Cara Menggunakan Aplikasi Jadual Waktu ASC Timetables Untuk Beginner - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 30 December 2018

Cara Menggunakan Aplikasi Jadual Waktu ASC Timetables Untuk Beginner


Assalamualaikum semua...

Baru-baru ni, sahabat saya Ustaz Huszarudin Bin Hussin berkongsi Nota dan panduan untuk guru-guru belajar cara menggunakan aplikasi jadual waktu ASC Timetables yang mana saya rasakan sangat berguna terutama untuk guru-guru beginner yang baru sahaja nak berjinak-jinak dengan dunia jadual waktu. Nota yang agak complete untuk guru-guru belajar basic tentang cara untuk menyusun dan mengendali jadual waktu di sekolah masing-masing. Menyusun jadual waktu memerlukan kemahiran serta kesabaran yang tinggi. Bukan senang nak susun untuk memastikan kelangsungan perjalanan semua kelas setiap hari, tapi ia bukanlah suatu yang mustahil. InsyaAllah, boleh jer! 


Nota sebegini memang sangat membantu. Saya sendiri walaupun dah bertahun terlibat dengan jadual, masih lagi merasakan nota ni perlu ada dalam simpanan untuk rujukan di masa akan datang. Boleh terlupa sebab banyak sangat benda dalam tu disamping faktor umur yang semakin meningkat. Hahahhaha.  


Bagi yang berminat, anda boleh download nota yang disediakan untuk panduan. Pada saya ilmu ni patut disebar luas, jadi lepas ni lebih ramai lagi yang berkemahiran dalam menyusun jadual waktu sekolah. Saya sediakan 2 pautan supaya tak jammed korang nak download nanti... Huhu... Tahun depan dah boleh ambik tender buat jadual... Gitewww! Hahahahha


Download : 




Ada part yang sedikit tricky misalnya untuk letak perkataan REHAT dalam jadual waktu, untuk pertindihan waktu tahap 1 & tahap 2 dsb yang mungkin anda akan belajar sedikit demi sedikit apabila anda sudah biasa menggunakan aplikasi ni nanti. 


Ni ada sedikit perkongsian dari saya... Cara nak marking waktu rehat... Tu pun tak la cantik sangat pun, still ada lari sket masa Tahap 1 tu. Cuma tak la obvious sangat. Heheh... Try and error eh! Siapa pandai meh share dengan hakak... 

Cara letak perkataan REHAT dan marking waktu REHAT untuk Tahap 1 & Tahap 2




Untuk masa kat jadual tahap 2, OK! Tapi kat tahap 1 masih ada lari sikit.. Rehat habis 9.50 tapi waktu keenam tercatat pukul 10.00... Pening! Haha


Cara Untuk Menyediakan SUMMARY GURU Mengikut Hari Bagi Memudahkan Urusan Susun Relief



Ni baru nak letak REHAT dengan nak sediakan lembaran mudah untuk buat relief, dah pening... Hahaha... Belum lagi nak susun manual bila sistem tak boleh generate sebagaimana yang kita nak... Hukss... Bertambah pening... Kikiki... Apapun alhamdulillah, cikgu-cikgu sekolah saya dah dapat jadual 2019 mereka first day meeting tempoh hari... Allah permudahkan, syukur!


Okay la, semoga dengan sedikit ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu cikgu-cikgu dalam menggunakan aplikasi ASC Timetables ni. Saya pun tak la pandai tara mana guna ASC ni, sikit-sikit je haa... Saya pun masih mencari ilmu yang lebih advanced. Hehe... Siapa expert boleh la pm tepi hakak! Semoga bermanfaat! Take care, gais! :)


Nota kaki : Faith is unquestioning belief. 

1 comment:

  1. Salam kak, macam mana kalau taknak ada tulisan please register bila nak print ye?

    ReplyDelete