Tips Untuk Menyusun Jadual Waktu Guru - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 19 December 2018

Tips Untuk Menyusun Jadual Waktu Guru


Assalamualaikum semua...

Sengaja saya pilih tajuk berkaitan jadual waktu, nak ambik mood buat jadual sebenarnya... Huhu. Sekolah korang guna sistem apa? winjaws? ASC? Erm... Apa pun sistem yang digunakan, kita sebagai manusia biasa ni perlu juga edit yang mana patut agar ada ciri-ciri kemanusiaan sket kat jadual tu... Kalau harap sistem yang generate, hmmm... kesian la kat kawan-kawan kita. 

Dah lama ilmu jadual ni terperam, banyak sangat yang saya dah lupa. Sampailah 3 tahun kebelakangan ni, sejak dilantik jadi guru jadual waktu, haa... masa ni la ilmu tu diguna pakai. Itu pun sebab guru jadual kat sekolah saya ni berpindah. Kalau tidak, memang saya akan duduk diam-diam je... Haha. Tak suka nak expose kan diri. Terus terang cakap, saya tak la expert. Sebab saya banyak belajar through experience je. Pengalaman sendiri. Explore sendiri. Hehe. 

Okay, since saya baru je lebih kurang tiga tahun terlibat dalam membuat jadual waktu, saya nak share serba sedikit experience saya kot-kot boleh membantu korang dalam penyusunan jadual.  Alhamdulillah setakat ni takde complain lagi tentang jadual kat sekolah saya. Cikgu sekolah saya baik-baik belaka... Mereka redha je... :) 

Pertama

Sebagai AJK jadual waktu, anda patut duduk berbincang sama dengan barisan pentadbir. Bukan apa, kadang-kadang kita orang bawahan ni yang lebih kenal kelebihan & kekurangan kawan-kawan kita. Contohnya macam di sekolah saya, ada guru opsyen BM tapi dia hebat mengajar Maths, dan dia prefer ajar Maths, so, kalau cikgu BM dah cukup, boleh la letakkan cikgu ni untuk fokus ajar Maths jer. So, tugas korang, bagitau la kat pentadbir kalau-kalau mereka tak alert tentang benda macam ni.

Kedua

Perlu NEUTRAL. Be professional. Jangan ada perasaan nak kenakan kawan-kawan. Waimah kau tak suka kat cikgu tu pun, jangan kenakan dia. Allah tahu dan Allah marah! Saya cakap macam ni sebab ada kes dimana cikgu tu sengaja dikerah untuk ajar subjek tertentu (selalunya subjek minor laa...). In case kalau memang tak boleh nak buat apa, kiranya korang terpaksa letak cikgu tu untuk ajar benda yang dia tak boleh ajar atau tak minat nak ajar, tolong la pegi jumpa dia personally, cakap elok-elok, explain kat dia. Kadang-kadang manusia ni, bila kita berlemah lembut, hati dia melted. Cair!😆 Tapi misal kata dah explain, dia masih berkeras tak nak ajar subjek berkenaan, serahkan je kat pentadbir untuk uruskan. 

Apa pun, setahu saya, guru memang kena ikut keperluan sekolah... Serius! Argue la sampai ke mana skali pun, keperluan sekolah adalah keutamaan kita. Huhu... Kalau ada yang jadi kes macam ni, korang sabar je la ye... mungkin dugaan untuk korang. Doa banyak-banyak. :)

Ketiga

Kenal pasti guru kelas terlebih dahulu sebelum susun jadual. Make sure guru kelas ada mengajar subjek teras atau beberapa subjek minor dalam kelas tu. Bukan apa, nanti mereka susah nak urus kelas sendiri kalau mereka cuma masuk sekali seminggu. Kesian kat budak pun ye, tak kenal guru kelas mereka... Yela, jumpa seminggu sekali. Nak pulak kalau cikgu tu kena kursus ke apa ke, langsung tak jumpa minggu tu... 

Keempat

Untuk kelas peperiksaan, selalunya matapelajaran minor akan diberi keutamaan kepada guru matapelajaran teras. Contoh, cikgu BM ajar BM dan Seni. Bukan apa, memang la seni tu penting, tapi at least cikgu tu ada masa lebih bersama murid. Buat siap-siap dari awal tahun, senang... 

Kelima

Kenal pasti kelebihan rakan-rakan guru. Tengok-tengok tugas yang disandang oleh mereka... Kalau dah cukup berat, mana yang boleh dikurangkan kat jadual, kurang-kurangkan la... I mean, subjek minor, mana boleh tarik tepi, tarik la... Kesian kat kawan-kawan yang banyak tugas pada masa yang sama kelas penuh sepenuhnya. Apa pun, back to point kedua tadi ok. Jangan berkira sangat pasal ni sebab guru-guru ni sibuk pun untuk kemajuan sekolah, latih budak pun untuk naikkan nama sekolah korang jugak kan! So, pandai-pandai la... give and take ok! :)

Keenam

Sentiasa bersikap adil. Yang ni memang susah, sebab kadang-kadang kita manusia ni pasti nak tolong orang yang rapat dengan kita, kawan baik kita... Jangan! Cubalah jadi adil. Susah-susah bagi je sama rata. Saya tau memang susah kita nak puaskan hati orang, tapi pada saya kita kena cuba untuk puaskan hati semua guru di sekolah kita. Buat yang terbaik, insyaAllah, Allah permudahkan... Bab ni selalu terjadi bila guru jadual block masa rehat mereka bersama clique! No no no! Jangan buat macam tu naaa... Tak baik! Sebab apa saya kata jangan buat macam tu? Sebab bila anda dah block certain guru pada waktu tertentu, anda akan ganggu orang lain juga. Tu yang kadang-kadang, ada guru yang kena mengajar direct 5-6 waktu. Please heh! Jangan buat macam tu... Kesian kat kawan-kawan. 

Ketujuh

Belajar setting maksimum waktu mengajar guru dalam satu-satu masa. Contohnya macam di sekolah saya, saya tetapkan maksimum guru-guru akan mengajar direct selama 3 waktu je. waktu keempat mesti dikosongkan. Penat weihh ngajar direct lama-lama. Nak nak kalau kelas peperiksaan atau kelas lemah... Perghhh... layu terus cikgu tu kalau kena ngajar 5-6 waktu direct. Tapi walau bagaimana pun, bila guna sistem, pasti ada juga yang tak dapat penuhi kehendak kita. So, masa ni la korang kena gunakan skill korang susun jadual secara manual... Tariklah ke sana sini selagi boleh. Sebolehnya elak guru mengajar direct lama-lama (melebihi 4 waktu). Ukenduit! InsyaAllah... :)

Kelapan

Berperikemanusiaan. Yes, yang ni terkait dengan point keenam tadi. Jangan la bagi sorang guru tu mengajar kat kelas hujung jer... Semua yang hujung bagi kat dia. At least bagi la dia merasa mengajar kelas OK / sederhana, dengan kelas yang kurang sikit... Bukan apa, mengajar ni kadang-kadang stress juga kalau asyik mengadap kelas yang muridnya bermasalah. Ini realiti. Nanti kalau cikgu tu tak bermotivasi nak mengajar, lagi parah. Impaknya kat murid dan sekolah! Unless kalau cikgu tu memang excellent mengajar kelas hujung atau dia memang request nak kelas hujung, then it should be okay... Fikir-fikirkan ya... :)

Kesembilan

Beri tanggungjawab penetapan kelas/subjek guru mengajar kepada pentadbir. Anda guru jadual, sekadar dipinggiran je... giteww.. Haha... Maksud saya, biar pentadbir tetapkan dulu, anda hanya beri pendapat dan rasional kenapa cikgu tu tak sesuai mengajar di kelas / subjek tertentu... Rujuk balik point pertama dan kelima. Ingat, fungsi anda membantu, bukan menyucuk! 

Kesepuluh

Setelah mencuba buat yang terbaik semasa menyusun jadual, berlapang dadalah bila kena kecam ke kena sound ke... Sebab tu saya kata, kita buat je yang terbaik, selebihnya biar Allah yang tentukan. Manusia akan judge kita walau sebaik mana pun kita buat untuk mereka. Biarkan. Let them judge you. Diam sudahh... Ada benda yang kadang-kadang kita tak perlu explain panjang-panjang lebih-lebih lagi bila kita dah all out buat yang terbaik untuk rakan-rakan guru di sekolah kita. Nanti bila korang pindah sekolah, mereka akan tau apa yang anda buat selama ni betul ke salah ke. They will miss you! Serious... Nanti akan terdengar la kata-kata... "Masa cikgu A buat jadual dulu, takde pun macam ni bla bla bla..." So anggap je kata-kata nista mereka tu umpama angin yang lalu. Lantakkk! Just do the best you can. Allah tahu. No worries okay! :)

Kesebelas

Pertimbangkan faktor fizikal dan struktur bangunan sekolah. Ada cikgu yang jadualnya waktu pertama di tingkat 4 blok A, waktu kedua kena panjat tingkat 4 blok B pulak. Pertimbangkan guru veteran & guru yang mengandung. Point ni dikongsikan oleh cikgu Rohaizan Othman di Facebook. Terima kasih, cikgu! 

Sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini... Diharap semua guru gembira dengan jadual masing-masing. Yes, kita memang tak dapat puaskan hati semua orang, tapi Allah tahu bagaimana sedaya upaya kita cuba melakukan yang terbaik demi mereka! InsyaAllah... Keep being kind ya! Kindness cannot be bought. It's free. Bagi yang dapat jadual tak kena dengan kehendak hati, bersabarlah ya... terus mendidik anak bangsa seikhlasnya, tunggu je ganjaran di akhirat nanti... :)

Nota kaki : Don't forget that you're human. it's okay to have a melt down. Just don't unpack and live there. Cry it out and then refocus on where you're headed. Remind yourself that it's okay to not to be perfect. InsyaAllah... #iamnobody

6 comments:

  1. Bahagia kalau yang buat jadual tu faham cikgu-cikgu. Kadang-kadang orang tak tahu nak beza antara minat dan kepakaran. Saya minat grafik tapi orang fikir saya pakar dalam bidang ICT. Mengajar TMK Tahun 5, boleh kemurungan kejap. :D

    ReplyDelete
  2. Emmm...dh ckp byk kali dgn guru jadual waktu..jgn bg straight 4-5 masa...sian tgk kawan tu..pastu dia ckp, komp yg generate..emmmmm... APTB������

    ReplyDelete
  3. Alahai... siannya kat korang. Sabar ya...

    ReplyDelete
  4. sy guna asc...boleh tetapkan straiht waktu hanya 3 masa...lepastu mesti ada selang kosong...dan sehari maksimum 7-8 waktu shj...tak lebih...tp seronok bila dpt buat jadual cantik dan ramai puas hati...nak setting blok bangunan jer tak pandai lagi hehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah cikgu azhar.. memang betul, kalau berjaya cantikkan jadual utk semua org, memang rasa seronok sgt. Satu kepuasan bila semua org happy. :)

    ReplyDelete
  6. Maaf nak tanya, guru jadual waktu itu kiranya Guru Penolong Kanan 1 kah?

    ReplyDelete