Template Power Point Percuma - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 22 December 2018

Template Power Point Percuma



Assalamualaikum gais! 

Tadi bila ada sorang kakak ni PM mintak tolong share kan template Power Point, saya pun apa lagi, cuba juga cari-carikan... Tak sampai hati pulak tak tolong dia sebab dia ni antara orang yang saya senangi, sangat positif dan boleh kata setiap minggu dok ingatkan saya suruh apply GC. Dan macam-macam juga la alasan yang saya bagi kat dia. Hahahaahaa... Segala macam dokumen dia hulur kat saya. Maklum laa, dia ni duduk depan saya kat dalam bilik guru. Suami dia pulak Nazir kanan. So, kalau ada apa-apa maklumat terkini tentang pendidikan, dia la paling up to date kat sekolah saya... Banyak la dia share ilmu & bahan kat saya. Huhuhuu. Cuma tu lah... Dia pilih untuk bersara awal. Cikgu yang best macam ni, komited, budak suka, rakan guru senangi, cepat je bersara... Hmmm... 😞

Okay, di sini saya kongsikan laman web yang anda boleh dapatkan template Power Point yang awesome secara percuma. Pilih je yang mana berkenan, pastu download... Kalau anda memang jenis yang selalu buat presentation, elok la download template-template ni. Bukan apa, dengan background dan design yang berbeza-beza, sedikit sebanyak dapat menarik minat audience anda. Template power point berbeza dengan imej biasa yang kita letak jadikan sebagai latar kat slide. Template Power Point ni selalunya bertema, setiap slide temanya sama tapi background nya sedikit berbeza antara satu dengan yang lain. So, takde la latar belakang tu sama je dari slide 1 sampai slide 50... Kannn... 😂 

Ni antara yang saya jumpa, dan saya rasakan menarik & cantik... Yang mana background yang tak diperlukan, boleh delete je slide tu... Oh ya, laman yang saya senaraikan ni tidak memerlukan korang untuk create akaun ke bayar ke... Pegi je kat link tersebut kemudian boleh download terus template-template tu... :)





4. https://www.presentationgo.com/ (yang ni kalau korang nak download segala carta-carta yang cantik... Nak piramid ke nak carta pie ke... cantik-cantik belaka! Contoh boleh lihat kat gambar bawah ni...)


Sebenarnya ada banyak lagi laman web yang menawarkan template Power Point percuma. Saya pilih yang di atas ni sebab tak perlu nak register, login bagai, pegi ke laman tu dan terus boleh download template yang dikehendaki... Sekian dari saya, semoga bermanfaat! Assalamualaikum... :)

Nota kaki: No matter what you've been through, it's written. No matter what you know, it's written. No matter what you do, it's written. Put your trust in Him. InsyaAllah...

2 comments: