Koleksi Cerita Kanak-Kanak Dalam Bahasa Arab - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 19 March 2019

Koleksi Cerita Kanak-Kanak Dalam Bahasa Arab



Assalamualaikum...


Hai semua. Apa khabar? Hari tu masa saya share post KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK (BAHASA INGGERIS), ada yang bertanya saya kot ada cerita dalam Bahasa Arab... Sempat la jugak google tengok-tengok kan... Ada la jumpa beberapa link ni... Bab content jangan tanya saya sebab saya tak la pandai Bahasa Arab... Walaupun ambik Bahasa Arab 3 semester jugak laa masa kat U dulu, tapi still, belum mantap ilmunya... Hehe...


So, korang tengok la sendiri ye... Yang mana rasa okay, boleh la download sebagai bacaan anak-anak atau untuk kegunaan dalam kelas ke... Nak tampal kat sudut Bahasa Arab ke nak penuhkan papan kenyataan kat kelas korang ke, boleh jer... Jangan lupa letak link-link ni dalam e-library (PERPUSTAKAAN DIGITAL). Masukkan dalam dashboard/laman web sekolah untuk memudahkan murid-murid membaca buku-buku tersebut secara atas talian... :)



Yang ini saya lihat ceritanya agak pendek & mudah... Banyak gak cerita kat sini... Snow White, Sinbad pun ada! Excited! 😁


Yang ni e-book macam tak display, tak tau kenapa... Kalau nak baca kena download versi PDF (rujuk gambar kat bawah ni eh...) Hehe... Ni memang buku cerita. Tak begitu sesuai untuk murid hafal untuk pertandingan sebab rasanya macam agak panjang juga... Ada yang sampai berpuluh-puluh muka surat... Huhu... Apa pun tahniah kepada orang yang upload buku ni kat internet, gigih wehh dia scan setiap muka surat... Bravo! 👏






Okay hat ni pun dalam bentuk buku. Ada 36 buah buku cerita pendek lengkap dengan gambar untuk murid belajar vocabulary. Macam kamus bergambar gitewww... 


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Andaikata ada kesilapan, tolong beritahu saya yer... Maklum ler saya ni memang tak pandai Bahasa Arab... Hehe... Semoga bermanfaat, gais! Take care... 😉


Nota kaki: Best kata-kata ni... Terbaca kat FB Dr. Fadzilah Kamsah... "Doa yang dimakbulkan itu kadangkala bukan asbab kita sorang, tapi mungkin kerana adanya tangan-tangan lain yang turut mendoakan..." Betul sekali! :) 

No comments:

Post a Comment