PAK21 : Aplikasi Classkick - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 15 March 2019

PAK21 : Aplikasi Classkick


Hai! Assalamualaikum semua...

Baru-baru ni seorang sahabat saya, Ustaz Huszarudin Hussin dari SK Lok Heng Selatan, berkongsi tentang aplikasi Classkick yang katanya dapat membantu guru-guru untuk ber PAK21 dengan mudah dan cepat. Antara fungsi yang menarik tentang aplikasi yang beliau perkenalkan ini adalah:-

1. Murid boleh menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan.

2. Slide sebagai pengganti kertas mahjong.

3. Murid boleh memberi isyarat secara virtual untuk meminta bantuan guru atau untuk memaklumkan yang mereka sudah pun menyiapkan tugasan.

4. Sesi pembentangan dapat dijalankan dengan menggunakan satu laptop sahaja (laptop guru).

5. Guru boleh memantau proses kerja murid secara live.

6. Murid boleh melukis, menulis (digital ink), memadam semula kesalahan, menaip, membuat garisan, memasukkan link laman web/youtube dll, memasukkan gambar & rakaman suara.

7. Guru boleh meletakkan sticker yang comel pada hasil kerja murid sebagai motivasi kepada mereka.

8. Setiap lembaran boleh di eksport dalam format PDF untuk dijadikan eviden.

Berikut adalah tutorial yang dikongsikan kepada saya...

















Bagi anda yang ingin mendapatkan nota lengkap dalam format PDF, sila klik pada butang DOWNLOAD di bawah...


Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Terima kasih, Ustaz! Semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat menjadi saham akhirat... Jom kita try guna apps ni! :)

Nota kaki: Never look back! If Cinderella went back to pick up her shoe, she wouldn't have become a princess. Kannnn!~ 😁

No comments:

Post a Comment