Bahagia Akan Datang Jika Kita Membahagiakan Orang Lain - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 23 March 2019

Bahagia Akan Datang Jika Kita Membahagiakan Orang Lain


Assalamualaikum. Hai semua!

Benarlah... Bahagia akan hadir jika kita membahagiakan orang lain... Buat orang lain gembira dan Allah akan gembirakan kita dengan perkara yang tak disangka-sangka... Bulan Mac adalah bulan kelahiran adik dan juga anak saya. Plus, bulan cuti sekolah! Huhu... So, memang agak 'kopak' bulan ni dengan roadtax kereta pun perlu dihidupkan bulan yang sama... Tapi alhamdulillah, setiap kali kita berniat nak menggembirakan orang, pasti ada jalannya... pasti Allah permudahkan... Memang betul, bulan ni saya dapat beberapa berita yang menggembirakan hati, MasyaAllah... Nampak tak? Tak sampai seminggu, Allah hantar kebahagiaan kat saya pula... Bukan satu... tapi dua tiga benda yang menggembirakan... Semua tu rezeki... Alhamdulillah... 

Rezeki budak-budak ni... Siap ada clown datang... Huhu...

Memang dah jadi acara tahunan, bulan Mac kami akan keluar makan-makan & kalau ada rezeki lebih kami akan pergi bercuti bersama-sama untuk meraikan harijadi mereka berdua ni... Kalau dulu, arwah mama sayalah yang paling beriya... Dialah yang akan merancang, nak kemana, nak makan apa, nak beli apa... Sekarang, saya pula ambil tempat dia untuk cuba berikan kegembiraan yang sama untuk kedua-dua orang kesayangan mama saya ni... 😔 AL-FATIHAH UNTUK MAMA...


Birthday & Farewell

Nak dijadikan cerita, kebetulan sahabat saya, Yanti, PK HEM sekolah saya dapat bertukar ke sekolah lain. Jadi saya ambil kesempatan untuk invite dia skali dalam mini gathering ni untuk meraikan pemergiannya... Orang putih kata, farewell party! Haha... So, kali ni birthday celebration plus farewell... 2 in 1. Anak sahabat saya ni besday nya bulan Mac juga... Maka bertambahlah ahli untuk celebrate birthday... 3 orang sambut birthday serentak! Adik, Lily dan Emelda, anak sahabat saya! Semoga ketiga-tiganya dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi serta dilimpahi kasih sayang Allah SWT. Banyak rezeki malam tu, tiga-tiga dapat hadiah harijadi, tiba-tiba muncul clown... Dah jadi macam party besar pulak siap ada clown bagai... Haha... Thank you adik ipar sebab sudi belanja kek yang comel sebijik... Pastu tak semena-mena ada plak pengunjung yang bagi kek birthday sepinggan kat kami... Boleh bertukar-tukar kek pulak dengan dorang. Haha...  Melimpah ruah rezeki. Loads of happiness! Alhamdulillah... Love you, gais! 💗

Malam tu juga saya terjumpa sahabat yang datang nun jauh dari Seri Iskandar, Cikgu Norazlin... Dia pun bawa family makan-makan kat situ... Hehe... Saya suka tengok family dia ni, anak-anak dia semua baik-baik... Semua jenis yang sangat menghormati orang tua... Sejuk perut tengok dorang ni... :)

Happy Birthday, Lily & Emelda! 😍

Thank you, adik ipar... Kek comel gila kottt! Hahah... Nice!~ 

Sambil isi perut, isi rohani sekali...

Saya pilih untuk gathering di Zul Yahya Steamboat & BBQ. Alhamdulillah, sahabat saya Sarah & Madi pun join skali. Yay! Semakin ramai semakin meriah sebenarnya... Macam biasa, kat restoran Zul Yahya ni memang ada ceramah agama... Santapan rohani tatkala korang menyantap makanan... Giteww.. Hehe... Saya suka! Sebab tu saya pilih lepak kat sini... Hehe... Boleh baca REVIEW TENTANG ZUL YAHYA STEAMBOAT & BBQ yang saya tulis sebelum ni.

Malam tu, ada tetamu undangan, antaranya Bro Tai (Taiyuddin Bakar), yang famous dengan tagline Apa Celop Toqq! dan juga Harry Zulkifli. Masing-masing sudah berhijrah, alhamdulillah! Tumpang bangga tengok mereka berhijrah... Doakan yang sama untuk saya. :) 

Membazir amalan syaitonnn... Bhahaah... 

Kisah Penghijrahan Brother Tai, Apa Celop Toqq!

Perkongsian dari Bro Tai tentang kebergantungan penuh kepada Allah SWT sangat memberi kesan ke hati kami. Kisah penghijrahan beliau, sedikit sebanyak dapat menjadikan motivasi kepada kami. Lihatlah bagaimana hati kita ini sebenarnya milik Allah sepenuhnya... Hanya Dia yang dapat membolak balikkan hati kita, suka kepada benci, benci kepada cinta, yang baik boleh jadi jahat dan begitulah sebaliknya... Hidayah itu milik Allah. Jangan sesekali memperkecilkan orang lain, kita tak tahu, mungkin pengakhiran dia lebih baik dari kita nanti, wallahualam... 

Tarbiah santai oleh Zul Yahya & Tai...

Peringatan untuk diri saya sendiri yang selalu lupa... Dalam nak mengajak orang berbuat baik, jangan sampai menghina... Jangan sampai orang terasa hati... Dalam Islam sendiri memang dah ajar kita kalau nak berdakwah, ada cara dan kaedahnya. Jangan sampai Allah uji kita sebagaimana Allah uji dia. Kita tak tahu apa yang dia lalui. Don't judge! Ingat! Hidayah tu milik Allah. Dia boleh bagi kat sesiapa, bila-bila masa je... Doakan yang baik-baik. 

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." - Surah Ali Imran, 104.


Saya mengharap doa dari orang lain

Kadang-kadang dalam dunia ni kita perlukan doa dari orang lain untuk kejayaan, kemudahan dan kebahagiaan diri kita. Sebab kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat dan diterima oleh Allah... Doa siapa yang paling ikhlas... we don't know. Adakah doa kita sendiri yang di terima olehNya? Atau Mungkin doa dari kawan kita si A, mungkin dari si B yang pernah kita bantu satu masa dahulu, mungkin juga dari si C yang kita tak pernah bersua muka... yang kenal gitu-gitu aje... atau mungkin dari kalangan keluarga kita, mak ayah kita, adik beradik, anak beranak, suami, isteri... Kita tak tahu... Saya suka dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang rakan maya saya di FB... Sangat mendalam dan terkesan di hati saya. Bacalah... 


Keikhlasan Doa Orang Lain


Kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan. Seorang syeikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.


Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala. Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan pasti akan dimakbulkan oleh Allah.


Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya. Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.


Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda itu ke masjid, dia perasan syeikh tua di masjid itu sudah tidak kelihatan. Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia. Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa untuk kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu."

Insaf sebab rupanya bukan kerana doa kita yang makbul, tapi doa dari dia...


Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah selama ini, tetapi doa syeikh tadi.


Allahu Akbar!!


Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas KEIKHLASAN DOA ORANG LAIN. Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus. Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas. Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh. Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu. Sahabat/Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus. Dan kita semua selamat dari bencana dan bala mungkin masih ada lagi doa para ulama' dan Wali Wali Allah di atas dunia ini. Doa guru2, syeikh2, orang2 soleh serta imam2 mursyid kita.... Juga doa baginda Rasulullah SAW ke atas ummatnya...


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
Allahumma solli ala Muhammad....

Sisterhood - Brotherhood - Childhood 😜

Nota kaki : When someone else's happiness is your happiness, that is love. Learn to love without condition. Talk without bad intention. Give without any reason. And most of all, care for people without any expectation... 💗

1 comment:

  1. Ma sha ALLAH.. inspired. Moga sentiasa gembgra dan menggembirakan.

    ReplyDelete