Cara Untuk Save Jadual Waktu ASC dalam format PDF - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 28 December 2018

Cara Untuk Save Jadual Waktu ASC dalam format PDF


Assalamualaikum...

Saya nak share simple tips untuk guru-guru yang terlibat membuat jadual, cara untuk anda menyimpan keseluruhan jadual waktu yang dah siap dalam bentuk PDF. Susah jugak nak share dengan orang lain kalau file dalam format .roz kan... Kalau orang yang kita share tu takde perisian ASC, memang dia tak boleh bukak sampai ke sudah file yang kita hantar tu kan... So, paling mudah, save as PDF & share. 

Mengapa perlu simpan dalam PDF? 

Jadual yang disimpan dalam bentuk PDF mudah untuk dikongsikan dengan guru lain menerusi whatsapp / Telegram. Selain itu, jadual dalam bentuk PDF juga boleh dibukukan (e-book) dan di muat naik di laman web / dashboard FrogVLE sekolah. 

Caranya bagaimana? As simple as...


1) Klik Print

2) Klik dropdown - jenis printer akan terpapar

3) Klik Microsoft Print to PDF

*** Saya guna Microsoft Office 2016, Windows 10.

4) Simpan file PDF tu di dalam laptop anda. Siappp!

Mudah kan? Hehe. Selamat mencuba! Oh ya, macam mana nak jadikan e-book? Boleh rujuk post saya yang terdahulu... Langkah Mudah Menghasilkan e-book

Kalau korang ada cara lain, silakan share dengan saya ya... Take care, gaise! Babai! :)

Perkongsian oleh cikgu Fuad, sebagai alternatif, sekiranya anda tak berjaya guna cara saya, anda juga boleh menggunakan perisian CutePdf untuk convert jadual kepada PDF. Terima kasih, cikgu! :)

Nota kaki: It is not possible that everything in life should happen according to our feelings and desire. 

No comments:

Post a Comment