Carta & Poster Untuk Makmal Komputer - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 3 February 2019

Carta & Poster Untuk Makmal Komputer


Awal-awal tahun ni biasa la kan, semua cikgu sibuk upgrade papan unit masing-masing... Yang pegang jawatan tertentu dan juga bilik khas, memang ni la tugas utama... Menceriakan bilik dengan hiasan carta atau apa sahaja, matlamatnya untuk menjadikan bilik atau laluan tersebut menarik dan berinfomasi yang bermanfaat untuk murid-murid.

Saya pun dalam proses nak menukar bahan-bahan yang ada kat papan kenyataan dalam makmal komputer. Alhamdulillah, saya jumpa lambakkan grafik yang cantik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kat google image dan ada juga dari Facebook... So, apa lagi, print laminate, tampal! Hehe...

Tak siap-siap lagi... In progress... Huhu... 

Kredit kepada Cekelat Daem untuk peraturan dalam makmal yang super cute dan juga Cikgu Hafizatul Hanida atas perkongsian gambar serta maklumat perkakasan komputer. Selain itu, saya juga banyak dapat grafik yang cantik-cantik dari laman www.klikdenganbijak.my 

Semua poster ni saya dah masukkan dalam powerpoint bagi memudahkan urusan print. Klik print all je, senang! Huhuhu... Okay, sekiranya anda berminat nak menggunakan poster-poster ni, sila download dari link di bawah ni ye... Saya dah asingkan poster yang berbentuk potrait dan landscape dalam slide yang berbeza.


Download : Poster Makmal Komputer (Landscape)
Download : Poster Makmal Komputer (Perkakasan Komputer)


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Selamat men deko makmal komputer / bilik akses korang! Hehe... Babai!~

Nota kaki : Feeling gratitude and not expressing it is like wrapping a present and not giving it. 

No comments:

Post a Comment