28 Contoh Laman Web Sekolah yang dibina Menggunakan Site FrogVLE - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 2 February 2019

28 Contoh Laman Web Sekolah yang dibina Menggunakan Site FrogVLE


Assalamualaikum & salam sejahtera semua!

Selamat bercuti panjang, uollss... Dan akhirnya... Hahahaaa... Dapatlah seminggu melepaskan lelah... Jadilah... Boleh la hilang-hilangkan stress sekejap... Kann... Hehe... Cuti-cuti ni mesti ada admin-admin Frog VLE yang rajin nak hupdate laman web sekolah kannn... Boleh la korang tengok-tengok dan mungkin boleh ceduk skali idea-idea sekolah dalam daerah Tawau, Sabah, tengok macam mana mereka bina laman web sekolah mereka. Yang pastinya, saya sempat tengok beberapa laman web sekolah yang dikongsikan tu, memang ohsem weihh... Letuppps... Silalah lihat ye... Kebetulan ramai yang PM dan call saya minta pendapat tentang layout, design serta content untuk laman web sekolah mereka, jadi rasanya post ni memang sesuailah untuk anda yang bertanya! 😁

Tahniah kepada Puan Jumiati Binti Suparno , PTP PKG Tawau atas usaha beliau dalam mengumpulkan kesemua laman web sekolah 4G di dalam daerah Tawau termasuk Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Kolej Vokasional skali... Terima kasih juga kerana sudi untuk berkongsi dengan guru-guru lain yang mungkin sedang tercari-cari idea untuk memulakan pembinaan laman web sekolah masing-masing. Memang sangat-sangat membantu! Alhamdulillah...


Bagi admin yang berminat nak cuci mata tengok laman web sekolah-sekolah 4G kat Tawau, ni haa link nya...  Boleh la ambil idea mana yang patut. Nak upgrade laman ke atau baru nak mula buat laman ke... Contoh-contoh ni memang sangat berguna dan membantu!


Thank you so much, cikgu-cikgu Tawau antaranya sahabat saya, Cikgu Ila Ali kerana sudi share dengan kami semua... Dah dapat idea ni mungkin lancar sikit kerja-kerja nak membina laman untuk sekolah... Harapnya begitulah... Hehe... Tahniah kepada admin FrogVLE Tawau! You guys are awesome! 💓

Anda boleh juga rujuk perkongsian saya yang terdahulu, IDEA UNTUK DASHBOARD / LAMAN WEB SEKOLAH YANG AWESOME  Dah siap laman tu nanti, boleh la share kan link kat ruangan komen ye... :)

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberikan sedikit sebanyak idea  untuk cikgu-cikgu membina laman rasmi untuk sekolah menggunakan site FrogVLE. Okay, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua sahabat dan followers yang akan menyambutnya tak lama lagi... Gong Xi Fa Cai... Tak lupa juga kepada yang lain, selamat bercuti, gais! Take care!~ 😊

Nota kaki: Carilah tangan yang sudi menyambut di saat kita terjatuh... Carilah mata yang selalu nampak kebaikkan kita ketika kita tidak pun sempurna... Dan carilah hati yang selalu sudi menemani kita di saat orang lain semua menjauh... 

No comments:

Post a Comment