Cara Mudah Untuk Menghasilkan Poster - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 3 January 2019

Cara Mudah Untuk Menghasilkan Poster


Assalamualaikum semua...

Dua hari bersekolah, rasa nak demam berkejar ke sana sini settle kan macam-macam. Terasa penat, maklum la dah bersenang lenang sebulan bercuti... Kat sekolah memang tak duduk diam, sedar-sedar dah nak balik... Penangan bercuti sebulan tanpa gagal! Hahahha... 

Malam ni baru sempat nak update blog. Alhamdulillah dapat ilmu baru lagi... Jadi, elok la kalau saya kongsikan di sini supaya lebih ramai lagi yang tahu tentang bagaimana nak buat poster dengan menggunakan aplikasi percuma ni. 

Apa yang menarik tentang apps ni, pertama, tentulah sebab ianya percuma! Kedua, mudah digunakan, tidak terlalu kompleks dan sangat sesuai untuk beginner. Ketiga, untuk murid pun sangat sesuai jika kita bagi mereka guna apps ni sebab tak banyak fungsi yang perlu dipelajari, simple je tapi hasilnya letopsss! Giteww... Hehe Untuk anda yang memang dah biasa guna apps seperti Canva, Postermywall, Freepik dll, rasanya memang takde masalah langsung sebab apps ni jauh lebih simple dan mudah nak diguna. 

Okay, boleh rujuk screenshot dibawah untuk lihat dengan lebih detail lagi cara nak hasilkan poster dengan apps ni. 

1) Pergi ke laman www.designcap.com 
2) Sign Up - guna email atau boleh sign up guna akaun Facebook jer...


3) Klik Make a Free Poster/Flyer


4) Dah boleh mula design... Pilih la template yang sesuai. Semua template percuma. Edit-edit sikit, siap! Kalau taknak guna template pun takpe... design sendiri je...


5) Boleh masukkan gambar. Ada tiga fungsi di sini. Pilih samada nak ambil gambar dari komputer ke dari FB kita ke atau boleh cari je gambar yang berkenan kat internet...


6) Pilih design text yang dikehendaki... Boleh tukar font mana yang berkenan...


7) Misal kata nak padam perkataan tu, boleh klik kat Text-Property-Delete (icon tong sampah)


8) Clipart pun banyak yang comel-comel. Siap boleh tukar-tukar warna lagi tu... Best! Boleh save dalam pelbagai format dan saiz.


9) Nak share kat Media Social pun boleh...


Pada saya ilmu ini sangat berguna untuk guru-guru terutama untuk promote event sekolah, ceramah ke motivasi ke, bila ada poster, macam lebih WOW kann! Selain itu, anda juga boleh guna apps ni untuk design carta-carta subjek dan carta dalam kelas.  Memandangkan aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan, ia boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti Kelab Komputer; minta murid design poster menggunakan aplikasi ini... Boleh juga minta murid hasilkan infografik tentang sesuatu tajuk yang mereka pelajari. Tak kisah la subjek apa pun, Sains ke Bahasa ke Matematik ke Geografi ke Sejarah ke... apa je... Dengan adanya infografik tersebut, guru dapat mengukur kefahaman murid disamping mengasah kreativiti murid-murid dalam menterjemahkan nota serta ilmu yang mereka dapat dalam bentuk yang lebih simple dan mudah difahami (infografik). 

Setakat ni sahaja perkongsian saya hari ni... Semoga bermanfaat! Good night, gais! :)

Nota kaki : Just when the caterpillar thought her life was over, she began to fly... 💙💚💛💜

6 comments:

  1. assalamualaikum,,benda ni berbayar ke?

    ReplyDelete
  2. benda ni berbayar ke?sebab time saya dah siap buat semua tu,tak boleh nak save...macam mana ye?

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Ni apps percuma..

    ReplyDelete
  4. Sangat ringkas dan jelas perkongsian yg diberikan....tk byk2 atas ilmunya

    ReplyDelete
  5. klu letak pautan URL blh klik atas tu dan terus ke laman url tu tak?

    ReplyDelete