15 Cara Kreatif Penggunaan Akhbar Dalam Bilik Darjah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 18 April 2019

15 Cara Kreatif Penggunaan Akhbar Dalam Bilik Darjah


Assalamualaikum.

Sekolah korang ada langgan akhbar tak untuk murid? Sekolah saya memang minta murid-murid tahun 4, 5 & 6 untuk langgan akhbar Berita Harian setiap hari Isnin sebab dalam tu ada sisipan DIDIK. 

Sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan suratkhabar. Bukan apa, saya cuba nak elakkan rasa pembaziran tu. Beli pastu tak guna, macam rugi kan... Walaupun harganya hanya RM1, bila kita dapat fully utilize, rasa macam berbaloi-baloi... Hehe... Ni antara contoh aktiviti penggunaan akhbar dalam kelas secara kreatif yang boleh dilaksanakan dengan murid... Try la! Ada aktiviti yang memerlukan tindakan guru untuk bina soalan dsb, so, andai kata kalau korang rasa tak mampu nak buat aktiviti seperti tu, pilihlah aktiviti yang sesuai dengan masa & kebolehan murid serta kemampuan diri korang...

1. Aktiviti membaca berita. (News reading)
Murid datang ke hadapan kelas untuk membaca berita dengan sebutan dan intonasi yang betul. Boleh minta murid pilih berita yang mereka suka. Elakkan berita berkaitan politik. LOL!


2. Aktiviti menjawab soalan dalam BH Didik


3. Pilih 10 perkataan dalam akhbar & buat ayat untuk setiap perkataan. 
Boleh tengok gambar kat bawah ni... Ni aktiviti semasa saya me relief kelas... Hehe...




4. Aktiviti mencari kata nama am, kata nama khas dll dalam akhbar. 
Yang ni boleh jadikan aktiviti berkumpulan. Boleh buat pertandingan juga. Minta mereka cari sebanyak mungkin. Gunting, tampal dalam kertas mahjong/A4. Kumpulan paling banyak mengumpul perkataan, menang!

5. Buat karangan menggunakan gambar dalam akhbar.
Kreatifkan aktiviti penulisan. Mungkin kalau ada gambar situasi banjir ke situasi kebakaran ke, boleh minta murid tulis laporan, surat tidak rasmi atau pun karangan jenis cerita tentang gambar.

6. Aktiviti bina ayat menggunakan gambar dalam akhbar. 
Samada guna satu gambar, murid bina 5 ayat tentang gambar, atau pun boleh guna banyak gambar, setiap gambar ada satu ayat yang ditulis untuk menerangkan gambar.

Murid saya gunting & tampal gambar ni dalam buku. Kemudian mereka bina 5 ayat tentang gambar ni dan catat dalam buku mereka.

7. Aktiviti Pemahaman 
Cikgu cipta soalan berkaitan artikel yang disiarkan dalam akhbar. Pilihlah artikel yang menarik dan sesuai dengan aras dan pengetahuan murid. Pasal politik, tak payah la kot... Tak sesuaiii! Haha. (Wh-Questions / Apa, Bila, Kenapa, Mengapa, Bagaimana dll) 

8. Aktiviti menggunakan iklan 
Guru menggunakan iklan untuk bina soalan BI UPSR Paper 2 - section B. Murid buat perbandingan/perbezaan, membuat pilihan. Murid buat karangan dalam bentuk email, surat, memo dsb.

9. Aktiviti isi tempat kosong dengan menggunakan iklan 
Guru menyediakan teks / dialog dll dengan tempat kosong untuk murid isi maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut. Contoh macam soalan BI Paper 2 - Section A. 

Tengok iklan ni. Ada banyak info. Mudah nak buat soalan. Ni contoh iklan dalam akhbar BH. Untuk subjek BI, kena cari dalam suratkhabar BI la yer... Ni contoh je... 

10. Aktiviti T&T (Tiru & Tulis)
Murid menyalin semula jawapan (karangan) dalam buku tulis. Jawapan akan diberikan untuk setiap latihan karangan dalam BH Didik. Untuk murid yang lemah, boleh minta mereka salin karangan tersebut untuk dijadikan contoh karangan. 

11. Suaikan tajuk dengan teks 
Cikgu tulis tajuk (yang berbeza sikit dari tajuk sebenar dalam surat khabar) di papan putih, murid cari artikel dalam suratkhabar.. Boleh jadikan dalam bentuk lembaran kerja juga... Cari beberapa tajuk dan minta murid cari artikel yang sesuai. Gunting, tampalkan. Aktiviti ni adalah aktiviti untuk menggalakkan murid-murid untuk membaca akhbar tersebut.

12. Projek kitar semula
Yang ni boleh dibuat pada hujung tahun. Minta murid kumpulkan suratkhabar lama & jual. Wang terkumpul boleh buat party akhir tahun. Giteww! Haha...

13. Membina cenderahati / kraftangan menggunakan suratkhabar lama 
Buat bakul, bunga, pasu dll... Boleh tengok kat youtube. Search je DIY idea using old newspaper. Ada banyak video yang korang boleh pasang kat dalam kelas untuk tunjuk kat murid. 


14. Bina ayat menggunakan keratan perkataan dalam akhbar. 
Yang jenuh sket la... budak kena cari perkataan yang sesuai untuk buat ayat. Gunting, cantum-cantum perkataan untuk jadikan ayat. 

15. Menyusun ayat
Guru gunting tajuk / teks dipecahkan ikut perenggan.. Masuk dlm sampul, minta murid susun semula artikel.. Boleh jadikan aktiviti kumpulan. Aktiviti ni dapat menggalakkan mereka membaca!

Sekiranya korang ada aktiviti lain yang menarik nak dicadangkan, tolong catatkan di ruangan komen supaya semua pembaca blog dapat memanfaatkan idea korang tu kat dalam kelas mereka. Setiap aktiviti bila dijalankan secara kreatif akan membantu meningkatkan kemahiran dan keinginan untuk belajar dikalangan murid-murid. Pendapat saya, beraktiviti macam ni bukan untuk pandai je, tapi lebih kepada nak mengasah bakat serta kemahiran murid merangkumi kemahiran kinestetik / psikomotor, kemahiran membaca, kemahiran mencari maklumat, seni & kraf, kemahiran kognitif dll. Perkembangan secara holistik katanyaaa... 😁

Kadang-kadang ada murid dah tahun 6 pun masih tak pandai menggunting kertas. So, ni la masanya nak asah skill mereka... Hahaha... Skill - skill macam ni memang kita nampak simple, tapi ia akan memberi kesan dalam kehidupan seharian. Skill yang diperlukan sampai ke tua. Kannn... Hehe... 

Sekian sahaja perkongsian saya hari ni... Jom manfaatkan suratkhabar dalam kelas! Take care, gais! Assalamualaikum... 👋

Nota kaki : Trust is earned when actions meet words.

No comments:

Post a Comment