Cara Untuk Menggalakkan Murid Hadir Kelas Tambahan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 1 February 2019

Cara Untuk Menggalakkan Murid Hadir Kelas Tambahan


It's Friyay!!!

Dah empat kali Jumaat kami berkumpul macam ni... InsyaAllah kalau ikutkan perancangannya memang saya nak buat kelas ni sehingga September nanti. Moga-moga Allah izinkan... Harap-harap diberi kesihatan yang baik, diberikan kelapangan dan kemampuan untuk mengadakan kelas untuk mereka... Aamiin... Setiap hari Jumaat adalah hari yang 'penuh' untuk saya setakat ni. Yes. Aktiviti padat sehingga ke lewat petang. Alhamdulillah setakat ni dah 4 minggu berjaya mengharungi Jumaat yang penuh barakah dengan baik sekali... Yay!~

Kelas Bahasa Inggeris selama 2 jam setiap petang Jumaat diharapkan dapat memberi impak kepada murid-murid saya. Tak banyak, sedikit... Itulah yang diharapkan. Untuk kelas ni, kami gunakan modul khas... Tak guna buku yang digunakan dalam kelas kerana ada beberapa orang murid yang tak dapat turut serta kelas ni.


Ramai cikgu yang down bila murid tak turn up untuk kelas tambahan yang cikgu buat sendiri khas untuk mereka... Bukan arahan pihak pentadbir atau sesiapa. Usaha cikgu sendiri... Yup, I feel you! 😌 Kita penat-penat buat kelas, tapi akhirnya yang hadir cuma seorang dua. Ada masanya saya pun rasa macam tu juga. Tapi kita perlu ingat, apa yang berlaku ada hikmahnya. Kena terus positif. Sabar dan harungi dengan sabar... Saya kongsikan sedikit tips moga-moga kurang sikit rasa stress & mana tau kot berkesan untuk korang try dengan murid korang... Ni kelas tambahan, jadi cikgu jangan stress sangat ok... Relaks... Nama pun kelas tambahan. Kita dah cuba sebaiknya nak bantu murid, selebihnya kita serahkan kepada Tuhan... :) Kalau cikgu ada tips lain boleh tinggalkan di ruangan komen ya...

Cara untuk menggalakkan murid hadir kelas tambahan tanpa paksaan

1. Promosi

Promosi tu boleh di buat sebelum kelas dijalankan. Cikgu promote kat murid. Ajak mereka hadir. Invite... Biar mereka rasa welcome sikit... Gitew... Kalau rajin, boleh buat banner (softcopy), hantar dalam group whatsapp kelas. Murid-murid yang hadir pun boleh jadi 'promoter' juga. Mereka akan bercerita kat kawan-kawan, apa yang mereka dapat bila datang kelas tambahan tu... Setiap pagi Jumaat, saya akan ingatkan mereka tentang kelas pada waktu petang... Budak sekolah rendah, memang kena selalu ingatkan... Kena selalu pesan... Kalau tidak nanti, sorang demi seorang akan datang bertanya, ada kelas ke tidak... Jenuh nak jawab. So sebelum mereka bertanya, elok bagi tau siap-siap... Hahaha...

Saya macam terlebih promosi kot sebab murid kelas sebelah pun nak join sekali secara berjemaah.. Huhu... Bukan tak nak terima, tapi keadaan makmal ni tak sesuai beramai-ramai sangat... Setakat ni dah ada 2-3 orang murid kelas lain yang join. Cukuplah... Ramai-ramai, tak kondusif pulak nanti! Maaf ya, kepada ibubapa kelas sebelah yang mesej nak hantar anak tapi saya terpaksa tolak. I'm sorry! InsyaAllah ada rezeki lain nanti...


2. Berikan keseronokkan & keselesaan

Murid saya minat ICT. Sekali sekala saya benarkan mereka jawab soalan atas talian. Kebetulan saya memang buat kelas dalam makmal komputer. Jadi, memang ada masa sekali sekala saya beri mereka peluang untuk jawab soalan online sambil-sambil release tension, sambil-sambil tu belajar juga... Main la Frogplay ke, Kahoot ke Quizizz ke... Apa je asal mereka seronok. Ada banyak cara sebenarnya nak bagi murid seronok... Tak guna komputer pun takpe... Banyak lagi cara lain. Masa buat karangan, guna nama mereka... nama artis... Hahahaaa... Budak-budak suka la gitu. Sesekali guna lembaran kerja yang menguji IQ ke... Buat kuiz pun boleh juga. Tempat yang kondusif, selesa, pun memainkan peranan penting juga. Benarkan mereka bawa gula-gula ke, share dengan kawan-kawan... Tapi pada masa yang sama tekankan tentang kebersihan..


3. Kebebasan Membuat Keputusan

Awal-awal lagi saya dah pesan kat murid, jangan stress! Kelas ni hanyalah kelas tambahan. Kelas ni sekadar usaha kita. Kalau datang kelas 100 kali pun, kalau Allah tak izinkan mereka berjaya, mereka takkan berjaya. Jadi saya memang tekankan bab ni... Kalau free datang, tak free, tak perlu datang. Jangan sampai ada rasa terpaksa untuk datang ke kelas. Jangan sampai rasa susah. Bila rasa terpaksa, rasa susah, dah jadi tak ikhlas.

Pada saya, elok beri mereka ruang untuk berfikir sendiri samada nak join kelas atau pun tidak. Biar mereka decide baik buruk, kita cuma guide je mereka buat keputusan. Kita cuma promote, berikan motivasi untuk mereka hadir dan 'buka minda' mereka tentang bagusnya jika mereka dapat join kelas. Tapi jangan paksa. Yang datang tanpa paksaan tu selalunya memang murid yang betul-betul nak belajar. Bila mereka betul-betul nak belajar, maka mudahlah untuk kita mengajar. Sebab matlamat kita dengan dia sama! Mengajar-Belajar!

Seriously, sejak saya terlibat dengan Google Educator Group empat tahun yang lalu, saya banyak belajar tentang ni. Jangan paksa orang menuntut ilmu. Of coz sebagai guru, kita nak kehadiran 100%. Tapi kena ingat, bila dia datang dengan keadaan terpaksa, emosi, mood dan fikiran pastinya tak 100% kat kita. Saya nak murid fokus dalam kelas tapi bila dia datang bawa aura negatif, dia akan rosakkan aura positif yang ada dalam kelas tu... Huhuhuuu... Kalau boleh nak maintain positif sampai habih kelaihhh... Hehe. Saya memang cakap kat depa, kalau seorang murid je datang untuk kelas tambahan pun, saya akan ajar juga. Kita relaks-relaks sudahhh... Hehe...


4. Fleksibel

Flexible dari segi pakaian murid ke... dari segi masa ke... Ni contoh la... Benarkan murid pakai pakaian biasa, tetapi sopan. Berselipar. Memadailah. Mereka datang kelas pun dah sangat bagus dah... Jadi tak perlu la mintak mereka berpakaian sekolah lengkap ke hape ke... Benda-benda camni pun kadang-kadang boleh spoil kan mood budak-budak! Kalau mereka terlewat, redha je... Nasihat, nasihat, nasihat! Takyah nak marah-marah. Dia lambat, dia yang ketinggalan... Kannn! Cikgu tak yah nak stress sangat. Chill saja! Hehe.. Kehadiran murid saya dua minggu lalu pun memang kurang sikit  kerana ramai yang terlibat dengan latihan sukan untuk persediaan merentas desa, bola baling dan juga bola jaring... Ada juga yang terlibat dengan bowling. Takpe, kita teruskan juga untuk murid-murid yang hadir. Chaiyokk! Chaiyokk! 😆

5. Tegas tapi bukan rigid

Kali pertama kelas, boleh briefing do's and don'ts. Bagi tau mereka apa yang boleh apa yang tak boleh. Kalau dapat maklumkan sekali kat parents mereka. Contoh bab pakaian, bab masa, bab buku dll... Terangkan apa kesannya kalau mereka selalu tak hadir kelas tambahan, selalu lewat, mereka yang akan ketinggalan... Kalau pakai tak sopan, dia akan disuruh balik... Rasionalnya apa? Tak nak nanti menjadi ikutan kepada murid lain. Simple! Itu contoh... ada banyak lagi yang boleh difikirkan. Apa pun, jangan biarkan murid takut kepada anda sebaliknya biar mereka rasa segan... Segan dan takut adalah dua perkara yang berbeza. Mesra tapi jangan sampai mereka pijak kepala.

“Biar murid segan dengan kita, bukan takutkan kita! Takut dengan segan adalah dua perkara yang berbeza. Takut adalah apabila di depan kau mereka pura-pura hormat, tapi di belakang mereka kutuk dan kalau boleh mereka menyampah nak tengok kau masuk kelas mereka. Segan adalah apabila mereka rasa hormat dan sentiasa patuh dengan arahan kau tanpa perlu kau terjerit-jerit kat mereka. Takut boleh dibuat-buat tapi segan adalah suatu feeling yang naturally comes from their inner side.

6. Fahami murid

Jangan marah kalau murid tak dapat hadir kelas kita. Kadang-kadang bukan murid tu sengaja tak nak datang. Mungkin dia ada masalah lain. Misalnya masalah kenderaan, ibubapa tak dapat hantar ambil mereka di sekolah dsb... Jadi, kalau ada murid yang kadang datang kadang tidak, tanya mereka untuk dapatkan maklumat kenapa kehadiran mereka sebegitu, kalau confirm memang dia ada masalah, biarkan... Jangan desak mereka untuk datang kelas setiap minggu. Bukan salah mereka, mereka pun stress kadang-kadang sebab tak dapat join kelas kita. Kalau masalah berpunca dari diri mereka sendiri, nasihat! Ingat, ni kelas tambahan, cikgu tak perlu nak stress sangat kot! Huhu...


7. Tunjukkan kesungguhan

Cikgu tunjukkan kesungguhan mengadakan kelas, biar murid timbul rasa segan... Cikgu beriya, takkan lah mereka pulak tak beriya kann... Kalau dapat keluarkan surat kebenaran ibubapa untuk mereka sertai kelas tambahan ni... Just sebagai backup untuk guru sekiranya apa-apa berlaku. Disamping tu nampak lebih formal. Lebih serius. Giteww... 😄 Memang ada juga murid yang akan bolayan kelas tambahan, just be nice to them. Rujuk balik point ketiga tadi! Kesungguhan boleh ditunjukkan dari segi penyediaan bahan mengajar, cara mengajar dll... Jujur saya katakan, saya sendiri tak punya banyak masa nak cari bahan untuk kelas tambahan setiap minggu. Sebab tu saya gunakan modul. Bila ada modul, cikgu kurang stress nak fikir pasal bahan... Sesekali cari la juga bahan lain untuk mempelbagaikan pdpc kita. Nanti murid bosan pulak tiap minggu asyik guna modul tu saja. Kann... :)

8. Berdoa & Kekal Positif

Apa pun yang kita lalui adalah kehendak Allah SWT. Jadi, berdoalah agar sesi kelas tambahan kita berjaya. Kalau tak berjaya, jangan putus asa. Try again! 😂 Anda hebat sebab dah cuba untuk buat yang terbaik untuk anak-anak didik anda... Biarlah apa orang nak kata, Allah maha mengetahui. :)

Semoga tips yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu kalian semua dalam mengendalikan kelas tambahan tanpa paksaan dan tanpa rasa stress... By the way, sekolah rendah dengan menengah mungkin pendekatannya berbeza. Ambillah yang mana dirasakan sesuai...

Nota kaki : When you feel like giving up, look back at how far you've come. Be strong! Stay on your path. Never stop going... Backstabber memang ada di mana-mana. Kau baik pun orang boleh backstab, boleh khianat... kalau kau bermasalah, lagilah... orang tak suka! Apa pun, always watch your back! Allah ada. Mengadu pada Dia! Berdoa semoga kita sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang positif.

No comments:

Post a Comment