11 Cloud Storage Percuma Pengganti Pendrive - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 11 February 2019

11 Cloud Storage Percuma Pengganti Pendrive


Assalamualaikum gais! 

Rasanya ramai yang dah biasa guna Google Drive untuk simpan macam-macam dokumen, gambar, file, folder segala kann? Hehe.. Okay, hari ni saya nak perkenalkan kat korang 11 Cloud Storage yang korang boleh gunakan sebagai alternatif untuk pendrive. Yang penting, PERCUMA dan tak perlu nak fikir pasal pendrive hilang ke apa ke... Selain tu, kita boleh akses ke cloud storage bila-bila masa selagi ada internet, kat mana-mana device, laptop ke henfon ke, komputer kawan ke... tab ke...  Senang nak share bahan-bahan, share link je... Check it out! 😉 

Antara Cloud Storage yang menawarkan ruang simpanan awan percuma adalah:-


Menyediakan space 15GB untuk satu-satu akaun. Tahun lepas, mereka ada beri tambahan 2GB kepada pengguna sedia ada dengan syarat pengguna tu update apa tah... Saya lupa... So, sapa yang update tu, dapatlah extra 2GB. Total of 17GB per account... 


Untuk Google Drive, kalau nak jimat space, gunakan Google Docs/Slides/Sheets... Kalau korang upload file Word/Excel/PPT, memang akan makan ruang sikit... Try la convert kan file tu jadi Gdocs ke slides ke sheets ke... Dah convert, jangan lupa buang file Microsoft Office tu. Jimatlah sket ruang yang ada tu. :)

Oh ye, btw, untuk cikgu-cikgi yang ada akaun yes (FrogVLE), google drive korang unlimited space ye... Simpan la apa pun, takkan penuh. Giteww! 

UPDATE 2/10/2020

Yes, skarang ni orang dah tak guna Yes account, tapi dah guna MOE-DL... Delima... Unlimited space jugak. Namun begitu, perlu sentiasa ingat yang akaun-akaun seperti ini bukanlah 'sepenuhnya' milik kita. Ianya masih di bawah seliaan admin/super admin... 


Box.com menawarkan 10GB ruang untuk satu-satu akaun individu. Banyak weihh... Macam-macam boleh simpan! Hehe... Walau bagaimana pun, maximum saiz untuk satu-satu file adalah terhad kepada 250MB sahaja ye... So, kalau setakat nak simpan lagu, dokumen, memang boleh sangat laa... Nak simpan movie rasanya macam tak lepas... Huhu...


Yang ni sangat popular dulu-dulu... Hehe... Anda akan diberikan 2GB ruang simpanan secara percuma. Saya suka juga dengan Dropbox ni, ada banyak fungsi tambahan yang awesome sekiranya anda ambil pakej berbayar... Tapi kalau setakat nak simpan file biasa-biasa, 2GB ni memang dah memadai...


Yang ni disediakan oleh Microsoft. Setiap akaun yang didaftarkan melayakkan anda menerima 5GB space untuk cloud storage OneDrive. Yang bestnya kat OneDrive ni korang boleh guna Word/Excel/Power Point Online. Lebih kurang masa macam Google Drive juga... :)


Yang ni saya baru try. Ok la. 50GB storage for FREE. Nampak macam best gak.. Boleh letak 'kunci' bagai kat link sharing... giteww! I loiikee... Haha...



Nampaknya ada positif review dari lifewire.com tentang PCloud ni. Pengguna akan diberikan 10GB ruang secara percuma dan 10GB ruang tambahan boleh diperolehi dengan mengajak (invite) kawan lain guna Pcloud dll. Verify email pun boleh dapat 1GB space percuma weihhh... Menarik! Menarik! Haha...



Yang ni saya baru try gak. Cuma baca review je dari internet memang ok la katanya. Sync.com ni memberikan 5GB percuma untuk pengguna. So, apa lagi? Daftar cepat! Hehe...



Yang ni korang try sendiri naa... Haha... Saya tak dan nak try lagi yang ni. Tapi mengikut apa yang saya baca online, katanya Jottacloud ni bagi 5GB percuma. Try pastu share dengan saya hokay! Haha...


Yang ni pun saya takde akaun lagi... Tapi mediafire ni memang famous la kalau anda biasa download movie ke, ramai yang share guna mediafire ni. Menurut lifewire.com, MediaFire ni bagi ruang 10GB kepada setiap user. Takde bandwidth limit dan boleh upload file sebesar 25GB. Fuh! Awesome! Patutlah boleh simpan movie bagai... Hehe. Kalau nak extra space boleh dapat dengan cara invite kawan untuk menggunakan MediaFire dan ada beberapa cara lain. Cuma MediaFire ni dikatakan akan meletakkan iklan... Ehh, dah macam review pulak dah! Haha... 


Seacloud ni pula menawarkan 1GB ruang simpanan data untuk pengguna. Sesuai untuk penggunaan yang lite-lite giteww... 


Yang terakhir ni korang boleh rujuk kat post saya yang terdahulu ye... CARA PALING MUDAH TRANSFER GAMBAR, DOKUMEN, VIDEO DLL DARI TELEFON KE LAPTOP TANPA WAYAR

Okay la, rasanya cukuplah sebelas ni dulu ye... Ada je lagi sebenarnya, huhuhuu... Punya banyak cloud storage percuma, cuma mungkin kita tak sedar sebelum ni... Kalau rasa saiz storan tu tak cukup, boleh je bukak multiple account for that kann... Bhahaha... Jangan cakap kakak tak bagitau! 😂 Semoga post ini bermanfaat buat anda semua. Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain... Take care, gais! Babai! :)

Nota kaki: Rough diamonds may sometimes be mistaken for worthless pebbles. 

4 comments:

  1. Assalamualaikum, Cg. Betoi ka Gdrive under Frog VLE akan diterminate dlm masa terdekat? Dh la simpan byk dlm tue... (unlimited kn)... ��

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Hehe.. No idea la, cikgu. Takpe, daftar akaun kat tempat lain, sempat lagi nak pindahkan semua tu kalau betul akan diterminate la... Hehe...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cikgu, semua nie kita kena daftar lah yer baru boleh guna?

    ReplyDelete