth it dan akan membuatkan murid-murid gembira menerimanya... InsyaAllah... Tapi agak di luar kotak sikit lah... Idea saya memang selalunya pelik-pelik. 😅 Huhu... Pilih-pilih la yang mana sesuai hokayy! 

1. Voucher 
Yang ni kena beli dari mana-mana kedai buku. Saya pernah dapat Voucher Kedai Buku Popular beberapa tahun lepas untuk cabutan bertuah... Seronok weih! Walaupun nilainya hanya RM20... seronok tak terkata. Rasanya kalau budak-budak dapat voucher, memang mereka suka sebab mereka bebas memilih dan membeli barangan keperluan mengikut selera masing-masing. Bagi voucher KFC pun boleh.. 

2. Voucher Kedai Buku/Koperasi Sekolah
Yang ni pun bagus kalau pihak sekolah boleh deal dengan kedai buku/Koperasi sekolah. Mana tau kot dorang nak sponsor ke... Bagi voucher potongan harga buku ke, cash voucher ke... So that murid-murid boleh guna masa mereka nak beli buku pada hujung tahun nanti... Dapatlah ringankan beban ibubapa juga kan?!

3. Jambangan coklat
Sekarang kan famous, ramai yang buat jambangan coklat... Yang ni confirm budak suka. Kalau takde jambangan pun takpe, beli coklat, ikat dengan reben... Tak pun letak dalam paperbag... Pada saya,  tak perlu membazir duit dan masa dengan hiasan, lebih baik beli coklat yang sedap & mahal sikit, rasanya lebih berbaloi... kann? Simple is nice! :)

4. Alat tulis
Alat tulis pun ramai yang dah pandai gubahkan jadi seumpama jambangan bunga sekarang ni... Hebat-hebat orang sekarang. Kalau ada banyak masa, ok la buat jambangan bagai... Tapi kalau tenaga dan masa kurang, beli je set alat tulis, kadang-kadang memang dah ada kotak siap-siap... tampal reben, siap! Mudahkan kerja selain menjimatkan duit untuk buat hiasan-hiasan tu. Beli barangan yang berkualiti lebih baik dan tahan lama... Tambah-tambah kalau dapat kat anak-anak yang kurang berada, dapat set alat tulis yang mahal, memang mereka terharu! Yang kedai RM2 mungkin mereka dah biasa beli/dapat... Kan!

5. Buku Mengikut Matapelajaran
Saya rasa buku ni memang common la... Memang selalu murid-murid dihadiahkan buku. Bagus juga, mereka tak perlu beli untuk rujukan kat rumah dah misalnya... Selain tu, sekolah pun boleh berjimat. Guna buku-buku naskah contoh yang dihantar oleh publisher untuk dijadikan hadiah... Jimat banyak!

6. Kamus
Kalau ada bajet lebih, beli kamus elektronik terus... lagi best!

7. Kalkulator Saintifik
Yang ni sesuai untuk murid tahun 6 yang bakal melangkah ke sekolah menengah... Untuk pelajar sekolah menengah pun ok. Cuma modal besar sikitlah nak beli hadiah ni... Mungkin boleh beli 1-2 bagi kat tokoh murid ke atau murid yang betul-betul layak dan terbaik.

8. Diari / Buku tulis
Teringat zaman masa saya bersekolah menengah dulu. Pernah menang pertandingan dan dihadiahkan beberapa buah buku tulis yang diikat dengan reben. Simple. Tapi sangat berguna. Jimat, dapat kurangkan kos nak beli buku tulis untuk tahun depan... :) Diari mungkin lebih sesuai untuk murid yang dah nak menginjak ke alam remaja.

9. T-shirt sukan / t-shirt rasmi sekolah
Kalau ada bajet, why not bagi benda yang berguna macam ni... Untuk kegunaan murid tu pada tahun akan datang.

10. Pendrive 
Untuk murid-murid tahap 2 atau murid sekolah menengah, benda ni mungkin berguna untuk mereka terutama bila mereka dah terlibat nak buat macam-macam kerja kursus / projek nanti... Yang 8GB pun rasanya dah ok. Apa pun, ikut bajet sekolah anda.

11. Merchandise istimewa yang ditempah khas oleh sekolah 
It can be keychain, pen, fridge magnet ke, mug ke, notebook, towel ke... Budak-budak mesti suka dapat barang-barang yang semestinya memberikan kenangan kepada mereka bila logo/nama sekolah terpampang jelas kat barang-barang tu...

12. Tuala / tuala muka
Benda ni nampak simple tapi serius berguna terutama untuk murid-murid yang aktif bersukan... Kalau tak guna kat sekolah pun, boleh je guna kat rumah, kann... Kalau dapat yang dah siap disulam dengan nama sekolah, lagi awesome!

13. Mug
Dulu masa zaman sekolah, selalu juga pegi ke Central Market beli hadiah untuk kawan la, cikgu la... Sebab kat situ ada banyak artist yang boleh lukis-lukis kat mug/tiles/keychain... custom made gitu... Boleh tulis apa sahaja... Sekarang ni mungkin boleh beli je kot mug yang dah siap ditulis Good Luck ke All the Best ke Congratulations ke... Banyak je jual kann... Tak pun tempah je. Boleh letak logo sekolah terus.

14. Set geometri
Set ni memang akan digunakan terutama bagi murid-murid tahap 2 & pelajar sekolah menengah.

15. Beg sekolah
Yang ni pun murid boleh guna pada tahun hadapan...

16. Botol minuman / bekas makanan
Yang ni boleh la bagi sesambil nak promote murid untuk bawa bekal ke sekolah...

UPDATE 18/10/2020

17. Hand Sanitizer
Memandangkan sekarang ni hand sanitizer dah jadi macam keperluan, boleh la kot nak bagi sebagai hadiah... Ada je yang dalam 3-4 ringgit sebotol...

18. Face Mask
Ni pun boleh... Beli sekotak, boleh repack semula untuk beri pada murid. Harga pun tak la mahal sangat.. Bagi dalam 4-5 keping pun okay jer... Kalau ada bajet, boleh beli cloth mask... 

19. Sabun tangan 
Terpulang nak beli yang paper soap ke yang dalam botol ke.. yang penting saiz tak terlalu besar, praktikal untuk dibawa kemana-mana... 

20. Tisu
Yes, ni paling murah.. tisu poket yang comel boleh juga dijadikan cenderamata. Bukan apa, kita nak galakkan murid-murid jaga kebersihan. Sentiasa ada tisu bersama untuk lap apa-apa... nak guna time bersin, batuk, selsema pun boleh... Kalau ada bajet, boleh beli tisu basah... 👍🏻

21. Beg Bekal
Since sekarang ni ramai yang bawa bekal ke sekolah, boleh juga jadikan beg bekal sebagai hadiah... 

22. Mask extender
Benda ni pun kalau bagi sebagai hadiah untuk murid-murid perempuan khususnya, memang sesuai sangat musim Covid19 ni... Hehe...

23. Belanja makan (kantin / foodpanda / grabfood dll)
Nak belanja makan pun bagus juga... Boleh beli dari kantin tak pun order je dari mana-mana... semua dihujung jari sekarang ni kan... 🤭

24. Party pack
Kalau tak nak bagi jajan, segala keropok-keropok tu.. boleh gantikan dengan air kotak, coco crunch, sandwich, biskut dll... 

25. Buah
Nak bagi buah pun ok jer... Teringat dulu saya pernah terima hadiah Hari Guru... Beberapa biji buah epal merah yang dicelupkan dalam coklat, kemudian ditaburkan sprinkle warna warni... Sedap! 😍 Selain epal, boleh ganti dengan oren, limau, anggur dll... 

26. Kek
Cupcake comel... atau cheese tart... brownies... kalau dapat tempah atau buat sendiri yang custom ada lukis-lukis atau tulis nama murid kat kek tu, confirm murid tu terharu.. haha... 

Senarai ni hanyalah sekadar idea untuk mempelbagaikan jenis hadiah... Apa pun, semuanya tertakluk kepada bajet yang ditetapkan oleh pihak sekolah anda. Kebanyakkan barang yang disenaraikan, ada je kalau nak cari kat kedai RM2 ke kedai mahal ke... Cuma kalau saya, saya sukakan kualiti dari kuantiti. Sekian dari saya... Assalamualaikum...

Nota kaki: Good things come to those who believe, better things come to those who are patient and the best thing come to those who don't give up.

2 comments: