Tips Untuk Print Full Page Power Point & Word - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 19 November 2018

Tips Untuk Print Full Page Power Point & Word


Assalamualaikum semua

Since kali ni buat kerja agak last minute, banyak pulak nak kena keluar sekolah time dah last-last sekolah ni... Hmm... dengan keadaan mood yang ke laut sekarang ni, saya design buku program guna Power Point je untuk HAC baru-baru ni... Dalam kalut tu sempat juga la saya siapkan 2 design. Salah satu design, saya ceduk gambar latarnya dari blog Cikgu Ayu hasil perkongsian Ustazah Anis. Satu lagi saya design sendiri. Kalau korang nak, boleh download ye... Mana tau kot nak guna untuk program apa-apa ke nanti... Tukar wording je.

Tetapan pada Power Point 

Nak print power point slides full page bewarna memang kena bersabar banyak kalau guna printer biasa-biasa... Saya guna printer dalam makmal saya Canon G2000, sampai ke malam juga la baru siap habis printing... Nak jadikan full page printing, cuba guna setting ni... Tapi hasil mungkin berbeza dengan printer jenis lain... and to be honest, ada gak yang saya print keluar border putih kat tepi, tapi tak la teruk sangat... Untuk makluman, saya guna PowerPoint 2016 ye... Try la print buku program ke, poster untuk kelas ke... 

Caranya :-
1. Klik PRINT - PRINTER PROPERTIES 
2. QUICK SETUP - PHOTO PRINTING 
3. Tandakan kat kotak BODERLESS PRINTING  
4. PRINT QUALITY (Set kan HIGH) 
5. PRINTER PAPER SIZE - Set kan A4
6. KLIK SAVE - taipkan BUKU PROGRAM (Ini adalah untuk korang save setting printer. So next time nak print buku program, dah tak payah pening kepala nak setting bagai, klik je dalam list tu, BUKU PROGRAM, siap!
7. Dah siap setting, boleh print... :)



Tetapan pada Word

Okay, untuk Word, korang boleh setting kat:-
LAYOUT - MARGINS - CUSTOM MARGINS - dekat MARGINS - TOP, BOTTOM, LEFT, RIGHT tu korang setting jadi 0. Klik OK. **kalau ada popup, klik je OK.


Word ni untuk kalau korang letak gambar ke letak carta ke, so nak print full page, ni kaedahnya... But still ada gak kadang-kadang keluar border putih tu kat tepi tapi sikit jer laa... Untuk teks, tak sesuai plak kalau takde margin langsung... Guna setting ni untuk print gambar ok laa, tapi untuk teks rasanya elok korang guna tetapan macam biasa... Nanti pelik pulak rupa dokumen korang... kan!

Template Buku Program

Di sini saya sertakan sekali template buku program Hari Anugerah Cemerlang sekolah saya. Tapi biasa la, design saya memang simple je... Kalau berminat nak guna, sila download ye... Saya sertakan sekali dengan font yang digunakan. Ada 2 design, pilih la yang mana berkenan, silakan guna tak kisahlah untuk majlis apa pun, tak semestinya untuk HAC kan... :)


DOWNLOAD :- TEMPLATE BUKU PROGRAM 

Nak tengok versi elektronik yang simple punya...Klik kat link ni haa... http:bit.ly/hacskrj2018
Kami hanya berikan QR Code & link untuk ibubapa dan guru tengok buku program HAC... Printed version hanya untuk VIP.


Semoga bermanfaat... Anyway, kalau korang ada cara lain nak bagi printing cantik full page, share la dengan saya ye... Okay, good luck, gais! Take care ya semua... Babai!

Nota kaki : Hari ni birthday arwah abah... Allahuakbar, rindunya kat arwah abah dengan mama... Al-Fatihah... 😭

2 comments:

  1. Salam cg, terbaik hasil kerja cg.boleh kongsikan mcm mana cara nak mereka buka program versi elektronik/digital.terima kasih

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tq for sharing.. al Fatihah untuk arwah ayahanda

    ReplyDelete