Stay di Bukit Bintang - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 25 March 2019

Stay di Bukit Bintang


Hi gais! Assalamualaikum…


Kepada semua kaki shopping, kaki makan, kaki tak boleh duduk diam, korang pernah pegi pergi Bukit Bintang? Kat sekitar kawasan Bukit Bintang inilah terdapatnya banyak tempat best untuk dilawati semasa korang berada kat Kuala Lumpur nanti. Diberi gelaran sebagai Segitiga Emas, kerana tempat ini kaya dengan pusat-pusat membeli-belah yang bukan calang-calang, seperti Pavilion Mall, Berjaya Times Square, Sungei Wang, Low Yat dan banyak lagi.

Petrosains, KLCC

Memang syurga bagi korang yang ingin menghabiskan masa bercuti dengan ‘retail therapy’. Kalau korang datang bersama keluarga pula boleh ke KLCC yang terdapat banyak tarikan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Antaranya Petrosains & Aquaria. Kat Berjaya Times Square pula ada Taman Tema. Taman Tema indoor ye… So takde la nak berpeluh bagai kan… Haha… Inilah antara aktiviti best yang boleh dibuat kat sekitar Bukit Bintang selain shopping & jalan-jalan. Excited??? Kalau dah excited tu, apa lagi? Jom rancang percutian bersama keluarga ke sini, banyak hotel murah kat sini kalau korang nak berjimat. Korang
boleh book top Bukit Bintang Hotels atau book sky hotel bukit bintang rooms online supaya senang nanti. Tassabarrr rasanya nak bercuti kat area Bukit Bintang ni… Hehe… Ni antara hotel yang saya dah survey & memang best… Tapi apa pun, kena cari yang sesuai dengan bajet rakyat marhaen… Huhu… Tak nak spend banyak-banyak kat hotel sebab kita nak shopping!!! Hahhaha… 

Indoor Theme Park @ Berjaya Time Square
Sumber gambar : Google Image

Mercure Kuala Lumpur 



Mercure Kuala Lumpur ialah satu hotel yang lengkap dengan kolam renang kat atas bumbung dan gimnasium. Kalau menginap kat hotel ini, dorang akan serve breakfast skali tau! Rekaan dalaman bilik-bilik kat hotel ini sangat moden dengan katil yang empuk mampu membuat korang tidur dengan penuh lena. Bilik lengkap dengan penyejuk udara dan lain-lain lagi kemudahan penting termasuklah seterika. Semuanya tersedia untuk keselesaan pelanggan. Lokasi hotel ini sangat strategik dengan pelbagai kawasan yang best boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel. Kat sekitar hotel ini juga terdapat banyak restoran yang menjual makanan dengan harga yang berpatutan. Khabarnya, stesen monorel hanyalah 10 minit perjalanan kaki dari hotel ni… Haa giteww! Senang nak gi jenjalan, naik monorel je uollss… 

Sumber Gambar : Google Image

Hotel OYO Premium Changkat


Harga hotel OYO Premium Changkat macam kurang nak percaya pulak. Mana taknya, hotel ini yang memiliki dekorasi dalaman yang agak mengujakan walaupun harganya biasa-biasa jer... Huhu… Ruang santai yang disediakan hotel ini juga sangat menarik hati. Bilik-bilik kat hotel ini mendapat sentuhan yang sangat menyejukkan mata dan menimbulkan suasana selesa. Lengkap dengan penyejuk udara untuk keselesaan korang, TV bersaluran satelit, korang juga mendapat akses internet percuma. Bagi yang memandu pula, tempat parking kereta percuma disediakan di tapak hotel. Dekorasi yang best, lokasi hotel ini juga hebat, dekat dengan banyak pusat membeli-belah dan gerai-gerai yang menjual makanan. 


Hulo Hotel & Art Gallery


Yang ni adalah antara hotel murah kat Bukit Bintang. Murah & cun! Ini kerana ia menjadikan lukisan hasil seni sebagai dekorasi penting hotel ini dan ternyata ia menjadi daya penarik kepada ramai tourist. Unik dan kreatif sekali, setiap bilik dihias mengikut aura karya seni yang dipaparkan kat dalam bilik. Menginap kat hotel ini bakal memberikan satu pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan. Lengkap dengan TV sebagai hiburan, cerek elektrik, bilik mandi yang berpancuran mandian, peralatan mandian yang lengkap dan pengering rambut. Lokasinya juga strategik yang mana Berjaya Times Square hanyalah 5 minit berjalan kaki sahaja dari hotel. Kat sekitar hotel ini juga terdapat restoran-restoran yang best untuk menjamu selera. 

Sumber Gambar : Google Image

Hotel Soleil



Next, Hotel Soleil yang terletak kat Changkat yang merupakan salah satu kawasan Segitiga Emas ini menawarkan stay yang lengkap dengan pelbagai fasiliti best seperti kolam renang, pusat karaoke dan juga khidmat urutan. Agak-agak malas nak keluar, gunakan je lah semua kemudahan ini kann! Setiap bilik kat hotel ini dihias dengan simple dan dilengkapi dengan peti ais, TV bersaluran kabel, serta tandasnya pula lengkap dengan tab mandi. Lokasi hotel ini yang begitu strategik memudahkan pengunjung untuk mencari barangan keperluan tanpa perlu berjalan jauh, antara kedai-kedai yang terdapat kat sekitar adalah 7E, KK Shop serta restoran-restoran untuk menjamu selera bersama keluarga.


The Yard


Dan yang terakhir yang sempat saya survey… The Yard yang terletak hanya 10 minit berjalan kaki untuk ke Shopping Mall Sungai Wang, Starhill dan juga Jalan Alor. Lokasinya memang strategik dan terletak kat tengah-tengah bandar, tapi dalam masa yang sama, suasananya agak sunyi kerana jauh dari jalan yang sibuk kat Bukit Bintang, dapatlah kita tidur tanpa sebarang gangguan bunyi. Dekorasi bilik-bilik kat hotel ini berkonsep moden dengan pencahayaan yang mampu membuat pengunjung tidur lena. Giteww! Hahaha… Bilik hotel disediakan dengan TV yang lengkap dengan port USB, download movie siap-siap, save dalam pendrive. Nanti boleh cucuk je kat TV… Huhu. Selain itu, kemudahan lain yang disediakan adalah peralatan membuat air teh dan kopi, cerek elektrik, dan macam-macam lagi, senang cerita, serba lengkaplah. Kalau korang ingin bersantai, kat luar bilik terdapat taman yang indah lengkap dengan kerusi untuk korang duduk bersembang bersama keluarga sambil menikmati pemandangan penuh kehijauan yang dapat memberikan ketenangan. Best weihh… Harga pun ‘mur-mur’ jer uollss… Let’s!

Let your kids experience new things @ Petrosains, KLCC 😉

Okay lah… diharap perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk korang semua kalau ada yang berminat nak ke KL cuti sekolah ni, at least you know where to stay… and where to go. Take care, gais! Happy holidays!

Nota kaki: Fill your life with experiences, not things... Have stories to tell, not stuff to show... 

No comments:

Post a Comment